AKSI seorang aktivis, Brama Santos yang melumurkan badannya dengan jagung dan tepung semasa sambutan Hari Jagung Kebangsaan di bandar raya Mexico kelmarin. - Reuters
MEXICO CITY - Beberapa orang aktivis melumurkan seluruh badan mereka dengan tepung dan butir jagung semasa menyambut Hari Jagung Kebangsaan kelmarin.
Jagung merupakan makanan ruji penduduk Mexico. Sambutan tersebut yang dianjurkan oleh beberapa pertubuhan alam sekitar termasuk Greenpeace diraikan di bawah slogan yang bermaksud Tiada Jagung Tiada Negara.
Aksi aktivis-aktivis berkenaan menjadi tumpuan orang ramai yang mengunjungi dataran El Zocalo di sini.
Sambutan itu diadakan bagi membantah pengeluaran bijirin jagung yang diubah suai secara genetik dikenali sebagai jagung transgenik.
Para aktivis turut menuntut pemerintah membatalkan dua kebenaran yang telah diberikan pada 2009 untuk melakukan ujian penanaman jagung transgenik di Mexico. - AP
sumber: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=1001&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_09.htm