SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
K’jaan kaji tetapkan paras minimum petrol Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
K’jaan kaji tetapkan paras minimum petrol Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 K’jaan kaji tetapkan paras minimum petrol

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Viero
MODERATOR
Viero

Male
Countries/State : Sabah
Age : 105
location : Melbourne
Website : https://www.facebook.com/Vieros
Points : 12679
Reputation : 18
Number of posts : 2464

K’jaan kaji tetapkan paras minimum petrol Empty
PostSubject: K’jaan kaji tetapkan paras minimum petrol   K’jaan kaji tetapkan paras minimum petrol Icon_minitime13/11/2008, 1:21 am

12th November, 2008

PUTRAJAYA: Kerajaan tidak menolak kemungkinan untuk menetapkan paras minimum bagi harga runcit petrol dan diesel di pasaran tempatan, walaupun harga minyak mentah di pasaran dunia masih menunjukkan trend penurunan.


Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad berkata melalui cara tersebut, kerajaan mungkin dapat menjimatkan perbelanjaan subsidi dan seterusnya membolehkan wang tersebut digunakan untuk merangsang pertumbuhan ekonomi negara.


Katanya, jangkaan perbelanjaan bagi pemberian rebat minyak yang dijangka mencecah RM5 bilion, dan subsidi 30 sen bagi setiap liter petrol yang dijangka berjumlah RM18 bilion, merupakan beban yang besar untuk negara.


“(Keputusan) itu terpulang pada mesyuarat Exco Majlis Ekonomi yang diadakan setiap minggu dan kita akan bincangkan dari segi asasnya di mana kita akan
berhenti (untuk menurunkan harga),” katanya kepada pemberita ketika
diminta mengulas mengenainya, di Pusat Konvensyen Antarabangsa
Putrajaya (PICC) di sini kelmarin.


Bagaimanapun, Shahrir enggan mengulas bila paras minimum itu akan dilaksanakan dan berapa harga yang akan ditetapkan.


“Harga yang kita dah biasa ialah RM1.92 (seliter).. Soalnya sama ada kita nak turunkan lagi di bawah RM1.92
dan ia terpulang kepada perbincangan nanti. Dengan harga minyak yang
rendah semata-mata kalau tidak ada peluang ekonomi atau projek yang
boleh merangsang ekonomi pun tak baik juga,” katanya.


Ditanya sama ada harga minyak akan berada di paras bawah RM2 akhir tahun ini, Shahrir berkata ia tidak sukar jika dilihat kepada harga pasaran minyak mentah dunia sekarang.


Bagaimanapun, Shahrir berkata, rakyat seharusnya terus mengamalkan sikap berhemah dalam perbelanjaan seharian walaupun harga minyak jauh lebih rendah berbanding ketika ia mula dinaikkan Jun lalu, dan dijangka akan turun
lagi dalam masa terdekat.


Shahrir pada majlis sama turut menyampaikan hadiah kepada pemenang Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Beretika 2008, anjuran Institut Perniagaan Beretika Malaysia (BEIM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM).


Untuk anugerah itu, Bukit Kiara Properties, Kuala Lumpur merupakan pemenang bagi kategori syarikat besar, Perbadanan Kemajuan Ekonomi Sarawak (SEDC)bagi kategori syarikat sederhana manakala Pusat Tuisyen Sri Wirajaya, Kuala Lumpur merupakan pemenang bagi kategori syarikat kecil.
Back to top Go down
https://www.facebook.com/Vieros
aLFFiaN
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR
aLFFiaN

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 41
location : Borneo Island
Website : www.sioloon.com
Tag ID: : SFC00001
Points : 14990
Reputation : 101
Number of posts : 7895

K’jaan kaji tetapkan paras minimum petrol Empty
PostSubject: Re: K’jaan kaji tetapkan paras minimum petrol   K’jaan kaji tetapkan paras minimum petrol Icon_minitime17/11/2008, 11:36 pm

bila lah mahu turun ni... aku isi minyak RM10 ja satu hari.. pok-pok besok lusa turun minyak.. sampai hari ni pun tiada cerita...
Back to top Go down
http://www.sioloon.com
Huntez
MODERATOR
Huntez

Male
Countries/State : Sabah
Age : 37
location : KK @ Kota Keramat
Tag ID: : SFC 03599
Points : 11875
Reputation : 3
Number of posts : 1554

K’jaan kaji tetapkan paras minimum petrol Empty
PostSubject: Re: K’jaan kaji tetapkan paras minimum petrol   K’jaan kaji tetapkan paras minimum petrol Icon_minitime18/11/2008, 12:06 pm

scratch minyak2...klu pengeluaranya disekat2 ja..susah juga merangsang ekonomi negara..jika harga minyak di pasaran pada kadar yang bleh menjana keselesaan rakyat,kos pengeluaran kreta2 yang baru akan meningkat..sbb minyak kembali kepada kadar yang asal mcm tahun 1999-2003 maka setiap pengeluaran Model kereta2 baru seperti Proton akan lebih mendapat sambutan..memandangkan minyak masi pada kadar yang membuatkan rakyat mengeluh..maka kereta2 keluaran terbaru mybe tidak akan mendapat sambutan hangat..ini juga kerana kerajaan menangung beban beli minyak kali...hehe..

yang penting pakai VIva juga la jimat..
Back to top Go down
http://www.huntez.blogspot.com
Sponsored content




K’jaan kaji tetapkan paras minimum petrol Empty
PostSubject: Re: K’jaan kaji tetapkan paras minimum petrol   K’jaan kaji tetapkan paras minimum petrol Icon_minitime

Back to top Go down
 

K’jaan kaji tetapkan paras minimum petrol

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: