LOS ANGELES: Satu rakaman video dipercayai menunjukkan Britney Spears melanggar lampu merah diserahkan kepada Mahkamah Superior Los Angeles kelmarin, bukti terkini digunakan dalam perebutan hak penjagaan anak antara bintang pop dan bekas suaminya, Kevin Federline.
Marck Vincent Kaplan, peguam Federline, enggan memberi kenyataan selepas perbicaraan tertutup di hadapan Pesuruhjaya Mahkamah Superior County Los Angeles, Scott Gordon.
Kaplan juga berkata, bahawa Gordon mengeluarkan satu arahan yang tidak boleh didedahkan beliau.
"Saya tidak boleh memberitahu anda apa yang dibincangkan, saya tidak boleh jelaskan apa dalam dokumen terbabit, malah tidak boleh memaklumkan mengenai arahan terbabit," kata Kaplan.
Halaman web selebriti TMZ.com melaporkan bahawa video terbabit menunjukkan penyanyi berusia 25 tahun itu melanggar lampu merah di satu persimpangan di Hollywood Hills ketika memandu bersama dua anak lelakinya yang diletakkan di belakang kereta beliau.
Seorang saksi tidak dikenali juga muncul ketika perbicaraan kelmarin. Kenyataan beliau ditangguhkan. Kes terbabit akan bersambung pada 26 November. AP