First topic message reminder :Hantu
Penanggalan atau juga dikenali sebagai
hantu tengelong di negeri
Kedah merujuk kepada seseorang, biasanya wanita, yang menuntut ilmu hitam bagi
sesuatu kepentingan. Mereka yang menuntut ilmu ini mampu menceraikan kepala
dengan badan mereka dan kepala mereka mampu terbang dengan tali perut
terurai-urai.Darah yang menitik dari tali perut mereka dipercayai berbisa dan
akan menyebabkan kudis kepada mereka yang terkena. Mereka yang menuntut ilmu
penangalan biasanya akan menyimpan setempayan cuka bagi memeram urat perut
mereka agar kecut sebelum bercantum masuk kembali kedalam badan asal mereka.
Dipercayai sekiranya tubuh mereka dijumpai orang dan diterbalikkan, kepala
mereka akan bercantum secara terbalik, dengan itu rahsia mereka akan
terbongkar.
Penangalan dipercayai suka darah perempuan yang
bersalin, dan sekiranya mereka menghisap darah tersebut, wanita bersalin itu
akan mati akibat tumpah darah. Oleh itu, biasanya disekeliling rumah wanita
bersalin (masa dahulu, rumah dibina bertiang), diletakkan sejenis daun yang
berduri. Dipercayai penanggalan takut hendak mendekati rumah tersebut kerana
bimbangkan tali perutnya tersangkut kepada duri tersebut.
Ketika penanggalan terbang, ia dipercayai berupa
cahaya putih berkilauan, dari urat perut mereka yang terburai itu.
Bagi Negeri Sabah,Daerah Kota Belud Hantu Penanggalan
di gelar Balan-Balan.Balan-balan ini sama juga caranya dengan hantu penanggalan
yang lain.Cuma mengikut mitos setempat mereka ini adalah keturunan.Turun
temurun akan mendapat ilmu atau sumpahan ini.Mereka takutkan limau dan ranting
berduri.
Hantu Penanggal dikenali Mananggalan
atau wakwak dalam masyarakat Filipina. Hantu ini menyerupai pontianak dalam
budaya masyarakat barat. Ia makhluk makan manusia dan ahli sihir yang jahat.
Mitos Manananggal popular di wilayah Visayas di Filipina, terutama di provinsi
barat Capiz, Iloilo dan Antique.
Manananggal dikatakan takutkan bawang putih dan garam.
[1].
Makhluk ini juga dikatakan mengelakkan diri dari pisau belati, cahaya, cuka,
rempah-ratus dan ekor ikan pari-pari yang dibuat sebagai cemeti
[2].
Makhluk yang sama juga dikatakan boleh ditemui di Indonesia. Berbeza dengan
hantu Penanggalan di Malaysia, versi Filipina adalah wanita yang lebih tua
tetapi cantik dan mampu menanggalkan badan bukan hanya kepala sahaja.