deeyan MODERATOR
Countries/State : Age : 44 location : Putatan - KK - Nabawan Tag ID: : SFC 03516 Points : 12508 Reputation : 4 Number of posts : 1780
| Subject: JANTUNGKU 20/12/2008, 5:50 pm | |
| Berat badan berlebihanBerlebihan berat badan adalah disebabkan oleh pelbagai faktor termasuk yang diwarisi atau diperolehi (dilakukan) sendiri. Ciri nyata yang menandakan berlebihan berat badan ini ialah memiliki lemak badan yang berlebihan. Rawatan serta pengurusan jangka panjang diperlukan untuk mencapai dan mengekalkan penurunan berat badan. Pengambilan kalori yang berlebihan serta kurang bersenam merupakan penyebab utama seseorang itu mengalami penambahan berat badan.
Apabila kalori diambil berlebihan, bakinya akan ditukarkan menjadi lemak tepu yang akan meningkatkan lagi kolesterol dalam darah. Setiap orang perlu memberi perhatian yang serius terhadap berat badan mereka. Mengekalkan berat badan yang sesuai dengan ketinggian anda merupakan cara yang paling penting untuk mengekalkan badan yang sihat dan menarik.
Penyebab peningkatan berat badan yang berlebihanPeningkatan lemak dalam badan terhasil dari ketidakseimbangan antara pengambilan tenaga dengan penggunaan tenaga. Faktor-faktor tersebut termasuklah: Pengambilan kalori dan makanan yang berlebihan Kurangnya aktiviti fizikal Pengaruh genetik Mempunyai sejarah ahli keluarga yang mengalami kegemukan Makan ketika bosan, tertekan atau kecewa Pengukuran Obesiti/KegemukanAdalah sukar untuk mengukur dengan tepat bahagian badan yang mengandungi lemak pada seseorang individu. Walau bagaimanapun, satu penunjuk yang telah diterima umum dan digunakan untuk mengukur berat badan yang berlebihan dan risikonya dikenali sebagai Indeks Jisim Badan (Body Mass Index - BMI). Penunjuk ini mengambil kira berat badan serta ketinggian seseorang individu itu. Apakah dia Indeks Jisim Badan (BMI)Indeks Jisim Badan merupakan formula untuk menilai berat badan serta perkaitannya dengan ketinggian seseorang itu. Ia merupakan pengukuran tidak langsung komposisi badan kerana ia amat berkaitan dengan lemak yang terdapat di dalam badan kebanyakan individu. Berat Badan (kg)
Indeks Jisim Badan = ------------------------- [ Ketinggian (m) ]2
Ia merupakan pengukuran mudah yang berhubung rapat dengan jenis-jenis anggaran kegemukan yang lain.
Gunakan Indeks Jisim Badan untuk menganggarkan jumlah lemak badan anda. Skor Indeks Jisim Badan membawa maksud seperti di bawah:
Kurang dari 18.5 : Kekurangan berat badan 18.5 - 24.9 : Normal 25.0 - 29.9 : Berlebihan berat badan 30.0 ke atas : Gemuk atau Obes
Risiko KesihatanPelbagai keadaan dan masalah boleh berlaku jika berat badan anda semakin meningkat. Antaranya ialah:
Penyakit kardiovaskular Strok (angin ahmar) Tekanan darah tinggi Batu hempedu Diabetes Paras kolesterol darah yang tinggi Gout Sakit di bahagian bawah belakang badan Susah bernafas sewaktu tidur / kegemukan / sindrom Hiperventilasi Osteoartritis spina (tulang belakang), pinggang atau lutut Komplikasi Obstetrik dan Ginekologi Ketidaksuburan atau mandul Gangguan pembuangan air kencing Penyakit hati Trombosis vena dalam Beberapa jenis kanser (seperti: payudara, usus)
Rawatan Pilihan Pilih makanan atau diet yang rendah kalori Tingkatkan aktiviti fizikal Ubah gaya hidup kepada yang lebih baik Pembedahan (bagi individu yang sangat obes) Terapi alternatif seperti akupunktur, hipnosis dan sebagainya.
Faedah penurunan berat badan1. Menurunkan tekanan darah 2. Menurunkan kandungan gula dalam darah 3. Meningkatkan kesan penurunan lipid dalam rawatan diet. - Menurunkan trigliserida - Meningkatkan kolesterol HDL atau Lipoprotein Berketumpatan TinggiFaedah lainJika anda berjaya melaksanakan segala rancangan anda atau sebahagian darinya anda akan: Menikmati kesihatan yang lebih baik Kelihatan lebih hebat Lebih berkeyakinan Mampu melakukan yang terbaik Lebih bertenaga Mempunyai lebih banyak pilihan ke atas jenis dan fesyen pakaian.
|
|
sasukey CONTRIBUTOR
Countries/State : Age : 74 location : Lb. Ft. @$. kļæ½tļæ½bļæ½$ Tag ID: : SFC ziro Points : 12501 Reputation : -6 Number of posts : 1063
| Subject: Re: JANTUNGKU 27/4/2009, 12:28 pm | |
| |
|
deeyan MODERATOR
Countries/State : Age : 44 location : Putatan - KK - Nabawan Tag ID: : SFC 03516 Points : 12508 Reputation : 4 Number of posts : 1780
| Subject: Re: JANTUNGKU 28/4/2009, 12:33 am | |
| - sasukey wrote:
- good info
TQ bro...kita share pa yg ada |
|
sasukey CONTRIBUTOR
Countries/State : Age : 74 location : Lb. Ft. @$. kļæ½tļæ½bļæ½$ Tag ID: : SFC ziro Points : 12501 Reputation : -6 Number of posts : 1063
| Subject: Re: JANTUNGKU 29/4/2009, 9:12 am | |
| mkanan kita kena jaga tpi sakit ne allah yg memberi kalau kita dapat elak kita elak. |
|
Liah CONTRIBUTOR
Age : 46 location : kota kinabalu Tag ID: : SFC 04179 Points : 12882 Reputation : 15 Number of posts : 1258
| Subject: Re: JANTUNGKU 18/5/2009, 11:01 am | |
| good n4 bro....
secara logik penduduk negara jepun n china.mengamalkan meminum air panas/suam lepas mkn. minum air ais lepas mkn memang sedap tapi ia akan membekukan makanan yg berminyak dan perlahankan penghadaman kita.Lemak yg terkumpul dan kita semakin gemuk dan menuju ke arah pelbagai penyakit.
bersama-sama berwaspada pada penyakit no.1 pembunuh manusia...
p/s andai tersilap sila perbetulkan ......
|
|