Aloi L200S Avanzato.Salah seorang lagi yang saya temui dalam sessi penggambaran baru-baru ini datang dari Kelab yang sama, KPKP, menggunakan Nick Rim Aloi…juga telah menamatkan riwayat asal Kancil 850 asalnya kepada model saduran pasaran Jepun. Dengan berbekalkan sebuah Perodua Kancil keluaran tahun 2000, Aloi tidak lagi mahu melihatnya sebagai model asal Perodua Kancil. Dengan sedikit modal yang ada dengannya, Aloi telah memulakan projek pertamanaya dengan merombakkan keseluruhan model luarannya dari model tahun 1999-2000 kepada model yang agak “maskulin” dalam keluarga Mira, mana lagi kalau bukan dari versi L200S Avanzato.
Bermula dengan pembelian facelift dari model L200S Avanzato, ternyata Aloi beruntung kerana berjaya mendapatkan set hadapan yang didatangkan dengan front lips dari tuner K-Car terkenal, Cross. Set ini juga dipakejkan sekali dengan sepasang lampu utama berlensa Kaca Chromax, dan harga yang diperolehinya?...hmmm, biarlah ini menjadi rahsia antara saya dan Aloi kerana apa yang dibayar oleh Aloi untuk mendapatkan set hadapan ini sememangnya tidak masuk akal….tersangatlah murah…
Apabila sudah selesai dengan bahagian hadapan, kini Aloi beralih kebahagian sisi, Aloi masih lagi menggunakan cermin sisi dari model asal OEM 850 melainkan set skirt sisi dari model asal OEM Perodua digantikan kepada model L200S. Tiba ke bahagian belakang pula kita dapat melihat tailgate lengakap dengan lampu utama belakang disumbatkan terus kedalam 850 ini, sekarang rupa hadapan Kancil ini telah mendapat sentuhan penuh sebuah model JDM L200S Avanzato tetapi dengan versi 4 pintu….ni kira L200S MDM laaa….
Bahagian enjin seperti ramai yang mengjangkakan, komparmasi Kancil 850 ini telah digantikan dengan sebuah nadi “baru”…eh??!! Baru ke? Bukan ke bila dah kena lenjan ngan mamat Nippon baru nak diantar ke sini???....Oklaaa, enjin L200S juga yang menjadi pilihan Aloi, kata dia “Aku nak seragam sekali bodipat dengan enjin”…dengan mimik muka berkedut sampai “hilang” mata sebab menahan cuaca panas….hehehe panas ye bang??? Apa yang dibuat oleh Aloi boleh tahan banyaknya, pertama menukarkan barangan yang menjadi kebiasaan setiap projek peningkatarafan, selain dari itu cuma dua bahan aftermarket yang digunakan oleh aloi iaitu sebuah penapis udara mushroom type keluaran HKS dan sebuah unit injap pelepas juga dari keluaran Monza dengan segala komponen dalamannya dirombak semula dan menggunakan produk dari HKS.
Pembakaran pula dibuat oleh set palam pencucuh dari jenama Denso kemudian Aloi memikirkan untuk menukarkan atau meningkataraf turbin asal dari OE L200S kepada sebuah unit yang lebih tahan lasak, pemilihan turbo dari jenis 4E, kini menjadi pilihannya. Sistem pembuangan dan pembebasan karbon monoksida daripada kebuk pembakaran ke ruang udara awam diselesaikan oleh paip ekzos berdiameter 2 inci dan ditemani oleh sebuah tabung ekzos Custom…Wei Yip punya kot?...hihihi….saya tanya dia dia senyum je, sah lah ni Wei Yip punya…
Sistem brek hadapan Aloi telah memilih untuk menggunakan brek yang diambil terus dari halfcut L200S yang diperolehi tadi, manakala yang belakang pula masih lagi bertahan dengan brake drum OEM Perodua. Apabila sesebuah kenderaan itu telah melepasi tahap tingkat taraf asal kepada yang lebih berkualiti sedikit, maka suspensi yang asal biasanya digantikan dengan yang lebih baik, Aloi juga berpendapat yang sama, bahagian hadapan menggunakan set set penyeraphentak dari kenama Gabriel (Hi Lo) bolehlaras dengan gegelung L500S dan bahagian belakang pula digandingkan dengan absorber dari produk yang sama Gabriel, dengan gegelung L500S. Apabila melihatkan bahagian rim pula saya sekali lagi bertanyakan kepada Aloi, “Jenama apa rim yang ko pakai ni?” dan sekali lagi saya diberi jawapan yang ringkas “ Alaa…rim imitation SSR” memang Aloi seorang yang tak pandai menipu…suka berterus terang dalam semua hal. Rim 13 inci ini pula dibantu oleh tayar dari jenama Silverstone Powerblitz yang berdiameter 165/60/13 inci. Setelah selesai semuanya, akhir sekali Aloi berkenan untuk menyemburkan Kancil ini dengan skim warna hijau Metalik, dan diletakkan dengan stiker turbin turbo yang meradang….hihihihihi….mungkin jugak nak menunjuk kat semua orang kereta dia laju kot. Pesanan akhir saya pada Aloi “Weiiiiiiiii!!!! Pesal taknak angkat fon aku call???!!!”
Source: Http://www.majalahkereta.com.my