SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Kaedah Meradiasi Makanan Menjejaskan Kesihatan? Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Kaedah Meradiasi Makanan Menjejaskan Kesihatan? Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Kaedah Meradiasi Makanan Menjejaskan Kesihatan?

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Skunk_II
JUNIOR
JUNIOR
Skunk_II

Male
Countries/State : Sabah
Age : 45
location : Tuaran - Keningau
Tag ID: : 03840
Points : 11644
Reputation : 0
Number of posts : 233

Kaedah Meradiasi Makanan Menjejaskan Kesihatan? Empty
PostSubject: Re: Kaedah Meradiasi Makanan Menjejaskan Kesihatan?   Kaedah Meradiasi Makanan Menjejaskan Kesihatan? Icon_minitime23/10/2008, 8:48 pm

Diperolehi dari sumber Internet.....
Kaedah Meradiasi Makanan Menjejaskan Kesihatan?
Meradiasi makanan kini menjadi satu cara untuk mengawet makanan. Ia dilakukan dengan meletakkan sesuatu makanan kepada pancaran gamma, samalah seperti menjalankan X-ray ke atas makanan. Tujuannya ialah untuk melanjutkan tempoh ketahanannya dengan membunuh serangga, bakteria dan mikroorganisma lain.

Anda mungkin bertanya apa salahnya jika menggunakan kaedah itu? Kita sendiri pernah menjalani X-ray tetapi tidak pula menjadi radioaktif. Ya, itu memang benar, tetapi radiasi rendah tidak sama. Dos yang dimaksudkan di sini amat tinggi iaitu bersamaan dengan 300 juta X-ray dada.

Tidakkah anda tertanya-tanya apa yang berlaku pada sel-sel makanan di paras radiasi sedemikian?


Makanan di dalam keranjang atau bungkusan plastik dimasukkan ke dalam sebuah bilik bertutup di mana ia dipancarkan dengan radiasi gamma daripada satu sumber radioaktif (isotop radioaktif seperti kobalt-60 atau sesium-137 atau daripada satu pancaran elektron).

Dos bergantung kepada jenis makanan:


  • Buahan dan sayuran boleh didedahkan kepada 100,000 rad.
  • Daging ayam itik sehingga 300,000 rad (atau bersamaan 30 juta X-ray dada).
  • Rempah sehingga 3,000,000 rad (atau 300 juta X-ray).


Adakah berkesan untuk mengawet makanan?

Pihak pencadang mendakwa proses itu lebih sihat kerana penyinaran menjadikan makanan tahan lebih lama tanpa memerlukan pengawet kimia, racun makhluk perosak, pengasapan dan proses-proses lain yang diketahui membahayakan.

Bergantung kepada dos, sinaran itu boleh membunuh bakteria, virus, cendawan dan kulat serta organisma kecil lain yang merosakkan makanan. Ia juga membasmi kuman malah membunuh serangga kecil yang menhurung rempah dan bijirin, dengan itu mengurangkan bilangannya.

Tetapi makanan itu boleh dijangkiti semula kecuali ia dibungkus di dalam bungkusan yang tidak boleh dimasuki serangga (amat mahal), disejukkan atau dimasak.

Sesetengah bakteria juga tidak boleh dibunuh pada dos radiasi lebih rendah. Ini termasuk kuman berbahaya yang menyebabkan botulisme, satu bentuk keracunan makanan yang biasanya membawa maut. Lebih buruk lagi, bakteria yang boleh membentuk ketahanan baru yang kebal terhadap radiasi. Misalnya, di dalam persekitaran makmal, para penyelidik telah menghasilkan jenis kuman salmonella yang kebal (yang menyebabkan keracunan makanan atau demam kepialu) melalui dos radiasi berulangan.

Satu lagi masalah ialah sejumlah besar bakteria atau virus dibunuh, yang terselamat akan bebas membiak dengan cepat, kerana ia tidak dihalang lagi oleh pesaing.

Masalahnya, anda tidak akan mengetahui kerosakan teruk pada makanan. Di dalam kes-kes biasa, makanan rosak mempunyai bau, rasa atau tekstur yang tidak menyenangkan, dihasilkan oleh pelbagai bakteria perosak. Di dalam kes kuman berbahaya, tiada bau yang dapat menyedarkan kita kerana kebanyakan bakteria biasa telah lenyap.

Radiasi juga tidak akan menyingkirkan toksin yang dihasilkan oleh bakteria. Paras toksin akan meningkat dengan radiasi. Misalnya, kulat yang menghasilkan aflatoksin (toksin yang dikaitkan dengan kanser hati) tidak dibunuh oleh radiasi. Apabila kulat yang bersaingan dibunuh, kulat ini membiak dengan cepatnya. Jadi paras aflatoksin meningkat.

Adakah makanan radiasi berkhasiat?

Proses radiasi memusnahkan kebanyakan vitamin - terutamanya vitamin A, C, E dan tiamina. Bergantung kepada vitamin, jenis makanan dan dos radiasi, kehilangan berlaku dari 20% hingga 80%. Jus buah kehilangan lebih banyak vitamin daripada buah-buahan, yang kehilangan lebih banyak daripada sayur-sayuran dan biirin, yang sebaliknya, kehilangan lebih banyak daripada daging.

Memandangkan makanan yang menjalani proses radiasi dihasilkan untuk disimpan bagi tempoh lebih panjang, ini bermakna lebih banyak kehilangan vitamin. Sesetengah vitamin seperti B1 telah dipercepatkan kehilangannya semasa penyimpanan makanan radiasi.

Adakah munasabah untuk memanjangkan tempoh penggunaan bagi makanan yang kekurangan dari segi khasiat?

Adakah makanan radiasi selamat?

Melalui kaedah radiasi, struktur kimia makanan diubah. Molekul tidak stabil atau "radikal bebas" yang terbentuk berbeza daripada molekul yang terbentuk melalui kaedah memasak lain. Ia boleh merosakkan sel-sel tubuh dan menggalakkan kanser. Di samping menjadi pencetus kanser, ia mungkin menyebabkan penuaan kulit dan tubuh lebih awal.

Radikal bebas itu juga boleh bergabung dengan bahan-bahan lain lalu membentuk kimia baru yang beracun.

Di India, satu kajian mengenai kanak-kanak yang kekurangan zat makanan diberi makan gandum yang menjalani proses radiasi menunjukkan empat daripada lima kanak-kanak itu menghasilkan keganjilan kromosom yang boleh menyebabkan leukemia.

Ujian-ujian yang dijalankan ke atas haiwan telah menunjukkan perubahan keadaan sebelum kemunculan kanser yang sama. Tikus yang diberi makan makanan radiasi kekurangan berat badan, mengalami kematian semasa lahir dan mati lebih awal daripada yang diberi makanan biasa. Kajian-kajian juga menunjukkan haiwan-haiwan yang diuji mengalami tumor testis, kerosakan buah pinggang dan keganjilan kromosom.

Kenapa pengeluar gemarkannya?

Makanan radiasi masih kelihatan segar walaupun selepas beberapa bulan atau tahun. Tidak mudah untuk membezakannya dengan makanan segar yang sebenar. Jadi para pengguna senang diperdaya kerana radiasi membolehkan syarikat-syarikat makanan yang tidak bertanggungjawab menjual makanan bermutu rendah atau rosak seolah-olah ia makanan segar.

Sememangnya telah terdapat kes-kes penipuan atau penyalahgunaan. Pada 1986 misalnya, sebuah syarikat makanan yang besar di Britain membawa masuk udang yang dibekukan tetapi ditolak oleh pihak berkuasa kesihatan kerana mengandungi banyak bakteria. Bekalan udang itu kemudain dihantar ke Belanda untuk diradiasi, yang berjaya menghapuskan bakteria tetapi bukannya sisa racun yang masih terkandung di dalam makanan itu. Selepas itu, udang tersebut dibawa balik ke England, di mana ia melepasi ujian kesihatan dan dijual kepada para pengguna.

Bagaimana hendak tahu makanan diradiasi?


Anda tidak akan tahu. Tidak terdapat ujian yang boleh menunjukkan sama ada sekumpulan makanan telah diradiasi atau tidak. Anda terpaksa bergantung sepenuhnya kepada kejujuran pengeluar. Di kebanyakan negara Eropah, ia dibuat secara sukarela. Tetapi sungguhpun pengeluar diwajibkan melabel makanan yang diradiasi, semasa makanan sedemikian dieksport, undang-undang negara pengeksport tidak digunakan.

Para pengeluar juga enggan mencetak perkataan "beradiasi" pada produk berkenaan kerana mereka bimbang para pengguna akan menolaknya.

Import makananan radiasi ke Malaysia diharamkan - tanpa kelulusan Ketua Pengarah. Tetapi memandangkan tiada pihak berkuasa kesihatan di dunia mempunyai sebarang cara mengesan makanan yang telah diradiasi, undang-undang sedemikian tidak boleh dikuatkuasakan.

Adakah kita benar-benar memerlukan makanan yang telah diradiasi?
Back to top Go down
intrax
ELITE
ELITE
intrax

Male
Countries/State : Australia
Age : 38
location : Kota belud-SaNdAkaN
Website : http://dynastyclub.forumotion.net
Tag ID: : SFC 03293
Points : 12429
Reputation : 9
Number of posts : 3111

Kaedah Meradiasi Makanan Menjejaskan Kesihatan? Empty
PostSubject: Re: Kaedah Meradiasi Makanan Menjejaskan Kesihatan?   Kaedah Meradiasi Makanan Menjejaskan Kesihatan? Icon_minitime17/12/2008, 11:19 pm

OK BRO TERIMA KASIH ATAS TIPS YANG ANDA BERIKAN
Back to top Go down
http://www.borneoforestheritage.org.my
sasukey
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
sasukey

Female
Countries/State : Sarawak
Age : 74
location : Lb. Ft. @$. k�t�b�$
Tag ID: : SFC ziro
Points : 12393
Reputation : -6
Number of posts : 1063

Kaedah Meradiasi Makanan Menjejaskan Kesihatan? Empty
PostSubject: Re: Kaedah Meradiasi Makanan Menjejaskan Kesihatan?   Kaedah Meradiasi Makanan Menjejaskan Kesihatan? Icon_minitime27/4/2009, 10:49 am

:cantek: :cantek: :cantek: :cantek:
Good info
blue hypo minum minum minum blue hypo
Back to top Go down
Liah
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
Liah

Female
Age : 46
location : kota kinabalu
Tag ID: : SFC 04179
Points : 12774
Reputation : 15
Number of posts : 1258

Kaedah Meradiasi Makanan Menjejaskan Kesihatan? Empty
PostSubject: Re: Kaedah Meradiasi Makanan Menjejaskan Kesihatan?   Kaedah Meradiasi Makanan Menjejaskan Kesihatan? Icon_minitime18/5/2009, 11:51 am

Very Happy good n4 bro.... Thank you
Back to top Go down
Sponsored content




Kaedah Meradiasi Makanan Menjejaskan Kesihatan? Empty
PostSubject: Re: Kaedah Meradiasi Makanan Menjejaskan Kesihatan?   Kaedah Meradiasi Makanan Menjejaskan Kesihatan? Icon_minitime

Back to top Go down
 

Kaedah Meradiasi Makanan Menjejaskan Kesihatan?

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: BULETIN KESIHATAN :: Cara Hidup Sihat-
Jump to: