Pengajaran yang tak ternilai bilamana jururunding boleh membawa perubahan yang besar terhadap mana-mana syarikat.
Minggu
lepas, kami membawa kengkawan ke satu restoren baru, dan aku perasan
yang pelayan kami meletakkan sudu di dalam poket bajunya. Ia agak
pelik. Bila pelayan lagi satu membawa air kosong dan utensil, dia nih
pun ada sudu dalam poket bajunya. Apalagi aku tengok sekeliling memang
semua pelayan restoren ini letak sudu dalam poket baju mereka. Bila
pelayan tadi datang membawa hidangan sup aku bertanya, "Kenapa dengan
sudu tuh?"
"Sebenarnya", dia menerangkan, "bos kami baru lepas
mengupah juruperunding ABC untuk merombak perniagaannya. Selepas
beberapa bulan mengkaji, mereka merumuskan sudu adalah utensil yang
selalu terjatuh. Lebih kurang 3 sudu terjatuh setiap meja sejam. Jika
kakitangan kami lebih bersedia, maka kami mampu mengurangkan trip pergi
balik dari meja pelanggan ke dapur dan menjimat! kan 15 jam seorang
setiap syif".
Dah nak jadik cerita katakan, sudu aku terjatuh
dan pelayan tadi telahpun mengantikannya dengan sudu di poketnya.
"Nanti saya pergi ambil sudu bila masa saya perlu pergi ke dapur,
lagipun buat apa nak habiskan masa sekarang".
Aku amatlah kagum. Tak silap aku juga di zip seluarnya ada seutas benang. Sekali pandang, semua
pelayan restoren ini memakainya. Jadi sebelum pelayan tadi blah, aku tanya, "Tumpang tanya, boleh
tak kamu beritahu saya kenapa ada seutas benang di zip seluar kamu?"
"Boleh, apa salahnya!" Selepas itu dia merendahkan suaranya. "Tak semua orang perasan benang ni."
"Jururunding
tersebut juga mencadangkan yang kami boleh menjimatkan masa semasa ke
tandas. Dengan mengikat benang ini di kepala anu kami, kami boleh
menarik benang sahaja tanpa memegang anu kami, dengan ini, kami tidak
perlu membasuh tangan sebelum keluar melayan pelanggan, ini dapat
memendekkan masa sebanyak 76.39 peratus.. Aku bertanya ! lagi "Lepas
awak keluarkan anu awak, macam mana awak memasukkan ia bal ik kedalam
seluar?"
"Sebenarnya," dia membisik, "saya tak tahu orang lain, tapi, saya gunakan sudu di dalam poket saya tadi."