SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Azab anak derhaka Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Azab anak derhaka Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Azab anak derhaka

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
razali_pb59047
SUPERIOR
SUPERIOR
razali_pb59047

Male
Countries/State : Sabah
Age : 36
location : sabah
Tag ID: : SFC 06878
Points : 13388
Reputation : 10
Number of posts : 2090

Azab anak derhaka Empty
PostSubject: Azab anak derhaka   Azab anak derhaka Icon_minitime3/9/2009, 12:09 pm



Azab anak derhaka - Oleh ustaz Mahrawi Marzoki


Buat iktibar semua, ingat & sayang sementara ibubapa masih ada...

Sebaik sampai ke pintu wad, jeritan Jalal menerpa ke telinga saya. Jeritannya sungguh kuat kerana azab dan sakit yang ditanggungnya tidak mampu ditanggung lagi. Saya percepatkan langkah menuju ke katilnya. Di sisi katil saya lihat ahli keluarga Jalal sedang menangis tersedu-sedu.


Jelas mereka panik dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan, kecuali melihat Jalal menggelepar kesakitan dan berdoa semoga Jalal cepat sembuh.


Di katil pula, Jalal meraung dan meronta sambil tangan dan kakinya terikat kemas di katil.


"Terima kasih ustaz sebab sudi datang bantu kami. Saya dah tak tahu

apa nak buat. Dah seminggu lebih adik saya macam ni," kata salah seorang

abang kepada Jalal sebaik melihat saya sampai..

Sebelum itu mereka menghubungi saya melalui telefon meminta saya segera

datang untuk membantu menyembuhkan penyakit adik bongsu mereka itu.

"Apa sakitnya ni?" tanya saya. "Entahlah ustaz, doktor pun tak tau."

Sedang kami berbual, tiba-tiba sekali lagi Jalal menjerit kesakitan. Kali ini jeritannya cukup jelas di pendengaran saya.. Jeritannya menakutkan dan menyedihkan.


"Emak, ampunkan saya mak. Panaaaassss. Saya sakit mak, sakiiiiittttttt!

Tolonglah emak, ampunkan dosa saya." Berserta raungan yang dilepaskan

sekuat hati, tubuh Jalal menggelepar seperti dipanggang di dalam api yang

marak. Mukanya berkerut sementara matanya terbelalak akibat azab yang

amat pedih. Semua yang ada di wad berkenaan memandang ke arah kami. Jeritan itu menyebabkan saya tertanya-tanya. Apakah yang menyebabkan Jalal jadi sedemikian rupa? Apa pula kaitan antara penyakitnya itu dengan ibunya?

"Panggil ibunya segera," kata saya. Namun kata-kata saya itu tidak dijawab. Ahli keluarga Jalal cuma terdiam,

menundukkan muka atau berpandangan sesama sendiri.

"Kenapa ni?" tanya saya. Dengan perlahan abang Jalal bersuara, "Ustaz, ibu kami baru sahaja meninggal dunia dua minggu lepas." "Kalau macam ini susahlah sikit.

Saya rasa mungkin Jalal ada melakukan kesalahan besar kepada ibunya, sebab itulah dia menanggung azab yang begini rupa. Dalam keadaan macam ini, cuma ibunya saja yang dapat membantu," kata saya berterus terang.

Mereka cuma mendiam diri sementara jeritan Jalal semakin kuat. Saya semakin ingin mengetahui puncanya kerana dengan latar belakang itu insya-Allah saya boleh cuba carikan jalan lain untuk meredakan

kesakitan Jalal.

"Ceritakanlah kepada saya apa yang sebenarnya telah berlaku." "Ustaz,

sebenarnya adik saya ini sudah derhaka kepada arwah ibu kami," jawab salah seorang daripada mereka. Dengan tenang, tapi air mata bergenang abang Jalal menceritakan kepada saya kisah yang sebenarnya, kisah yang cukup menyayat hati saya. Menurutnya, Jalal adalah anak bongsu daripada mereka enam beradik,

empat perempuan dua lelaki dan di kalangan mereka, Jalallah yang mempunyai kelulusan yang lebih tinggi. Bagaimanapun, sejak kecil hinggalah dia

bekerja dan seterusnya berkahwin, Jalal sentiasa sahaja melawan dan

menyanggah kata-kata ibunya. Nasihat dan teguran ibunya pula dipandang

rendah serta tidak diendahkan. Syurga anak di bawah telapak kaki ibunya.

Walaupun berpendidikan tinggi, Jalal sentiasa sahaja kekurangan wang,

seolah-olah tidak dirahmati rezekinya. Berterusanlah keadaan itu hingga

dia berumahtangga. Keadaan menjadi semakin buruk apabila Jalal meletakkan

jawatannya di sebuah syarikat swasta. Hasratnya adalah untuk mencari rezeki yang lebih banyak di syarikat lain, namun nasibnya bukan sahaja tidak berubah, malah menjadi semakin parah. Walau di syarikat manapun yang Jalal bekerja, dia akan menghadapi masalah yang seterusnya membawa kepada dia meletakkan jawatan. Dalam kegawatan itulah Jalal mula meminjam wang daripada sahabat-sahabatnya. Selepas sekian lama hutangnya semakin banyak, namun dia masih tidak mampu melunaskannya. Rumahtangga Jalal mula kucar-kacir dan akhirnya mereka bercerai. Bagi menyelesaikan masalah tersebut, Jalal mendesak ibunya supaya mencagarkan tanah mereka di kampung kepada bank. Tanah seluas 12 ekar itu ditinggalkan oleh bapa mereka yang meninggal dunia tiga tahun sebelum itu.

"Emak, saya nak tanah tu. Bank dah setuju nak kasi RM500,000. Saya nak duit tu buat berniaga," katanya kasar. "Jalal, engkau ni dah melampau. Itu tanah adik-beradik kamu," jawab si ibu.

"Ahhh, saya tak kira."

"Jalal, emak tidak benarkan. Emak tau, duit tu nanti bukannya engkau nak buat berniaga, tapi nak bayar hutang," jawab ibunya.

Bukan sahaja ibunya, malah semua adik-beradik Jalal tidak membenarkannya

mencagarkan tanah tersebut kepada bank. Jalal pulang dengan hati kecewa.

Namun dia masih bertekad untuk mendapatkan tanah berkenaan walau

dengan apa cara sekalipun. Suatu hari, Jalal datang ke rumah ibunya. Beberapa

orang adik-beradiknya ada di situ. Sekali lagi pertengkaran berlaku dan berakhir dengan tragedi yang amat menyedihkan. Ketika kemarahannya sampai kemuncak, Jalal menolak ibunya sekuat-kuat hati menyebabkan kepala ibunya terhantuk di pintu. Darah dari luka terpalit di pintu sedang ibunya terjelopok di lantai, rebah tidak sedarkan diri. Si ibu segera dibawa

ke hospital sementara Jalal puas hati kerana dapat melepaskan kemarahannya.


Akibat pendarahan otak yang serius, ibunya meninggal dunia tanpa sempat

melafazkan keampunan kepada Jalal. Bermulalah azab dalam hidup Jalal.

Kira-kira seminggu selepas kematian ibunya, Jalal dikejarkan ke hospital

kerana jatuh sakit secara tiba-tiba. Apa yang membingungkan ialah doktor gagal mengesan penyakit yang dihadapinya. Jalal sebaliknya meraung, menjerit, meronta dan menggelepar kesakitan. Dalam raungannya itulah dia meminta ampun kepada arwah ibunya kerana tidak sanggup menanggung azab yang pedih. Berterusanlah keadaannya selama beberapa hari hingga saya dipanggil. Dalam waktu itu, doktor dan jururawat tidak dapat berbuat apa-apa kecuali mengikat Jalal di katil dan menyuntiknya dengan ubat pelali untuk menidurkannya. "Kalau begitu kisahnya, saya cuba cara lain," kata saya. Di samping ayat-ayat suci al-Quran, saya membacakan surah Yassin untuknya.

Namun apabila dibacakan saja ayat suci itu, Jalal menjerit kepanasan. Tubuhnya menggeletik dan menggelepar kesakitan. "Aduh panasnya! Emak,

ampunkanlah saya emak! Jangan bawa saya ke situ emak, panas. Jangan bawa saya ke situ. Saya tak mau, sakit, sakit. Tolonglah saya emak, ampunkan saya, saya bersalah." Jeritan Jalal itu meruntun hati saya.

Apakah yang dimaksudkannya dengan

'ke situ'? Kenapa Jalal tidak mahu dibawa 'ke situ' dan apa yang dilihatnya di situ? Akibat tidak tertahan panas, tubuh Jalal terpaksa dibogelkan. Tangan dan kakinya terus diikat ke katil. Selepas puas

mencuba tapi keadaan Jalal masih tidak berubah, saya meminta diri untuk pulang. Satu ingatan saya tinggalkan kepada mereka, "Jika Jalal masih hidup selepas zuhur ini, insya-Allah nyawanya masih panjang. Kalau tidak..." Ketika itu lebih kurang pukul 10 pagi. Saya tinggalkan

mereka, namun sedang saya memandu, telefon bimbit saya berdering.


"Ustaz! Cepat ustaz, adik saya dah nazak," kata si abang. Saya berpatah balik dan apabila sampai di katilnya, saya lihat Jalal

begitu tenat. Nyawanya seperti sudah di penghujungan.. Keluarganya semakin

cemas sambil air mata tidak henti-henti mengalir. Saya bacakan Surah al-Asr, Surah al-Falaq, Surah an-Naas serta asma ul husna. Alhamdulillah, Jalal berhenti meraung dan menggelepar. Keadaan senyap seketika.

Masing-masing beristighfar dan membaca ayat-ayat suci al-Quran. Terbayang

kelegaan di wajah mereka. Tiba-tiba, ketenangan itu dipecahkan sekali lagi

oleh jeritan Jalal. Dia mengerang sambil tubuhnya kejang menahan kesakitan, mata terjegil seperti hendak terkeluar dan dalam satu detik yang serentak juga najisnya terpancut keluar. Bertabur membasahi seluarnya. Bau najis menusuk hidung kami. Maha suci Allah, keadaannya

adalah seperti sesuatu yang berat menghenyak perutnya yang mengakibatkan nyawa, roh, najis, organ-organ dan segala-galanya yang ada di dalam tubuh terhambur keluar secara serentak. Di bahagian atas, semuanya seperti hendak terpancut keluar hingga mata Jalal tersembul sementara di

bahagian bawah, kakinya kaku dan najis berhambur memancut-mancut. Cukup aib

dan menyedihkan. Pakaian dan katil basah dengan air mata, peluh serta najisnya. Selepas 'rentapan' itu, Jalal tidak bernafas lagi. Degupan jantungnya berhenti dan dia pergi menghadap Allah SWT untuk menerima balasan amalannya. Tamatlah riwayat seorang anak derhaka. Saya cuma

mampu melihat dengan gementar sementara keluarga Allahyarham menangis

dan berpelukan sesama sendiri. Yang perempuan terpaksa keluar kerana tidak sanggup melihat mayat adik mereka. Demikianlah sakaratulmaut datang menjemput Jalal. Seperti yang dijelaskan di dalam al-quran dan hadis, ia datang dengan menyentap, merentap dan merenggut nyawa Jalal tanpa ada kasihan belas. Sudah berpuluh-puluh tahun saya menguruskan jenazah dan melihat orang menghadapi saat kematiannya, namun

pengalaman menyaksikan sakaratulmaut menjemput Jalal cukup memilukan hati saya.

Kesengsaraan yang ditanggung oleh Jalal sudah berakhir, namun mayatnya

meninggalkan keaiban yang amat sangat. Matanya terbonjol seperti hendak terkeluar sementara giginya menyeringai. Dari kerut wajahnya, jelas sekali Allahyarham baru sahaja menanggung kesakitan dan azab yang amat pedih.


Saya cuba pejamkan mata Allahyarham, namun gagal. Kelopak mata tidak

berupaya untuk menutup biji matanya yang tersembul itu. Cukup mengerikan kerana hanya mata putih sahaja yang kelihatan. Ikatan di kaki dan tangan Allahyarham dileraikan dan tangannya dikiamkan. Kaki Allahyarham dirapatkan, namun sekali lagi saya menyaksikan keaiban kaki Allahyarham tidak boleh dirapatkan kerana duburnya terpancut keluar dan membonjol

di celah kelengkangnya. Saya menenangkan mereka supaya bersabar dan reda dengan apa yang telah terjadi. Selesai membersihkan tubuh Allahyarham,

jenazah dibawa turun kerana keluarganya mahu menguruskan jenazah tersebut

di rumah mereka di salah sebuah taman perumahan di sebuah negeri di pantai

barat semenanjung. Rupa-rupanya keaiban belum berakhir. Sebaik sahaja van yang membawa Allahyarham keluar dari perkarangan hospital, tiba-tiba keempat-empat shock absorbernya patah secara serentak. Van yang cuma membawa lima orang, mayat yang badannya sederhana sahaja, dua orang abang dan kakaknya, pemandu serta seorang pembantu, boleh patah shock absorbernya? Kelindan van bergegas memanggil kami. Maha suci Allah, Tuhan yang Maha Besar, apabila hendak dikeluarkan dari van, jenazah itu kami rasakan teramat berat hingga terpaksa diangkat oleh kira-kira 15

orang.


Selesai masalah itu, satu lagi masalah timbul - tidak ada van atau kereta yang berani untuk mengangkat jenazah tersebut. Kebetulan sebuah lori kosong yang mengangkat tanah, pasir ataupun kelapa sawit lalu di tempat kejadian. Dengan lori itulah jenazah dibawa pulang ke rumahnya. Apa yang membingungkan kami ialah walaupun mayat berkenaan terlalu berat, tapi kayu penusungnya tidak pula patah. Lori bertolak ke rumah Allahyarham sementara saya pula memandu pulang ke rumah. Saya dimaklumkan bahawa Allahyarham

dikebumikan di sebelah kubur ibunya. Namun diceritakan juga kepada saya

bahawa tanah yang ditambun ke atas kuburnya tidak mencukupi. Untuk

mengelakkan kubur Allahyarham berlubang, tanah lain terpaksa diambil

dan ditambur ke atasnya.


Tiga hari kemudian, saya menerima panggilan telefon daripada keluarga

Allahyarham. "Ustaz, saya nak minta pertolongan dan pandangan daripada

ustaz." "Apa masalahnya itu?" tanya saya.


"Kubur adik saya berlubang ustaz.."

Masya-Allah, demikian sekali keaiban yang Allah tunjukkan kepada anak yang

derhaka kepada ibunya. Menurut abang Allahyarham, kewujudan lubang itu

disedari sehari selepas Allahyarham dikebumikan. Lubang tersebut bermula

dari bahagian tengah kubur hinggalah mencecah kepada papan yang menutup

liang lahad. Tambah abang Allahyarham lagi, mereka mengambusnya dengan

tanah, namun keesokan harinya kubur tersebut berlubang semula. "Begini sajalah, cuba masukkan sekali kayu atau papan ke dalam lubang tersebut, insya-Allah, tak berlubang lagi," kata saya. Namun keesokan harinya sekali lagi abang Allahyarham menghubungi saya memberitahu bahawa kubur berkenaan berlubang semula. Apa yang membingungkannya, tanah di kubur arwah ibunya langsung tidak berubah, masih tetap membusut walaupun sudah lebih dua minggu dikebumikan. Bukan itu sahaja, katanya, pokok yang ditanam di kubur ibunya juga hidup segar sedangkan pokok yang ditanam di kubur adiknya mati kelayuan. Pada hari kelima, saya menghubungi abang Allahyarham. "Begini sajalah," kata saya. "Mulai malam ini buatlah majlis Yassin dan tahlil. Panggil 20 orang dan setiap seorang baca Surah Yassin sebanyak 2 kali. Apabila selesai bacaan Yassin, minta imam bacakan doa supaya diampunkan dosa Allahyarham kepada ibunya.. Baca dalam bahasa Melayu

dan ulang doa itu sebanyak tujuh kali."


Seperti yang saya nasihatkan, pada malam berkenaan mereka mengadakan majlis itu. Namun saya diberitahu, imam yang membaca doa tersebut menggigil ketakutan. Alhamdulillah, pada hari ketujuh, kubur berkenaan tidak lagi berlubang. Peristiwa ini sudah berlaku empat tahun lepas namun masih terbayang-bayang di mata saya. Setiap kali tibanya hari raya aidilfitri, setiap kali itulah peristiwa tersebut menjelma dalam

ingatan kerana ia terjadi cuma beberapa hari selepas kita berhari raya.. Sungguh

menyentuh hati saya, ketika orang sedang bergembira berhari raya, ketika itulah keluarga tersebut ditimpa petaka, si ibu meninggal dunia dan anaknya yang derhaka diazab hingga ke akhir hayatnya. Kisah ini saya paparkan bukan untuk mengaibkan Allahyarham ataupun keluarganya, tapi supaya kita dapat mengambilnya sebagai pedoman dan iktibar. Doakanlah semoga dosa Allahyarham Jalal diampunkan Allah. Amin.













Back to top Go down
http://www.ceramic2u.com/razali_pb59047
usman
ELITE
ELITE
usman

Male
Countries/State : Sabah
Age : 42
location : labuan n kb
Tag ID: : SFC 05218
Points : 14609
Reputation : 7
Number of posts : 3056

Azab anak derhaka Empty
PostSubject: Re: Azab anak derhaka   Azab anak derhaka Icon_minitime3/9/2009, 12:25 pm

berair mata membaca bro...
panjang btul cerita ni...
Back to top Go down
razali_pb59047
SUPERIOR
SUPERIOR
razali_pb59047

Male
Countries/State : Sabah
Age : 36
location : sabah
Tag ID: : SFC 06878
Points : 13388
Reputation : 10
Number of posts : 2090

Azab anak derhaka Empty
PostSubject: Re: Azab anak derhaka   Azab anak derhaka Icon_minitime3/9/2009, 12:29 pm

haha..memang berair pun kalau d baca...insaf terus..
Back to top Go down
http://www.ceramic2u.com/razali_pb59047
kizukata
FRESHIE
FRESHIE
kizukata

Male
Age : 37
location : Beaufort
Tag ID: : SFC04538
Points : 11645
Reputation : 0
Number of posts : 63

Azab anak derhaka Empty
PostSubject: Re: Azab anak derhaka   Azab anak derhaka Icon_minitime6/9/2009, 6:21 am

moral of the story...
bahagiakanlah ibu dan bapa selagi mereka masih ada....
Back to top Go down
http://psvcrew-ipgm.blogspot.com
Zakey
SENIOR
SENIOR
Zakey

Male
Countries/State : Sabah
Age : 44
location : Sabah - Sarawak
Tag ID: : SFC 07843
Points : 11678
Reputation : 1
Number of posts : 512

Azab anak derhaka Empty
PostSubject: Re: Azab anak derhaka   Azab anak derhaka Icon_minitime6/9/2009, 8:44 am

yg baik jdkn tauladan, yg jahat jdkn sempadan...............
Back to top Go down
razali_pb59047
SUPERIOR
SUPERIOR
razali_pb59047

Male
Countries/State : Sabah
Age : 36
location : sabah
Tag ID: : SFC 06878
Points : 13388
Reputation : 10
Number of posts : 2090

Azab anak derhaka Empty
PostSubject: Re: Azab anak derhaka   Azab anak derhaka Icon_minitime6/9/2009, 12:40 pm

betul2....
Back to top Go down
http://www.ceramic2u.com/razali_pb59047
vanilla sky
REGULAR
REGULAR
vanilla sky

Male
Countries/State : Sabah
Age : 39
location : beaufort-sipitang-sindumin-lawas
Tag ID: : SFC 06221
Points : 11607
Reputation : 5
Number of posts : 284

Azab anak derhaka Empty
PostSubject: Re: Azab anak derhaka   Azab anak derhaka Icon_minitime28/9/2009, 10:30 am

ibu..ibu..engkaula ratu hatiku..
Azab anak derhaka 277422 Azab anak derhaka 277422 Azab anak derhaka 277422 Azab anak derhaka 277422 Azab anak derhaka 277422

astaghfirullah..
Back to top Go down
Yueyn_yuyue
REGULAR
REGULAR


Female
Countries/State : Sabah
Age : 34
location : Papar-KK....ari2 ulang alik p keja...
Tag ID: : SFC 08002
Points : 11649
Reputation : 4
Number of posts : 495

Azab anak derhaka Empty
PostSubject: Re: Azab anak derhaka   Azab anak derhaka Icon_minitime28/9/2009, 10:55 am

Azab anak derhaka 548260 Ibu...
bergenang airmataku terbayang wajahmu yang redup sayu....kudusnyaaa kasih yg engkau hamparkan bagaikn laut yg tak bertepian...


Aeman-buatmu Ibu...
esp dedicated for my lovely Mum...
Back to top Go down
baby_puteranaga2
MODERATOR
baby_puteranaga2

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 34
location : W.P Labuan
Tag ID: : SFC 05324
Points : 17982
Reputation : 16
Number of posts : 6512

Azab anak derhaka Empty
PostSubject: Re: Azab anak derhaka   Azab anak derhaka Icon_minitime28/9/2009, 11:08 am

ibu engkaulah ratu hatiku....
ampun maaf jika anakmu ini ada melakukan kesilapan terhadap dirimu...
engkaulah segalanya untuk ku... Azab anak derhaka 277422
Back to top Go down
De_Scarlet
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR


Male
Countries/State : Sabah
Age : 36
location : B'One..
Tag ID: : SFC06536
Points : 12521
Reputation : 1
Number of posts : 1165

Azab anak derhaka Empty
PostSubject: Re: Azab anak derhaka   Azab anak derhaka Icon_minitime8/10/2009, 10:35 pm

sadis oo..huhuhuu..
onjang crita mu ni bro..hehe..
rindu pla mama druma ba..
pulg kg la ku bsuk ni..hehe
Back to top Go down
Drifter@D5
SENIOR
SENIOR
Drifter@D5

Male
Countries/State : Perak
Age : 41
location : kuantan phg
Points : 12049
Reputation : 6
Number of posts : 521

Azab anak derhaka Empty
PostSubject: Re: Azab anak derhaka   Azab anak derhaka Icon_minitime10/10/2009, 1:48 pm

jdkan teladan Azab anak derhaka 23998
Back to top Go down
Sponsored content




Azab anak derhaka Empty
PostSubject: Re: Azab anak derhaka   Azab anak derhaka Icon_minitime

Back to top Go down
 

Azab anak derhaka

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: KECOH KECOH SITU SANA SINI :: Story-
Jump to: