Bonjela
Amaran gel gusi Bonjela untuk kanak-kanak di bawah usia 16 tahun
(Perhatian kepada ibu bapa yang selalu menggunakan Bonjela untuk anak-anak mereka)
Kanak-kanak
di bawah usia 16 tahun seharusnya tidak diberikan gel kelegaan
kesakitan mulut (ulser) Bonjela dan Bonjela Cool, yang mengandungi
bahan kimia ala aspirin, menurut badan peraturan kesihatan. Agensi
Penguatkuasa produk Perubatan dan Jagaan Kesihatan (MHRA) mengeluarkan
amaran mengenai rawatan mengandungi garam salisilat (salicylate salts),
yang mempunyai kesan yang sama ke atas badan seperti aspirin.
Aspirin
sudah tidak dicadangkan pengambilannya kepada mereka berusia bawah 16
tahun. MHRA berkata tiada risiko berasas teori di mana produk dengan
garam akan menyebabkan kepada kanak-kanak mengembangkan Sindrom Reye.
Tiada juga sebarang kes yang dilaporkan mengenai Gel Bonjela atau
Bonjela Cool Mint yang menyebabkan Reye, katanya.
Bagaimanapun,
badan tersebut ada menerima laporan tiga kanak-kanak dimasukkan ke
hospital dengan disyaki reaksi teruk ubat yang serius selepas
menggunakan gel seperti Bonjela.
Dalam keseluruhannya, semua kes
disyaki Sindrom Reye tetapi tidak dapat disahkan. Terdapat juga empat
laporan berlaku muntah-muntah atau cirit-birit di kalangan kanak-kanak
berikutan penggunaan Bonjela. Dalam tiga kes, gel disapu untuk sakit
gigi dan dalam semua kes, kanak-kanak pulih sepenuhnya.
Syarikat
pengeluar, Reckitt Benckiser berkata Bonjela dan Bonjela Cool sekarang
akan dilabelkan sebagai jenama (kegunaan) dewasa. Ia berkata amaran
tidak termasuk kepada Gel Pertumbuhan Gigi Bonjela, yang tidak
mengandungi garam salisilat dan tetap selamat untuk kanak-kanak dari
usia dua bulan. – Reuters
http://aiszone.blogspot.com/search/label/Fikir-Fikirlah