SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Punca kereta hilang pecutan.. Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Punca kereta hilang pecutan.. Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Punca kereta hilang pecutan..

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
mnaz
REGULAR
REGULAR
mnaz

Male
Countries/State : Sabah
Age : 41
location : tuaran-sipitang
Tag ID: : SFC 05636
Points : 11815
Reputation : 7
Number of posts : 403

Punca kereta hilang pecutan.. Empty
PostSubject: Punca kereta hilang pecutan..   Punca kereta hilang pecutan.. Icon_minitime4/6/2009, 6:33 pm

SETIAP
kali enjin tidak mengeluarkan daya penuh, tumpuan hanya diberi kepada
masalah pada enjin, sedangkan dalam banyak keadaan, cekam atau brek
yang bergesel menjadi puncanya. Biasanya, kerosakan sebegini terjadi
kepada enjin yang sudah tua. Justeru, gejala ini kurang terjadi kepada
kenderaan yang berjalan kurang daripada 100,000 kilometer.


Harus
diingat, ada beberapa punca yang menyebabkan berlakunya kerosakan itu,
iaitu sama ada sambungan sistem batang pendikit (throttle) dari pedal
petrol ke karburetor kurang baik, elemen daripada penapis udara kotor
atau tersumbat dan saat penyalaan terlalu lambat.

Kerosakan pada saluran minyak

KEROSAKAN
pada saluran minyak dalam karburetor dan pengatur saat penyalaan pada
distributor tidak berfungsi dengan baik turut mempengaruhi prestasi
pecutan sesebuah kereta.

Berikutan itu apa yang perlu dilakukan ialah membuat beberapa pemeriksaan pada bahagian enjin kenderaan.

Mula-mula,
anda perlu memeriksa batang yang menghubungkan pedal petrol dengan
karburator iaitu dengan memeriksa katup petrol (throttle) sama ada
terbuka atau tertutup apabila pedal petrol dipijak dan dilepaskan
kembali. Bagaimanapun, jika ada pasak sambungan yang sudah haus
(sehingga sambungannya longgar), untuk sementara waktu keadaan itu
dapat diperbaiki dengan menggunakan kawat atau pembalut getah.

Penapis udara tersumbat

KEMUDIAN
anda perlu memeriksa penapis udara sama ada ia tersumbat. Apabila
ternyata bahawa elemen penapis udara agak kotor, maka ia menunjukkan
bahawa penapis udara itu tersumbat dan ia perlu dibersihkan segera. Ada
dua jenis penapis udara iaitu penapis jenis kertas dan penapis dengan
minyak. Cara membersihkan setiap jenis penapis adalah berbeza dan perlu
dilakukan dengan cermat.

Sekiranya penapis udara itu sudah lama
digunakan, langkah terbaik adalah menukarnya kepada penapis baru supaya
pengedaran udara dalam enjin lebih lancar.

Selain itu, pembaikan
kecemasan terhadap kerosakan yang terjadi akibat kemasukan petrol yang
terlalu banyak atau terlalu sedikit dan kerosakan pada paip petrol
serta kerosakan pada alat (vakum) pengatur saat penyalaan turut menjadi
punca kepada masalah itu.

Penyalaan enjin tidak tepat
PENGGUNA
kereta harus sedar dan sentiasa mengambil tahu apabila berhadapan
dengan masalah prestasi pecutan kereta tidak memuaskan. Minta bantuan
mekanik untuk memeriksa sistem penyalaan, penyaluran petrol kurang
tepat atau tersumbat, enjin terlalu panas, kerosakan cekam (clutch),
brek ketat atau tekanan enjin tidak cukup.

Justeru, bila
berhadapan dengan keadaan itu pemeriksaan terhadap puncanya dan
pembaikan kecemasan boleh dilakukan, sama ada melakukan memeriksa
sendiri (jika tahu) atau memanggil mekanik.

Periksa sama ada
penyalaan enjin kereta sudah tepat. Ini dilakukan dengan memeriksa
palam pencucuh. Apabila nyalaan elektrik yang terjadi terlalu lemah
atau tidak teratur, bukalah penutup pengagih dan periksalah suis
penutup arus.

Sistem penyaluran petrol

PERIKSA
sama ada sistem penyaluran petrol dalam keadaan baik. Apabila petrol
yang mengalir ke dalam silinder tidak sesuai dengan yang diperlukan
(terlalu banyak atau terlalu sedikit) keadaan itu boleh menyebabkan
terjadinya campuran petrol dan udara kurang sempurna, sehingga
keupayaan enjin akan berkurangan.

Selain itu, perlu juga periksa
sama ada penapis udara tersumbat oleh kotoran. Periksa juga sama ada
injap udara (choke) berada dalam keadaan tertutup.

Masalah enjin
tidak menghasilkan daya penuh juga terjadi apabila enjin terlalu panas.
Periksa juga adakah cekam rosak atau brek bergesel. Adakalanya enjin
tidak mengeluarkan daya penuh bukanlah berpunca daripada masalah enjin
itu sendiri.

Cekam rosak atau brek yang bergesel menyebabkan
keupayaan enjin tidak dapat disalurkan dengan baik sehingga menyebabkan
gejala yang sama dengan keadaan enjin tidak mengeluarkan daya penuh..
Back to top Go down
bod_supersperm
SUPERIOR
SUPERIOR
bod_supersperm

Male
Countries/State : Sabah
Age : 43
location : kota kinabalu sabah
Tag ID: : SFC 03551
Points : 14161
Reputation : 6
Number of posts : 2276

Punca kereta hilang pecutan.. Empty
PostSubject: Re: Punca kereta hilang pecutan..   Punca kereta hilang pecutan.. Icon_minitime17/7/2009, 10:21 am

nice bro..tq..ada info lagi,share la
Back to top Go down
http://www.redsunmotorclub.com
spetnaz
JUNIOR
JUNIOR
spetnaz

Tag ID: : BIASA!!!
Points : 11136
Reputation : 1
Number of posts : 105

Punca kereta hilang pecutan.. Empty
PostSubject: Re: Punca kereta hilang pecutan..   Punca kereta hilang pecutan.. Icon_minitime15/9/2010, 8:37 am

thanks 4 da in4....
Back to top Go down
madee
MODERATOR
madee

Male
Countries/State : Indonesia
Age : 45
location : KB - Labuan - Tenom
Tag ID: : sFc 04528
Points : 20365
Reputation : 26
Number of posts : 8968

Punca kereta hilang pecutan.. Empty
PostSubject: Re: Punca kereta hilang pecutan..   Punca kereta hilang pecutan.. Icon_minitime15/9/2010, 9:09 am

klau ada info kongsi2 lagi....
Back to top Go down
jezzboyz
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
jezzboyz

Male
Countries/State : Kelantan
Age : 40
location : KOTA BHARU
Points : 11979
Reputation : 9
Number of posts : 1540

Punca kereta hilang pecutan.. Empty
PostSubject: Re: Punca kereta hilang pecutan..   Punca kereta hilang pecutan.. Icon_minitime16/9/2010, 10:06 am

kala enjin sejuk mesti xhilang pecutan kan? mesti smooth kan???
Back to top Go down
Sponsored content




Punca kereta hilang pecutan.. Empty
PostSubject: Re: Punca kereta hilang pecutan..   Punca kereta hilang pecutan.. Icon_minitime

Back to top Go down
 

Punca kereta hilang pecutan..

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: START YOUR ENGINE'S :: TIPS & INFOMATION AUTOMOBILE-
Jump to: