SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
HARGA PETROL DAN DIESEL TURUN LAGI AKHIR OKT INI Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
HARGA PETROL DAN DIESEL TURUN LAGI AKHIR OKT INI Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 HARGA PETROL DAN DIESEL TURUN LAGI AKHIR OKT INI

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Viero
MODERATOR
Viero

Male
Countries/State : Sabah
Age : 105
location : Melbourne
Website : https://www.facebook.com/Vieros
Points : 12799
Reputation : 18
Number of posts : 2464

HARGA PETROL DAN DIESEL TURUN LAGI AKHIR OKT INI Empty
PostSubject: HARGA PETROL DAN DIESEL TURUN LAGI AKHIR OKT INI   HARGA PETROL DAN DIESEL TURUN LAGI AKHIR OKT INI Icon_minitime26/10/2008, 8:31 pm

HARGA PETROL DAN DIESEL TURUN LAGI AKHIR OKT INI
26th October, 2008 (New Sabah Times)

PEKAN: Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin membayangkan bahawa
kerajaan akan menurunkan lagi harga petrol dan diesel akhir bulan
ini berikutan trend penurunan harga minyak dunia ketika ini.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan itu berkata
kabinet menyerahkan kepada exco Majlis Ekonomi yang dipengerusi-kan
oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk
membuat keputusan ber-hubung harga baru itu.

“Tunggulah, kita dah janji bahawa kalau har-ga minyak dunia turun,
maka harga minyak pet-rol dan diesel tempatan akan melambangkan
harga pasaran minyak yang sebenarnya.

“Bagilah sedikit masa untuk kerajaan membuat keputusan, kabinet
telah memberi mandat kepada exco Majlis Ekonomi yang dipengerusi-kan
Perdana Menteri untuk membuat keputusan sekiranya harga minyak
dunia semakin menurun, maka minyak tempatanpun akan turun,” katanya
kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada bakal haji
kawasan Parlimen Pekan, di kediamannya di sini.

Ditanya sama ada kerajaan mungkin mengumumkan harga baru petrol
dan diesel pada 30 Okt atau 1 Nov ini seperti kenyataan Menteri Perdagangan
Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad semalam,
Najib berkata: “Tak bolehlah bagi tahu, tapi bia-sanya tak lama kita akan
buat keputusan…lebih kurang begitulah (tarikh umumkan harga baru itu),
tertakluk bila mesyuarat (Majlis Ekonomi) nanti” kata Najib.

Harga minyak dipam turun tiga kali sejak Ogos lepas iaitu pada 23 Ogos,
24 Sept dan kali terakhir 15 Okt. Harga petrol Ron97 turun dari RM2.70 seliter
kepada RM2.55, RM2.45 dan RM2.30 manakala petrol Ron92 dari RM2.62 seliter
kepada RM2.40, RM2.30 dan RM2.20. Diesel pula turun dari RM2.58 seliter
kepada RM2.50, RM2.40 dan RM2.20.

Ditanya kemungkinan harga petrol dan diesel diturun ke paras harga bawah RM2,
Najib sambil ketawa berkata: “Tunggu dululah (pengumuman harga baru itu).”

Ditanya mengenai trend penurunan harga petrol dan diesel ini dilihat tidak
menjurus kepada penurunan harga barang, Najib berkata kerajaan sedang
mengambil beberapa langkah untuk mengatasi perkara itu.

“Kita sedang berusaha, beberapa langkah termasuk bekerjasama dengan
pasar raya besar (dan) pengeluar. Pemilik pasar raya besar bersetuju
memberi penurunan harga kepada beberapa barangan dan produk yang
akan diumumkan sehari dua ini,” katanya.

Mengenai kesan penurunan harga komoditi sawit dan getah kepada peneroka,
Najib berkata kerajaan memberi jaminan bahawa pendapatan peneroka tidak
akan turun di bawah paras RM1,000 sebulan.

“Sebelum ini, mereka mendapat purata (pendapatan) tinggi antara RM3,000
dan RM4,000 (sebulan), satu aspek kita harap mereka ada mengamalkan
amalan menabung, mereka ada rezab sedikit bagi menghadapi zaman harga menurun.

“Kita ada langkah seperti memberi bonus yang saya umumkan (sebelum ini),
bonus RM700 hingga RM2,000 (diberikan) Disember ini, langkah lain bagi
menggalakkan peneroka mengambil bahagian dalam aktiviti lain seperti
berniaga, kraftangan, bercucuk tanam dan sebagainya, tidak bergantung
kepada sawit dan getah untuk pendapatan mereka,” katanya.

Menjawab soalan mengenai langkah menghadapi kesan krisis ekonomi global,
Najib berkata beliau akan mengumumkannya pada sesi penggulungan
di Dewan Rakyat pada 4 Nov ini.

Sementara itu, di JOHOR BAHARU, Penuru-nan harga minyak runcit
tempatan yang dijangka berlaku pada akhir bulan ini tidak akan
melebihi 15 sen, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna,
Datuk Shahrir Abdul Samad.

Katanya penurunan sebanyak itu dilakukan bagi mengelakkan sebarang
kerugian mendadak khasnya di kalangan pengusaha stesen minyak.

“Kita tak mahu penurunan harga yang tinggi hingga menjejaskan penguasaha
stesen minyak di seluruh negara,” katanya kepada pemberita sele-pas
merasmikan pameran Minggu Kesedaran Kewangan di Pusat Konvensyen
Antarabangsa Persada Johor di sini kelmarin.

Katanya harga petrol dan diesel akan dikurangkan secara berperingkat sehingga
ke paras harga yang berpatutan kepada pengguna.

Harga petrol RON97 dikurangkan sebanyak 15 sen kepada RM2.30 sen seliter
pada 15 Okt lalu sementara harga petrol RON92 dikurangkan sebanyak 10 sen
kepada RM2.20 manakala diesel turun 20 sen kepada RM2.20.

Keputusan penurunan yang dijangka dicapai pada mesyuarat Kabinet pada
31 Okt ini, merupakan penurunan kali keempat selepas kerajaan mengumumkan
menaikkan harga minyak pada 4 Jun lepas.
Back to top Go down
https://www.facebook.com/Vieros
maks
JUNIOR
JUNIOR
maks

Male
Age : 47
location : KK
Points : 11872
Reputation : 0
Number of posts : 90

HARGA PETROL DAN DIESEL TURUN LAGI AKHIR OKT INI Empty
PostSubject: Re: HARGA PETROL DAN DIESEL TURUN LAGI AKHIR OKT INI   HARGA PETROL DAN DIESEL TURUN LAGI AKHIR OKT INI Icon_minitime28/10/2008, 4:43 pm

Sepatutnya krjaan turunkan RM0.20..bkn rm0.15...
Back to top Go down
rickengineering
SUPERIOR
SUPERIOR
rickengineering

Male
Countries/State : Sabah
Age : 43
location : Majlis Daerah Beluran
Website : https://www.facebook.com/rickengineering
Tag ID: : SFC 01950
Points : 13699
Reputation : 67
Number of posts : 2793

HARGA PETROL DAN DIESEL TURUN LAGI AKHIR OKT INI Empty
PostSubject: Re: HARGA PETROL DAN DIESEL TURUN LAGI AKHIR OKT INI   HARGA PETROL DAN DIESEL TURUN LAGI AKHIR OKT INI Icon_minitime31/10/2008, 1:17 pm

nah turun lae ni.. harap p rm 2 seliter petrol.. hehe...
Back to top Go down
http://profiles.friendster.com/rickengineering
MieY_kItTy
SUPERIOR
SUPERIOR


Male
Countries/State : Sabah
Age : 40
Tag ID: : SFC 3398
Points : 12456
Reputation : 4
Number of posts : 1858

HARGA PETROL DAN DIESEL TURUN LAGI AKHIR OKT INI Empty
PostSubject: Re: HARGA PETROL DAN DIESEL TURUN LAGI AKHIR OKT INI   HARGA PETROL DAN DIESEL TURUN LAGI AKHIR OKT INI Icon_minitime6/11/2008, 12:27 pm

syukur alhamdulillah....kerana naik minyak saja rakyat derita...huh
Back to top Go down
chico89
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
chico89

Male
Age : 35
location : keningautawau
Tag ID: : 03268
Points : 11989
Reputation : 3
Number of posts : 1265

HARGA PETROL DAN DIESEL TURUN LAGI AKHIR OKT INI Empty
PostSubject: Re: HARGA PETROL DAN DIESEL TURUN LAGI AKHIR OKT INI   HARGA PETROL DAN DIESEL TURUN LAGI AKHIR OKT INI Icon_minitime10/11/2008, 11:06 am

ya bh..
kerna minyak, suma keperluan asas meningkat..
shingga pendapatan yg diperoleh xda dpt memenuhi keperluan..
Back to top Go down
napster
MODERATOR
napster

Male
Countries/State : Selangor
Age : 40
location : KLIA (hometown papar)
Tag ID: : SFC 03920
Points : 17614
Reputation : 116
Number of posts : 6364

HARGA PETROL DAN DIESEL TURUN LAGI AKHIR OKT INI Empty
PostSubject: Re: HARGA PETROL DAN DIESEL TURUN LAGI AKHIR OKT INI   HARGA PETROL DAN DIESEL TURUN LAGI AKHIR OKT INI Icon_minitime6/6/2009, 12:19 am

rickengineering wrote:
nah turun lae ni.. harap p rm 2 seliter petrol.. hehe...

kekeke... bukan lagi rm2... rm1.80 sdh skrg... Cool
Back to top Go down
bod_supersperm
SUPERIOR
SUPERIOR
bod_supersperm

Male
Countries/State : Sabah
Age : 43
location : kota kinabalu sabah
Tag ID: : SFC 03551
Points : 14159
Reputation : 6
Number of posts : 2276

HARGA PETROL DAN DIESEL TURUN LAGI AKHIR OKT INI Empty
PostSubject: Re: HARGA PETROL DAN DIESEL TURUN LAGI AKHIR OKT INI   HARGA PETROL DAN DIESEL TURUN LAGI AKHIR OKT INI Icon_minitime12/6/2009, 10:39 am

harga minyak dunia naik dah 70 dollar 1 tong...harap alaysia masih maintan dgn subsidi...
Back to top Go down
http://www.redsunmotorclub.com
aku_alli
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
aku_alli

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 41
location : WP Labuan
Website : nebiula.blogspot.com
Tag ID: : SFC 04520

Points : 13226
Reputation : 10
Number of posts : 1680

HARGA PETROL DAN DIESEL TURUN LAGI AKHIR OKT INI Empty
PostSubject: Re: HARGA PETROL DAN DIESEL TURUN LAGI AKHIR OKT INI   HARGA PETROL DAN DIESEL TURUN LAGI AKHIR OKT INI Icon_minitime12/6/2009, 10:50 am

ingat balik time kenaikan harga minyak, orang berpusu-pusu ke stesen minyak ni sampai jalan jem. nasib aku cuti time tu and boleh la tengok panorama indah kesesakan lalu lintas. kohkohkohkoh.
Back to top Go down
madee
MODERATOR
madee

Male
Countries/State : Indonesia
Age : 45
location : KB - Labuan - Tenom
Tag ID: : sFc 04528
Points : 20363
Reputation : 26
Number of posts : 8968

HARGA PETROL DAN DIESEL TURUN LAGI AKHIR OKT INI Empty
PostSubject: Re: HARGA PETROL DAN DIESEL TURUN LAGI AKHIR OKT INI   HARGA PETROL DAN DIESEL TURUN LAGI AKHIR OKT INI Icon_minitime12/6/2009, 11:17 am

bgus la klau mau trun lagi....harga brg inda jua pandai trun2...mau naik ada la....
Back to top Go down
bod_supersperm
SUPERIOR
SUPERIOR
bod_supersperm

Male
Countries/State : Sabah
Age : 43
location : kota kinabalu sabah
Tag ID: : SFC 03551
Points : 14159
Reputation : 6
Number of posts : 2276

HARGA PETROL DAN DIESEL TURUN LAGI AKHIR OKT INI Empty
PostSubject: Re: HARGA PETROL DAN DIESEL TURUN LAGI AKHIR OKT INI   HARGA PETROL DAN DIESEL TURUN LAGI AKHIR OKT INI Icon_minitime12/6/2009, 11:37 am

time tu..aku mau hntr hntaran kwin..p keningau
Back to top Go down
http://www.redsunmotorclub.com
aku_alli
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
aku_alli

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 41
location : WP Labuan
Website : nebiula.blogspot.com
Tag ID: : SFC 04520

Points : 13226
Reputation : 10
Number of posts : 1680

HARGA PETROL DAN DIESEL TURUN LAGI AKHIR OKT INI Empty
PostSubject: Re: HARGA PETROL DAN DIESEL TURUN LAGI AKHIR OKT INI   HARGA PETROL DAN DIESEL TURUN LAGI AKHIR OKT INI Icon_minitime12/6/2009, 11:43 am

roti telur + milo ais = RM4.20 sdh sekarang ni. hohohohoho.

nasib la rumah aku tu tingkat 4 dan menghadap ke jalan a.k.a stesen petronas. mmg nice la. kohkohkoh.
Back to top Go down
napster
MODERATOR
napster

Male
Countries/State : Selangor
Age : 40
location : KLIA (hometown papar)
Tag ID: : SFC 03920
Points : 17614
Reputation : 116
Number of posts : 6364

HARGA PETROL DAN DIESEL TURUN LAGI AKHIR OKT INI Empty
PostSubject: Re: HARGA PETROL DAN DIESEL TURUN LAGI AKHIR OKT INI   HARGA PETROL DAN DIESEL TURUN LAGI AKHIR OKT INI Icon_minitime12/6/2009, 11:44 am

aku pula time kenduri tunang.... tambah lagi gearbox aku rusak... nah pening2 terus... sebulan keta di workshop aku kasi biar... pasal nda cukup budget...

nasib ada claim tu... dpt la cover2...
Back to top Go down
bod_supersperm
SUPERIOR
SUPERIOR
bod_supersperm

Male
Countries/State : Sabah
Age : 43
location : kota kinabalu sabah
Tag ID: : SFC 03551
Points : 14159
Reputation : 6
Number of posts : 2276

HARGA PETROL DAN DIESEL TURUN LAGI AKHIR OKT INI Empty
PostSubject: Re: HARGA PETROL DAN DIESEL TURUN LAGI AKHIR OKT INI   HARGA PETROL DAN DIESEL TURUN LAGI AKHIR OKT INI Icon_minitime24/6/2009, 2:19 pm

skrg dah mau naik..USD70 dah 1 tong
Back to top Go down
http://www.redsunmotorclub.com
wanchai
SUPERIOR
SUPERIOR
wanchai

Male
Countries/State : Sabah
Age : 43
location : Kerja/Kwin=Kudat & Kmpung/Asal=Putatan/KK
Tag ID: : SFC 04762
Points : 13248
Reputation : 8
Number of posts : 2092

HARGA PETROL DAN DIESEL TURUN LAGI AKHIR OKT INI Empty
PostSubject: Re: HARGA PETROL DAN DIESEL TURUN LAGI AKHIR OKT INI   HARGA PETROL DAN DIESEL TURUN LAGI AKHIR OKT INI Icon_minitime25/6/2009, 9:37 pm

yeeeehhhaaa!! bln9 ni hrga mnyk naik lg..
laaawaalaaah!! hrga brg pn naik lg..
caaayyyaa lah!! ramai lg time 2 meloan d bank ngan along..
duuuiii.. Mad
Back to top Go down
http://sioloon.ning.com/profile­/WaNcHaI
Sponsored content




HARGA PETROL DAN DIESEL TURUN LAGI AKHIR OKT INI Empty
PostSubject: Re: HARGA PETROL DAN DIESEL TURUN LAGI AKHIR OKT INI   HARGA PETROL DAN DIESEL TURUN LAGI AKHIR OKT INI Icon_minitime

Back to top Go down
 

HARGA PETROL DAN DIESEL TURUN LAGI AKHIR OKT INI

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: