1. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kereta
pun boleh undur, terlajak kapal terbang tiada
gear reverse.
2. Bersatu kita teguh, bercerai kita kahwin lain. :star: :star: :star: :star: :star:
3. Sudahlah jatuh ditimpa pula tangga lepas tu
tercium pulak tahi ayam.
4. Alang-alang mandi biar guna sabun & syampoo.
5. Harimau mati meninggalkan belang, isteri mati
meninggalkan gelang, suami mati meninggalkan
hutang.(tulah... lain kali jangan suruh suami beli
gelang secara hutang)
6. Sebab mulut santan binasa sebab mulut juga...
pulut pun habis.
7. Biar putih tulang jangan kuning gigi.(gosok
jangan tak gosok)
8. Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang
kecuali kalau ada beruk atas pokok tu.
9. Malang tak berbau tapi kentut boleh berbau
walaupun tak berbunyi.
10. Biar mati bini jangan mati anak.(boleh kahwin
lagi... )
11. Makan hati berulamkan jantung, paru-paru
masak kicap, tali perut goreng pedas, ginjal
masak merah, tiup-follopio masak lemak cili api.
12. Alang-alang menyeluk perkasam biar sampai
kepangkal ketiak.
13. Biar korek hidung jangan korek tabung.
14. Berakit-rakit kehulu,berenang-renang ketepian
lama-lama jadi letih.
15. Sayangkan anak tangan-tangankan sayangkan
isteri kahwin lagi satu.
16. Kalau padi katakan padi, tidak aku ternanti-
nanti, kalau sudi katakan sudi, kalau tak
sudi... ..boleh blah... .lah... .
17. Harapkan pagar, pagar pun tak boleh harap.
18. Kera dihutan disusukan anak dirumah mati
kelaparan.(itu... mesti ibu kera, sebab tu dia
susukan anak dia)
19. Tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula
tempat kena saman.
20. Hujan emas dinegeri orang, hujan batu
dinegeri sendiri, kalau macamtu lebih baik tak
payah hujan.
21. Biar lambat asalkan perlahan.
22. Kalau tiada rotan, pelempang ajelah... .
23. Habis madu sepah tu jangan dibuang merata-
rata.
24. Carik-carik bulu ayam lama-lama jadi bulu
tangkis badminton, pastu ayam kebogelan.
25. Air dicincang takkan putus tapi kalau daging
dicincang tandanya ada kenduri kahwin.
26. Kerbau berpegang pada tali, manusia berpegang
gunakan tanganlah... .
27. Pinggan tak retak nasi tak dingin, kalau
orang tak hendak tandanya kita tak lawa.
28. Jinak-jinak siburung merpati, hendak dipegang
tak dapat ... tembak ajelah... .
29. Takkan lari gunung dikejar, tapi kalau tak
kejar pun gunung tu takkan lari jugak.
30. Rambut sama hitam, kutu lain-lain.(kat kepala
masing-masing lah)
31. Patah tumbuh, hilang report-lah polis.
32. Lembu punya susu, Ducth-Lady dapat nama.
33. Ditelan mati mak diluah tak keluar-keluar.
34. Berapa berat mata memandang, berat lagi ahli
sukan yang masuk acara angkat berat.
35. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya tak
masuk Sukan Olimpik jugak.
36. Kalau ada jarum yang patah jangan disimpan di
dalam peti, buang ajelah beli jarum yang baru.
37. Kalau ada sumur diladang, boleh hamba
menumpang mandi, kalau ada umur yang panjang,
bolehlah kita kahwin lari... ... .
38. Bunga tahi ayam bukannya sekuntum... .
39. Kajang Pak Malau Kajang berlipat, Kajang
hamba makan satey Kajang haji samhuri ... .
40. Kalau kail panjang sejengkal, belilah kail
yang panjang sikit.
41. Kalau takut dilambung ombak janganlah berumah
ditepi pantai, buat rumah jauh- jauh sikit dari
pantai. buat la atas bukit!!
42. Pecah kaca pecah gelas, kalau dah pecah tu
tak reti-reti nak ganti ke...