jeff SENIOR
Age : 52 location : Kolombong,Tuaran, n Sandakan Points : 12415 Reputation : 0 Number of posts : 737
| Subject: Hantar balik pendatang tanpa izin Filipina tidak ditangguh 28/7/2008, 7:56 am | |
|
Hantar balik pendatang tanpa izin Filipina tidak ditangguh
Oleh Amin Ridzuan Ishak aminridzuan@bharian.com.my KUALA LUMPUR: Proses penghantaran pendatang tanpa izin warga Filipina di Sabah ke negara asal mereka akan tetap dilaksanakan awal bulan depan, walaupun kerajaan negara itu meminta ia ditangguhkan terlebih dulu.
Menteri Luar, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata Malaysia masih berpegang kepada pendirian asal iaitu menghantar pulang semua pendatang tanpa izin Filipina ke negara asal mereka mulai Ogos ini kerana persediaan rapi untuknya sudah dibuat.
“Kita tidak boleh mengubah sesuka hati jadual penghantaran semula pendatang tanpa izin Filipina ke negara asal mereka kerana ia sudah lama dirancang mengikut kesesuaian semua pihak termasuk negara terbabit. “Mereka (Filipina) harus faham kita sudah lama merancang perkara ini dan mereka juga pernah dimaklumkan mengenainya. Jadi, saya rasa mereka harus bersedia menerima kembali warga mereka itu berdasarkan tempoh diberi,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Naib Presiden Filipina, Noli de Castro yang meminta Malaysia menunda penghantaran kembali warganya yang tinggal secara haram di negara ini sehingga selepas Ramadan.
Dalam rayuan yang dihantar kepada Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Pendatang Asing Tanpa Izin Sabah, Datuk Seri Najib Razak, De Castro berkata, pihaknya memerlukan masa untuk menerima rakyatnya yang dihan-tar pulang itu. Beliau juga mendakwa, tindakan Malaysia itu akan turut memberi kesan kepada rakyat Filipina beragama Islam jika penghantaran dilakukan semasa Ramadan iaitu tempoh semua umat Islam diwajibkan berpuasa.
“Demi semangat kemanusiaan, semasa bulan mulia berkenaan, saya merayu supaya pelaksanaan operasi besar-besaran itu ditangguhkan sehingga selepas Ramadan ini,” katanya.
Rais bagaimanapun berkata, pintu rundingan terutama bagi menentukan kaedah penghantaran sesuai dengan aspek kemanusiaan masih terbuka jika ada arahan daripada Timbalan Perdana Menteri, untuk berbuat demikian.
Operasi mengusir pendatang asing tanpa izin di Sabah yang menerima peruntukan RM50 juta menganggarkan antara 100,000 hingga 150,000 pendatang asing akan dihantar balik ke negara asal termasuk Filipina dan Indonesia. Mengulas kebimbangan De Castro berhubung kesan bakal diterima umat Islam terbabit dalam operasi jika ia dilaksanakan pada Ramadan, Rais berkata, kebimbangan seumpama itu tidak sepatutnya wujud kerana Malaysia sudah berjanji untuk melayan mereka dengan baik.
“Tiada keraguan dengan kebolehan pihak berkuasa negara ini terutama dalam aspek agama kerana negara sentiasa menghormati pegangan agama. Apa yang perlu sekarang adalah mereka (Filipina) harus memberi kerjasama kepada Malaysia,” katanya.
|
|
RBN76 SUPERIOR
Age : 46 location : ANYWHERE AND ANYTIME Points : 12111 Reputation : 0 Number of posts : 2142
| Subject: Re: Hantar balik pendatang tanpa izin Filipina tidak ditangguh 28/7/2008, 8:14 am | |
| bla bla bla......sampai bila bila pun inda habis cerita ni...malas suda mo di dengar. |
|
otai_queen MODERATOR
Countries/State : Age : 40 location : Kudat Tag ID: : SFC 03014 Points : 15190 Reputation : 25 Number of posts : 6310
| Subject: Re: Hantar balik pendatang tanpa izin Filipina tidak ditangguh 28/7/2008, 8:32 am | |
| iya bah, menyibuk jak... |
|
codeng SUPERIOR
Age : 40 Points : 12391 Reputation : 0 Number of posts : 2370
| Subject: Re: Hantar balik pendatang tanpa izin Filipina tidak ditangguh 28/7/2008, 11:38 pm | |
| bagus lg duduk ruma makan&tido... dgr ja org pilipin bising mlm2...wakakakakak |
|
ariel87 REGULAR
Countries/State : Age : 37 location : KK-Ranau Points : 12587 Reputation : 0 Number of posts : 263
| Subject: Re: Hantar balik pendatang tanpa izin Filipina tidak ditangguh 2/8/2008, 3:29 am | |
| bgus jg bah klu org tmpatan ja yg mnetap d sabah.. ..kannnn.. |
|
csilusz CONTRIBUTOR
Countries/State : Age : 41 location : Tambunan-lahad datu Tag ID: : SFC 03201 Points : 11998 Reputation : 0 Number of posts : 1494
| Subject: Re: Hantar balik pendatang tanpa izin Filipina tidak ditangguh 10/8/2008, 9:20 pm | |
| sokonggggggggggggg!!!!!!!!!!!!!! |
|
ariel87 REGULAR
Countries/State : Age : 37 location : KK-Ranau Points : 12587 Reputation : 0 Number of posts : 263
| Subject: Re: Hantar balik pendatang tanpa izin Filipina tidak ditangguh 11/8/2008, 12:49 pm | |
| bnyak suda yg kna sumbat dalam lori POLIS tu.. klu bulan dpan dia jd PTI blk,dtang pg sabah, kasi COP besi pnas di punggung dia..ingat sabah cincai ka.. |
|
napster MODERATOR
Countries/State : Age : 40 location : KLIA (hometown papar) Tag ID: : SFC 03920 Points : 17600 Reputation : 116 Number of posts : 6364
| Subject: Re: Hantar balik pendatang tanpa izin Filipina tidak ditangguh 25/4/2009, 12:00 pm | |
| wahkakaka... padan muka dorg... masuk sabah buat hal saja sini.. |
|
Lanz84 JUNIOR
Countries/State : Age : 39 location : Alor Setar (org papar Tag ID: : SFC 05797 Points : 11556 Reputation : 6 Number of posts : 189
| Subject: Re: Hantar balik pendatang tanpa izin Filipina tidak ditangguh 3/6/2009, 11:10 am | |
| kasi sapu abis semua... rusak pemandangan kota kinabalu... |
|
Sponsored content
| Subject: Re: Hantar balik pendatang tanpa izin Filipina tidak ditangguh | |
| |
|