ZieHaR d GreatZ REGULAR
Countries/State : Age : 40 location : PapaR - KeninGaU - KoTa KinaBaLu Tag ID: : SFC 00007 Points : 12918 Reputation : 0 Number of posts : 470
| Subject: Kes bunuh Altantuya Shaariibuu - Razak Baginda bebas!!! 31/10/2008, 12:49 pm | |
| [url=https://servimg.com/view/11804532/36] [/url]BEBAS: Abdul Razak Baginda (tengah) tersenyum selepas dibebaskan daripada tuduhan bersubahat membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu. Manakala gambar bawah, anak perempuan, Rowena Abdul Razak (kiri) dan isteri Mazlinda Makhzan turut bersama Razak di luar Mahkamah Tinggi Shah Alam, hari ini. - Foto APMAHKAMAH Tinggi Shah Alam di sini, pagi ini membebaskan penganalisis politik Abdul Razak Baginda (dua dari kiri), manakala Cif Inspektor Azilah Hadri, Koperal Sirul Azhar Umar (menutup kepala) pula diperintah membela diri daripada tuduhan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu. Gambar fail ketika ketiga-tiga mereka menghadapi prosiding sebelum ini. - Foto Bernama
Kes Bunuh Altantuya: Abdul Razak Bebas, Azilah Dan Sirul Azhar Diperintah Bela Diri SHAH ALAM, 31 Okt (Bernama) -- Penganalisis politik Abdul Razak Abdullah Baginda dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini daripada tuduhan bersubahat membunuh wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.
Bagaimanapun, dua anggota polis daripada Unit Tindakan Khas, Cif Inspektor Azilah Hadri, 32, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 36, diperintah membela diri terhadap tuduhan itu.
Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin yang membuat keputusan itu berkata beliau mendapati bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Abdul Razak, 48.
Mahkamah menetapkan 10 Nov ini untuk Azilah dan Sirul Azhar membela diri.
Azilah dan Sirul Azhar mempunyai tiga pilihan untuk membela diri iaitu memberi keterangan bersumpah, memberi keterangan dalam kandang tertuduh atau berdiam diri.
Kedua-duanya memilih untuk memberi keterangan bersumpah. Azilah dan Sirul Azhar dituduh membunuh Altantuya, 28, di lokasi antara Lot 12843 dan 16735, Mukim Bukit Raja, di sini antara pukul 10 malam 19 Okt dan 1 pagi 20 Okt tahun lepas.
Abdul Razak, pengarah eksekutif Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia, pula dituduh bersubahat dengan mereka di Wilayah Persekutuan antara 9.54 pagi 18 Okt dan 9.45 malam 19 Okt tahun 2006.
Jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum mati.
Altantuya, ibu kepada dua anak lelaki masing-masing berusia 4 tahun dan 10 tahun, mendapat latihan sebagai guru dan penterjemah dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Rusia di National University of Mongolia.
Mayatnya dilupus dengan cara diletupkan dengan bahan letupan. Cebisan daging dan tulangnya ditemui bertaburan di kawasan Puncak Alam.
Kes sensasi itu mendapat liputan meluas kerana Altantuya dilaporkan datang ke Malaysia untuk mencari Abdul Razak yang didakwa mempunyai hubungan sulit dengannya.
Mahkamah telah mengambil masa selama 151 hari bermula 4 Jun tahun lepas untuk mendengar keterangan daripada 84 saksi pendakwaan sebelum menangguhkan keputusan itu sehingga hari ini selepas kes pendakwaan ditutup pada 23 Jun lepas.
Azilah diwakili peguam Datuk Hazman Ahmad dan J. Kuldeep Kumar, Sirul diwakili peguam Kamarul Hisham Kamaruddin, Hasnal Redzua Merican and Ahmad Zaidi Zainal manakala Abdul Razak diwakili peguam Wong Kian Kheong.
Pendakwaan pula diwakili Timbalan Pendakwa Raya Tun Abdul Majid Tun Hamzah, Noorin Badaruddin, Manoj Kurup dan Hanim Rashid.
Peguam Karpal Singh, Sangeet Kaur Deo dan Ram Karpal Singh adalah peguam pemerhati bagi keluarga Altantuya.
Bapa Altantuya kecewa pembebasan Razak Baginda SHAH ALAM: Bapa Altantuya Shaariibuu, Dr Shaariibuu Setev kecewa dengan keputusan Mahkamah Tinggi di sini, hari ini yang membebaskan Abdul Razak Abdullah Baginda daripada tuduhan membunuh anaknya itu.
Shaariibuu berkata, keputusan itu akan mencemarkan imej sistem kehakiman negara ini di peringkat antarabangsa kerana kes itu menjadi tumpuan dunia.
Katanya, beliau akan mendapatkan nasihat daripada pihak berkuasa kehakiman dan Kementerian Luar Mongolia untuk membuat rayuan keputusan kes hari ini.
Saya hanya mahu pulang ke rumah: Razak [url=mailto://][/url]SHAH ALAM: "Saya hanya mahu pulang ke rumah", kata Abdul Razak Abdullah Baginda sebaik beliau keluar selepas Mahkamah Tinggi di sini, pagi ini membebaskannya daripada tuduhan bersubahat membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Itulah sebaris ayat yang terhambur daripada Abdul Razak ketika wartawan berasak-asak mahu mendapatkan reaksinya.
Walaupun beliau terus ditanya berulang kali oleh wartawan, Abdul Razak tetap berdiam diri dan berjalan terus ke kereta yang menunggunya di pekarangan mahkamah dengan diiringi isteri, Mazlinda Mahzan dan anak perempuannya, Rowena.
Difahamkan Abdul Razak akan mengadakan sidang akhbar di rumahnya di Damansara, petang ini.
Sumber: Bernama & Berita Harian 31/10/2008
|
|
rickengineering SUPERIOR
Countries/State : Age : 43 location : Majlis Daerah Beluran Website : https://www.facebook.com/rickengineering Tag ID: : SFC 01950 Points : 13687 Reputation : 67 Number of posts : 2793
| Subject: Re: Kes bunuh Altantuya Shaariibuu - Razak Baginda bebas!!! 31/10/2008, 1:19 pm | |
| |
|
froneTier ADMINISTRATOR
Countries/State : Age : 41 location : Jesselton Tag ID: : SFC 03082 Points : 12668 Reputation : 11 Number of posts : 2208
| Subject: Re: Kes bunuh Altantuya Shaariibuu - Razak Baginda bebas!!! 31/10/2008, 3:28 pm | |
| Ntah la betul ka x semua ni,.mainan orang politik la kata kan,.huhuh |
|
under18crew SIFU
Countries/State : Age : 33 location : Kota Belud Tag ID: : SFC 02544 Points : 13054 Reputation : 13 Number of posts : 16246
| Subject: Re: Kes bunuh Altantuya Shaariibuu - Razak Baginda bebas!!! 31/10/2008, 9:31 pm | |
| polotik nie tpu bha smua..bkn btl..apa2 ja durg ble wat. |
|
Skunk_II JUNIOR
Countries/State : Age : 45 location : Tuaran - Keningau Tag ID: : 03840 Points : 11752 Reputation : 0 Number of posts : 233
| Subject: Re: Kes bunuh Altantuya Shaariibuu - Razak Baginda bebas!!! 2/11/2008, 1:50 am | |
| - rickengineering wrote:
- adeiii.. nda aci ni....
wat to do.... dah keluar pun.. mmg tidak aci... |
|
hantukubur MODERATOR
Countries/State : Age : 50 location : KK Tag ID: : SFC 03473 Points : 12015 Reputation : 0 Number of posts : 1331
| Subject: Re: Kes bunuh Altantuya Shaariibuu - Razak Baginda bebas!!! 5/11/2008, 12:15 pm | |
| benda sdh kena arrange mah.. conspiracy theory ni |
|
Yakuza MODERATOR
Countries/State : Age : 39 location : penampang,beringgis,papar Points : 12608 Reputation : 3 Number of posts : 1457
| Subject: Re: Kes bunuh Altantuya Shaariibuu - Razak Baginda bebas!!! 5/11/2008, 8:49 pm | |
| memang udah lumrah...org2 besar susah sangat mahu d sabit kesalahan. walaupun memng betul dai yg buat.. |
|
MieY_kItTy SUPERIOR
Countries/State : Age : 40 Tag ID: : SFC 3398 Points : 12444 Reputation : 4 Number of posts : 1858
| Subject: Re: Kes bunuh Altantuya Shaariibuu - Razak Baginda bebas!!! 6/11/2008, 12:25 pm | |
| msti ada pakatan dalaman ni...hanya tuhan yg tau siapa yg benar |
|
napster MODERATOR
Countries/State : Age : 40 location : KLIA (hometown papar) Tag ID: : SFC 03920 Points : 17602 Reputation : 116 Number of posts : 6364
| Subject: Re: Kes bunuh Altantuya Shaariibuu - Razak Baginda bebas!!! 19/11/2008, 4:53 pm | |
| ntah... aku pun malas sdh mau tngk... bnyk pula hal2 bercanggah... |
|
jay-jay SENIOR
Countries/State : Age : 35 location : keningau--->k.k Tag ID: : sfc 03683 Points : 11952 Reputation : 0 Number of posts : 908
| Subject: Re: Kes bunuh Altantuya Shaariibuu - Razak Baginda bebas!!! 26/12/2008, 2:19 am | |
| $$$$$ punya kuat apa tida |
|
>Butterfly< SENIOR
Countries/State : Age : 39 location : Selangor Tag ID: : SFC 05070 Points : 11942 Reputation : 12 Number of posts : 610
| Subject: Re: Kes bunuh Altantuya Shaariibuu - Razak Baginda bebas!!! 22/4/2009, 11:39 pm | |
| si razak tu yg patut kena gantung bunuh... dia la KEPALA tu..
nampak sngt kerajaan $$$$$
dia pikir blh terlepas... akhirat nnt kena bicara balik... |
|
Sponsored content
| Subject: Re: Kes bunuh Altantuya Shaariibuu - Razak Baginda bebas!!! | |
| |
|