Viero MODERATOR
Countries/State : Age : 105 location : Melbourne Website : https://www.facebook.com/Vieros Points : 12799 Reputation : 18 Number of posts : 2464
| Subject: Kes bunuh: Lelaki warga Filipina ditahan, rakan masih diburu 19/11/2008, 6:15 pm | |
| 18th November, 2008 LAHAD DATU: Polis berjaya menyelesaikan satu kes bunuh pada Ahad dan menahan seorang lelaki Visaya warga Fili-pina.
Seorang rakan senegara suspek yang menghilangkan diri selepas kejadian kini sedang diburu oleh pihak polis.
Suspek berusia dalam lingkungan 40an itu ditahan kira-kira jam 12 tengah malam hari yang sama setelah mangsa yang dikenali sebagai Liew Su Ping, 40, disahkan mati oleh doktor.
Ketua Polis Daerah Supt Mohd Suhaimi Abd Rahman mengesahkan kejadian ketika dihubungi oleh wartawan New Sabah Times kelmarin.
“Pihak hospital menghubungi polis kira-kira jam 5.30 petang dan memberitahu seorang lelaki telah mati kerana kehilangan banyak darah akibat dari satu kesan tikaman pada paha kiri mangsa,” kata Suhaimi.
Menjawab satu soalan, Suhaimi berkata mangsa telah dihantar ke hospital oleh seorang pemandu ke-reta berusia 60 tahun.
“Dua lelaki (suspek) telah menahan kereta yang dipandu oleh lelaki 60 tahun itu dan meminta dia (pemandu) menghantar mangsa yang dalam keadaan mabuk dan berdarah ke hospital,” kata Su-haimi.
Sepasukan polis telah pergi ke sebuah rumah kongsi beralamat P3-0142E di Batu 3, Jalan Segama untuk menyiasat.
Siasatan awal menunjukkan polis percaya satu pergaduhan telah berlaku antara mangsa dan kedua suspek sewaktu minum tuak di rumah berkenaan dan mangsa telah ditikam menggunakan benda tajam.
“Polis telah mengenal pasti rumah berkenaan digunakan secara haram sebagai pusat menjual minuman tuak kepada awam,” kata Suhaimi.
“Polis menemui kesan darah atas lantai rumah tersebut dipercayai darah mangsa walaupun telah dicuci oleh suspek untuk menghilangkan bukti,” tambah Suhaimi.
Suspek yang bekerja sebagai pelayan di sebuah café telah ditahan kira-kira jam 12 tengah malam apabila diarahkan datang ke balai polis untuk membantu siasatan.
“Suspek kini direman untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” Suhaimi berkata.
Beliau berkata polis telah mengenal pasti latar belakang rakan suspek dan berharap dapat menahannya dalam masa terdekat.
“Kami masih mencari senjata yang digunakan untuk menikan mangsa,” kata beliau.
Insiden yang terbaru ini merupakan kes bunuh kedua yang dilaporkan dalam masa seminggu.
Pada 13 November polis menemui mayat seorang remaja berusia 17 tahun yang terapung di laut berdekatan jeti Ko-Nelayan kira-kira jam 9 pagi.
Mangsa dipercayai terlibat dalam satu pergaduhan dan mati setelah cedera dipukul menggunkan benda tumpul di kening sebelah kiri.
Setakat ini, polis telah menahan seramai lima orang remaja untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 302 KK.
Suhaimi berterima kasih kepada awam yang telah memberikan kerja sama dan aduan kepada polis dalam kedua-dua insiden bunuh itu.
“Saya harap orang ramai di daerah ini akan terus memberi kerja sama dan maklumat kepada polis dalam mencegah jenayah dan menahan penjenayah yang dikehendaki,” kata Suhaimi. -New Sabah Times- |
|
intrax ELITE
Countries/State : Age : 38 location : Kota belud-SaNdAkaN Website : http://dynastyclub.forumotion.net Tag ID: : SFC 03293 Points : 12549 Reputation : 9 Number of posts : 3111
| Subject: Re: Kes bunuh: Lelaki warga Filipina ditahan, rakan masih diburu 27/11/2008, 10:21 am | |
| ehm .. kes bunuh ni salah satu kes yang agak serius he... |
|