SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Amalan Nasi Kangkang Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Amalan Nasi Kangkang Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Amalan Nasi Kangkang

View previous topic View next topic Go down 
Go to page : 1, 2  Next
AuthorMessage
aLFFiaN
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR
aLFFiaN

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 41
location : Borneo Island
Website : www.sioloon.com
Tag ID: : SFC00001
Points : 15098
Reputation : 101
Number of posts : 7895

Amalan Nasi Kangkang Empty
PostSubject: Amalan Nasi Kangkang   Amalan Nasi Kangkang Icon_minitime19/7/2008, 12:22 pm

Nasi kangkang @ nasi tangas adalah amalan khurafat segelintir masyarakat Melayu. Pengamalnya tidak takut akan dosa melakukan perkara tersebut kerana telah dihasut oleh syaitan yang akan membawa mereka ke naraka jahanam. Oleh itu jauhi ilmu tersebut walaupun dengan pelbagai alasan sekalipun.


FILEM perempuan, isteri dan… lakonan pelakon Sofea Jane sedikit masa dulu menimbulkan kekecohan apabila dengan berani menunjukkan ‘aksi’ si isteri menghasilkan nasi tangas atau lebih dikenali bahasa kasarnya, nasi kangkang. Begitupun sejauh mana amalan sihir serta khurafat ini mampu menundukkan suami atau sekurang-kurangnya disenangi orang sekeliling melihat pemakainya?

Walaupun Islam melarang, mengharamkan dan menyifatkan perbuatan itu satu dosa besar, keanehan atau apa yang dianggap kesan mujarab sesuatu amalan itu masih tetap dipraktikkan hingga ke hari ini. Jika tidak secara terang-terangan, tetapi masih ada yang melakukannya secara senyap-senyap dan larisnya seseorang bomoh selalunya hanya diketahui di kalangan kelompok yang pernah melakukan kerja berkenaan.

Seorang bomoh yang hanya ingin dikenali sebagai Pak Tua ketika di temui di rumahnya di Gombak mengaku walaupun masyarakat hari ini leka kemajuan sains dan teknologi, masih ada segelintir wanita yang yang datang berjumpanya bagi minta cara-cara untuk menghasilkan nasi kangkang.

“Alasan yang selalu diberikan ialah menundukkan suami liar yang selalu menimbulkan masalah dalam rumah tangga seperti `makan luar’ dan hidung belang. Wanita sebegini selalunya inginkan suami yang sentiasa berada di rumah, tidak berfoya-foya dan lebih mudah mendengar arahan daripada isteri,” katanya.

Sungguhpun begitu, sejauh mana amalan berkenaan boleh menzahirkan hajat wanita berkenaan masih sukar dipastikan dengan kata-kata kerana ia diukur berdasarkan `kehebatan’ bomoh berkenaan.

“Ada yang kata menjadi dan ada yang kata tidak menjadi. Itu yang sukar untuk kita pastikan, tetapi sehingga ke hari ini wanita yang menemui saya selalunya berpuashati,” katanya yang menyatakan amalan berkenaan dilakukan menerusi pembacaan ayat tertentu yang diamalkan ketika melakukan prosedur itu.

Penghasilan nasi kangkang sama seperti namanya agak menjijikkan kerana untuk menyediakannya, wanita berkenaan perlu berada pada keadaan haid @ datang bulan. Wanita berkenaan dikatakan perlu berada dalam keadaan duduk mencangkung di atas nasi yang masih panas untuk selama lebih kurang 10 hingga 15 minit sehingga mengalir air yang berwap daripada tubuhnya ke dalam nasi berkenaan dan selalunya amalan ini perlu dilakukan beberapa kali untuk lebih mujarab.

Bagaimanapun, katanya, sebelum melakukan `kerja’ berkenaan beliau akan menasihati wanita itu terlebih dulu untuk melakukan segala ikhtiar termasuk bersabar dengan kerenah suami sebelum mengamalkan nasi kangkang kerana tahu ia bukanlah cara terbaik `menundukkan’ suami, lantaran ia mungkin menyebabkan kesan sebaliknya seperti suami menjadi bodoh atau tidak betul.

“Perkara yang dibantu oleh syaitan seperti ini selalunya menjadi, khususnya membabitkan pasangan yang masing-masing cetek ilmu pengetahuan agamanya. Walaupun dalam beberapa kes ada suami yang menjadi bodoh akibat makan benda yang kotor, kadangkala itulah yang isteri inginkan iaitu suami yang mengikut telunjuk kata,” katanya.

Beliau juga tidak menafikan kesan sihir yang dilakukan bomoh boleh mendatangkan kesan sebaliknya seperti suami membenci isterinya dan mungkin ia dikaitkan dengan melanggar pantang larang oleh wanita berkenaan seperti larangan makan makanan tertentu dan sebagainya.

Bagaimanapun Profesor di Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid, berkata nasi kangkang hanyalah nama yang digunakan masyarakat kurang terpelajar kerana ia tidak memberikan sebarang kesan.

Katanya, sekiranya berkesan kepada suami yang di bomoh itu, ia hanyalah dikaitkan dengan kesan psikologi individu berkenaan saja yang percaya kepada keberkesanannya menerusi apa yang diperkatakan oleh masyarakat sekeliling mengenai kehebatan ilmu dan pengamalnya itu.

“Kalau dalam psikologi sosial, ia sama seperti kesan `brain wash’ yang mana boleh mempengaruhi kita kalau selalu dikatakan tangas ia meninggalkan kesan hebat. Antara syaitan dan manusia adalah dua perkara yang berbeza dan hanya Allah yang membenarkan ia terjadi dan sebaliknya.

“Orang selalu gunakan Islam untuk menjadikan asas menunjukkan syaitan itu ada kesan terhadap manusia sedangkan tidak. Sekiranya kita percaya terkena sihir, dan berubat menerusi cara berbomoh tadi, maka dikhuatiri kita akan terjebak juga akhirnya, dalam lingkungan tidak bertepi tadi.

“Kalau kita menjadi was was terhadap pasangan kita sama ada dibomohkan secara senyap dan sebagainya, yakinkan saja tidak ada apa yang mampu memberi kesan kepada manusia dalam dunia sekarang kecuali dengan pertolongan Allah. Hanya dengan kekuatan diri dan percaya kepada Tuhan, kita mampu mengatasinya. Sebagai manusia saya juga mengharapkan kita jangan terlalu menggambarkan benda itu sampai berlebihan, sebaliknya lebih rasional dalam sebarang perkara,” katanya.

Hingga ke hari ini belum pernah ada satu garis panduan terhadap amalan ini dilakukan, mungkin kerana tiada bukti yang dapat menerangkan kesannya menjadikan ia bukanlah satu topik yang mendapat perhatian sewajarnya, dan yang pasti ia tidak dapat dibuktikan dengan sains dan teknologi menjadikan ia berlalu begitu saja atau bergerak perlahan tanpa diendahkan.
Back to top Go down
http://www.sioloon.com
kelisa_hitachi
REGULAR
REGULAR


Male
Age : 42
location : keningau~kk
Tag ID: : TAG ID : SFC 03153
Points : 12117
Reputation : 0
Number of posts : 315

Amalan Nasi Kangkang Empty
PostSubject: Re: Amalan Nasi Kangkang   Amalan Nasi Kangkang Icon_minitime19/7/2008, 2:02 pm

bahaya bende ni...
dulu ustaz aku penah ajar doa nak elak terkena bende2 gini
tapi aku da lupe laaaa...
Back to top Go down
LoLLiPoP
SENIOR
SENIOR


Male
Age : 45
location : kk-kb-kl-putatan
Points : 12267
Reputation : 0
Number of posts : 656

Amalan Nasi Kangkang Empty
PostSubject: Re: Amalan Nasi Kangkang   Amalan Nasi Kangkang Icon_minitime19/7/2008, 6:28 pm

geli saya... eeeeee...
Back to top Go down
otai_queen
MODERATOR
otai_queen

Female
Countries/State : Terengganu
Age : 40
location : Kudat
Tag ID: : SFC 03014
Points : 15192
Reputation : 25
Number of posts : 6310

Amalan Nasi Kangkang Empty
PostSubject: Re: Amalan Nasi Kangkang   Amalan Nasi Kangkang Icon_minitime19/7/2008, 6:52 pm

berdosa besar tu... Shocked
Back to top Go down
darrengt
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
darrengt

Male
Countries/State : Brunei
Age : 43
location : kota kinabalu
Points : 12209
Reputation : 0
Number of posts : 1246

Amalan Nasi Kangkang Empty
PostSubject: Re: Amalan Nasi Kangkang   Amalan Nasi Kangkang Icon_minitime20/7/2008, 4:34 pm

ini ngam kasi kena sama suami playboy baru dia tahu siapa king of the house
Back to top Go down
Ah_Pye
REGULAR
REGULAR
Ah_Pye

Male
Age : 36
location : Beaufort-Membakut Sabah
Points : 11940
Reputation : 0
Number of posts : 314

Amalan Nasi Kangkang Empty
PostSubject: Re: Amalan Nasi Kangkang   Amalan Nasi Kangkang Icon_minitime21/7/2008, 9:50 am

uina....mmg dosa besar la tu...tp xkan c isteri c tfikir..jodoh di tgn tuhan ba.......

apa yg berlaku...tetap blaku...
Back to top Go down
RBN76
SUPERIOR
SUPERIOR


Male
Age : 46
location : ANYWHERE AND ANYTIME
Points : 12113
Reputation : 0
Number of posts : 2142

Amalan Nasi Kangkang Empty
PostSubject: Re: Amalan Nasi Kangkang   Amalan Nasi Kangkang Icon_minitime21/7/2008, 9:57 am

ini kes tepuk tangan sebelah atau laki2 main kayu sepuluh ni....wanita desperado atau jalan terakhir utk menjinakan playboy.juga digunakan utk memikat lelaki idaman...danger zone
Back to top Go down
drakult
SIFU
SIFU


Male
Age : 47
location : SU, SA, SB
Points : 12366
Reputation : -1
Number of posts : 6286

Amalan Nasi Kangkang Empty
PostSubject: Re: Amalan Nasi Kangkang   Amalan Nasi Kangkang Icon_minitime21/7/2008, 10:02 am

aku ada jual..

siapa mo beli?? pale
Back to top Go down
RBN76
SUPERIOR
SUPERIOR


Male
Age : 46
location : ANYWHERE AND ANYTIME
Points : 12113
Reputation : 0
Number of posts : 2142

Amalan Nasi Kangkang Empty
PostSubject: Re: Amalan Nasi Kangkang   Amalan Nasi Kangkang Icon_minitime21/7/2008, 10:04 am

drakult wrote:
aku ada jual..

siapa mo beli?? pale


eiksss drakult,bahaya ko ni geng..bila ko tukar jantina.kekeke
Back to top Go down
drakult
SIFU
SIFU


Male
Age : 47
location : SU, SA, SB
Points : 12366
Reputation : -1
Number of posts : 6286

Amalan Nasi Kangkang Empty
PostSubject: Re: Amalan Nasi Kangkang   Amalan Nasi Kangkang Icon_minitime21/7/2008, 10:07 am

nasi kangkang aku universal bro, dan dijual utk mereka yg tidak tahu membuat nasi kangkang..

perempuan dan lelaki boleh makan..kekekekekee pale

bah mari lah beli nasi kangkang drakult..
Back to top Go down
RBN76
SUPERIOR
SUPERIOR


Male
Age : 46
location : ANYWHERE AND ANYTIME
Points : 12113
Reputation : 0
Number of posts : 2142

Amalan Nasi Kangkang Empty
PostSubject: Re: Amalan Nasi Kangkang   Amalan Nasi Kangkang Icon_minitime21/7/2008, 10:08 am

drakult wrote:
nasi kangkang aku universal bro, dan dijual utk mereka yg tidak tahu membuat nasi kangkang..

perempuan dan lelaki boleh makan..kekekekekee pale

bah mari lah beli nasi kangkang drakult..

mesti fresh from the farm kan drakult...panes panes lagi jatuh jatuh tu...kakakaka geek
Back to top Go down
Ah_Pye
REGULAR
REGULAR
Ah_Pye

Male
Age : 36
location : Beaufort-Membakut Sabah
Points : 11940
Reputation : 0
Number of posts : 314

Amalan Nasi Kangkang Empty
PostSubject: Re: Amalan Nasi Kangkang   Amalan Nasi Kangkang Icon_minitime21/7/2008, 10:10 am

nasi tu berapa harga?mcm spesil jak nasi tu...hehehe...ada yg nnt jd gla...hehehe
Back to top Go down
drakult
SIFU
SIFU


Male
Age : 47
location : SU, SA, SB
Points : 12366
Reputation : -1
Number of posts : 6286

Amalan Nasi Kangkang Empty
PostSubject: Re: Amalan Nasi Kangkang   Amalan Nasi Kangkang Icon_minitime21/7/2008, 10:11 am

LaughingLaughingLaughing

itu yg MANTAP..mo order dulu..baru kesegaran dapat dijamin..

murah saja bro..bikin pengeras saja tue pale
Back to top Go down
giukmanga
REGULAR
REGULAR
giukmanga

Male
Age : 41
location : Bongawan Papar Sabah
Points : 12183
Reputation : 0
Number of posts : 378

Amalan Nasi Kangkang Empty
PostSubject: Re: Amalan Nasi Kangkang   Amalan Nasi Kangkang Icon_minitime23/7/2008, 3:48 pm

drakult wrote:
LaughingLaughingLaughing

itu yg MANTAP..mo order dulu..baru kesegaran dapat dijamin..

murah saja bro..bikin pengeras saja tue pale

bro kau ada jual ka?? kalau ada potensi aku mau jd rakan niaga hahah boleh pasarkan dseluruh sabah haha
Back to top Go down
TRU247
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
TRU247

Female
Age : 37
location : Penampang
Points : 12102
Reputation : 0
Number of posts : 1000

Amalan Nasi Kangkang Empty
PostSubject: Re: Amalan Nasi Kangkang   Amalan Nasi Kangkang Icon_minitime25/7/2008, 1:28 pm

OOoo.. ni ka pula nasi kangkang.. hmmm...
xterlintas pun dlm kepala tru mo buat smpai mcm tu ngan org yg tersayang..
klu teda jodoh apa bleh buat kan??
skrang tru ckp mcm ni la..
klu konon terjadi ngan tru.. mataii... 10 kali pikir pun masih mo buat kali nie.. hahaha tongue
Back to top Go down
drakult
SIFU
SIFU


Male
Age : 47
location : SU, SA, SB
Points : 12366
Reputation : -1
Number of posts : 6286

Amalan Nasi Kangkang Empty
PostSubject: Re: Amalan Nasi Kangkang   Amalan Nasi Kangkang Icon_minitime25/7/2008, 1:34 pm

sebenarnya..banyak bah org buat mcm nie..even my own friend pun pernah kena (lelaki) dan pernah buat(perempuan)..

benda nie memang tidak dapat dipisahkan dlm masyarakat kita..MANTAP!!?!! Very Happy
Back to top Go down
csilusz
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR


Male
Countries/State : Sabah
Age : 41
location : Tambunan-lahad datu
Tag ID: : SFC 03201
Points : 12000
Reputation : 0
Number of posts : 1494

Amalan Nasi Kangkang Empty
PostSubject: Re: Amalan Nasi Kangkang   Amalan Nasi Kangkang Icon_minitime26/7/2008, 11:08 pm

ui na mantap!!! takda faedah nya bt suma benda mcm ni.. kenapa perlu ikat dgn nasik kangkang? napa tidak tali karabau!! yuhu...
Back to top Go down
giukmanga
REGULAR
REGULAR
giukmanga

Male
Age : 41
location : Bongawan Papar Sabah
Points : 12183
Reputation : 0
Number of posts : 378

Amalan Nasi Kangkang Empty
PostSubject: Re: Amalan Nasi Kangkang   Amalan Nasi Kangkang Icon_minitime27/7/2008, 7:57 am

csilusz wrote:
ui na mantap!!! takda faedah nya bt suma benda mcm ni.. kenapa perlu ikat dgn nasik kangkang? napa tidak tali karabau!! yuhu...

tali kerbau tidak kuat bro ngkali bagus pakai tali penarik kereta hehehlagi kuat...
Back to top Go down
de@@_le$$
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR
de@@_le$$

Male
Countries/State : Sabah
Age : 46
location : Penampang, SABAH
Tag ID: : SFC 01022
Points : 13899
Reputation : 23
Number of posts : 7093

Amalan Nasi Kangkang Empty
PostSubject: Re: Amalan Nasi Kangkang   Amalan Nasi Kangkang Icon_minitime27/7/2008, 9:14 am

huhu.... nasi kangkang ni untuk lelaki saja ka..... untuk perempuan x ada ka..... Laughing
Back to top Go down
drakult
SIFU
SIFU


Male
Age : 47
location : SU, SA, SB
Points : 12366
Reputation : -1
Number of posts : 6286

Amalan Nasi Kangkang Empty
PostSubject: Re: Amalan Nasi Kangkang   Amalan Nasi Kangkang Icon_minitime27/7/2008, 9:51 am

mari kita test..wakakakakaa..MANTAP!!?!! Very Happy
Back to top Go down
shahrul_sky
REGULAR
REGULAR
shahrul_sky

Male
Countries/State : Sabah
Age : 39
location : Taman Bersatu Putatan
Tag ID: : SFC00119
Points : 12793
Reputation : 3
Number of posts : 496

Amalan Nasi Kangkang Empty
PostSubject: Re: Amalan Nasi Kangkang   Amalan Nasi Kangkang Icon_minitime27/7/2008, 12:13 pm

makan nasi tambah lauk peluh nie... hehehe
Back to top Go down
RBN76
SUPERIOR
SUPERIOR


Male
Age : 46
location : ANYWHERE AND ANYTIME
Points : 12113
Reputation : 0
Number of posts : 2142

Amalan Nasi Kangkang Empty
PostSubject: Re: Amalan Nasi Kangkang   Amalan Nasi Kangkang Icon_minitime28/7/2008, 2:17 pm

tambah nasi satu..lapar suda ni wakakakaka geek
Back to top Go down
mojomoo
REGULAR
REGULAR
mojomoo

Male
Countries/State : Sabah
Age : 86
location : 神奈川県, JP
Points : 12286
Reputation : 0
Number of posts : 279

Amalan Nasi Kangkang Empty
PostSubject: Re: Amalan Nasi Kangkang   Amalan Nasi Kangkang Icon_minitime28/7/2008, 4:23 pm

nasi sampul satu..sampul tulul....awkakakka
Back to top Go down
Yakuza
MODERATOR
Yakuza

Male
Countries/State : Sabah
Age : 39
location : penampang,beringgis,papar
Points : 12608
Reputation : 3
Number of posts : 1457

Amalan Nasi Kangkang Empty
PostSubject: Re: Amalan Nasi Kangkang   Amalan Nasi Kangkang Icon_minitime29/7/2008, 8:29 am

nasi kangkang bler buat laki bodoh..
selalu dgr ckp bini ja ni....
Back to top Go down
intrax
ELITE
ELITE
intrax

Male
Countries/State : Australia
Age : 38
location : Kota belud-SaNdAkaN
Website : http://dynastyclub.forumotion.net
Tag ID: : SFC 03293
Points : 12537
Reputation : 9
Number of posts : 3111

Amalan Nasi Kangkang Empty
PostSubject: Re: Amalan Nasi Kangkang   Amalan Nasi Kangkang Icon_minitime23/9/2008, 10:50 pm

INI LAH NI MASALAH-MASALAH EIII JAHAT JUGA DIORANG BUAT BEGITU KENAPA NI ORANG2 SEPERTI INI SUDAH TAU SALAH DI SISI AGAMA BUAT LAGI TAKUT SUAMI CARI LAIN KA ISK...ISK... TAPI BIARLAH ITU LELAKI PUNYA HAL BA TU KALU MO TAMBAH SAMPAI BERAPA PUN
Back to top Go down
http://www.borneoforestheritage.org.my
Sponsored content




Amalan Nasi Kangkang Empty
PostSubject: Re: Amalan Nasi Kangkang   Amalan Nasi Kangkang Icon_minitime

Back to top Go down
 

Amalan Nasi Kangkang

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 2Go to page : 1, 2  Next

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: ALAM MISTIK :: Artikel Mistik-
Jump to: