SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Bienda perlu RM50,000 untuk bedah jantung Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Bienda perlu RM50,000 untuk bedah jantung Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Bienda perlu RM50,000 untuk bedah jantung

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
andypeterh
ELITE
ELITE
andypeterh

Male
Age : 44
location : Kota Kinabalu (Kepayan & Putatan) & Ranau
Points : 12537
Reputation : 1
Number of posts : 4411

Bienda perlu RM50,000 untuk bedah jantung Empty
PostSubject: Bienda perlu RM50,000 untuk bedah jantung   Bienda perlu RM50,000 untuk bedah jantung Icon_minitime31/12/2007, 7:14 pm

Oleh Serimah Mohd Sallehuddin


SERIUS: Doktor yang merawat Bienda mengesyaki dia menghidap penyakit jantung setelah melihat kukunya yang bertukar kebiruan.

Bekas penyanyi nasyid kena jalani rawatan segera elak penyakit dihidapi jadi kronik

MALANG memang tidak berbau. Begitulah yang berlaku terhadap bekas penyanyi kumpulan nasyid Solehah, Nor Razlinda Razli atau Bienda yang baru-baru ini disahkan menghidap sakit jantung berlubang dan memerlukan wang RM50,000 untuk menampung kos pembedahannya.

Penyanyi berusia 22 tahun itu hanya menyedari mengenai penyakit berkenaan seminggu yang lalu apabila kerap berasa sakit di bahagian kiri dadanya.



Ibunya yang juga penyanyi dangdut, Sheeda ketika dihubungi berkata, anaknya sering mengadu sakit dada tetapi mereka menyangka ia hanya sakit biasa. Mereka ke klinik berhampiran tetapi doktor menyatakan dia tidak menghadapi sebarang penyakit.

Bagaimanapun, baru-baru ini sekali lagi penyanyi itu diserang sakit dada dan mereka ke klinik yang sama. Bagaimanapun kali ini doktor mendapati degupan jantungnya pelik lalu mengarahkan Bienda merujuk kes berkenaan ke hospital.

“Sekarang Bienda berehat di rumah dan hanya bergantung kepada ubat. Pada 8 hari bulan nanti doktor akan memasukkan kamera kecil ke dalam mulutnya untuk membuat pemeriksaan lebih lanjut.

“Kos memasukkan kamera itu saja menelan RM1,000. Kos pembedahan pula dianggarkan sekitar RM25,000 dan selebihnya untuk rawatan susulannya. Pembedahan akan dilakukan segera bagi menutup lubang yang bersaiz 2.5 sentimeter,” katanya.

Kata Sheeda, menurut doktor penyakit itu mungkin sudah dihidapi penyanyi itu sejak kecil tetapi mereka sekeluarga tidak berjaya mengesannya. Doktor klinik yang merawat Bienda mengesyaki dia menghidap penyakit jantung setelah melihat kukunya yang bertukar kebiruan.

Ketika menantikan keputusan penyakit anaknya itu, kata Sheeda dia sangat berharap anak kesayangannya itu tidak menghidap penyakit kronik. Malangnya dia terpaksa juga menerima kenyataan yang amat pahit bagi mereka sekeluarga.

Apabila mengetahui penyakit itu, kata Sheeda, Bienda menangis semahu-mahunya dan sukar menerima kenyataan itu. Mereka sekeluarga terpaksa menenangkan perasaan anaknya.

Malah sejak mengetahui mengenai penyakitnya juga, Bienda tidak mahu berenggang dengan dirinya dan mereka kini tidur bersama. Menurut Sheeda lagi, berat badan Bienda dan dia juga berkurangan akibat terlalu bimbang.

“Sejak sakit, Bienda tidak boleh berpisah dengan saya. Kalau saya keluar bekerja, dia akan telefon banyak kali bertanya bila saya hendak pulang.

“Sejak sakit juga, kami sukar tidur malam. Kami akan menghabiskan masa berbual pelbagai perkara hingga lewat pagi. Dia pun sering fikirkan yang bukan-bukan tapi dia kuat semangat.

“Dia telefon juga kawan-kawan minta tolong carikan ‘show’ untuk dia sebab katanya dia mahu cari duit untuk bantu keluarga,” kata Sheeda sebak.

Bagi mengurangkan kemurungan anaknya itu, Sheeda akan membawa Bienda bertemu dengan pesakit kronik bagi meningkatkan motivasi dalam diri anaknya.

Menurut Sheeda, dia tidak mahu meminta-minta. Bagaimanapun, dia tidak mampu menyediakan wang sebanyak itu dengan pendapatan sebagai penyanyi yang tidak seberapa. Apatah lagi sejak akhir-akhir ini undangan menyanyi untuknya dan Bienda kurang.

Wang yang diperoleh hasil daripada nyanyian pula digunakan untuk menampung hidup mereka sekeluarga. Justeru, hanya yang terlintas di fikirannya adalah mendapatkan bantuan Persatuan Karyawan Malaysia.

“Saya ibu tunggal, undangan nyanyian pun tidak seberapa. Saya bukanlah hendak mengambil kesempatan mengharapkan bantuan. Cuma saya berharap ada pihak yang sudi menolong kerana kami diberitahu mengenai hal ini dalam waktu yang sangat suntuk. Ia menyukarkan saya untuk menyediakan wang sebanyak itu.

“Saya berterima kasih kepada pihak Karyawan yang akan membantu kami sekeluarga menyelesaikan masalah Bienda. Persatuan Pemuda Umno juga dengarnya ingin membantu,” katanya.

Sidang media mengenai bantuan ke atas Bienda akan diadakan pihak Karyawan pada 2 Januari ini.
Back to top Go down
http://tagged.com/yakuza_yakuza
csilusz
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR


Male
Countries/State : Sabah
Age : 41
location : Tambunan-lahad datu
Tag ID: : SFC 03201
Points : 12000
Reputation : 0
Number of posts : 1494

Bienda perlu RM50,000 untuk bedah jantung Empty
PostSubject: Re: Bienda perlu RM50,000 untuk bedah jantung   Bienda perlu RM50,000 untuk bedah jantung Icon_minitime15/9/2008, 9:58 pm

cian la bienda.. patut la tada suda muncul d kaca tv.. mizzz uu huhu wakakakaka
Back to top Go down
under18crew
SIFU
SIFU
under18crew

Male
Countries/State : Sabah
Age : 33
location : Kota Belud
Tag ID: : SFC 02544
Points : 13054
Reputation : 13
Number of posts : 16246

Bienda perlu RM50,000 untuk bedah jantung Empty
PostSubject: Re: Bienda perlu RM50,000 untuk bedah jantung   Bienda perlu RM50,000 untuk bedah jantung Icon_minitime16/9/2008, 10:20 am

ptt lh lma uda mhlang..
Back to top Go down
thenone
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
thenone

Male
Countries/State : Sabah
Age : 38
location : Kota Kinabalu
Tag ID: : sfc 03675
Points : 12511
Reputation : 16
Number of posts : 1587

Bienda perlu RM50,000 untuk bedah jantung Empty
PostSubject: Re: Bienda perlu RM50,000 untuk bedah jantung   Bienda perlu RM50,000 untuk bedah jantung Icon_minitime7/1/2009, 1:22 am

ciannya....skrg apa berita??
Back to top Go down
iemori69
MODERATOR
iemori69

Male
Countries/State : Sabah
Age : 40
location : KaYkAy CiTy
Tag ID: : SFC 03059
Points : 13456
Reputation : 12
Number of posts : 4507

Bienda perlu RM50,000 untuk bedah jantung Empty
PostSubject: Re: Bienda perlu RM50,000 untuk bedah jantung   Bienda perlu RM50,000 untuk bedah jantung Icon_minitime12/1/2009, 11:30 pm

apa crita terbaru tntang dia ne.. huhu~
harap dia selamat jalani pembedahan tu...
Back to top Go down
Monster_Princess
JUNIOR
JUNIOR
Monster_Princess

Female
Age : 42
location : Sabah
Points : 12164
Reputation : 0
Number of posts : 220

Bienda perlu RM50,000 untuk bedah jantung Empty
PostSubject: Re: Bienda perlu RM50,000 untuk bedah jantung   Bienda perlu RM50,000 untuk bedah jantung Icon_minitime13/1/2009, 8:42 pm

cian bienda...semoga selamat
Back to top Go down
baby monster
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
baby monster

Male
Age : 37
location : labuan
Tag ID: : SFC 02594
Points : 12298
Reputation : 3
Number of posts : 1244

Bienda perlu RM50,000 untuk bedah jantung Empty
PostSubject: Re: Bienda perlu RM50,000 untuk bedah jantung   Bienda perlu RM50,000 untuk bedah jantung Icon_minitime26/1/2009, 4:35 pm

bh apa lg derma la dia heehe
Back to top Go down
Sponsored content




Bienda perlu RM50,000 untuk bedah jantung Empty
PostSubject: Re: Bienda perlu RM50,000 untuk bedah jantung   Bienda perlu RM50,000 untuk bedah jantung Icon_minitime

Back to top Go down
 

Bienda perlu RM50,000 untuk bedah jantung

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: GOSIP HANGAT :: Local-
Jump to: