|
| Author | Message |
---|
aLFFiaN ADMINISTRATOR
Countries/State : Age : 41 location : Borneo Island Website : www.sioloon.com Tag ID: : SFC00001 Points : 15098 Reputation : 101 Number of posts : 7895
| Subject: Ilmu Saka 19/7/2008, 11:45 am | |
| Ilmu Saka Boleh Sakiti Orang Lain Dan Diri Sendiri
Membicarakan tentang SAKA adalah satu perkara sensitif. Sesuatu yang tidak nampak dan tidak mudah untuk diyakini. Masyarakat melayu memahami saka sebagai ilmu yang diperturunkan atau dipusakai daripada waris teratas kepada waris di bawahnya daripada ibu ataupun bapa kepada anak, daripada datuk atau nenek kepada salah seorang daripada cucu atau cicitnya, ataupun ilmu yang dipusakai daripada seorang bapa saudara kepada anak saudara atau kepada seseorang yang berada dalam lingkungan keluarga.
Yang dimaksudkan dengan ‘ilmu yang dipusakai’ itu ialah ilmu yang ada kaitan dengan jin-jin, sama ada jin berkenaan dibela, dibuat sahabat ataupun dibuat saudara, disedari atau tidak disedari. Dengan perantaraan makhluk tadi, waris berkenaan berupaya melakukan rawatan penyakit, menilik dan sebagainya dalam keadaan menurun atau tidak menurun. Hasil daripada penglibatan makhluk ini juga waris adakalanya melibatkan diri dengan ilmu kebatinan mempertahankan diri seperti ilmu amalan wali suci, budi suci dan lain-lainnya atau ilmu kebatinan yang dinamakan amalan Al-Fatihah, silat syeikh, amalan sinar Islam dan sebagainya.
Amalan kebatinan mempertahankan diri ini juga melibatkan ilmu kebal, ilmu penggerun, ataupun amalan yang lebih bersifat peribadi seperti ilmu seri muka, ilmu kebidanan tradisional atau ilmu andaman tradisional. Pemilik saka yang melibatkan ilmu perbomohan ataupun dukun yang diwarisi oleh seseorang akan membolehkan pewaris memiliki kebolehan untuk melakukan rawatan dan sebagainya yang berkaitan dengan ilmu kebatinan seperti yang pernah dilakukan oleh pewaris tadi, berupaya melakukan rawatan dalam keadaan menurun biarpun dia tidak pernah mempelajari ilmu kebatinan yang khusus.
Dari sinilah lahirnya orang yang tidak sedarkan diri atau separuh tidak sedarkan diri, menurun lalu melakukan rawatan, berupaya menilik sesuatu yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar dan sebagainya. Hal demikian berlaku kerana makhluk tadi meresap dalam tubuh orang berkenaan, menguasai otak, jasad, lidah dan pergerakkan lalu menggunakan jasad manusia untuk bertindak.
Keadaan seperti ini dikenali sebagai ‘menurun’ dimana makhluk halus tadi telah menurun atau meresap dalam tubuh manusia lalu bertindak melakukan sesuatu menurut tujuan asal makhluk ini meresap dalam tubuh manusia. Pelbagai natijah luar biasa (nadir) mencarik kebiasaan adat dan tidak dapat difikiri oleh akal punca dan sebab musabab berlaku seperti yang dijelaskan. Iaitu boleh melakukan rawatan, menilik benda-benda ghaib, menjadi kebal, digeruni, mengangkat benda-benda berat dan sebagainya yang tidak upaya dilakukan oleh manusia biasa.
Makhluk yang berdampingan itu dalam proses masa tertentu menjadi sebahagian daripada dampingan manusia menyebabkan orang yang seumpama ini berupaya melakukan sesuatu yang tidak upaya dilakukan oleh manusia biasa. Jin atau makhluk halus yang dibela oleh manusia, pada kebiasaannya memerlukan manusia yang biasanya terdiri daripada kaum keluarga atau terus berdampingan dengan manusia setelah tuan yang asal tadi meninggal dunia. Makhluk yang seperti inilah yang dinamakan SAKA yang diperturunkan dari satu generasi kepada generasi berikutnya.
Penurunan saka boleh berlaku dengan sengaja atau tidak sengaja. Dilakukan dengan sengaja apabila seseorang itu secara berterangan menyatakan pada waris tertentu seperti anaknya yang dia adalah orang yang paling sesuai atau berkelayakkan mewarisi ilmu pemiliknya yang dimiliki selama ini. Apabila orang yang berkenaan menyatakan kesanggupannya menerima, maka bermula dari tarikh itu dia telah mewarisi saka tadi.
Penurunan saka juga boleh berlaku secara tidak langsung apabila seseorang waris itu menerima barang-barang tertentu, yang pada kebiasaannya terdiri daripda keris, lembing ataupun tombak atau objek lain seperti tangkal, azimat, batu geliga, akik dan sebagainya. |
| | | aLFFiaN ADMINISTRATOR
Countries/State : Age : 41 location : Borneo Island Website : www.sioloon.com Tag ID: : SFC00001 Points : 15098 Reputation : 101 Number of posts : 7895
| Subject: Re: Ilmu Saka 19/7/2008, 11:46 am | |
| Ilmu Yang Diwarisi Melalui Saka Ada Dua Jenis. Jenis Pertama Adalah seperti yang dijelaskan diatas yang ada kalanya boleh digunakan untuk sesuatu yang dianggap boleh memberi manfaat seperti untuk tujuan rawatan, ilmu pengasih, digunakan untuk mencari barang hilang dan sebagainya. Selain mencari barang hilang saka juga boleh digunakan untuk mencuri barang kepunyaan orang lain seperti mencuri wang, barang kemas, pakaian termasuk seluar dalam dan baju dalam. Terlalu banyak hadis membicarakan tentang keupayaan jin-jin yang mencuri bahan makanan iaitu kurma dizaman Nabi s.a.w. Selain boleh ‘digunakan’ untuk tujuan yang dijelaskan tadi, makhluk ini juga sering menyakiti orang lain, jiran-jiran termasuk kaum keluarga tuan saka tadi malah dalam keadaan tertentu makhluk ini boleh menyesatkan iman si empunya diri yang dianggap sebagai tuan tadi akan menyerang tuannya terutama ketika telah uzur,sakit atau ketika tua. Orang Melayu yang memahami hal-hal yang berkaitan dengan saka ini sering beranggapan bahawa makhluk ini seumpama tidak terkawal apabila tuannya meninggal dunia dan tidak ada dikalangan keluarga yang sedia untuk mengambil alih peranan yang dimainkan oleh pewaris selama ini. Keadaan akan menjadi redha apabila salah seorang daripada waris sudi menjadi tuan kepada makhluk ini. Anggapan ini ada kebenarannya tetapi pada hakikatnya biarpun makhluk ini mempunyai tuan baru ia tetap menjadi masaalah kepada manusia terutama kepada keluarga yang terlibat kerana antara tujuan utama iblis dan syaitan itu ialah untuk menyesatkan manusia seberapa banyak yang boleh agar mereka dapat masuk keneraka bersamanya. |
| | | aLFFiaN ADMINISTRATOR
Countries/State : Age : 41 location : Borneo Island Website : www.sioloon.com Tag ID: : SFC00001 Points : 15098 Reputation : 101 Number of posts : 7895
| Subject: Re: Ilmu Saka 19/7/2008, 11:46 am | |
| Jenis Kedua
Saka ataupun penyakit yang diwarisi daripada seorang pewaris kepada seorang atau beberapa orang waris akibat daripada gangguan atau serangan iblis dan syaitan yang berlaku turun temurun. Bermaksud sekiranya seorang pewaris itu sakit, sakit yang sama akan dideritai oleh wrisnya.
Pada kebiasaannya sakit yang berpunca daripada saka tidak kira samada saka jenis pertama atau kedua adalah sama. Senagai contoh sekiranya seseorang itu tidak boleh tidur malam, selalu termenung, berasa sakit kepala seperti dibaji-baji lalu dia menghantuk-hantukan kepala maka keadaan yang sama akan dialami oleh keturunannya atau mereka yang diserang oleh saka tadi yang terdiri daripada kaum keluarganya.
Tidak mudah untuk memberi penjelasan bahawa seseorang itu sakit akibat saka. Umumnya apabila sesuatu masaalah atau sakit itu dirujuk kepada mereka yang terlibat dengan amalan kebatinan, maka selalunya dikatakan bahawa penyakit tersebut dirujuk sebagai kena buatan orang, kena sihir, gangguan, saka dan sebagainya.
Hakikatnya masaalah penyakit perlu dirujuk kepada pakar kerana punca penyakit itu adalah pelbagai akibat kecederaan seperti luka,patah, keracunan, stress, depress dan sebagainya akibat gangguan ataupun sihir.
Segala punca gangguan ini sukar diakui oleh pengamal perubatan moden tetapi kesemua faktor yang dijelaskan berlaku kepada mangsa. |
| | | giukmanga REGULAR
Age : 41 location : Bongawan Papar Sabah Points : 12183 Reputation : 0 Number of posts : 378
| Subject: Re: Ilmu Saka 21/7/2008, 2:41 pm | |
| bro need help yang ni sa mau tau siapa2 dpapar yang pandai2 buka n balikkan ilmu ni kepada tuan nya n sa mau kasih balik..very2 need help..urgent minta no pon n namanya.. |
| | | drakult SIFU
Age : 47 location : SU, SA, SB Points : 12366 Reputation : -1 Number of posts : 6286
| Subject: Re: Ilmu Saka 22/7/2008, 6:32 pm | |
| bukan cara nya langgar pantang saja kah bro.. |
| | | giukmanga REGULAR
Age : 41 location : Bongawan Papar Sabah Points : 12183 Reputation : 0 Number of posts : 378
| Subject: Re: Ilmu Saka 23/7/2008, 3:19 pm | |
| - drakult wrote:
- bukan cara nya langgar pantang saja kah bro..
Ada org kasih ilmu sama sa punya mama bah bro kalau sa boleh balikkan sa balik kan bro sa cuma boleh tengok makluk alus jek bro..kalau sa boleh balik kan kompom korang ada dengan perkataan bertupa 'darah dbalas dengan darah'. sa tak tahu kenapa harus pengamal n pengantar ilmu ni lama hidup.. sa kesian sama mama saya bah.. insyallah sikit hari mati itu org yang hantar kalau sa berdosa sama2 masuk neraka janji mama saya sihat.. |
| | | LoLLiPoP SENIOR
Age : 45 location : kk-kb-kl-putatan Points : 12267 Reputation : 0 Number of posts : 656
| Subject: Re: Ilmu Saka 23/7/2008, 9:30 pm | |
| mem aku punya ni aku pun ndatau klu saka.. mmg diwarisi dari arwah nenek.. mem terima melalui mimpi setelah 40 hari nenek meninggal... nenek dulu bidan terkenal, pastu turun plak pi mem, bidan jugak... skrg mem mmg byk org minta urut hampir tiap2 hari ada saja pelanggan dtg pagi ptg... selalunya org ndada anak, susah mengandung, baru beranak, bw anak bersunat.. cuma satu yg pasti mem aku mengamalkan ayat2 suci Al Quran.. mem pun kuat sembahyang, dan hujung tahun insyallah naik haji... mem ckp tgn kiri beliau seolah2 tahu selok belok urat (yg sejuk tu)... dan bila mem ndada, mmg ada lagi anak cucu yg mewarisi ilmu kebidanan tersebut.. Yang pastinya, bdn mem sejuk sebelah kiri.. kanan panas mcm haba bdn biasa.. selalunya mlm mem mmg mengigau bercakap kdg mcm bunyi org bergaduh.. dan apabila mem aku mengurut pelanggan hari tersebut, yg pasti beliau seperti mengerang kesakitan bila waktu tdo seolah2 sakit tu dtg pindah dgn beliau... Boleh sepa2 terangkan apa jenis saka turun temurun ini??? p/s sepa2 yg mau berurut selepas beranak, atau belum dikurniakan anak, boleh jugak mencuba berurut dan makan ramuan akar kayu dr mem aku.. kita cuma berusaha, Tuhan menentukan.... |
| | | Yakuza MODERATOR
Countries/State : Age : 39 location : penampang,beringgis,papar Points : 12608 Reputation : 3 Number of posts : 1457
| Subject: Re: Ilmu Saka 29/7/2008, 11:14 am | |
| setahu aku la kan.... kalau org ni memelihara saka... dia memang susah mahu mati.. walaupun si pemelihara saka ni sedang nazak... |
| | | intrax ELITE
Countries/State : Age : 38 location : Kota belud-SaNdAkaN Website : http://dynastyclub.forumotion.net Tag ID: : SFC 03293 Points : 12537 Reputation : 9 Number of posts : 3111
| Subject: Re: Ilmu Saka 12/10/2008, 6:47 pm | |
| ilmu saka ni yang orang panggil sindaat tu ka mau kasi kena orang... eh ...masi lagi tu amalan tu kan |
| | | sasukey CONTRIBUTOR
Countries/State : Age : 74 location : Lb. Ft. @$. k�t�b�$ Tag ID: : SFC ziro Points : 12501 Reputation : -6 Number of posts : 1063
| Subject: Re: Ilmu Saka 28/4/2009, 2:05 pm | |
| sampai sekarg pun masi ada |
| | | Sponsored content
| Subject: Re: Ilmu Saka | |
| |
| | | |
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
Page 1 of 1 | |
| Permissions in this forum: | You cannot reply to topics in this forum
| |
| |
| Main view | Â Â Apa Yang Anda Mahu?
  Mahu Bincang Tentang?
  Aktiviti Kelab Sioloon?
  Mencari Yang Menarik?
|
|