| Bajet 2009 bantu harungi kenaikan harga barangan | |
|
Author | Message |
---|
aLFFiaN ADMINISTRATOR
Countries/State : Age : 41 location : Borneo Island Website : www.sioloon.com Tag ID: : SFC00001 Points : 15110 Reputation : 101 Number of posts : 7895
| Subject: Bajet 2009 bantu harungi kenaikan harga barangan 29/8/2008, 9:18 am | |
| Bajet 2009 bantu harungi kenaikan harga barangan
KUALA LUMPUR: Bajet 2009 yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini, dijangka menggariskan inisiatif bagi merangsang ekonomi domestik ketika negara berdepan kelembapan ekonomi global serta membantu rakyat, terutama golongan berpendapatan rendah dan sederhana, mengharungi kenaikan harga barangan.
Justeru, bajet yang akan diumumkan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi itu dijangka terus bersifat bajet pengembangan dengan kerajaan menambah peruntukan perbelanjaan awam serta memperkenalkan beberapa langkah bagi meningkatkan pendapatan boleh belanja rakyat dan merangsang pelaburan swasta.
Sebagai bajet ketiga selepas pembentangan Rancangan Malaysia Kesembilan dan Pelan Induk Perindustrian Ketiga, Perdana Menteri juga dijangka mengumumkan langkah dan inisiatif bagi mengukuhkan lagi usaha mencapai sasaran yang digariskan dalam kedua-dua pelan induk itu dan teras Misi Nasional.
Dalam usaha menambah pendapatan boleh belanja rakyat, kerajaan dijangka menurunkan kadar cukai pendapatan individu dan memberi pilihan kepada pekerja mengurangkan kadar caruman wajib dalam Kumpulan Wang Simpanan pekerja (KWSP).
Seorang ahli ekonomi di sebuah firma penyelidikan, berkata kerajaan mungkin menurunkan kadar cukai pendapatan individu sebanyak satu peratus setiap tahun kepada 27 peratus tahun depan dan 26 peratus pada 2010 serta menurunkan had minimum pendapatan yang dikenakan cukai bagi manfaat golongan berpendapatan sederhana.
"Ini akan menyebabkan kerajaan kehilangan pendapatan kira-kira RM500 juta setahun, tetapi ia akan menaikkan perbelanjaan pengguna sekali gus merangsang kegiatan ekonomi," katanya.
Beliau juga menjangka, kerajaan akan memberi pilihan kepada pekerja untuk mengurangkan kadar caruman wajib dalam KWSP sebanyak dua peratus daripada 11 peratus sekarang.
"Malah, kerajaan mungkin memberi pilihan kepada pekerja bergaji bawah RM1,500 pengecualian daripada membuat caruman untuk tempoh sementara," katanya sambil menambah langkah itu akan menambah pendapatan boleh belanja antara RM2 bilion hingga RM5 bilion setahun.
Ahli ekonomi itu turut menjangka kerajaan mungkin mengumumkan pemberian bantuan kewangan atau rebat tunai kepada golongan berpendapatan di bawah RM1,500 bagi membantu meringankan beban kewangan mereka berikutan kenaikan kos sara hidup.
Beliau tidak menolak kemungkinan kerajaan menaikkan cukai rokok dan perjudian bagi menampung perbelanjaan subsidi tinggi berikutan kenaikan harga minyak mentah dan bahan makanan serta sejajar dengan usaha menggalakkan amalan hidup sihat.
"Kali terakhir cukai perjudian dinaikkan ialah pada 1999, justeru kerajaan mungkin menaikkannya kali ini," katanya.
Seorang ahli ekonomi lain pula berkata, sejajar teras Misi Nasional, Bajet 2009 dijangka meneruskan usaha meningkatkan daya saing negara, mengukuhkan pembangunan modal insan serta memastikan pertumbuhan ekonomi negara dinikmati setiap lapisan masyarakat.
Katanya, tumpuan juga akan diberi kepada usaha meningkatkan jaringan sosial dengan penekanan kepada pelbagai program pembasmian kemiskinan dan pembinaan prasarana, terutama membabitkan pengangkutan awam sejajar komitmen kerajaan menyediakan sistem pengangkutan yang selamat, cekap dan bersepadu. |
|
| |
codeng SUPERIOR
Age : 40 Points : 12405 Reputation : 0 Number of posts : 2370
| Subject: Re: Bajet 2009 bantu harungi kenaikan harga barangan 29/8/2008, 9:21 am | |
| harap dpt membantu rakyat..... |
|
| |
aLFFiaN ADMINISTRATOR
Countries/State : Age : 41 location : Borneo Island Website : www.sioloon.com Tag ID: : SFC00001 Points : 15110 Reputation : 101 Number of posts : 7895
| Subject: Re: Bajet 2009 bantu harungi kenaikan harga barangan 29/8/2008, 10:13 am | |
| semoga kerajaan kembali mengambil hati rakyat.. |
|
| |
Luis Garcia SENIOR
Age : 38 location : labuan/sandakan Tag ID: : 128 Points : 12782 Reputation : 0 Number of posts : 536
| Subject: Re: Bajet 2009 bantu harungi kenaikan harga barangan 29/8/2008, 12:50 pm | |
| elaun kena naik sikit...... |
|
| |
codeng SUPERIOR
Age : 40 Points : 12405 Reputation : 0 Number of posts : 2370
| Subject: Re: Bajet 2009 bantu harungi kenaikan harga barangan 29/8/2008, 10:09 pm | |
| elaun xda naik.... |
|
| |
vandalheart SENIOR
Age : 47 location : Papar, Sabah Points : 12280 Reputation : 6 Number of posts : 631
| Subject: Re: Bajet 2009 bantu harungi kenaikan harga barangan 30/8/2008, 8:18 am | |
| ada bonus 1 bulan gaji...bole la mod keta....hehe
pekerja swasta mcm saya langap2 ja |
|
| |
mantan73 CONTRIBUTOR
Age : 111 location : SEMPORNA-KK Points : 12285 Reputation : 0 Number of posts : 1268
| Subject: Re: Bajet 2009 bantu harungi kenaikan harga barangan 30/8/2008, 8:24 am | |
| paling mantap saya rasa klu dia turunkan harga brg2 sound |
|
| |
pioneer_syntium MODERATOR
Age : 43 location : Semporna / Tawau / Lahad Datu / Flamingo / Putatan Points : 12864 Reputation : 3 Number of posts : 1106
| Subject: Re: Bajet 2009 bantu harungi kenaikan harga barangan 30/8/2008, 11:52 am | |
| boleh sdh beli adjustable cam pulley ni kan blugu |
|
| |
codeng SUPERIOR
Age : 40 Points : 12405 Reputation : 0 Number of posts : 2370
| Subject: Re: Bajet 2009 bantu harungi kenaikan harga barangan 30/8/2008, 2:02 pm | |
| - mantan73 wrote:
- paling mantap saya rasa klu dia turunkan harga brg2 sound
mantap lg klu 10x3...ekekekeke... |
|
| |
froneTier ADMINISTRATOR
Countries/State : Age : 41 location : Jesselton Tag ID: : SFC 03082 Points : 12680 Reputation : 11 Number of posts : 2208
| Subject: Re: Bajet 2009 bantu harungi kenaikan harga barangan 30/8/2008, 2:13 pm | |
| bah ngam lah ni,.harap harga kereta pun kena kasi turun sikit.supaya dpt beli keta baru,.huhuuh |
|
| |
codeng SUPERIOR
Age : 40 Points : 12405 Reputation : 0 Number of posts : 2370
| Subject: Re: Bajet 2009 bantu harungi kenaikan harga barangan 30/8/2008, 2:18 pm | |
| - froneTier wrote:
- bah ngam lah ni,.harap harga kereta pun kena kasi turun sikit.supaya dpt beli keta baru,.huhuuh
klu arga keta trun tp arga minyak naik sma jg tipu dia... |
|
| |
froneTier ADMINISTRATOR
Countries/State : Age : 41 location : Jesselton Tag ID: : SFC 03082 Points : 12680 Reputation : 11 Number of posts : 2208
| Subject: Re: Bajet 2009 bantu harungi kenaikan harga barangan 30/8/2008, 2:22 pm | |
| ya oh kan,.harga keta dan minyak turun la sikit baru ok,.kasi sma rata. |
|
| |
codeng SUPERIOR
Age : 40 Points : 12405 Reputation : 0 Number of posts : 2370
| Subject: Re: Bajet 2009 bantu harungi kenaikan harga barangan 30/8/2008, 7:37 pm | |
| tgu anwar jd pm,ekekeke..... |
|
| |
Sponsored content
| Subject: Re: Bajet 2009 bantu harungi kenaikan harga barangan | |
| |
|
| |
| Bajet 2009 bantu harungi kenaikan harga barangan | |
|