andypeterh ELITE
Age : 44 location : Kota Kinabalu (Kepayan & Putatan) & Ranau Points : 12551 Reputation : 1 Number of posts : 4411
| Subject: Bienda perlu RM50,000 untuk bedah jantung 31/12/2007, 7:14 pm | |
| Oleh Serimah Mohd Sallehuddin
SERIUS: Doktor yang merawat Bienda mengesyaki dia menghidap penyakit jantung setelah melihat kukunya yang bertukar kebiruan.
Bekas penyanyi nasyid kena jalani rawatan segera elak penyakit dihidapi jadi kronik
MALANG memang tidak berbau. Begitulah yang berlaku terhadap bekas penyanyi kumpulan nasyid Solehah, Nor Razlinda Razli atau Bienda yang baru-baru ini disahkan menghidap sakit jantung berlubang dan memerlukan wang RM50,000 untuk menampung kos pembedahannya.
Penyanyi berusia 22 tahun itu hanya menyedari mengenai penyakit berkenaan seminggu yang lalu apabila kerap berasa sakit di bahagian kiri dadanya.
Ibunya yang juga penyanyi dangdut, Sheeda ketika dihubungi berkata, anaknya sering mengadu sakit dada tetapi mereka menyangka ia hanya sakit biasa. Mereka ke klinik berhampiran tetapi doktor menyatakan dia tidak menghadapi sebarang penyakit.
Bagaimanapun, baru-baru ini sekali lagi penyanyi itu diserang sakit dada dan mereka ke klinik yang sama. Bagaimanapun kali ini doktor mendapati degupan jantungnya pelik lalu mengarahkan Bienda merujuk kes berkenaan ke hospital.
“Sekarang Bienda berehat di rumah dan hanya bergantung kepada ubat. Pada 8 hari bulan nanti doktor akan memasukkan kamera kecil ke dalam mulutnya untuk membuat pemeriksaan lebih lanjut.
“Kos memasukkan kamera itu saja menelan RM1,000. Kos pembedahan pula dianggarkan sekitar RM25,000 dan selebihnya untuk rawatan susulannya. Pembedahan akan dilakukan segera bagi menutup lubang yang bersaiz 2.5 sentimeter,” katanya.
Kata Sheeda, menurut doktor penyakit itu mungkin sudah dihidapi penyanyi itu sejak kecil tetapi mereka sekeluarga tidak berjaya mengesannya. Doktor klinik yang merawat Bienda mengesyaki dia menghidap penyakit jantung setelah melihat kukunya yang bertukar kebiruan.
Ketika menantikan keputusan penyakit anaknya itu, kata Sheeda dia sangat berharap anak kesayangannya itu tidak menghidap penyakit kronik. Malangnya dia terpaksa juga menerima kenyataan yang amat pahit bagi mereka sekeluarga.
Apabila mengetahui penyakit itu, kata Sheeda, Bienda menangis semahu-mahunya dan sukar menerima kenyataan itu. Mereka sekeluarga terpaksa menenangkan perasaan anaknya.
Malah sejak mengetahui mengenai penyakitnya juga, Bienda tidak mahu berenggang dengan dirinya dan mereka kini tidur bersama. Menurut Sheeda lagi, berat badan Bienda dan dia juga berkurangan akibat terlalu bimbang.
“Sejak sakit, Bienda tidak boleh berpisah dengan saya. Kalau saya keluar bekerja, dia akan telefon banyak kali bertanya bila saya hendak pulang.
“Sejak sakit juga, kami sukar tidur malam. Kami akan menghabiskan masa berbual pelbagai perkara hingga lewat pagi. Dia pun sering fikirkan yang bukan-bukan tapi dia kuat semangat.
“Dia telefon juga kawan-kawan minta tolong carikan ‘show’ untuk dia sebab katanya dia mahu cari duit untuk bantu keluarga,” kata Sheeda sebak.
Bagi mengurangkan kemurungan anaknya itu, Sheeda akan membawa Bienda bertemu dengan pesakit kronik bagi meningkatkan motivasi dalam diri anaknya.
Menurut Sheeda, dia tidak mahu meminta-minta. Bagaimanapun, dia tidak mampu menyediakan wang sebanyak itu dengan pendapatan sebagai penyanyi yang tidak seberapa. Apatah lagi sejak akhir-akhir ini undangan menyanyi untuknya dan Bienda kurang.
Wang yang diperoleh hasil daripada nyanyian pula digunakan untuk menampung hidup mereka sekeluarga. Justeru, hanya yang terlintas di fikirannya adalah mendapatkan bantuan Persatuan Karyawan Malaysia.
“Saya ibu tunggal, undangan nyanyian pun tidak seberapa. Saya bukanlah hendak mengambil kesempatan mengharapkan bantuan. Cuma saya berharap ada pihak yang sudi menolong kerana kami diberitahu mengenai hal ini dalam waktu yang sangat suntuk. Ia menyukarkan saya untuk menyediakan wang sebanyak itu.
“Saya berterima kasih kepada pihak Karyawan yang akan membantu kami sekeluarga menyelesaikan masalah Bienda. Persatuan Pemuda Umno juga dengarnya ingin membantu,” katanya.
Sidang media mengenai bantuan ke atas Bienda akan diadakan pihak Karyawan pada 2 Januari ini. |
|
csilusz CONTRIBUTOR
Countries/State : Age : 41 location : Tambunan-lahad datu Tag ID: : SFC 03201 Points : 12014 Reputation : 0 Number of posts : 1494
| Subject: Re: Bienda perlu RM50,000 untuk bedah jantung 15/9/2008, 9:58 pm | |
| cian la bienda.. patut la tada suda muncul d kaca tv.. mizzz uu huhu wakakakaka |
|
under18crew SIFU
Countries/State : Age : 33 location : Kota Belud Tag ID: : SFC 02544 Points : 13068 Reputation : 13 Number of posts : 16246
| Subject: Re: Bienda perlu RM50,000 untuk bedah jantung 16/9/2008, 10:20 am | |
| |
|
thenone CONTRIBUTOR
Countries/State : Age : 38 location : Kota Kinabalu Tag ID: : sfc 03675 Points : 12525 Reputation : 16 Number of posts : 1587
| Subject: Re: Bienda perlu RM50,000 untuk bedah jantung 7/1/2009, 1:22 am | |
| ciannya....skrg apa berita?? |
|
iemori69 MODERATOR
Countries/State : Age : 40 location : KaYkAy CiTy Tag ID: : SFC 03059 Points : 13470 Reputation : 12 Number of posts : 4507
| Subject: Re: Bienda perlu RM50,000 untuk bedah jantung 12/1/2009, 11:30 pm | |
| apa crita terbaru tntang dia ne.. huhu~ harap dia selamat jalani pembedahan tu... |
|
Monster_Princess JUNIOR
Age : 42 location : Sabah Points : 12178 Reputation : 0 Number of posts : 220
| Subject: Re: Bienda perlu RM50,000 untuk bedah jantung 13/1/2009, 8:42 pm | |
| cian bienda...semoga selamat |
|
baby monster CONTRIBUTOR
Age : 37 location : labuan Tag ID: : SFC 02594 Points : 12312 Reputation : 3 Number of posts : 1244
| Subject: Re: Bienda perlu RM50,000 untuk bedah jantung 26/1/2009, 4:35 pm | |
| bh apa lg derma la dia heehe |
|
Sponsored content
| Subject: Re: Bienda perlu RM50,000 untuk bedah jantung | |
| |
|