SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Komputer buatan sendiri Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Komputer buatan sendiri Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Komputer buatan sendiri

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Blanksforwhatever
JUNIOR
JUNIOR
Blanksforwhatever

location : malaysia
Points : 12822
Reputation : 0
Number of posts : 128

Komputer buatan sendiri Empty
PostSubject: Komputer buatan sendiri   Komputer buatan sendiri Icon_minitime15/7/2007, 10:05 pm

Komputer buatan sendiri

Oleh Zef Othman
komputer@bharian.com.my



SEIRING perkembangan pesat industri teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), kadar celik komputer di kalangan masyarakat turut menyaksikan peningkatan ketara. Kini, komputer peribadi (PC) bukan lagi menjadi barangan asing atau mewah, sebaliknya ia dimiliki sebahagian besar keluarga di negara ini.

Namun, peningkatan golongan celik IT turut mewujudkan permintaan yang pelbagai terhadap PC, apabila sebilangan mereka inginkan PC yang dapat memenuhi cita rasa tersendiri dan tidak lagi membeli peralatan berkenaan seperti yang ditawarkan oleh pembekalnya.

Malah, ada sebilangan pengguna yang ingin membeli komponen PC secara berasingan dan memasangnya sendiri, mengikut cita rasa dan spesifikasi yang diingini.

Bagi memenuhi cita rasa yang berubah itu, syarikat pengeluar rangkaian PC terkemuka dunia kini turut menawarkan pelbagai pakej menarik dengan menyediakan pilihan daripada segi perkakasan yang diingini.

Kaedah pemasangan bagi PC yang dibangunkan sendiri itu memerlukan anda untuk memasangnya dengan teliti bagi mengelakkan kerosakan pada perkakasan dalaman yang digunakan.

Sebagai usaha untuk meningkatkan pengetahuan pembaca berhubung komputer, edisi gajet minggu ini mengetengahkan kaedah atau langkah yang perlu diambil bagi membangunkan pc sendiri mengikut cita rasa pemiliknya.

Malah, dengan memahami terminologi yang diketengahkan dalam dunia komputer, pengguna berpeluang untuk mengenali lebih mendalam penggunaan dan fungsi komponen asas serta perkakasan di dalam PC.

Untuk membangunkan PC sendiri, gajet menyaran pengguna untuk membeli perkakasan lengkap sebelum aktiviti pemasangan dimulakan.

Bagi pengguna yang berminat untuk mencabar keupayaan minda mereka, aspek pemilihan perkakasan utama perlu dilakukan dengan teliti bagi memastikan gabungan antara komponen di dalam komputer itu mampu menghasilkan komputer berprestasi tinggi.



LEBIH laju prosesor yang digunakan akan mempengaruhi
prestasi PC bagi pelaksanaan tugasan dengan lebih cekap.
Antara senarai perkakasan yang diperlukan adalah kasing, papan induk (motherboard), prosesor, memori, kad grafik, kad bunyian, modem, pemacu floppy, pemacu cakera keras dan pemacu CD/DVD Rom

Langkah pertama yang perlu dilakukan bagi membina PC sendiri adalah dengan memilih kasing (desktop) yang bersesuaian kerana ia boleh dianggap �rumah� untuk menempatkan komponen lain.

Pastikan unit kasing itu didatangkan dengan unit bekalan tenaga (PSU) yang ditempatkan di bahagian belakang pc; dan sekiranya ia tidak dilengkapi PSU, anda perlu memasangnya secara manual.

Seterusnya papan induk yang digunakan hendaklah berkemampuan untuk menampung pemasangan perkakasan lain seperti prosesor, memori dan kad tambahan untuk pakej PC anda.

Apabila kasing PC yang dibangunkan sudah dilengkapi papan induk, seterusnya pemasangan unit pemprosesan pusat (CPU) atau turut dikenali sebagai �otak� komputer boleh dilaksanakan.

Lebih laju prosesor yang digunakan akan mempengaruhi prestasi PC bagi pelaksanaan tugasan dengan lebih cekap.

Memori pula adalah cip silikon yang digunakan untuk menyimpan data komputer bagi kandungan sementara yang mungkin akan hilang sekiranya bekalan tenaga komputer ditutup.

Kapasiti memori yang tinggi di dalam sistem turut mendorong kemampuan PC anda untuk melakukan pelbagai aktiviti aplikasi dalam satu masa.

Perkakasan memori lain seperti pemacu cakera keras juga adalah antara komponen penting yang perlu dipasang pada sistem PC pengguna apabila ia berperanan untuk menyimpan data pemilik termasuk sistem operasi, aplikasi, fail dan dokumen pengguna.

Berbeza dengan komponen memori, pemacu cakera keras adalah sistem storan yang akan menyimpan kandungan yang disimpan di dalamnya walaupun PC ditutup.

Perkakasan atau komponen lain yang akan dipasang pada papan induk komputer termasuk kad grafik, kad bunyian, cakera floppy, pemacu CD-ROM/DVD ROM.

Pendekatan gajet yang diambil dalam edisi minggu ini bukan saja dapat membantu pengguna untuk membina PC sendiri tetapi ia boleh dijadikan sebagai garis panduan kepada pengguna baru yang mahu membeli komputer.

Syarikat pembekal dan pengeluar komputer antarabangsa tidak lagi hanya menawarkan komputer mengikuti spesifikasi yang dipasarkan mereka tetapi turut memberi pilihan kepada pengguna untuk menggunakan perkakasan berdasarkan kehendak dan cita rasa masing-masing.

Ini berikutan pengguna PC terdiri daripada pelbagai latar belakang seperti pengguna yang memberikan penekanan terhadap faktor multimedia, penggunaan permainan elektronik secara intensif dan pengguna biasa secara amnya.

INFO




•Perkakasan yang sensitif disimpan di dalam beg statik bagi melindungi kelengkapan itu daripada terdedah kepada gegaran statik elektrik.




•Soket ZIF boleh dibuka dan ditutup menggunakan penuil kecil pada papan induk.

FAKTA
Harga pasaran

Kasing (Desktop)
RM90 hingga RM1099

Pemacu cakera keras (Mengikut kapasiti storan)
RM140 hingga RM780

Pemacu CD ROM
RM65 hingga RM165

Prosesor
RM110 hingga RM3800

Kipas penyejuk prosesor
RM25 hingga RM270

Papan induk
RM165 hingga RM2699

Modul Memori
RM65 hingga RM1200

PSU
RM50 hingga RM399

Kad grafik
RM125 hingga RM2900

Modem (dalaman, luaran dan USB)
RM20 hingga RM1099

Kad bunyian
RM65 hingga RM1250

Mouse
RM25 hingga RM219

Papan kekunci (Keyboard)
RM39 hingga RM269

Monitor
RM215 hingga RM1070
Back to top Go down
haibara
SUPERIOR
SUPERIOR


Female
Countries/State : Pahang
Age : 39
location : Klang
Website : http://maemorrie.ads4blog.net
Tag ID: : SFC 00444
Points : 12641
Reputation : -1
Number of posts : 2048

Komputer buatan sendiri Empty
PostSubject: Re: Komputer buatan sendiri   Komputer buatan sendiri Icon_minitime23/8/2007, 1:32 am

waaaaaaaaa..abis sampai 1k tuk tukau cpu baru jek... abis duit pt aku....
Back to top Go down
http://maemorrie.ads4mall.com
MiRA_TaSHa
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR
MiRA_TaSHa

Female
Countries/State : Sabah
Age : 39
location : Kota Kinabalu
Tag ID: : SFC 00002
Points : 13024
Reputation : 0
Number of posts : 2047

Komputer buatan sendiri Empty
PostSubject: Re: Komputer buatan sendiri   Komputer buatan sendiri Icon_minitime23/8/2007, 11:03 am

haibara wrote:
waaaaaaaaa..abis sampai 1k tuk tukau cpu baru jek... abis duit pt aku....

kalo bg mira takper kalo smpai 1k tuh sbb pc neh leh pakai sepanjang hayat tak rosak... kene pandai² jaga ar...
Back to top Go down
http://www.tagged.com/mira_tasha
haibara
SUPERIOR
SUPERIOR


Female
Countries/State : Pahang
Age : 39
location : Klang
Website : http://maemorrie.ads4blog.net
Tag ID: : SFC 00444
Points : 12641
Reputation : -1
Number of posts : 2048

Komputer buatan sendiri Empty
PostSubject: Re: Komputer buatan sendiri   Komputer buatan sendiri Icon_minitime23/8/2007, 8:47 pm

mm..terpaksa r..sbb pc lame rosak..yg pentins puas ati ngan pc skrg neh...ader grafik card sng skit wat drawing n men game...huhu... :P
Back to top Go down
http://maemorrie.ads4mall.com
paraghost
FRESHIE
FRESHIE
paraghost

Male
Age : 40
location : perak
Points : 12838
Reputation : 0
Number of posts : 44

Komputer buatan sendiri Empty
PostSubject: Re: Komputer buatan sendiri   Komputer buatan sendiri Icon_minitime18/12/2007, 11:52 am

kalo pc buat sendiri ni yg bestnya kita blh buat mengikut kehendak kita,buat masa ni aku dah ada sebiji(khas untuk donlod anime n torrent),coming soon aku nak buat sebijik lg (khas utk main games crisis),huhuhu
Back to top Go down
Sponsored content




Komputer buatan sendiri Empty
PostSubject: Re: Komputer buatan sendiri   Komputer buatan sendiri Icon_minitime

Back to top Go down
 

Komputer buatan sendiri

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: ENTERTAINMENT :: COMPUTER ZONE-
Jump to: