Kes bunuh bersiri ini sering berlaku di mana-mana saja tanpa mengira waktu dan tempat. Ianya boleh berlaku dibelakang rumah kita ataupun di jalanraya, di jamban, di rumah, pejabat, dapur, di udara ataupun di penjara. Namun kes pembunuhan bersiri ini telah berlaku baru-baru ini disebuah perkampungan yang terletak 25km dari laut cina selatan yang diberi nama Kg Damai Selamat.
3 jam yang lalu seorang budak berumur 8 ½ telah dihadapkan ke sebuah court..basketball court, kerana didapati membunuh seorang budak berumur 11 tahun kebawah sewaktu bermain kejar-bubut( kejar-kejar) dengan budak yang bernama Tugalang Bin Tungkuyu. Budak yang berumur 8 tahun itu bernama Puyut merasa marah ketika si Tugalang main buyuk (menipu) sewaktu bermain kejar-bubut. Sejak dari itu, bapa si Tugalang sangat kecewa dan marah tetapi memaafkannya dengan serta merta tanpa menghadapkan si Puyut ke polis kerana anaknya masuh bernyawa. Sebenarnya sebelum ini si Puyut pernah melakukan pembunuhan bersiri terhadap kakaknya, abangnya dan ibubapanya, namun terlepas lari. Sebenarnya Tugalang tidak mati, dia hanya mati akal saja kerana Puyut telah membunuhnya dengan kata-kata belaka bukan dengan pisau atau parang. Hehehe..
P/S: cerita ini mengajar kita tentang kasih sayang bukan hanya dengan perbuatan tetapi dengan kata-kata… kerana mulut, badan binasa…