Hi Member Sioloon semua..
Dear Abang,
Ayang nak mintak kebenaran abang untuk
bawa anak-anak balik ke kampung. Abang
tak perlu hantar ayang sebab ayang
mampu untuk bawa anak-anak ke kampung
musim cuti sekolah ni dengan bas.
Abang jaga lah diri abang dan kereta abang
baik-baik. Cuma ada perkara yang ingin
ayang luahkan disini.
Kereta baru abang tu mahal. Harga
mencecah RM100K barangkali. Sebab tu
abang sayangkan kereta abang lebih
dari Ayang.
Sampaikan abang dah terlena
dalam kereta abang tu sejak abang
beli 3 bulan yang lalu dah masuk 3 malam.
Abang sayangkan kereta abang lebih
dari Ayang, nak tau ngape?
Harga kereta abang tu lebih mahal
dari wang hantaran yang ayah ayang
letakkan masa kita kahwin dulu.
Cuba hantaran ayang lebih mahal dari
harga kereta abang? Tiap-tiap pagi abang
mesti gosok kereta abang, nak nampak
berkilat. Tapi ayang nak dapat kiss
morning pun susah
Sejak beli kereta tu, sebulan sekali
macam-macam aksesori abang beli
kat kereta. Ayang nak dapat hadiah besday
setahun sekali pun susah.
Kereta sebulan sekali abang servis.
Abang kata kena jaga maintainance.
Ayang nak dapat pi salon setahun sekali
pun susah.
Kereta abang make up lawa-lawa.
Tapi kalau ayang make up lawa-lawa
abang kata ayang tak sedar diri.
Kereta abang bagi makan minyak
mahal-mahal cecah RM100 setin pun ada.
Ayang nak makan pizza sekeping jer
masa mengidam anak kedua kita abang
kata ayang mengada-ngada.
Kereta abang kalau anak-anak sentuh
sikit bodynya... abang marah anak
macam nak makan, ayang jatuh longkang
besar boleh abang gelak.
Paling menyedihkan.. Ayang tanya ngape
tidur dalam kereta? Abang jawab takut
orang curi kereta abang. Kalau ayang kena curi?
Ayang nak balik kampung dulu. Anak-anak
nak jumpa atuk dengan nenek depa.
Tak nak naik kereta abang takut calar.
Ayang calar takpe. Jaga diri elok-elok, sarapan
Ayang dah sediakan.
Ayang pi tak lama. Sekolah bukak ayang
balik lah dengan anak-anak.
Pesanan Ayang...
Dan... yang terakhirnya,
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU
MASAKKAN MAKAN KESUKAAN ABANG.
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU
BASUHKAN PAKAIAN ABANG.
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU
GOSOKAN KEMEJA ABANG.
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU
SIAPKAN AIR MANDI ABANG.
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU
KEMASKAN RUMAH ABANG.
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU
URUT-URUT BADAN ABANG.
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU
TEMANKAN ABANG TIDUR.
Love...
Yang benar,
Ayang.
Untuk para abang-abang, kembalilah
ke pangkal jalan. Jangan saya-siakan
pengorbanan Ayang anda!. walaupun keta kita cantik tp cantik lg Ayang kita hehehehe
. Sayangi keluarga ANDA