SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
JANTUNGKU Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
JANTUNGKU Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 JANTUNGKU

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
deeyan
MODERATOR
deeyan

Male
Countries/State : Sabah
Age : 44
location : Putatan - KK - Nabawan
Tag ID: : SFC 03516
Points : 12508
Reputation : 4
Number of posts : 1780

JANTUNGKU Empty
PostSubject: JANTUNGKU   JANTUNGKU Icon_minitime20/12/2008, 5:50 pm

Berat badan berlebihan
Berlebihan berat badan adalah disebabkan oleh pelbagai faktor termasuk yang diwarisi atau diperolehi (dilakukan) sendiri. Ciri nyata yang menandakan berlebihan berat badan ini ialah memiliki lemak badan yang berlebihan. Rawatan serta pengurusan jangka panjang diperlukan untuk mencapai dan mengekalkan penurunan berat badan. Pengambilan kalori yang berlebihan serta kurang bersenam merupakan penyebab utama seseorang itu mengalami penambahan berat badan.

Apabila kalori diambil berlebihan, bakinya akan ditukarkan menjadi lemak tepu yang akan meningkatkan lagi kolesterol dalam darah. Setiap orang perlu memberi perhatian yang serius terhadap berat badan mereka. Mengekalkan berat badan yang sesuai dengan ketinggian anda merupakan cara yang paling penting untuk mengekalkan badan yang sihat dan menarik.


Penyebab peningkatan berat badan yang berlebihan

Peningkatan lemak dalam badan terhasil dari ketidakseimbangan antara pengambilan tenaga dengan penggunaan tenaga. Faktor-faktor tersebut termasuklah:
• Pengambilan kalori dan makanan yang berlebihan
• Kurangnya aktiviti fizikal
• Pengaruh genetik
• Mempunyai sejarah ahli keluarga yang mengalami kegemukan
• Makan ketika bosan, tertekan atau kecewa


Pengukuran Obesiti/Kegemukan
Adalah sukar untuk mengukur dengan tepat bahagian badan yang mengandungi lemak pada seseorang individu. Walau bagaimanapun, satu penunjuk yang telah diterima umum dan digunakan untuk mengukur berat badan yang berlebihan dan risikonya dikenali sebagai Indeks Jisim Badan (Body Mass Index - BMI). Penunjuk ini mengambil kira berat badan serta ketinggian seseorang individu itu.


Apakah dia Indeks Jisim Badan (BMI)
Indeks Jisim Badan merupakan formula untuk menilai berat badan serta perkaitannya dengan ketinggian seseorang itu. Ia merupakan pengukuran tidak langsung komposisi badan kerana ia amat berkaitan dengan lemak yang terdapat di dalam badan kebanyakan individu.


Berat Badan (kg)
Indeks Jisim Badan = -------------------------
[ Ketinggian (m) ]2


Ia merupakan pengukuran mudah yang berhubung rapat dengan jenis-jenis anggaran kegemukan yang lain.

Gunakan Indeks Jisim Badan untuk menganggarkan jumlah lemak badan anda. Skor Indeks Jisim Badan membawa maksud seperti di bawah:

• Kurang dari 18.5 : Kekurangan berat badan
• 18.5 - 24.9 : Normal
• 25.0 - 29.9 : Berlebihan berat badan
• 30.0 ke atas : Gemuk atau Obes


Risiko Kesihatan
Pelbagai keadaan dan masalah boleh berlaku jika berat badan anda semakin meningkat. Antaranya ialah:

• Penyakit kardiovaskular
• Strok (angin ahmar)
• Tekanan darah tinggi
• Batu hempedu
• Diabetes
• Paras kolesterol darah yang tinggi
• Gout
• Sakit di bahagian bawah belakang badan
• Susah bernafas sewaktu tidur / kegemukan / sindrom Hiperventilasi
• Osteoartritis spina (tulang belakang), pinggang atau lutut
• Komplikasi Obstetrik dan Ginekologi
• Ketidaksuburan atau mandul
• Gangguan pembuangan air kencing
• Penyakit hati
• Trombosis vena dalam
• Beberapa jenis kanser (seperti: payudara, usus)


Rawatan Pilihan
• Pilih makanan atau diet yang rendah kalori
• Tingkatkan aktiviti fizikal
• Ubah gaya hidup kepada yang lebih baik
• Pembedahan (bagi individu yang sangat obes)
• Terapi alternatif seperti akupunktur, hipnosis dan sebagainya.


Faedah penurunan berat badan
1. Menurunkan tekanan darah
2. Menurunkan kandungan gula dalam darah
3. Meningkatkan kesan penurunan lipid dalam rawatan diet.
- Menurunkan trigliserida
- Meningkatkan kolesterol HDL atau Lipoprotein Berketumpatan Tinggi



Faedah lain
Jika anda berjaya melaksanakan segala rancangan anda atau sebahagian darinya anda akan:
• Menikmati kesihatan yang lebih baik
• Kelihatan lebih hebat
• Lebih berkeyakinan
• Mampu melakukan yang terbaik
• Lebih bertenaga
• Mempunyai lebih banyak pilihan ke atas jenis dan fesyen pakaian.

Back to top Go down
sasukey
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
sasukey

Female
Countries/State : Sarawak
Age : 74
location : Lb. Ft. @$. kļæ½tļæ½bļæ½$
Tag ID: : SFC ziro
Points : 12501
Reputation : -6
Number of posts : 1063

JANTUNGKU Empty
PostSubject: Re: JANTUNGKU   JANTUNGKU Icon_minitime27/4/2009, 12:28 pm

good info
Back to top Go down
deeyan
MODERATOR
deeyan

Male
Countries/State : Sabah
Age : 44
location : Putatan - KK - Nabawan
Tag ID: : SFC 03516
Points : 12508
Reputation : 4
Number of posts : 1780

JANTUNGKU Empty
PostSubject: Re: JANTUNGKU   JANTUNGKU Icon_minitime28/4/2009, 12:33 am

sasukey wrote:
good info

TQ bro...kita share pa yg ada Very Happy
Back to top Go down
sasukey
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
sasukey

Female
Countries/State : Sarawak
Age : 74
location : Lb. Ft. @$. kļæ½tļæ½bļæ½$
Tag ID: : SFC ziro
Points : 12501
Reputation : -6
Number of posts : 1063

JANTUNGKU Empty
PostSubject: Re: JANTUNGKU   JANTUNGKU Icon_minitime29/4/2009, 9:12 am

mkanan kita kena jaga tpi sakit ne allah yg memberi kalau kita dapat elak kita elak.
Back to top Go down
Liah
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
Liah

Female
Age : 46
location : kota kinabalu
Tag ID: : SFC 04179
Points : 12882
Reputation : 15
Number of posts : 1258

JANTUNGKU Empty
PostSubject: Re: JANTUNGKU   JANTUNGKU Icon_minitime18/5/2009, 11:01 am

Very Happy good n4 bro....

secara logik penduduk negara jepun n china.mengamalkan meminum air panas/suam lepas mkn. minum air ais lepas mkn memang sedap tapi ia akan membekukan makanan yg berminyak dan perlahankan penghadaman kita.Lemak yg terkumpul dan kita semakin gemuk dan menuju ke arah pelbagai penyakit.

bersama-sama berwaspada pada penyakit no.1 pembunuh manusia...

p/s andai tersilap sila perbetulkan ......
Back to top Go down
Sponsored content




JANTUNGKU Empty
PostSubject: Re: JANTUNGKU   JANTUNGKU Icon_minitime

Back to top Go down
 

JANTUNGKU

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: BULETIN KESIHATAN :: Informasi & Isu Terkini-
Jump to: