SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Kisah benar penghuni Sidim: Anak derhaka Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Kisah benar penghuni Sidim: Anak derhaka Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Kisah benar penghuni Sidim: Anak derhaka

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
MiRA_TaSHa
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR
MiRA_TaSHa

Female
Countries/State : Sabah
Age : 39
location : Kota Kinabalu
Tag ID: : SFC 00002
Points : 13026
Reputation : 0
Number of posts : 2047

Kisah benar penghuni Sidim: Anak derhaka Empty
PostSubject: Kisah benar penghuni Sidim: Anak derhaka   Kisah benar penghuni Sidim: Anak derhaka Icon_minitime13/7/2007, 2:42 pm

Setiap kemahuan perlu dituruti, manakala bangkangan pula menyebabkan anak mengamuk dan bertindak ganas

TIDAK cukup mengherdik ibunya dengan panggilan ‘anjing’ dan bapanya ‘b*b*’, seorang pelajar berusia 16 tahun menendang kepala bapanya ketika sujud di sejadah hanya kerana makanan tidak disediakan sekembalinya daripada berfoya-foya dengan rakan.

Kisah benar penghuni Sidim: Anak derhaka Mttjnm10



Seorang lagi anak kurang ajar mengugut untuk mengebom ibunya jika dihantar ke pusat pemulihan berikutan terjebak dengan satu kumpulan samseng yang cenderung kepada kegiatan hiburan dan dadah.

Manakala seorang penuntut universiti yang menghadapi masalah halusinasi akibat pembabitan dengan satu kumpulan muzik bawah tanah yang tidak mempercayai Tuhan dan dadah, ‘terlupa’ bahawa ibu bapanya masih hidup sehingga tidak menziarahi mereka untuk tempoh lama.

Ini bukan filem, sebaliknya kisah benar yang diceritakan tiga penghuni Rumah Sahabat Insan dan Iman Malaysia (Sidim) di Kuala Kubu Bharu, Selangor kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINATA YAACOB mengenai perlakuan derhaka mereka terhadap ibu bapa sendiri.

Kes 1

(Azman, 16, Kedah)


“SYURGA di bawah tapak kaki ibu. Ayah pula ketua keluarga yang kita perlu hormati dan jaga perasaannya. Namun saya bukan saja derhaka, tetapi bersikap kurang ajar dengan insan yang melahir dan menjaga saya sejak lahir.

Akibat terpengaruh dengan sebuah kumpulan muzik bawah tanah dan kegiatan hidu gam, saya menjadi liar dan hilang akal. Setiap kemahuan saya perlu dituruti, manakala bangkangan pula menyebabkan saya mengamuk dan bertindak ganas.

Biasanya saya terbabit dengan pergaduhan berkumpulan di luar rumah, bukan bertindak ganas ke atas ibu bapa. Bagaimanapun, pada hari itu saya ‘lalok’ (khayal) akibat hidu gam berlebihan, menyebabkan saya bertindak di luar kawalan.

Apabila pulang ke rumah dalam keadaan lapar, saya terus menjadi berang apabila mendapati tiada makanan di bawah tudung saji lalu naik ke tingkat atas dan mendapati ibu bapa menunaikan solat Isyak berjemaah.

Melihat keadaan mereka menyebabkan marah saya membuak-buak lalu saya menjerit ‘anjing’ ke arah ibu dan ‘b*b*’ kepada bapa.

Namun mereka tidak membalas, sekali gus menjadikan saya lebih marah lalu terus menendang kepala bapa yang ketika itu sujud.

Akibat tendangan kuat, bapa tergolek daripada tikar sembahyang.

Ini menjadi titik tolak kepada kesabaran keluarga saya yang akhirnya mengambil keputusan menghubungi Ustaz Hanafi Abdul Malek (Pengerusi Yayasan Sidim) untuk bantuan.

Akhirnya saya ‘diangkut’ (dibawa pergi) dan ditempatkan di Rumah Sahabat Sidim untuk pemulihan.

Alhamdulillah, semua yang berlaku ada hikmahnya. Walaupun dosa saya terlalu besar kepada ibu bapa, mungkin berkat doa dan kasih sayang mereka, Allah SWT membuka hati saya untuk kembali ke jalan-Nya.

Saya berjanji akan menjadi anak yang lebih baik pada masa depan.

Semua yang berlaku akan menjadi kenangan paling pahit dalam hidup saya.

Mungkin ibu bapa saya dapat memaafkan, tetapi menendang kepala bapa sendiri, ia akan menjadi mimpi paling buruk dalam hidup saya. Saya sungguh kesal.”

Kes 2

(Tahir, 18, Kuala Lumpur)


“IBU adalah ‘bank bergerak’ saya. Setiap kali perlukan wang, saya mendesak dan kadangkala mengugut ibu apabila dia sukar memberi apa yang saya hendak. Saya juga banyak mencuri dan menjual barangan kemas ibu.

Sekalipun tidak bekerja, akibat hidup mewah daripada aktiviti ‘memeras’ ibu, saya ada banyak masa untuk melepak dan mula bergaul dengan kumpulan samseng. Malah, saya menjadi ‘anak emas’ pemimpin kanan kumpulan kerana sering menaja mereka berhibur dan aktiviti dadah.

Bagaimanapun, satu hari ketika kami ingin berhibur ke Genting Highlands dan saya meminta wang daripada ibu, dia enggan memberinya. Puas saya menggertak dan mengganas, termasuk memecahkan barangan dalam rumah, tetapi ibu tetap berdegil.

Klimaks kepada perasaan marah saya, saya mengugut akan mengebom ibu jika tidak memberi wang. Malah, selepas jasad ibu berkecai dan saya menemui tengkorak kepalanya sekalipun, saya akan bom sekali lagi supaya hancur dan lumat.

Akhirnya ibu mengalah, tetapi pada masa sama dia menghubungi Rumah Sahabat Sidim tanpa pengetahuan saya. Mungkin ibu dapat melihat yang saya tidak dapat diinsafkan walaupun melalui kasih sayang yang cuba ditunjukkannya.

Sekembali saya, saya melihat Ustaz Hanafi menunggu. Saya menjadi berang terhadap ibu dan pada masa sama mengugut ustaz supaya tidak masuk campur.

Malah, saya mengugutnya dengan mengatakan dengan hanya satu panggilan, 200 geng saya akan datang ke rumah saya untuk membelasahnya.

Ustaz mempersilakan saya berbuat demikian (menghubungi geng). Beberapa minit kemudian beberapa ‘sahabat’ saya turun untuk membantu menghalang saya daripada dibawa pergi ke Rumah Sahabat Sidim.

Bagaimanapun, saya hairan kerana selepas bercakap sesuatu dengan ustaz, rakan saya berlalu pergi.

Rupa-rupanya dia bukan calang-calang orang dan terkenal dalam dunia persilatan dan kebajikan sosial.

Namun, tempoh tiga bulan menjalani pemulihan di Rumah Sahabat Sidim nyata memberi kehidupan baru kepada saya.

Saya mula mengenal agama dengan lebih mendalam dan menghargai hubungan kekeluargaan dan orang tua saya.”

Kes 3

(Fauzi, 22, Kelantan)


“SAYA tidak ingat berapa lama saya tidak mencium tangan ibu bapa berikutan ada di dalam ‘dunia’ sendiri akibat pembabitan dalam kumpulan muzik bawah tanah yang tidak percaya wujudnya Tuhan, selain bergelumang dengan dadah.

Saya bukan saja tidak pulang ke kampung, tetapi ibu bapa juga tidak dapat mencari saya berikutan saya tidak lagi pergi ke kuliah akibat terlalu sibuk dengan dunia ciptaan syaitan.

Bagaimanapun, menurut ibu, dia terbaca mengenai kisah Rumah Sahabat Sidim di akhbar dan meminta pertolongan Ustaz Hanafi yang kemudian bersama beberapa rakannya berjaya menjejaki saya dan membawa ke sini (Rumah Sahabat Sidim).

Keadaan saya mula-mula memang kritikal. Saya membuang air besar dan kecil tanpa sedar. Malah, saya beberapa kali membuang air besar di atas sejadah ketika orang lain bersembahyang. Semuanya berlaku di luar kawalan.

Masalah halusinasi saya juga kritikal. Berikutan pernah terjebak dengan aktiviti memijak al-Quran, jari kaki saya menjadi sedikit terdengket.

Ramai pelik melihat cara saya berjalan, tetapi saya berdengket kerana melihat ada manusia kecil di bawah dan cuba mengelak memijaknya.

Mungkin ini balasan Allah SWT terhadap saya kerana menjauhi-Nya, agama dan ibu bapa saya. Kini saya menyesal. Perkara pertama yang saya akan lakukan selepas menjalani pemulihan adalah pulang ke kampung untuk memohon maaf daripada ibu bapa saya.

Ini kerana mereka berusaha keras, membanting tulang untuk menghantar saya belajar, tetapi saya hampakan mereka dengan menceburi kegiatan yang bukan saja tidak senonoh serta membahayakan diri, tetapi juga merosakkan akidah saya sebagai seorang Islam.

Saya pada mulanya tidak mahu terbabit dengan aktiviti underground (bawah tanah) ini.

Namun, bermula sebagai suka-suka daripada mengikut konsert gig, saya terjebak dengan aktiviti yang merosakkan masa depan saya.

Bagaimanapun, Allah SWT masih sayangkan saya kerana saya berjaya diselamatkan agak awal kerana saya tahu, masih ramai anak muda, terutama orang Islam, yang masih sesat di dalam dunia kumpulan bawah tanah dan dadah sekarang.

Yang menyedihkan, sebahagian besar daripada mereka masih terlalu muda, daripada di bangku sekolah menengah sehingga universiti.”
Back to top Go down
http://www.tagged.com/mira_tasha
iemori69
MODERATOR
iemori69

Male
Countries/State : Sabah
Age : 40
location : KaYkAy CiTy
Tag ID: : SFC 03059
Points : 13470
Reputation : 12
Number of posts : 4507

Kisah benar penghuni Sidim: Anak derhaka Empty
PostSubject: Re: Kisah benar penghuni Sidim: Anak derhaka   Kisah benar penghuni Sidim: Anak derhaka Icon_minitime15/4/2009, 6:32 pm

hurmm insaf la wahai hamba Allah~
nda bagus derhaka dgn kedua ibu bapa....
neraka ja jawapannya.. jika membantah...
Back to top Go down
 

Kisah benar penghuni Sidim: Anak derhaka

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: