SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
SAYUR DAN BUAH DARI CHINA TIDAK DICEMARI MELAMIN Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
SAYUR DAN BUAH DARI CHINA TIDAK DICEMARI MELAMIN Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 SAYUR DAN BUAH DARI CHINA TIDAK DICEMARI MELAMIN

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Viero
MODERATOR
Viero

Male
Countries/State : Sabah
Age : 105
location : Melbourne
Website : https://www.facebook.com/Vieros
Points : 12801
Reputation : 18
Number of posts : 2464

SAYUR DAN BUAH DARI CHINA TIDAK DICEMARI MELAMIN Empty
PostSubject: SAYUR DAN BUAH DARI CHINA TIDAK DICEMARI MELAMIN   SAYUR DAN BUAH DARI CHINA TIDAK DICEMARI MELAMIN Icon_minitime27/10/2008, 8:06 pm

SAYUR DAN BUAH DARI CHINA TIDAK DICEMARI MELAMIN
New Sabah Times - 27th October, 2008

KUALA LUMPUR:
Kementerian Kesihatan tidak pernah meletakkan sayur-sayuran dari China
pada pemeriksaan Tahap 5 iaitu Tahan, Uji dan Lepas dalam Sistem
Maklumat Kese-lamatan Makanan (FoSIM) sehingga menyebabkan bekalan
sayur-sayuran negara kini kekurangan.

Pengarah Bahagian
Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan, Noraini Mohd
Othman dalam satu kenyataan kelmarin berkata kementerian tersebut
sebenarnya meletakkan sayur-sayuran dan buah-buahan dari China pada
pemeriksaan Tahap 4 iaitu sampel diambil untuk dianalisis dan produk
akan dilepaskan serta-merta jika bebas daripada melamin.

Katanya
melalui pemeriksaan Tahap 4 itu, 57 sampel buah-buahan dan
sayur-sayuran dari China yang dipantau kementerian didapati bebas
daripada melamin.

Akhbar New Sunday Times dalam laporannya
kelmarin bertajuk “Port Delays Threaten To Double Veggie Prices” dan
laporan Berita Minggu juga kelmarin dengan tajuk “Negara Berdepan
Kekurangan Sayur” memberi gambaran seolah-olah kementerian itu
menyebabkan berlakunya keadaan kekurangan sayur sekarang.

“Kementerian sedang menjalankan penyiasatan ke atas dakwaan Berita
Minggu bahawa sejak seminggu lalu berpuluh-puluh kontena sayuran
tersadai di pintu masuk negara termasuk di Selangor, Johor,
dan Pulau Pinang,” katanya.

Berhubung laporan akhbar KOSMO
bertajuk “Melamin Dalam Tepung dari China Ditemui di Kyrgyzstan”,
Noraini berkata hasil analisis kementerian itu ke atas 18 sampel
daripada pelbagai jenis tepung di pasaran mendapati kesemuanya mematuhi
tahap melamin yang ditetapkan.

Dalam perkembangan lain,
tujuh lagi produk makanan dari China dan empat biskut keluaran Malaysia
didapati mematuhi tahap melamin yang ditetapkan.

“Produk dari China ialah Variety Flavour Biscuits (Golden Fuji), Strawberry
Flavour Round Biscuit (Aji), Potato Cracker (Aji), Farley’s Rusk Orange
(Heinz), Farley’s Rusk Original (Heinz), Oatmeal Cracker Coffee Flavour
(Haitai) dan Mini Cornetto Blueberry & Strawberry Flavour
(WALL’s),” katanya.


Produk Malaysia pula adalah Rainbow Wafer (HANY), Biskut ABC Chocolate
Flavour (Bis-cuits World), Swiss Roll Perisa Susu (London Biscuits) dan
Double Choco Choco Coated Cake (MIZU).

Penjual dinasihatkan menyemak senarai produk yang tidak mematuhi tahap melamin
yang ditetapkan di laman web kementerian itu dari semasa ke semasa, dan
menghubungi Pejabat Ke-sihatan Daerah (PKD) dan Jabatan Kesihatan
Ne-geri (JKN) untuk mendapatkan maklumat lanjut.


Pengguna juga dinasihatkan untuk menyemak senarai tersebut dan tidak membeli produk berkaitan.


“Kementerian Kesihatan ingin menasihati pengguna untuk tidak membeli biskut-biskut
yang dijual di pasar malam, pasar tani, dan sebagainya yang tidak
mempunyai label dan sentiasa membaca label makanan sebelum membeli
sesuatu produk,” kata Noraini.


Pengguna yang inginkan maklumat lanjut boleh menghubungi talian 03-88833655, 03-88833503,
03-88822652 dan 03-88833500 yang dibuka dari 8 pagi hingga 9 malam.
Back to top Go down
https://www.facebook.com/Vieros
intrax
ELITE
ELITE
intrax

Male
Countries/State : Australia
Age : 38
location : Kota belud-SaNdAkaN
Website : http://dynastyclub.forumotion.net
Tag ID: : SFC 03293
Points : 12551
Reputation : 9
Number of posts : 3111

SAYUR DAN BUAH DARI CHINA TIDAK DICEMARI MELAMIN Empty
PostSubject: Re: SAYUR DAN BUAH DARI CHINA TIDAK DICEMARI MELAMIN   SAYUR DAN BUAH DARI CHINA TIDAK DICEMARI MELAMIN Icon_minitime10/11/2008, 6:55 pm

ehm sukur lah klu sayur dan buah dari china ni teda ada melamin.. ehm tapi di samping itu kena juga berwaspada Suspect
Back to top Go down
http://www.borneoforestheritage.org.my
 

SAYUR DAN BUAH DARI CHINA TIDAK DICEMARI MELAMIN

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: