SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Mistik orang kenit Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Mistik orang kenit Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Mistik orang kenit

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
aLFFiaN
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR
aLFFiaN

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 41
location : Borneo Island
Website : www.sioloon.com
Tag ID: : SFC00001
Points : 15112
Reputation : 101
Number of posts : 7895

Mistik orang kenit Empty
PostSubject: Mistik orang kenit   Mistik orang kenit Icon_minitime2/11/2008, 9:26 pm

MAKHLUK kenit sepanjang 7.2 sentimeter yang ditemui di Chile pada 2002.
Pengkaji belum berjaya sahkan spesies makhluk ditemui di Chile

BENARKAH
orang kenit wujud? Persoalan itu sering difikirkan tatkala mendengar
kisah makhluk berkenaan dalam cerita dongeng di merata dunia.

Orang
kenit digambarkan sebagai makhluk seakan-akan manusia tetapi bersaiz
amat kecil; mungkin sekecil semut atau sebesar tikus tetapi yang nyata
ia amat kecil berbanding manusia.

Mengikut kisah
dongeng, orang kenit kerap menyembunyikan diri daripada manusia kerana
takut dicederakan atau menjadi mangsa manusia yang berganda lebih besar
daripada mereka.

Bagaimanapun, seperti juga persoalan
sama ada wujud gergasi, teka-teki mengenai kewujudan orang kenit terus
kekal misteri yang masih tidak dapat dipastikan kesahihannya.

Adakah
ia sememangnya wujud sebagai satu daripada spesies hidupan misteri yang
masih belum ditemui manusia atau sekadar makhluk khayalan dalam kisah
dongeng? Persoalan orang kenit nyata masih membingungkan.

Mistik orang kenit O5bn5mf9rv604kt1vkq0
JENGLOT dikatakan antara spesies makhluk kenit.

Ketika
minda kebanyakan kita lebih menjurus memikirkan orang kenit tidak wujud
dan hanya kisah dongeng, satu penemuan menggemparkan dilaporkan di
Indonesia sekitar 1970-an.

Ketika melihat bentuk
fizikal 'Jenglot' yang amat kecil, banyak pihak mula beranggapan itulah
orang kenit yang sering diceritakan sebelum ini. Lalu mereka mula yakin
bahawa orang kenit sememangnya wujud dan buktinya adalah Jenglot.

Bagaimanapun
saintis akhirnya membuktikan bahawa Jenglot bukanlah spesies hidupan
tetapi lebih berupa 'patung' yang diperbuat daripada cantuman bangkai
haiwan.

Ia sekali gus mengubah tanggapan ramai pihak dan mereka kembali ragu untuk mengesahkan bahawa orang kenit itu wujud.


Bagaimanapun,
misteri berhubung makhluk itu kembali membingungkan apabila satu lagi
bukti dikatakan ditemui di Chile pada Oktober 2002 apabila seorang
kanak-kanak dikatakan menemui spesies makhluk kenit ketika bercuti
bersama keluarganya di Concepcion iaitu sebuah bandar di Selatan negara
itu.


Mistik orang kenit Wk1ktwytl8pyyfqq7667


Makhluk
yang fizikalnya seakan manusia itu cuma sepanjang 7.2 sentimeter dan
memiliki kepala besar, dua tangan dengan kuku panjang serta dua kaki
kecil.

Makhluk itu ditemui dalam semak oleh
kanak-kanak berkenaan. Sebaik melihat makhluk kenit aneh berkenaan,
kanak-kanak terbabit memungut dan membalutnya dengan kertas sebelum
dibawa pulang.

Kanak-kanak itu, Julio Carreno,
mendakwa yang makhluk terbabit hidup selama lapan hari selepas ditemui.
Selepas tempoh berkenaan, akibat sebab tertentu, ia tidak lagi dapat
membuka matanya.

Menyangka makhluk itu sakit, Julio
dan keluarganya membawa orang kenit itu berjumpa doktor haiwan untuk
menjalani pemeriksaan. Akan tetapi sebaik menunjukkan makhluk berkenaan
kepada pengamal perubatan, doktor yang ditemui nyata tergamam
kebingungan.

"Doktor hairan melihat makhluk ini; dia
memberitahu kami yang makhluk ini amat pelik dan dia tidak tahu apakah
ia sebenarnya," kata Julio.

Tidak lama kemudian,
makhluk itu mati. Bagaimanapun sesuatu yang pelik mula berlaku. Selepas
beberapa hari tidak bernyawa, jasad makhluk kenit itu mula mengering
dengan cepat; ia terawet dengan sendiri sehingga menjadi seakan mumia.

"Ia
bertukar warna sejak kami menemuinya. Pada asalnya ia lebih berwarna
merah jambu tapi kini lebih gelap," kata kanak-kanak itu lagi.

Penemuan
spesies makhluk aneh itu dengan cepat mencetuskan kegemparan di
kalangan masyarakat termasuk wartawan yang mengunjungi rumah keluarga
itu. Penyelidik turut datang untuk menjalankan kajian.

Di
hadapan sekumpulan wartawan, Julio menunjukkan jasad mumia orang kenit
itu. Dia mula membuka peti rawatan kecemasan dan seketika kemudian,
kelihatan jasad makhluk aneh yang terawet terletak di atas kapas, di
dalamnya.

"Makhluk apakah ini?" mungkin persoalan
itulah yang bermain di minda mereka. Saiz kepala yang lebih besar
daripada badan benar-benar menarik tumpuan. Kuku jari makhluk itu pula
kelihatan agak panjang.

"Kuku itu seperti terus
memanjang," kata-kata diucapkan kanak-kanak itu semakin membingungkan.
Mana mungkin kuku hidupan yang sudah mati boleh terus memanjang?

Hampir keseluruhan fizikal makhluk itu kelihatan terawet seperti
mumia. Jasadnya juga kelihatan rapuh dan mudah berkecai jika dipegang
menyebabkan orang kenit itu diletakkan di atas kapas di dalam peti
rawatan kecemasan.

Ada yang beranggapan kanak-kanak
itu sudah menjumpai orang kenit yang selama ini hanya disebut dalam
mitos dan cerita dongeng. Pihak lain mendakwa makhluk yang ditemui
Julio itu adalah makhluk asing.

Beberapa penyelidik
turut melakukan pemerhatian bagi membongkar misteri di sebalik spesies
hidupan misteri itu. Bagaimanapun selepas menjalankan pemerhatian,
mereka berasa skeptikal bahawa makhluk itu adalah orang kenit, makhluk
asing atau sejenis spesies hidupan misteri yang masih belum ditemui di
dunia ini.

Sebaliknya, pengkaji termasuk dari
Universiti of Chile beranggapan makhluk itu mungkin fetus sejenis
hidupan liar seperti kucing hutan.

Pengkaji dari
Universiti of Sonto Tomas mengatakan ia adalah sejenis hidupan seakan
tupai iaitu 'monito de monte' yang berasal daripada spesies mamalia
kecil yang tinggal di hutan hujan Valdivian serta kerap menyembunyikan
diri pada waktu siang. Penyelidik lain pula berpendapat bahawa makhluk
itu adalah anak tikus kecil.

Bagaimanapun, pelbagai
hujah daripada penyelidik itu hanyalah teori berasaskan pemerhatian
luaran saja. Tiada kajian lanjut dilakukan menyebabkan penyelidik gagal
mengenalpasti spesies haiwan sebenar berhubung makhluk kenit itu.

Ia
sekali gus meninggalkan persoalan sama ada jasad makhluk itu adalah
anak haiwan liar seperti kucing hutan, monito de monte dan tikus atau
ia sememangnya orang kenit yang selama ini banyak diceritakan dalam
kisah dongeng, kekal sebagai misteri.
Back to top Go down
http://www.sioloon.com
Randy
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
Randy

Male
Countries/State : Sabah
Age : 36
location : Luyang~Lintas
Points : 11954
Reputation : 0
Number of posts : 1353

Mistik orang kenit Empty
PostSubject: Re: Mistik orang kenit   Mistik orang kenit Icon_minitime2/11/2008, 9:36 pm

org kenit tue tdk brpa mnakutkn..
tpi jenglot tue yg bkin seram..
wooo.. groar
ada info psal jenglot ka??..
Back to top Go down
aLFFiaN
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR
aLFFiaN

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 41
location : Borneo Island
Website : www.sioloon.com
Tag ID: : SFC00001
Points : 15112
Reputation : 101
Number of posts : 7895

Mistik orang kenit Empty
PostSubject: Re: Mistik orang kenit   Mistik orang kenit Icon_minitime2/11/2008, 9:42 pm

ambik ni sedikit sedutan c jenglot dari youtube...

Main view
   Apa Yang Anda Mahu?
Website Tracking

Best Malaysian Sites

Sioloon site is worthRM 201,296.41Your website value?