|
| siapa ada anti virus spyware ape aje | |
| Author | Message |
---|
Raizan FRESHIE
location : Beaufort, Sabah Points : 12872 Reputation : 0 Number of posts : 36
| Subject: siapa ada anti virus spyware ape aje 20/6/2008, 2:58 pm | |
| memandangkan pc aku ni, dah x leh buat pe, kpd sesiapa yg boleh tolong aku, tolong bagi software tu plz....bro............ |
| | | te37 MODERATOR
Countries/State : Age : 38 location : Kota Kinabalu - Keningau Tag ID: : SFC 02132 Points : 12562 Reputation : 0 Number of posts : 2660
| Subject: Re: siapa ada anti virus spyware ape aje 20/6/2008, 4:58 pm | |
| bro, bagi detail sikit lagi tentang masalah pc bro ni..kena infect virus / spyware ka..we will help u.. |
| | | Raizan FRESHIE
location : Beaufort, Sabah Points : 12872 Reputation : 0 Number of posts : 36
| Subject: Re: siapa ada anti virus spyware ape aje 28/6/2008, 2:13 pm | |
| dua2 sekali lah bro apa nak buat ni tolong aku. |
| | | lentugi CONTRIBUTOR
Age : 37 location : RuNNow ~ Penampang Sabah Points : 12427 Reputation : 0 Number of posts : 1755
| Subject: Re: siapa ada anti virus spyware ape aje 1/7/2008, 11:38 pm | |
| 1st of all...pc ko kna virus ka ko mo pasang anti virus?? |
| | | pakalolo9 JUNIOR
Age : 38 location : KoTa BhArU SkRg / My Kg Points : 12786 Reputation : 0 Number of posts : 199
| Subject: Re: siapa ada anti virus spyware ape aje 3/7/2008, 4:47 am | |
| kene tau efek virus tue dlu...baru leh slesaikn virus tue.... klau xtau dier wt aper, nama pe...mmg ssh sket nk setel... lg satu, pc tue xder av ke?? |
| | | ilmuhitam JUNIOR
Countries/State : Age : 42 location : keyboard 2 yr screen Points : 12078 Reputation : 3 Number of posts : 234
| Subject: Re: siapa ada anti virus spyware ape aje 12/7/2008, 1:52 am | |
| ermz... ko crita dlu... SPyware apa yg ko install?? amacam dia bleh masok ke PC MU ?-) mesti ko slalu... masuk web PORNO yg percuma tu kan.. pg tadi aku ada buat pc member yg kena VIRUS + TROJAN + MALWARE + Ntah.. apa-apa.. Ntah.... dia ter install ULTIMATe antivirus 2008... tips semasa memBLUE, jangan suka sangatklick.. iklan-iklan.. dkt tepi2atau POP up yg terkeluar dr WEB tu,, contohnya kekadang.. ada YOU WIN!!! 100K ataupun Iklan WALPAPER , Screen server ikan.. dlm AQUAriumz.... Klu korang KLICK iklan tersebut.. kemungkinan besar anda akan di suruh Beli PRODUCT mereka secara paksa... Klu korang Tak beli... dia akan SEND trojan etc utk merogol PC kesayangan anda.... ( tdk termasuk -ADS-) SEX ROCK BEER!! |
| | | ilmuhitam JUNIOR
Countries/State : Age : 42 location : keyboard 2 yr screen Points : 12078 Reputation : 3 Number of posts : 234
| Subject: Re: siapa ada anti virus spyware ape aje 12/7/2008, 2:00 am | |
| ops terlupa plak bagi jln penyelesaiannya...
ko try pakai tools nie.. trojan remover... UBAT SIPLISSS
cara pakainya.. install.. update.. scan.. dan del... 3 kali sekali selepas memBlue... sekian terima kasi |
| | | Raizan FRESHIE
location : Beaufort, Sabah Points : 12872 Reputation : 0 Number of posts : 36
| Subject: Re: siapa ada anti virus spyware ape aje 2/9/2008, 12:32 pm | |
| bukan mcm tu bro ilmuhitam, dia termasuk dari pendrive member nak minta lagu lepas tu kondem komputer aku ni, apa2 pun thank bagi ilham pada saya k bro. |
| | | black maria SENIOR
Age : 37 location : keningau,sabah Tag ID: : SFC 00443 Points : 12957 Reputation : 6 Number of posts : 830
| Subject: Re: siapa ada anti virus spyware ape aje 20/9/2008, 1:07 am | |
| ok bro...ne aku gitau apa yg aku tau la arr..klu salah,tlg betulkan...aku jz nk share ja anti2 virus n anti2 spyware yg terbaik....aku dpt info ne pn dari web...so,aku rasa tak salah kan klu kita share...
-5 ANTI VIRUS TERBAIK-
1.AOL ACTIVE VIRUS SHIELD
Site: http://www.activevirusshield.com
Perisian antivirus percuma ini didasarkan kepada salah satu program antivirus berbayar terbaik iaitu - Kaspersky Antivirus, dan mengimbas dengan cemerlang serta melakukan kemaskini secara automatik dari makmal Kaspersky.
2.AVAST 4 HOME EDITION
Site: http://www.avast.com
Avast! Home Edition ialah satu pakej anti-virus yang lengkap, percuma untuk pengguna persendirian. Ia mempunya dua antaramuka - untuk novis dan untuk pengguna mahir), Pengimbas virus dengan Standard Shield (yang melindungi komputer dari membuka dan melaksanakan progam malware) dan juga pengimbas email yang akan mengimbas semua email yang masuk atau keluar. Avast! Home boleh juga diakses di Windows Explorer dengan menu butang kanan tetikus dan juga didatangkan dengan screen saver istimewa yang boleh mengimbas sistem sewaktu komputer anda tidak aktif. kemaskini begitu mudah dan pantas. Perisian ini ialah untuk demo 60 hari dan anda boleh terus menggunakannya secara percuma tanpa tamat tempoh dengan mendaftar di lamanwebnya untuk mendapatkan kunci pengaktifan percuma melalui email.
3.BITDEFENDER 8 FREE EDITION
Site: http://www.bitdefender.com
BitDefender Free Edition mengandungi pengimbas virus, pengemaskinian dalam talian tetapi tidak malangnya di versi percuma, ia tidak mempunyai pengimbas secara "real-time" dan juga tidak mengimbas email Ia akan mengimbas fail dengan pantas termasuk fail-fail arkib seperti zip dan boot sector. Ia juga boleh di akses dari Windows Explorer dengan mengklik butang kanan.
4.AVIRA ANTIVIRUS
Site: http://www.free-av.com/
Freeware ini adalah satu-satunya antivirus percuma yang yang agak baik. Antivirus yang satu ini dapat melindungi PC anda dari serangan virus hingga mencapai 80.000 jenis varian virus termasuk virus macro dan trojan beserta variannya. Kekurangannya adalah tidak tersedianya kemaskini secara automatik, sehingga Anda harus melakukan mengemaskini secara manual. Dengan begitu resource pada PC Anda tidak habis terpakai oleh aplikasi ini.
5.AVG 7.5 FREE EDITION
Site : http://www.grisoft.com
Tidak banyak antivirus percuma yang boleh bekerja sehebat AVG 7.5, maka dari itu freeware ini saya masukkan dalam salah satu jajaran freeware terbaik 2007. AVG 7.5 memiliki berbagai kelebihan seperti kemaskini automatik, melindungi PC anda dari serangan virus secara mendadak dan yang paling menarik adalah kemampuan antivirus ini dalam melakukan scan e-mail yang ada di dalam e-mail client anda dan dapat mengintegrasikan AVG 7.5 dengan e-mail client anda. Namun dari ujian yang dilakukan masih banyak juga virus yang terlepas dari imbasan program ini.
-5 ANTI SPYWARE TERBAIK-
1.SPYWARE TERMINATOR
Site: http://www.spywareterminator.com
Spyware Terminator ialah perisian percuma yang mempunyai ciri Perlindungan Masa Sebenar (Real-Time), HIPS dan Antivirus. Membuang secara efektif sebarang spyware, adware, trojans, keyloggers, lamanweb jahat dan ancaman malware - malah ancaman seperti Look2Me, BetterInternet, VX2, dan CWS. Spyware Terminator mudah untuk digunakan, memerlukan sumber PC yang kecil dan mengimbas dengan cepat.
Selain melindungi komputer dengan perlindungan masa sebenar pengimbasan sistem lanjutan dan kuarantin dilakukan untuk spyware yang ditemui. Ia melakukan pengimbasan yang amat terperinci ke atas cakera keras komputer kita, memori, proses, registry dan cookies untuk mengesan dan menghapuskan semua spyware yang dikenali. "Real-Time Protection" mengawal komputer anda pada masa komputer digunakan, kerahsiaan, dan maklumat peribadi dari ancaman yang tersembunyi sebelum ianya dijalankan, memberhentikan ancaman sebelum ianya terpasang, dan membantu mengawal sebarang perlanggaran ciri keselamatan.
Real-Time Protection's Internet, System, dan Application Guards memantau lebih 50 tempat keselamatan untuk mengenalpasti aktiviti yang tidak diketahui. Apabila anda melayari lamanweb atau memuat-turun dan memasang perisian baru, Spyware Terminator memantau komputer anda dan akan memberi amaran jika spyware ditemui. Spyware Terminator versi 1.8 memuatkan pelbagai ciri lanjutan.termasuklah "Spyware Terminator self-protection" yang menghalang spyware dari merosakkan atau menyah-aktifkan Spyware Terminator itu sendiri dan membolehkan anda melakukan System Restoration (Pemulihan Semula Sistem) yang akan memulihkan sistem operasi di titik sebelum berlakunya masalah. Perisian ini juga didatangkan dengan Clam Antivirus siap terbina (pemasangan adalah opsyenal) menjadikan ia satu-satunya Ati-Spyware yang amat efektif dan berguna dan yang bagusnya ia boleh mengimbas di latarbelakang tanpa mengganggu sebarang tugas yang anda lakukan samada melayari web atau melakukan kerja-kerja menaip.
Ulasan beberapa pakar mendapati Spyware Terminator ini diberikan taraf 5 bintang contohnya http://www.softsea.com dan www.freewaregenius.com, manakala vnunet dan ZDNET Review memberikan nilaian EXCELLENT kepada perisian ini.
2.SPYBOT SEARCH AND DESTROY
Site: http://www.safer-networking.org
Spybot - Search and Destroy ialah sebuah perisian pengesan dan penghapus adware dan spyware. Ia termasuk menghapuskan komponen pengiklanan, yang mengumpulkan statistiks dan juga mengesan beberapa keylogging dan lain-lain ciri pengintipan. Tambahan pula, ia juga menghapuskan kesan penggunaan PC dan Internet, termasuk sejarah pelayaran browser, halaman sementara, cookies dan lain-lain. Program ini menawarkan satu antaramuka yang agak mudah digunakan dengan dua pilihan setting - setting biasa dan setting lanjutan. Ia dilengkapi dengan fungsi TeaTimer (aktifkan semasa mula-mula memasang perisian ini) iaitu perisian yang akan memantau sebarang perubahan yang berlaku kepada resitry Windows anda. Setiap kali berlaku perubahan anda akan diminta untuk mengesahkannya. jadi jika berlaku spyware atau adware ingin mendaftar di dalam registry anda boleh menolaknya dengan menjawab NO semasa TeaTime mengesannya. SpyBot menghasilkan satu laporan lengkap yang mudah difahami sebelum ia memadam atau menghapuskan sebarang fail dan mengizinkan anda untuk membenarkan mana-mana item yang anda tidak mahu diproses. Ia juga memasukkan penyegar semula (restore) jika ianya diperlukan.
3.MICROSOFT WINDOWS DEFENDER
Site: http://www.microsoft.com
Microsoft Windows Defender mengenalpasti adware dan spyware dari komputer anda, dan juga mempunyai perlindungan masakini yang akan memberitahu anda sebarang unsur yang merbahaya apabila ditemui, memberhentikan kebanyakan spyware sebelum ia sempat terpasang. Program ini mengandungi pelbagai ajen yang bertindak sebagai pengawal di bahagian utama sistem operasi anda yang sering merupakan sasaran untuk mengubah setting sistem komputer anda contohnya spyware yang cuba menambahkan ciri menu, menukar lamanweb dan berbagai-bagai lagi. Jika sebarang adware atau spyware dikesani semasa pengimbasan, anda akan diberikan maklumat mengenai serangan tersebut dan anda boleh memilih samada hendak menghapuskannya atau mengkuarantinnya.
4.AD AWARE SE
Site: http://www.lavasoft.com/
AdAware ialah sebuah perisian yang mengimbas memori, registry, cakera keras, pen-drive atau disket untuk sebarang perisian pengiklanan yang menggali data dari komputer anda. Ia kemudian akan menyenaraikan hasil keputusannya dan menawarkan kepada anda samada anda ingin menghapuskan atau mengkuarantinkan komponen berkenaan. Program ini mengesani jumlah adware/spyware yang agak banyak dan boleh dikemaskinikan dengan data terbaru melalui utiliti kemaskini yang siap dipasang. Namun malangkanya versi percuma hanya mengimbas tetapi tidak mempunyai perlindungan masa sebenar (real-time protection) dan tidak mempunyai pengemaskinian data secara automatik
5.SPYWARE BLASTER
Site : http://www.javacoolsoftware.com/
SpywareBlaster tidak mengimbas atau membuang spyware, tetapi menghalang ia daripada dipasang di komputer anda. Ia menggunakan CLSIDs spyware ActiveX controls yang popular, dan juga menawal pemasangan dari mana-mana lamanweb. Ini akan mengizinkan anda untuk menjalankan Internet Explorer dengan Active-X diaktifkan, tetapi tidak akan memuat-turun sebarang ActiveX controls. Pengakalan data SpywareBlaster mengandungi maklumat berkenaan spyware Active-X controls dan boleh dikemaskini dengan menekan butang yang disediakan. Program ini tidak akan mengesan sebarang objects yang telah sedia terpasang.
p/s : info ne aku dpt dari laman php zulkiply harun..ne web tuh : http://zulkiplyharun.com/php/index.php |
| | | Sponsored content
| Subject: Re: siapa ada anti virus spyware ape aje | |
| |
| | | | siapa ada anti virus spyware ape aje | |
|
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
Page 1 of 1 | |
| Permissions in this forum: | You cannot reply to topics in this forum
| |
| |
| Main view | Apa Yang Anda Mahu?
Mahu Bincang Tentang?
Aktiviti Kelab Sioloon?
Mencari Yang Menarik?
|
|