Alkisah diceritakan dalam hikayat satu hari satu malam maka tersebutlah
kisah seorang pencari kayu. Adapun si pencari kayu ini terkenal dengan
sifat jujurnya lagi ikhlas. Beliau tinggal di pinggir hutan bersama
isteri tersayang,hidup bahagia walaupun tiada cahaya mata. Suatu hari,
ketika pencari kayu sedang menebang sebatang pokok di tepi sungai
dengan tak semena-mena terlepaslah kapak besinya ke dalam sungai. Si
pencari kayu berasa sedih kerana satu-satunya kapak yang merupakan
hartanya telah hilang dalam sungai yang dalam itu.
Tiba-tiba
muncul menjelma seorang pari-pari dan bertanya pada si pencari
kayu,"Mengapa bermuram durja wahai tuan hamba?". Si pencari kayu pun
memberitahu keadaan hal yang berlaku. Pari-pari tadi turun ke dalam
sungai dan muncul dengan membawa kehadapan pencari kayu sebilah kapak
emas.
"Adakah ini kapak milik tuan hamba?", tanya pari-pari.
"Bukan... " jawab si pencari kayu ringkas.
Pari-pari turun semula ke dalam sungai dan kembali dengan membawa kapak dari perak.
"Yang ini tuan hamba punya?",tanya pari-pari lagi.
"Bukan yang ini" jawab si pencari kayu.
Sekali lagi pari-pari turun ke dalam sungai kali ini membawa kapak dari gangsa.
"Err..mungkin yang ini?" duga pari-pari.
"Pacal yang hina ini tidak mempunyai kapak yang bernilai ini" jawab si pencari kayu jujur.
Akhirnya
pari-pari turun ke dalam sungai dan naik memegang kapak besi milik si
pencari kayu."Ya, inilah kapak hamba yang terjatuh ke dalam sungai
tadi". Gembira dengan sifat kejujuran si pencari kayu, maka pari-pari
memberi kesemua ke empat-empat kapak kepada si pencari kayu. Si pencari
kayu pulang ke rumah begitu gembira sekali.
Selang beberapa
tahun, si pencari kayu dan isteri berjalan di tepi sungai menuju ke
pekan. Si isteri tersadung kaki pada batu lalu terjatuh ke dalam sungai
tidak timbul-timbul. Maka meratap menangis si pencari kayu atas
kehilangan isteri tercinta. Pari-pari muncul lagi lalu bertanya akan
hal keadaan yang menimpa si pencari kayu.Dengan nada sedih beliau
berkata,"Isteri hamba jatuh ke dalam sungai tidak timbul-timbul... ".
Dengan segera pari-pari turun ke dalam sungai kembali bersam-samanya Siti Nurhaliza.
"Ini isteri tuan hamba?,"tanya pari-pari menduga.
"Yes..yes" jawab si pencari kayu.
Pari-pari
begitu marah "Penipu, pembohonggg... ., nah terima baaa... " belum
sempat pari-pari habis menyumpah, si pencari kayu berkata,"Maafkan
hamba! Bukan niat hamba berbuat demikian. Ini hanya salah faham".
"Jikalau
hamba berkata 'TIDAK', tentu tuan hamba akan muncul dengan Maya Karin
dan selepas itu Normala Shamsuddin. Akhirnya jikalau tuan hamba muncul
bersama isteri hamba dan hamba kata 'YA" tentu tuan hamba akan memberi
keempat-empat mereka kepada hamba sedangkan hamba cuma seorang pencari
kayu yang miskin. Sebab itulah hamba kata 'YA'!!!".terang si pencari
kayu ikhlas.
mmm..klu korang neh...sure korg amik jek sume.......