Sudah bersedia untuk menyambut Usher Raymond VI? Menurut beberapa laporan,
Usher (Raymond IV) dan isterinya, Tameka Foster, bakal menimang cahaya
mata kedua mereka.
Pasangan ini sudah mempunyai seorang cahaya mata, Usher Raymond V yang berusia 9 bulan. Mereka telah
mengikat janji sebanyak dua kali pada tahun lepas, kali pertama pada 3
Ogos 2007 dalam satu majlis tertutup di Atlanta dan kemudian sebulan
selepas itu tetapi dalam sebuah majlis lebih meriah di Chateau Elan
Winery & Resort, Atlanta.
Selepas beberapa kali menepis beberapa khabar angin mengenai
pergolakan rumah tangga mereka Mei lalu, Usher memberitahu Julai lalu
bahawa, dia dan Foster sudah terikat dengan perkahwinan yang sangat
bahagia.
"Media tidak mencerita sesuatu yang betul. Mereka
ingat kami berkahwin kerana terpaksa. Saya dengar banyak komen seperti
'Oh, dia telah memerangkap Usher', 'Dia membuatkan Foster mengandung
dan merancang untuk berkahwin. Tidak. Foster tidak pernah mengandung
ketika saya melamarnya," jelas Usher.
Wakil pasangan ini masih belum tampil untuk membuat sebarang
pengumuman rasmi mengenainya tetapi Foster telah beberapa kali dilihat
memakai baju menutup perut dengan gaya bakal ibu yang mewah.
Usher, penyanyi R & B berusia 29 tahun ini sempat memberitahu majalah
Peoplebulan lepas, "Saya sangat berbangga jika menjadi ayah pada usia 30
tahun. Saya sangat benci untuk mencecah usia 80 tahun kerana saya tidak
lagi mampu bermain-main dengan anak-anak saya. Saya perlu memastikan
saya masih mampu beraksi lasak apabila mereka belajar di sekolah
menengah."
Penyanyi lagu
Here I Stand ini telah menyertai konsert
percuma di Manhattan's Columbus Circle, Khamis lepas bersama-sama Keith
Urban dan Natasha Bedingfield untuk pembukaan musim NFL baru sebelum
New York Giant membelasah Washington Redskins.
Bercakap tentang persembahan kembara
15-date One-Night Stand Tour, satu siri dipersembahkan akan dibuat secara intim untuk peminat wanitanya.
"Hanya beberapa artis yang mampu melakukan begitu. Saya rasa saya mempunyai
hubungan dengan penonton saya. Jadi, bukankah ia jalan terbaik untuk
berada rapat dengan peminat wanita?" katanya.