Author | Message |
---|
kizukata FRESHIE
Age : 37 location : Beaufort Tag ID: : SFC04538 Points : 11647 Reputation : 0 Number of posts : 63
| Subject: Re: MANCHESTER UNITED Area 11/7/2009, 1:39 am | |
| 18hb Julai... susah jg ni mau ada live d tv... |
|
| |
kizukata FRESHIE
Age : 37 location : Beaufort Tag ID: : SFC04538 Points : 11647 Reputation : 0 Number of posts : 63
| Subject: Re: MANCHESTER UNITED Area 11/7/2009, 1:41 am | |
| oh ya... yg Chelsea dtg hr 2 tme dgn Scolari da live ka??? lupa dh...klu ada, maybe kali ni ada jg la 2 live... |
|
| |
akie_nabalu JUNIOR
Countries/State : Age : 40 location : Tambunan-Kinabatangan-Sandakan. Tag ID: : SFC 05711 Points : 11545 Reputation : 4 Number of posts : 162
| Subject: Re: MANCHESTER UNITED Area 13/7/2009, 2:34 pm | |
| Owen serasi di United
| OWEN (depan) sudah mula berlatih dengan United.
|
LONDON - Mungkin situasi ini sesuatu yang tidak pernah difikirkan oleh peminat bola sepak England, namun itulah yang berlaku di hadapan mata mereka. Michael Owen yang pernah menjadi pemain kesayangan Liverpool, kini menjalani latihan dengan menyarung jersi Manchester United di samping Ryan Giggs, Wayne Rooney, Rio Ferdinand dan rakan-rakan lain. Penyerang England itu yang memakai jersi No. 15, dilihat cepat menyesuaikan diri dengan gelak tawa bersama rakan sepasukannya yang baru dalam sesi latihan di Carrington kelmarin sele- pas tiba di kelab tersebut secara percuma. Pengurus The Red Devils, Alex Ferguson percaya, Owen mampu menjadi wira Old Trafford selepas menyaksikan respon penyerang berusia 29 tahun itu pada sesi latihan pertamanya minggu ini. "Tidak diragui lagi dia mampu mengembalikan semula sentuhan jaringannya bersama kami. Dia masih belum hilang sentuhan jaringannya," kata pengurus United itu. "Walaupun mengalami beberapa kecederaan di Newcastle, dia berjaya mengekalkan purata jaringannya dalam setiap perlawanan sepanjang kariernya. "Saya sangat berpuas hati dengan cara dia berlatih. Dia berusaha dengan keras tetapi perkara paling utama ialah dia turun berlatih dengan ceria. Dia memang gembira di atas padang." Owen akan menyertai penerbangan United dalam siri jelajah pramusim mereka ke Asia. Kesemua pemain skuad itu akan turut menyertai jelajah tersebut termasuk Wayne Rooney, Ferdinand dan Nemanja Vidic yang diberi cuti lebih lama selepas selesai tugasan antarabangsa bersama negara masing-masing. - Agensi KOSMO ONLINE13.07.2009 |
|
| |
neo_sontoloyo SIFU
Countries/State : Age : 40 location : Telupid/Lahad Datu/Ra Tag ID: : SFC 05451 Points : 16405 Reputation : 19 Number of posts : 4935
| Subject: Re: MANCHESTER UNITED Area 19/7/2009, 8:37 am | |
| Semalam aku tgk M.U main d bukit jalil... owen nampak menjadi jg main.. cuma macam takut2 pasal takut injured lg.. siapa yg nda sempat tgk semalam...esk malam drg akan buat match ke2 pla pasal malaysia main bagus... even kit Die Hard Fan Of M.U... jgn lupa sokong negara kita jg... drg main semakin bagus.. |
|
| |
neo_sontoloyo SIFU
Countries/State : Age : 40 location : Telupid/Lahad Datu/Ra Tag ID: : SFC 05451 Points : 16405 Reputation : 19 Number of posts : 4935
| Subject: Re: MANCHESTER UNITED Area 19/7/2009, 8:39 am | |
| PENGURUS Manchester United, Sir Alex Ferguson tidak menjangkakan pasukan kebangsaan Malaysia yang pernah dibelasah mereka 6-0 pada 2001 hampir mengikat mereka pada aksi persahabatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil semalam, lapor WAN FAKHRUL BAKAR. Sambil menganggap perlawanan kali ini lebih memberi caba- ran kepada anak-anak buahnya, Ferguson berpendapat bahawa corak permainan terbuka yang ditonjolkan barisan pemain muda negara nampak menyerlah . "Saya melihat satu permainan terbuka pada perlawanan ini. Mereka (pemain Malaysia) telah menunjukkan kepantasan dan permainan bertenaga sehingga menjadikan perlawanan agak sengit. "Selepas mendahului 2-0, kami berasa agak selesa tetapi mereka mendapat gol pertama pada penghujung babak pertama. "Gol penyamaan itu hasil kesilapan Ben Foster yang telah menghidupkan semangat mereka untuk memberi saingan sebenar sepanjang babak kedua. "Tetapi saya tetap gembira dengan permainan hari ini (semalam). Lagipun ini perlawanan pertama kami dan kami perlukan lebih banyak perlawanan untuk memantapkan pasukan," kata Ferguson pada sidang media selepas perlawanan itu. Namun, Ferguson tetap menjanjikan barisan pemain lebih kuat dan persembahan lebih mantap pada perlawanan ulangan bertemu Malaysia di venue yang sama, Stadium Nasional, Bukit Jalil malam esok. Sementara itu, jurulatih Malaysia, K. Rajagobal nyata berbangga dengan semangat juang dan prestasi mantap yang dipamerkan anak-anak buahnya sepanjang perlawanan tersebut. "Amri Yahyah sudah tiga tahun tak beraksi dengan skuad kebangsaan dan saya panggil dia semula dan dia telah membuktikan dia masih seorang yang bernilai. "Dia seorang pemain yang ada naluri gol, sentuhan penyu- dah dan bijak memanfaatkan peluang. "Gol penyamaannya telah menyuntik semangat kami untuk mencari gol ketiga tetapi malangnya United pula berjaya mendapat gol kemenangan pada lima minit terakhir," kata Rajagobal. Selain menganggap ia hadiah terbaik sempena hari jadinya yang ke-53 tahun pada 10 Julai lalu, Rajagobal turut menerima ucapan tahniah daripada Ferguson selepas perlawanan. "Alex (Ferguson) kata, aksi pasukan kami tidaklah teruk sangat. Katanya, pasukan kita kali ini telah bermain dengan baik. "Memang benar United memiliki penyerang terbaik dunia. Tetapi kalau pertahanan kita berjaya dibentuk dan dikawal dengan tersusun, mereka pasti sukar menembusinya. "Saya berharap agar pemain kita mengambil peluang sebaik mungkin pada perlawanan ulangan Isnin ini (esok)," jelas Rajagobal. Sebelum beredar daripada sesi sidang media tersebut, Rajagobal sempat memberi pesanan kepada Ferguson: "Saya harap anda dapat mengambil seorang dua pemain Malaysia untuk United." |
|
| |
akie_nabalu JUNIOR
Countries/State : Age : 40 location : Tambunan-Kinabatangan-Sandakan. Tag ID: : SFC 05711 Points : 11545 Reputation : 4 Number of posts : 162
| Subject: Re: MANCHESTER UNITED Area 19/7/2009, 7:14 pm | |
| ok juga MAS main ba kan...nanti besok tengok la...nda sempat tengok yg kemarin.. |
|
| |
d'cromok SENIOR
Countries/State : Age : 43 location : tuaran-beaufort-labuan Tag ID: : SFC 04412 Points : 12615 Reputation : 3 Number of posts : 962
| Subject: Re: MANCHESTER UNITED Area 19/7/2009, 11:17 pm | |
| nasib baik lebi 1 gol,klu x kecewa alex ferguson..besok mlm tgok lg.. |
|
| |
d'cromok SENIOR
Countries/State : Age : 43 location : tuaran-beaufort-labuan Tag ID: : SFC 04412 Points : 12615 Reputation : 3 Number of posts : 962
| Subject: Re: MANCHESTER UNITED Area 20/7/2009, 11:20 pm | |
| |
|
| |
akie_nabalu JUNIOR
Countries/State : Age : 40 location : Tambunan-Kinabatangan-Sandakan. Tag ID: : SFC 05711 Points : 11545 Reputation : 4 Number of posts : 162
| Subject: Re: MANCHESTER UNITED Area 21/7/2009, 1:00 am | |
| ok la tu kan....nda jg di belasah teruk...macam tahun 2001 6-0 |
|
| |
zed SENIOR
Countries/State : Age : 38 location : labuan,tenom,kk Tag ID: : SFC 03170 Points : 12491 Reputation : 3 Number of posts : 735
| Subject: Re: MANCHESTER UNITED Area 21/7/2009, 3:14 am | |
| buli tahn juga ba mlaysia sekarang...susah juga dorang mau tambus malaysia..kta tingkatkan lagi sokongan kita pada barang tempatan... |
|
| |
baby_puteranaga2 MODERATOR
Countries/State : Age : 34 location : W.P Labuan Tag ID: : SFC 05324 Points : 17984 Reputation : 16 Number of posts : 6512
| Subject: Re: MANCHESTER UNITED Area 23/7/2009, 11:42 am | |
| btul tue bro.....ada penigkatan la juga team malaysia skg.....x lagi macam dulu yg weak jak..... |
|
| |
akie_nabalu JUNIOR
Countries/State : Age : 40 location : Tambunan-Kinabatangan-Sandakan. Tag ID: : SFC 05711 Points : 11545 Reputation : 4 Number of posts : 162
| Subject: Re: MANCHESTER UNITED Area 17/8/2009, 11:04 am | |
| Kelab elit garang
Jaringan tunggal Wayne Rooney pada minit ke-34 menjadi penyelamat United yang dilihat agak kehilangan rentak sepanjang perlawanan yang berlangsung di Old Trafford itu.
MANCHESTER – Kelab elit Liga Perdana England (EPL) bermula garang pada aksi pembuka tirai bagi musim 2009/10.
Kelmarin, Arsenal mempamerkan kualiti bola sepak terbaik mereka apabila membelasah Everton 6-1 sementara Chelsea menang 2-1 ke atas Hull City.
Semalam, giliran Manchester United mempamerkan kehebatan apabila menang 1-0 ke atas Birmingham.
Jaringan tunggal Wayne Rooney pada minit ke-34 menjadi penyelamat United yang dilihat agak kehilangan rentak sepanjang perlawanan yang berlangsung di Old Trafford itu.
Birmingham turut mencipta beberapa peluang termasuk percubaan daripada pemain gantian, Christian Benitez namun berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Red Devils, Ben Foster.
Penyerang baru United, Michael Owen hampir mencatat nama sebagai penjaring tetapi percubaannya ketika berdepan satu lawan satu dengan penjaga gol Birmingham tidak menepati sasaran.
“Kami belum menemui sentuhan tetapi apa yang penting bagi saya ialah kemenangan,” kata pengurus United, Alex Ferguson.
Berdasarkan aksi semalam, United bagaikan hilang sengat di bahagian serangan selepas kehilangan Cristiano Ronaldo yang berhijrah ke Real Madrid musim ini.
Rooney tidak mendapat sokongan yang diharapkan sementara Dimitar Berbatov terus gagal mempamerkan kualiti.
“Masih terlalu awal untuk membuat penilaian. Liga baru bermula dan semua pasukan masih mencari keserasian,” kata Ferguson. – Agensi
KOSMO 17.08.09 www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0817&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm |
|
| |
d'cromok SENIOR
Countries/State : Age : 43 location : tuaran-beaufort-labuan Tag ID: : SFC 04412 Points : 12615 Reputation : 3 Number of posts : 962
| Subject: Re: MANCHESTER UNITED Area 17/8/2009, 11:12 am | |
| tahniah MU menang smlm,masi trlalu awal lg ni..thn dpn world cup..hehe |
|
| |
neo_sontoloyo SIFU
Countries/State : Age : 40 location : Telupid/Lahad Datu/Ra Tag ID: : SFC 05451 Points : 16405 Reputation : 19 Number of posts : 4935
| Subject: Re: MANCHESTER UNITED Area 18/8/2009, 12:47 pm | |
| menang kecil atau besar tp point sama...jmlah jaringan hal ke2... janji menang. |
|
| |
akie_nabalu JUNIOR
Countries/State : Age : 40 location : Tambunan-Kinabatangan-Sandakan. Tag ID: : SFC 05711 Points : 11545 Reputation : 4 Number of posts : 162
| Subject: Re: MANCHESTER UNITED Area 21/8/2009, 3:26 pm | |
| Ferguson tetap tenangREAKSI Giggs (tengah), Wayne Rooney (kanan) dan Owen selepas Burnley memperoleh gol pada aksi kelmarin.
BURNLEY - Alex Ferguson tidak bimbang dengan ketumpulan jentera serangan Manchester United biarpun hanya mampu meledakkan satu gol dalam dua perlawa- nan awal Liga Perdana England musim ini. Juara bertahan itu mene- waskan Birmingham City 1-0 pada aksi pertama Ahad lalu, namun dimalukan oleh pendatang baru, Burnley apabila tewas 0-1 pada aksi kedua kelmarin. Biarpun masih cuba menyesuaikan diri tanpa kelibat Cristiano Ronaldo dan Carlos Tevez, pengurus The Red Devilsitu tetap yakin pasukannya mampu mengalahkan Wigan esok sekiranya mencipta banyak peluang gol seperti aksi menentang Burnley kelmarin. "Saya jamin kami akan memberi respons yang sewajarnya pada Sabtu ini (esok). Memang kami semua kecewa kerana ia satu keputusan yang buruk," kata Ferguson. "Keadaan padang juga sangat baik, jadi tiada lagi alasan kepada kekalahan ini. Cuma kami sepatutnya bermain dengan lebih baik lagi. "Biasanya kami mengambil sedikit masa untuk mendapat rentak. Kadangkala sehingga bulan Oktober baru kami mendapat rentak terbaik kami. Begitupun, kami tidak sepatutnya tewas perlawanan ini. "Pada tahap ini, saya tidak begitu bimbang jika dilihat pada peluang yang kami cipta. Dua atau tiga pemain ada peluang, termasuk Michael Owen dan Ryan Giggs pada babak pertama dan kedua." Robbie Blake menjaringkan gol tunggal perlawanan sebelum penjaga gol, Brian Jensen menyelamatkan sepakan penalti yang diambil oleh Michael Carrick. - AFP |
|
| |
ShUfFlE BoYz SENIOR
Countries/State : Age : 28 location : Labuan - Miri Tag ID: : sfc 05259 Points : 12225 Reputation : 1 Number of posts : 786
| Subject: Re: MANCHESTER UNITED Area 23/8/2009, 4:23 pm | |
| |
|
| |
Ben507 CONTRIBUTOR
Countries/State : Age : 41 location : SANDAKAN,BUNDU TUHAN,PUTATAN Tag ID: : SFC 2357 Points : 12322 Reputation : 0 Number of posts : 1557
| Subject: Re: MANCHESTER UNITED Area 25/8/2009, 5:16 am | |
| Tahniahlah kepada MU kerana permulaan musim yang agak hebat...Walaupun tanpa Ronaldo tetapi pemain2 MU masih mempunyai motivasi yang sangat hebat...Tahniah MU... |
|
| |
papara7 JUNIOR
Countries/State : Age : 53 location : labuan Points : 11222 Reputation : 1 Number of posts : 82
| Subject: Re: MANCHESTER UNITED Area 28/8/2009, 10:23 am | |
| kompom bro....... MU pasti champion EPL/BPL lagi............ |
|
| |
papara7 JUNIOR
Countries/State : Age : 53 location : labuan Points : 11222 Reputation : 1 Number of posts : 82
| Subject: Re: MANCHESTER UNITED Area 28/8/2009, 10:26 am | |
| Ronaldo x de, adalah sedikit menjejaskan persembahan. valencia pun dah menunjukkan peningkatan, sikit masa lagi, dia akan jadi pemian penting MU |
|
| |
kizukata FRESHIE
Age : 37 location : Beaufort Tag ID: : SFC04538 Points : 11647 Reputation : 0 Number of posts : 63
| Subject: Re: MANCHESTER UNITED Area 29/8/2009, 1:39 pm | |
| hari ini MU vs Arsenal..... |
|
| |
kizukata FRESHIE
Age : 37 location : Beaufort Tag ID: : SFC04538 Points : 11647 Reputation : 0 Number of posts : 63
| Subject: Re: MANCHESTER UNITED Area 29/8/2009, 1:44 pm | |
| MANCHESTER - Mampukah Arsenal menyekat Manchester United di Old Trafford malam ini? Ia merupakan satu-satunya aksi paling 'panas' dalam Liga Perdana England (EPL) minggu ini. Arsenal kini dilihat paling menonjol selepas mencatat kemenangan bergaya pada dua perlawanan liga awal musim ini. Kehebatan mereka membelasah Everton 6-1 sebelum ini membuktikan skuad kendalian Arsene Wenger itu sudah menemui sentuhan sebenar. Kegarangan yang ditonjolkan Arsenal itu pastinya akan mengingatkan United supaya lebih berhati-hati walaupun mereka dilihat memiliki kelebihan beraksi di gelanggang sendiri. Menambahkan lagi kehangatan pertemuan malam ini adalah memori kemenangan 4-1 United ke atas The Gunners pada separuh akhir Liga Juara-Juara musim lalu. Namun, situasi berbeza berlaku kali ini apabila Arsenal tampil dengan wajah baru selain bermula garang musim ini dengan merekodkan 15 gol daripada empat perlawanan. "Ini adalah ujian besar buat pemain muda saya apabila bertandang ke Old Trafford," kata pengurus Arsenal, Arsene Wenger. Alex Ferguson pula pastinya mengharapkan sentuhan ajaib Wayne Rooney untuk menghadiahkan kemenangan bermaruah buat United malam ini. "Tiada yang mustahil. Jika kami tampil dengan rentak sebenar, Arsenal boleh melupakan hasrat untuk pulang dengan kemenangan. Kami ada misi tersendiri untuk dipertahankan," kata Ferguson. |
|
| |
neo_sontoloyo SIFU
Countries/State : Age : 40 location : Telupid/Lahad Datu/Ra Tag ID: : SFC 05451 Points : 16405 Reputation : 19 Number of posts : 4935
| Subject: Re: MANCHESTER UNITED Area 29/8/2009, 2:32 pm | |
| |
|
| |
Wand MODERATOR
Countries/State : Age : 41 location : menggatal,kk Tag ID: : SFC 03526 Points : 13018 Reputation : 6 Number of posts : 3262
| Subject: Re: MANCHESTER UNITED Area 30/8/2009, 9:25 pm | |
| Man U : 2 Arsenal : 1 Rooney (58. penalty) Arshavin (40) Diaby (63 o.g) Man U menanggg!!! hehehe |
|
| |
razali_pb59047 SUPERIOR
Countries/State : Age : 36 location : sabah Tag ID: : SFC 06878 Points : 13390 Reputation : 10 Number of posts : 2090
| Subject: Re: MANCHESTER UNITED Area 30/8/2009, 9:36 pm | |
| |
|
| |
akie_nabalu JUNIOR
Countries/State : Age : 40 location : Tambunan-Kinabatangan-Sandakan. Tag ID: : SFC 05711 Points : 11545 Reputation : 4 Number of posts : 162
| Subject: Re: MANCHESTER UNITED Area 1/9/2009, 1:53 pm | |
| SUKANUnited ranapkan ArsenalGAYA tersendiri Rooney selepas menjaringkan gol pertama United menerusi sepakan penalti pada aksi menentang Arsenal di Old Trafford semalam. United menang 2-1.
REKOD cemerlang Arsenal dalam kempen Liga Perdana England tercalar. Selepas gah dengan kemenangan besar 6-1 ke atas Everton sebelum menang 4-1 ke atas Portsmouth, kelab dari London, Arsenal terpaksa akur dengan kehebatan Manchester United semalam. Sekalipun berjaya mendahului hasil jaringan Andrei Arshavin pada minit ke-40, skuad The Gunners itu tewas 1-2 selepas gagal menggunakan kelebihan yang ada bagi membawa pulang tiga mata penuh. Sebaliknya, United yang beraksi di hadapan penyokong sendiri di Old Trafford bangkit menampilkan aksi lebih bertenaga pada babak kedua. Ayam tambatannya, Wayne Rooney menjaringkan gol pertama United menerusi sepakan penalti pada minit ke-59. Lima minit kemudian, United memperoleh gol kemenangan apabila pertahanan Arsenal, Abou Diaby tertanduk bola ke gawang sendiri hasil sepakan percuma Ryan Giggs. Sementara itu, Chelsea merampas takhta Liga Perdana England selepas menang 3-0 ke atas Burnley di Stamford Bridge. FULL STORY MAN UTD VS ARSENAL 30.08.09 http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2009&dt=0830&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm |
|
| |
Sponsored content
| Subject: Re: MANCHESTER UNITED Area | |
| |
|
| |
|