Disuatu kawasan pedalaman di Kedah, seorang penternak yang mempunyai
ladang ternak yang luas dan berjaya telah meninggal dunia dengan
meninggalkan seorang balu yang masih muda dan cantik, namanya Minah.
Minah membuat keputusan untuk meneruskan kerjaya suaminya dengan
mengambil alih ladang ternakan tersebut, tetapi dia tidak mempunyai kemahiran yang
cukup untuk mengendalikan ladangnya.
Jadi dia pun membuat keputusan untuk mengiklankan di dalam akhbar
untuk mencari seorang pembantu yang akan mengerjakan ladang ternaknya
dengan menawarkan gaji dan sebuah bilik di rumahnya sebagai tempat
kediaman memandangkan ladang yang dimaksudkan hanya berada di belakang
rumahnya.
Selang beberapa hari kemudian ada dua orang pemuda yang memohon
pekerjaan tersebut. Seorang pondan, dan seorang kaki mabuk.
Memandangkan tiada sesiapa lagi yang memohon jawatan tersebut
selain
dari dua orang pemuda tadi, Minah terpaksa memilih salah seorang dari mereka.
Setelah menimbangkan semasak-masaknya, Minah memilih si pondan bernama
Leman untuk bekerja dengannya, dengan anggapan bahawa dia berasa lebih
selamat tinggal bersama seorang pondan daripada tinggal dengan seorang
pemabuk.
Minggu demi minggu berlalu. Leman telah melakukan tugasnya dengan penuh
tekun dan rajin. Leman kerap kali menghabiskan waktunya sehingga malam
untuk membuat kerja-kerja di ladang ternakan. Ladangnya menjadi semakin
berjaya dan ternakan semakin banyak membiak dan sihat-sihat belaka.
Gembiralah si Minah ni tadi.
Kerana ingin menghargai kerajinan si Leman ni, Minah pun berkata kepada
Leman, "Leman, kau telah melakukan kerja dengan baik dan ladang ternakan
pun kulihat semakin bagus, kau sepatutnya ambil cuti pergi ke pekan
berjalan-jalan untuk melegakan tekanan
kerja..."
Gembiralah Leman, dan pada suatu malam minggu, dia pun pergi ke pekan.
Sampailah ke tengah malam, Leman tak pulang-pulang ke rumah. Pukul 1 tak
pulang, pukul 2 tak pulang. Pukul 2.30 pagi barulah Leman pulang
kerumah..
Sampai ke rumah, di dapati Minah sedang menunggunya sambil duduk di sofa
berhampiran unggun api.
"Buka butang bajuku dan tanggalkannya." Kata Minah.
Leman dengan tangan yang terketar-ketar dan perasaan yang terkejut,
melakukan apa yang diarahkan.
"Sekarang, buka kasut but ku."
Leman buat, perlahan sekali.
"Buka, setokin ku.."
Dia buat juga.
"Sekarang, buka skirt ku."
Dia buat juga.
"Sekarang buka coliku."
Dengan tangan yang menggigil, dia buat apa yang disuruh.
"Sekarang....buka seluar dalamku..."
Dengan perlahan, dia melucutkannya ke bawah dan menanggalkannya.
Kemudian,
Minah pun memandang Leman, sambil berkata...
"Sekali lagi kau pergi pekan
dengan memakai pakaian aku, aku pecat kau on the spot." Ekekekek... apa yg engkorang pikir haaa ? Lu pikirla sendiri he he...