Pada zaman dahulu, ada seorang puteri yang cantik rupawan. Namanya
Puteri Sheila on 7Eleven. Sejak lahir lagi puteri ini telah terkena
sumpahan.Apa je menda yang dipegang oleh puteri akan cair. Oleh sebab
tu, semua lelaki tak mahu dekat dengan puteri sebab takut, kalau puteri
tu terpegang mereka maka meraka akan cair jugak. Maka musykil la
Ayahanda nye kerana alamat tak kawin la puterinya itu. Maka, dengan
nasihat memanda perdana menteri, Maharaja pun membawa puteri berjumpa
dengan seorang bomoh untuk berubat.Mengikut kata bomoh tersebut, puteri
akan terlepas dari sumpahan jika puteri dapat memegang sesuatu yang tak
kan cair. Tapi bomoh itu sendiri pun tak tau apakah benda tersebut.
Atas cadangan memanda perdana menteri, Maharaja telah mengistiharkan
bahawa barang siapa lelaki yang dapat membawa sesuatu, yang apabila
puterinya pegang tak cair, lelaki itulah yang akan kawin dengan
puterinya itu.
Maka pada hari itu, berduyun-duyun lah lelaki datang membawa benda
masing-masing dengan harapan dapat menjadi menantu raja. Kemudian,
pertandingan pun berlangsung..... Muncul lah lelaki yang
pertama,Maharaja: Ha, apa benda yang kau bawa tu? Lelaki#1 : Hamba
membawa batang logam Titanium. Logam inilah yang paling keras dalam
dunia. Pada zaman akan datang, logam ini menjadi batang golf, bateri
dan kapal terbang. Maharaja : Ok, biar puteri Beta pegang benda itu.
Lelaki#1 : Silakan.... Maka puteri itu pun pegang la logam Titanium
itu.Ahhhhhh Cair nampaknye logam itu. Kecewa lah lelaki itu, Maharaja
dan tuan puteri...Muncullah lelaki ke-2..... Maharaja: Ha kamu! Apa
yang kamu bawa tu? Lelaki#2: Hamba membawa batu berlian. Menda ini lah
yang paling keras dalam dunia.
Pada masa akan datang,menda ini bukan saja menjadi perhiasan malah
digunakan untuk memotong besi dan digunakan untuk menggali minyak di
dasar lautan. Maharaja: Kalau begitu, biar puteri Beta mencubanya.
Lelaki#2: Silakan..... Maka puteri itu pun memegang le berlian
tersebut.Ahhhhhhhh Cair jugak berlian itu nampaknya. Kecewa la lelaki
itu, maharaja dan puteri. Seterusnya, lelaki-lelaki lain pun mencuba
juga tapi malangnya semua benda yang dipegang oleh puteri tetap cair
hendaknya... Kemudian muncullah lelaki yang terakhir. Eh!!Dia datang
berlenggang je tanpa membawa apa-apa pun! Maharaja: Hey Kamu! Apa yang
kamu bawa? Kenapa datang berlenggang je? Lelaki: Patik ada membawa
benda tuanku. Tapi benda hamba tu ada dalam poket hamba ini. Maharaja:
Kalau begitu, keluarkanlah benda kamu tu.Biar puteri Beta cuba
memegangnya. Lelaki: Tak boleh tuanku. Kalau puteri nak
memegangnya,seluklah dalam poket hamba ini... Maharaja: Hmmmm.... Kalau
begitu, baiklah! Maka terpaksalah puteri itu menyeluk dalam poket
lelaki itu. Puteri teragak-agak sebab puteri tak tau apa yang ada dalam
poket lelaki itu. Kemudian puteri terpegang sesuatu... Mukanya merah
menahan malu. Lelaki itu hanya tersenyum saja. Tiba-tiba puteri menarik
tangannya kembali. Puteri berlalu dari situ kerana malu. Maharaja
hairan... Maharaja tanya puterinya Maharaja: Anakanda dapat pegang
sesuatu? Puteri: Dapat.... Maharaja: Benda tu cair? Puteri: Tak....
Maharaja: Baiklah, dengan ini Beta istiharkan lelaki ini menjadi
menantu Beta! Lelaki: Hehehehehehehehehehehe....... Tapi..... Apakah
yang puteri itu pegang? Kenapa lelaki itu ketawa? Dan kenapa benda tu
tak cair? Apakah yang korang rasa puteri itu telah Pegang? Apa yang
korang terlintas dalam kepala korang haaaaa?Hehehehehehehehehe.....
(Sila scroll down...........)
BENDA ITU IALAH------ COKLAT M&M CAIR DIMULUT, TIDAK DITANGAN! KORANG INGAT APA? OTAK TU BIAR BETUL SIKIT