First topic message reminder :
Hai semua.
Citer ni ada la berlaku kat member aku sekitar 4 tahun yg lepas..
Once upon a time........
Satu hari tu aku dengan member aku gi la mandi manda kat satu pantai tu. Kita orang ni masing masing bawak awek..
So,selepas sejam perjalanan dari rumah sampai la juga ke lokasi
yang paling strategik untuk pakwe makwe mandi manda,bukan merendek
tau..
So,sebelum sessi mandi manda,kita orang pun jamah la makanan ringan yang di bawa bersama..
Bila matahari pun dah tegak atas kepala, kita orang pun tukar la
pakaian yang sesuai untuk mandi manda. Adapun kita orang ni takde la
pakai spender sahaja atau bikini sahaja, masing masing pakai pakaian
yang sopan mengalahkan cipan untuk mandi..
So,apalagi masing masing pun mandi dengan lahapnya macam dah seabad tak mandi.mandi je,takde pun buat bende lain..
Lebih kurang 10 minit berendam dan buat aksi maut lipat
terjun,member aku ni pun naik. Aku tanyalah naper dia naik cepat
sangat,dia kata nak keringkan badan. Selang 5 minit lepas tu, member
aku ni pun masuk balik ke dalam air.
10 minit lepas tu dia naik balik. Aku tanya lagi, jawapan yang sama aku dapat-nak keringkan badan..
So lepas setiap 10 minit mandi dia akan naik ke darat lebih kurang
5 minit untuk keringkan badan, perkara ni berlaku sampai aku pun dah
naik muak tengok..
Baru je aku nak tanya apa motif sebenarnya dia buat macam tu
tetiba je awek dia tanya, mungkin dia pun dah naik menyampah tengok
pakwe dia buat macam tu.
So dia pun tanyalah..
Aweknye: Abang,abang ni kenapa? Lima enam belas kali masuk keluar
dari pantai ni? Konpius juga ayang tengok. Abang ada alergik ke duduk
dalam air laut lelama?
Pakwenye: Bukannye ape,alergiknye takde,apa pun takde masalah duduk
dalam pantai ni lama lama.abang cuma risau,takut lama lama berendam air
laut ni abang takut telo abang ni jadi TELO MASIN....