SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Fobia angka 13 Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Fobia angka 13 Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Fobia angka 13

View previous topic View next topic Go down 
Go to page : 1, 2  Next
AuthorMessage
aLFFiaN
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR
aLFFiaN

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 41
location : Borneo Island
Website : www.sioloon.com
Tag ID: : SFC00001
Points : 15098
Reputation : 101
Number of posts : 7895

Fobia angka 13 Empty
PostSubject: Fobia angka 13   Fobia angka 13 Icon_minitime2/11/2008, 9:13 pm

Fobia angka 13 Bkf8rghk126hpeabwr5z
LIF yang tiada tingkat 13.


TIBA-TIBA saja perasaan pelik dan hairan muncul apabila kita berhadapan dengan situasi berikut:

Sebaik
memasuki lif di sebuah bangunan tinggi dan ketika jari ingin menekan
butang lif berkenaan, didapati terdapat nombor tingkat yang seolah-olah
hilang pada aturannya.

Tingkat nombor 10 ada, nombor
11 ada, nombor 12 pun ada tetapi kemudian terus ke nombor 14. Ke mana
menghilangnya tingkat bernombor 13?

Demikianlah
keadaan kebanyakan bangunan di Amerika Syarikat (AS) dan Kanada -
bangunan tinggi di kota besar yang terletak di kedua-dua negara
terbabit tidak memiliki tingkat bernombor 13.

Situasi
berkenaan memang menghairankan tetapi itulah satu fenomena pelik yang
melanda kebanyakan masyarakat Barat atau mungkin ramai penduduk di
seluruh dunia.

Penduduk terbabit percaya yang 13
adalah angka yang membawa sick, angka yang disumpah dan 'berhantu'
sehingga menyebabkan penggunaan angka berkenaan akan membawa malang
atau maut kepada mereka yang mengamalkannya.

Kajian
terhadap fenomena pelik yang melanda manusia itu menyebabkan fobia
terhadap angka 13 digelar 'Triskaidekaphobia' malah lebih pelik adalah
wujud pula fobia terhadap hari Jumaat yang jatuhnya pada 13 hari bulan
yang diklasifikasikan sebagai 'paraskavedekatriaphobia' atau
'friggatriskaidekaphobia'.

Kepercayaan masyarakat
Barat kononnya angka 13 sebagai angka sick, disumpah dan berhantu
dipercayai bermula daripada ajaran Kristian apabila Iblis iaitu ketua
syaitan pada asalnya dianggap sebagai malaikat ke-13 tetapi ia
digugurkan kerana menderhaka kepada Tuhan.

Selain
itu, pada majlis 'Santapan Terakhir' yang dipercayai dalam doktrin
agama Kristian, rakan yang mengkhianati Jesus iaitu Judas adalah lelaki
yang ke-13 duduk di meja makan.

Ketika ahli sihir
Rom purba menyeru kehadiran syaitan pula, mereka akan berkumpul seramai
12 orang dan orang ke-13 yang hadir pada upacara itu adalah jelmaan
syaitan.

Sesetengah penyelidik beranggapan bahawa
fobia terhadap angka itu berasal daripada kepercayaan tahyul manusia
pada zaman kuno. Manusia pada zaman itu dikatakan mengira sehingga
nombor 12 atau sedozen dan angka selepas itu iaitu dikatakan mewakili
unsur ghaib.

Masyarakat Barat mengira angka yang
diberi nama sehingga angka terakhir adalah 12 atau 'twelve' dan angka
seterusnya iaitu bermula angka 13, dimulai dengan gabungan angka iaitu
'thirdteen', 'fourteen' dan seterusnya. Kiraan bulan dalam setahun juga
sehingga bulan ke-12 dan tidak ada bulan ke-13.

Selain
itu, kepercayaan terhadap sumpahan angka 13 turut berasal daripada
pegangan kaum Vikings. Dikisahkan bahawa ketika 12 dewa Norse sedang
mengadakan majlis makan malam, tiba-tiba datang Loki iaitu dewa yang
tidak diundang ke majlis berkenaan.

Loki dianggap
tetamu ke 13 pada majlis itu dan menjadi perancang utama pembunuhan
Baldr, dewa kegembiraan. Kematian Baldr menyebabkan seluruh dunia
menjadi gelap dan hari itu tidak lagi disinari kegembiraan atau dengan
kata lain adalah hari itu sick dan malang.








Back to top Go down
http://www.sioloon.com
aLFFiaN
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR
aLFFiaN

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 41
location : Borneo Island
Website : www.sioloon.com
Tag ID: : SFC00001
Points : 15098
Reputation : 101
Number of posts : 7895

Fobia angka 13 Empty
PostSubject: Re: Fobia angka 13   Fobia angka 13 Icon_minitime2/11/2008, 9:15 pm

Menerusi kisah berkenaan jugalah wujudlah kepercayaan tahyul kononnya apabila 13 orang berkumpul, maka seorang daripada mereka akan mati.

Fobia itu diperkuatkan lagi dengan beberapa kejadian aneh yang berlaku membabitkan angka 13 terutama membabitkan hari Jumaat yang jatuh pada tarikh hari itu.

Penahanan dan pembunuhan pasukan Knights Templar dalam perang salib berlaku pada hari Jumaat, 13 Oktober 1307.

Pada Jumaat 13 Oktober 1066 juga menjadi hari terakhir pemerintahan King Saxon Harold II sebelum dia dibunuh Duke of Normandy, William.

Ekspedisi ke bulan menggunakan pesawat Apollo 13 dianggap gagal kerana ia menyandang nombor 13 malah diterbangkan pada jam 13:13 EST pada 11 April 1970. Seorang lelaki iaitu Arnold Schoenberg yang menderita triskaidekafobia didapati lahir dan meninggal pada tanggal 13 hari bulan.

Disebabkan berlakunya pelbagai kejadian aneh itu menyebabkan semakin ramai percaya bahawa 13 adalah angka yang disumpah dan berhantu manakala hari Jumaat yang jatuh pada 13 hari bulan dianggap hari yang sick oleh penganut Kristian termasuk masyarakat British, Jerman, Polish, Bulgaria dan Portugis.

Malah, fobia terhadap angka berkenaan tidak saja melanda orang bawahan tetapi pengarah syarikat dan kalangan intelektual.

Akibatnya ada pengusaha syarikat penerbangan yang tidak menyediakan kerusi penumpang bernombor 13, syarikat pembinaan yang tidak membina bangunan yang memiliki tingkat 13, pintu ke-13 atau premis bernombor 13.

Dalam perlumbaan Formula One dan banyak perlumbaan lain, tiada kenderaan yang membawa nombor 13 malah syarikat program komputer, Microsoft digembar-gembur kononnya melangkau versi produk Microsoft Office ke 13 mereka disebabkan fobia berkenan.

Daripada Microsoft Office 12, mereka dijangka akan terus mengeluarkan Microsoft Office 14.

Institut Fobia dan Pengurusan Tekanan AS di Utara Carolina menyatakan bahawa pelbagai industri di negara itu kerugian antara AS$800 hingga AS$900 juta pada hari Jumaat yang jatuh pada 13 hari bulan berikutan ramai penduduk enggan menaiki penerbangan atau keluar rumah pada hari itu.

Justeru, benarkah angka 13 adalah angka yang sick, disumpah atau berhantu? Persoalan itu saya ajukan kepada seorang rakan yang kerap menggunakan angka 13 dalam kehidupannya.

Jersi sukannya bernombor 13, nombor telefonnya juga memiliki angka 13 dan banyak lagi kaitan nombor itu dengannya.
Back to top Go down
http://www.sioloon.com
aLFFiaN
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR
aLFFiaN

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 41
location : Borneo Island
Website : www.sioloon.com
Tag ID: : SFC00001
Points : 15098
Reputation : 101
Number of posts : 7895

Fobia angka 13 Empty
PostSubject: Re: Fobia angka 13   Fobia angka 13 Icon_minitime2/11/2008, 9:16 pm

NFO: Fobia terhadap angka

• Selain angka 13, ada masyarakat China, Jepun dan Korea yang fobia terhadap angka empat kerana dalam bahasa Mandarin atau bahasa Tionghua, sebutan 'empat' dan 'mati' adalah sama.

Sebilangan pihak masih memutarbelitkan fakta ini dengan menyebut bahawa angka '4' disebabkan dari angka 13 yang dicampur iaitu '1+3 = 4'.


• Dalam budaya masyarakat Itali, angka 17 dianggap sick atau disumpah. Angka roman 17 atau XVII boleh ditukar kepada VIXI yang bermaksud 'saya pernah hidup' dalam bahasa latin atau maksudnya 'sekarang saya sudah mati'.


• Di Sepanyol, 13 turut dianggap angka yang sick tetapi bukan pada hari Jumaat. dalam kepercayaan mereka, hari Selasa yang jatuh pada 13 hari bulan dianggap hari yang sick atau disumpah.
Back to top Go down
http://www.sioloon.com
Randy
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
Randy

Male
Countries/State : Sabah
Age : 36
location : Luyang~Lintas
Points : 11940
Reputation : 0
Number of posts : 1353

Fobia angka 13 Empty
PostSubject: Re: Fobia angka 13   Fobia angka 13 Icon_minitime2/11/2008, 9:26 pm

movie 13 ghost??.. pale
Back to top Go down
aLFFiaN
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR
aLFFiaN

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 41
location : Borneo Island
Website : www.sioloon.com
Tag ID: : SFC00001
Points : 15098
Reputation : 101
Number of posts : 7895

Fobia angka 13 Empty
PostSubject: Re: Fobia angka 13   Fobia angka 13 Icon_minitime2/11/2008, 9:29 pm

Randy wrote:
movie 13 ghost??.. pale

ya betul the 13 ghost movie... he he he... siapa da info lagi apsal angka 13 ni boleh kongsi di sini... tapi aku suka pula angka ni tahu.. he he he
Back to top Go down
http://www.sioloon.com
Randy
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
Randy

Male
Countries/State : Sabah
Age : 36
location : Luyang~Lintas
Points : 11940
Reputation : 0
Number of posts : 1353

Fobia angka 13 Empty
PostSubject: Re: Fobia angka 13   Fobia angka 13 Icon_minitime2/11/2008, 9:37 pm

aLFFiaN wrote:
Randy wrote:
movie 13 ghost??.. pale

ya betul the 13 ghost movie... he he he... siapa da info lagi apsal angka 13 ni boleh kongsi di sini... tapi aku suka pula angka ni tahu.. he he he

hehe..
apsal pula suka bro??..
sebelum ne..tdk pula aku tau pa2 psal no.13 ne..
Back to top Go down
de@@_le$$
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR
de@@_le$$

Male
Countries/State : Sabah
Age : 46
location : Penampang, SABAH
Tag ID: : SFC 01022
Points : 13899
Reputation : 23
Number of posts : 7093

Fobia angka 13 Empty
PostSubject: Re: Fobia angka 13   Fobia angka 13 Icon_minitime2/11/2008, 9:40 pm

huhu... 13 ahhh... kalau d malaysia... terutama yg berbangsa cina... no 4... Smile
Back to top Go down
bAbY('_')
MODERATOR
bAbY('_')

Female
Countries/State : Sabah
Age : 39
location : kk-sdk-
Tag ID: : SFC 02704
Points : 12217
Reputation : 0
Number of posts : 1867

Fobia angka 13 Empty
PostSubject: Re: Fobia angka 13   Fobia angka 13 Icon_minitime3/11/2008, 2:37 pm

Randy wrote:
movie 13 ghost??.. pale

ya..ada jua me tgk ceta antu 2 sal lift angka 13 ne...e2 la..mgkin jua durg wat filem ne kan..???ermmm...thanx bro..bg information..uhuhuuu...
Back to top Go down
froneTier
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR
froneTier

Female
Countries/State : Sabah
Age : 41
location : Jesselton
Tag ID: : SFC 03082
Points : 12668
Reputation : 11
Number of posts : 2208

Fobia angka 13 Empty
PostSubject: Re: Fobia angka 13   Fobia angka 13 Icon_minitime4/11/2008, 8:59 pm

ada movie tu Friday the 13th,.hihihi.cerita seram.
Back to top Go down
chico89
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
chico89

Male
Age : 35
location : keningautawau
Tag ID: : 03268
Points : 11977
Reputation : 3
Number of posts : 1265

Fobia angka 13 Empty
PostSubject: Re: Fobia angka 13   Fobia angka 13 Icon_minitime9/11/2008, 7:36 pm

ada jga wayang indon tajuk dia '' lantai 13 ''...
syok oo tu filem..
Back to top Go down
babylie89
SUPERIOR
SUPERIOR
babylie89

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 35
location : Labuan
Tag ID: : SFC 03942
Points : 12196
Reputation : 3
Number of posts : 2753

Fobia angka 13 Empty
PostSubject: Re: Fobia angka 13   Fobia angka 13 Icon_minitime10/11/2008, 10:09 pm

uina..
seram gak nie..
da la no kedua fav aq..
rupa2nya..
ada mksd d sblk no nie plk..
anyway bro..
thnx 4 da information oo..
Back to top Go down
http://www.friendster.com/babylie89
chico89
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
chico89

Male
Age : 35
location : keningautawau
Tag ID: : 03268
Points : 11977
Reputation : 3
Number of posts : 1265

Fobia angka 13 Empty
PostSubject: Re: Fobia angka 13   Fobia angka 13 Icon_minitime10/11/2008, 10:11 pm

babylie89 wrote:
uina..
seram gak nie..
da la no kedua fav aq..
rupa2nya..
ada mksd d sblk no nie plk..
anyway bro..
thnx 4 da information oo..

tpi tu menurut kepercayaan drng..
xda sma dgn kepercayaan sis..
What a Face
Back to top Go down
babylie89
SUPERIOR
SUPERIOR
babylie89

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 35
location : Labuan
Tag ID: : SFC 03942
Points : 12196
Reputation : 3
Number of posts : 2753

Fobia angka 13 Empty
PostSubject: Re: Fobia angka 13   Fobia angka 13 Icon_minitime10/11/2008, 10:34 pm

kdg2 kprcayaan drg nie ada btl la gak..
apa2 pn ia ttp no bha 2..
hehehe
Back to top Go down
http://www.friendster.com/babylie89
chico89
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
chico89

Male
Age : 35
location : keningautawau
Tag ID: : 03268
Points : 11977
Reputation : 3
Number of posts : 1265

Fobia angka 13 Empty
PostSubject: Re: Fobia angka 13   Fobia angka 13 Icon_minitime10/11/2008, 11:04 pm

babylie89 wrote:
kdg2 kprcayaan drg nie ada btl la gak..
apa2 pn ia ttp no bha 2..
hehehe

ya la..
dri sis jak tu..
kakakakak
Back to top Go down
babylie89
SUPERIOR
SUPERIOR
babylie89

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 35
location : Labuan
Tag ID: : SFC 03942
Points : 12196
Reputation : 3
Number of posts : 2753

Fobia angka 13 Empty
PostSubject: Re: Fobia angka 13   Fobia angka 13 Icon_minitime11/11/2008, 6:55 am

so wut u think diz rumors bout no 13..hehehe
Back to top Go down
http://www.friendster.com/babylie89
chico89
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
chico89

Male
Age : 35
location : keningautawau
Tag ID: : 03268
Points : 11977
Reputation : 3
Number of posts : 1265

Fobia angka 13 Empty
PostSubject: Re: Fobia angka 13   Fobia angka 13 Icon_minitime11/11/2008, 8:49 am

ermm.
no 13????
huhuu 8) Laughing
Back to top Go down
Randy
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
Randy

Male
Countries/State : Sabah
Age : 36
location : Luyang~Lintas
Points : 11940
Reputation : 0
Number of posts : 1353

Fobia angka 13 Empty
PostSubject: Re: Fobia angka 13   Fobia angka 13 Icon_minitime11/11/2008, 1:27 pm

babylie89 wrote:
so wut u think diz rumors bout no 13..hehehe

kpercayaan jak bha tue.. What a Face
Back to top Go down
babylie89
SUPERIOR
SUPERIOR
babylie89

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 35
location : Labuan
Tag ID: : SFC 03942
Points : 12196
Reputation : 3
Number of posts : 2753

Fobia angka 13 Empty
PostSubject: Re: Fobia angka 13   Fobia angka 13 Icon_minitime11/11/2008, 5:51 pm

itz all depends dr pndgn org gak bha 2..
klo rsa ya..
mmg ya la 2..
klo nda mmg nda larr..
hahaha
Back to top Go down
http://www.friendster.com/babylie89
chico89
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
chico89

Male
Age : 35
location : keningautawau
Tag ID: : 03268
Points : 11977
Reputation : 3
Number of posts : 1265

Fobia angka 13 Empty
PostSubject: Re: Fobia angka 13   Fobia angka 13 Icon_minitime11/11/2008, 8:49 pm

babylie89 wrote:
itz all depends dr pndgn org gak bha 2..
klo rsa ya..
mmg ya la 2..
klo nda mmg nda larr..
hahaha

ahahah..
ada ka info lgi ttg number tu sis?
Back to top Go down
babylie89
SUPERIOR
SUPERIOR
babylie89

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 35
location : Labuan
Tag ID: : SFC 03942
Points : 12196
Reputation : 3
Number of posts : 2753

Fobia angka 13 Empty
PostSubject: Re: Fobia angka 13   Fobia angka 13 Icon_minitime11/11/2008, 9:23 pm

klo psl no yg disaster 2..
plg fames no 4 kn..
Back to top Go down
http://www.friendster.com/babylie89
chico89
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
chico89

Male
Age : 35
location : keningautawau
Tag ID: : 03268
Points : 11977
Reputation : 3
Number of posts : 1265

Fobia angka 13 Empty
PostSubject: Re: Fobia angka 13   Fobia angka 13 Icon_minitime11/11/2008, 9:31 pm

babylie89 wrote:
klo psl no yg disaster 2..
plg fames no 4 kn..

ya bh..
num 4 jga la king..
num hp sya ada 4 angka 4.. Sad Sad Sad
Back to top Go down
syahrul_ss
SENIOR
SENIOR


Male
Age : 43
location : Papar/kk
Tag ID: : D.S.S.L
Points : 12037
Reputation : 0
Number of posts : 652

Fobia angka 13 Empty
PostSubject: Re: Fobia angka 13   Fobia angka 13 Icon_minitime13/11/2008, 1:53 pm

uina no 13 hantu ambil kot hehe.. Laughing
Back to top Go down
under18crew
SIFU
SIFU
under18crew

Male
Countries/State : Sabah
Age : 33
location : Kota Belud
Tag ID: : SFC 02544
Points : 13054
Reputation : 13
Number of posts : 16246

Fobia angka 13 Empty
PostSubject: Re: Fobia angka 13   Fobia angka 13 Icon_minitime13/11/2008, 2:08 pm

mmg no 13 nie kprcyaan kristian mmg kra mcm no mati bha 2..
Back to top Go down
chico89
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
chico89

Male
Age : 35
location : keningautawau
Tag ID: : 03268
Points : 11977
Reputation : 3
Number of posts : 1265

Fobia angka 13 Empty
PostSubject: Re: Fobia angka 13   Fobia angka 13 Icon_minitime13/11/2008, 6:22 pm

under18crew wrote:
mmg no 13 nie kprcyaan kristian mmg kra mcm no mati bha 2..

ooo..
mmg ada pula kepercayaan bgi kristian..
xda pula kwn2 sy yg beragama kristian pena ckp hal ni.,.
huhhuh
Back to top Go down
babylie89
SUPERIOR
SUPERIOR
babylie89

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 35
location : Labuan
Tag ID: : SFC 03942
Points : 12196
Reputation : 3
Number of posts : 2753

Fobia angka 13 Empty
PostSubject: Re: Fobia angka 13   Fobia angka 13 Icon_minitime13/11/2008, 8:03 pm

under18crew wrote:
mmg no 13 nie kprcyaan kristian mmg kra mcm no mati bha 2..

tp aq xskg 100% larr..
cuz 4 me kn 13 xda mksd nie..
hehehe
Back to top Go down
http://www.friendster.com/babylie89
Sponsored content




Fobia angka 13 Empty
PostSubject: Re: Fobia angka 13   Fobia angka 13 Icon_minitime

Back to top Go down
 

Fobia angka 13

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 2Go to page : 1, 2  Next

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: ALAM MISTIK :: Artikel Mistik-
Jump to: