First topic message reminder :
Jin boleh masuk dalam tubuh manusia melalui banyak jalan, melalui kebanyakan rongga pada tubuh, melalui jari jemari kaki dan tangan, riang roma, hidung, mulut, dubur, kemaluan dan lain-lain.
Lain jenis jin lain cara dia masuk. Selalunya dia berjalan melalui pembuluh darah dan terus menuju ke kepala bahagian otak, dari otaklah dia akan mengawal bahagian lain anggota badan kita.
Kebiasaannya jin yang masuk ni dihantar oleh tukang-tukang sihir manusia, ada jugak tukang sihir dari kalangan jin sendiri, ada yang masuk kerana marah dan balas dendam macam kita tak sengaja mencederakan anak anak dia dengan cara curah air panas dalam lubang saliran air dirumah dia ada dlam tu, tu yang kencing merata kat dalam lubang tanah, busut busut hati hati sikit.
Tak semestinya dia duduk di bahagian kemaluan, dia selalu control dari bahagian otak kita, tapi ada juga yang duduk di bhg kemaluan mecam selalunya orang lelaki yang cepat sangat klimaks dalam hubungan jenis.
Bukan mudah jin nak masuk dalam tubuh manusia, ada masanya dia kena tunggu lama sampai berminggu minggu baru dapat masuk, terutamanya orang kuat beribadat susah dia nak masuk. Kita kena tau pintu masuk utama jin dalam tubuh manusia:-
1. Dalam keadaan kita terlalu marah.
2. Dalam kedaan kita terlalu gembira.
3. Dalam keadaan kita terlalu sedih.
4. Dalam keadaan kita terlalu ghairah bernafsu.