First topic message reminder :SELUAR dalam dipasang zip adalah tempat yang selamat dan berkesan untuk menyimpan barang curi.
KUALA LUMPUR - Seluar dalam rupa-rupanya bukan lagi sekadar pakaian kerana ia juga berfungsi sebagai 'tempat' paling selamat' bagi
segelintir pembantu rumah menyembunyikan barangan majikan yang dicuri.
Mereka dipercayai menyimpan barangan kemas dan wang majikan dalam
seluar itu bagi mengelak majikan menemuinya semula di tempat lain.
Taktik itu terbongkar apabila seorang pembantu rumah terpaksa
menceritakan kepada majikannya bahawa seluar dalam seperti itu memang
ada digunakan oleh sesetengah pembantu rumah dari Indonesia .
Wanita itu terpaksa mendedahkan rahsia tersebut selepas dia sendiri
disoal-siasat oleh majikannya, seorang pensyarah universiti yang hanya
mahu dikenali sebagai Faridah, 50.
"Saya dah banyak kali menjadi mangsa sehingga memaksa saya membuat
pemeriksaan mengejut ke atas pembantu rumah baru-baru ini selepas
barang kemas dan wang dalam beg duit saya hilang.
"Akhirnya saya jumpa seluar dalam berzip dan di situ dia
menyimpannya, ''kata Faridah baru-baru ini.
Beliau menceritakan, pembantu rumahnya itu mengakui seluar dalam itu
satu cara yang selamat dan berkesan untuk menyimpan barang curi.
"Saya pernah hilang cincin berlian berharga RM19,000 tetapi gagal
menemui semula walaupun semua ahli keluarga menyelongkar bilik
pembantu rumah.
"Satu-satu tempat tidak periksa ialah pada bahagian bawah badannya dan
pada waktu itu saya tidak mengetahui dia memakai seluar dalam
berzip,'' katanya dengan menambah, pembantu rumahnya itu sempat
melarikan diri selepas itu