SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
kemalangan bas plg ngeri... Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
kemalangan bas plg ngeri... Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 kemalangan bas plg ngeri...

View previous topic View next topic Go down 
Go to page : 1, 2  Next
AuthorMessage
haibara
SUPERIOR
SUPERIOR


Female
Countries/State : Pahang
Age : 39
location : Klang
Website : http://maemorrie.ads4blog.net
Tag ID: : SFC 00444
Points : 12643
Reputation : -1
Number of posts : 2048

kemalangan bas plg ngeri... Empty
PostSubject: kemalangan bas plg ngeri...   kemalangan bas plg ngeri... Icon_minitime14/8/2007, 1:24 pm

huhu..aku baru tbace kat paper arini.. trk tul accident tuh..cm nak letak pic die jek.. al fatihah wat family2 mangse..

kemalangan bas plg ngeri... 14maut10

kemalangan bas plg ngeri... 14maut11

kemalangan bas plg ngeri... Inside10

kemalangan bas plg ngeri... 14maut12


Polis sahkan pemandu bas ekspres ada 15 saman trafik, dua waran tangkap

TAIPING:
Dua puluh orang termasuk tiga pasangan suami isteri maut manakala
sembilan lagi cedera apabila sebuah bas ekspres terbabas dan terhumban
ke dalam parit di Kilometer 229.1 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran
kawasan Rehat dan Rawat Bukit Gantang di sini, semalam.

Nahas
jalan raya terburuk dalam sejarah negara itu sekali gus menimbulkan
semula persoalan berhubung isu pemandu yang mempunyai kesalahan trafik
berulang, tetapi masih ‘bebas’ memandu kenderaan awam.

Siasatan awal polis mendapati pemandu bas berkenaan, Rohizan Abu Bakar,
38, yang turut terbunuh dalam nahas kira-kira jam 4.40 pagi itu,
mempunyai 15 kesalahan trafik termasuk dua waran tangkap.

Ketua
Polis Daerah, Asisten Komisioner Raja Musa Raja Razak, berkata bas
milik Syarikat Kenderaan Bukit Gantang Sdn Bhd yang didaftarkan pada
1987 itu pula mempunyai 19 saman sejak 1991.

Ini bukan kali pertama pemandu bas yang mempunyai rekod kesalahan
trafik, terbabit dalam kemalangan yang meragut nyawa ramai penumpang.


Dalam nahas membabitkan bas ekspres Mutiara dan sebuah bas sekolah di
Jalan Kuala Lipis-Merapoh, Pahang yang mengorbankan 15 penumpang pada
30 November 2003 lalu, pemandu bas ekspres itu juga dikatakan memiliki
lima kesalahan lalu lintas termasuk memandu melebihi had laju. Ujian
air kencing pemandu bas sekolah itu pula, disahkan mengandungi dadah.


Mengulas nahas semalam, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Chan Kong
Choy, berkata kementerian akan menubuhkan pasukan penyiasat yang
dianggotai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Majlis Keselamatan
Jalan Raya bagi mengenal pasti punca kejadian itu.

“Kita akan menyiasat sama ada kemalangan itu disebabkan struktur jalan atau keadaan bas

serta kemungkinan pemandu terbabit mengantuk, keletihan atau memandu di bawah pengaruh dadah,” katanya.


Dalam kemalangan ngeri itu, 19 orang termasuk dua rakyat Indonesia mati
di tempat kejadian dan seorang lagi meninggal dunia di Hospital Taiping
(HT). Lapan penumpang pula cedera parah termasuk pembantu pemandu bas
berkenaan dan dua rakyat Vietnam manakala seorang rakyat Nepal dirawat
sebagai pesakit luar.

Beberapa saksi memberitahu bas Super
Express itu yang dalam perjalanan dari Melaka ke Alor Star bersama 29
penumpang itu, melilau ke kiri dan kanan beberapa kali sebelum terbabas
apabila tayarnya termasuk dalam longkang kecil di tepi lebuh raya
berkenaan.

Bas itu dikatakan melanggar penghadang jalan dan terhumban ke dalam
parit sebelum merempuh bongkah batu di Kilometer 229.1 lebuh raya
berkenaan.

Rempuhan itu menyebabkan bumbung bas terbabit
tercabut dan semua penumpang tercampak ke hadapan selepas terjunam dan
terbalik ke dalam parit sedalam lima meter.

Semua mangsa
dikatakan bertindih termasuk seorang wanita ditemui dalam keadaan
terkulai dengan anaknya berusia tiga tahun masih dalam pangkuannya.
Suami wanita itu dikatakan turut terbunuh.

Anak pasangan itu kini dirawat di Unit Rawatan Rapi HT dan keadaannya dilaporkan kritikal.


Seramai 41 anggota dari tiga Balai Bomba berhampiran termasuk Kuala
Kangsar dan Sungai Siput dikejarkan ke tempat kejadian sebaik menerima
panggilan orang ramai sekitar jam 4.45 pagi.

INFO
Mangsa terkorban


  • T Krishnan, 46, (Kuala Ketil, Kedah)
  • Padliz Ahmad, 22, (Jasin, Melaka)
  • Josli Arshad, 39, (Jambatan Duyong, Melaka)
  • Rohizan Abu Bakar, 36, (pemandu bas - Kulim, Kedah)
  • Nazri Noordin, 35, (Ayer Itam, Pulau Pinang)
  • Pang Tee Min, 58, (Melaka)
  • Mohd Yazid Md Yusoh, 22, (Jasin, Melaka)
  • Zuliyani Buang, 25, (Tanjung Keling, Melaka)
  • Md Basri, (Merlimau, Melaka)
  • Shahril Afendi, 22, (Alor Star, Kedah)
  • Sundaram Priyasamy, 31, (Tanah Merah, Jitra, Kedah)
  • Siti Sophia Ismail, 23, (Alor Star, Kedah)
  • Norsharumiza Khairy, 27, (Kulim, Kedah)
  • Teoh Kee Song, 34, (Padang Temusu, Kedah)
  • Cheng Chun Joo, 37, (isteri Teoh)
  • Kamis Said, 62, (Masjid Tanah, Melaka)
  • Zaitun Bachik, 58, (isteri Kamis)
  • Abu Bakar S Ali, 27, (Medan, Indonesia)
  • Sri Asiah, 32, (isteri Abu Bakar)


    retreived: berita harian 14/8
    al-fatihah buat semua mansa.. [-O<
    Back to top Go down
    http://maemorrie.ads4mall.com
    haibara
    SUPERIOR
    SUPERIOR


    Female
    Countries/State : Pahang
    Age : 39
    location : Klang
    Website : http://maemorrie.ads4blog.net
    Tag ID: : SFC 00444
    Points : 12643
    Reputation : -1
    Number of posts : 2048

    kemalangan bas plg ngeri... Empty
    PostSubject: Re: kemalangan bas plg ngeri...   kemalangan bas plg ngeri... Icon_minitime14/8/2007, 1:28 pm

    Mayat wanita peluk anak







    TAIPING: “Ketika tiba di tempat kejadian, kami dapat melihat mayat
    seorang wanita masih memeluk erat anaknya di kerusi dengan kepala si
    ibu tersepit antara tingkap bas dan batu yang dilanggar bas itu.


    “Ketika itu, keadaan kanak-kanak terbabit agak parah. Kami tak tahu
    keadaannya selepas itu kerana semua mangsa dihantar ke Hospital Taiping
    untuk rawatan,” kata Penguasa Balai Bomba Taiping, Mazlan Zainal.


    Harian Metro difahamkan, wanita itu ialah Sri Asiah, 32, dari Medan,
    Indonesia yang turut terbunuh bersama suaminya, H Abu Bakar S AG, 27.

    Anak mereka hanya dikenali sebagai Abdul Karim, 4, dan menerima rawatan rapi di Hospital Taiping.

    Mazlan berkata tragedi itu adalah kemalangan paling ngeri pernah
    dilihatnya sepanjang bertugas dengan pasukan Bomba dan Penyelamat.

    Katanya, sukar untuk menceritakan keadaan penumpang bas itu ketika
    anggotanya tiba di tempat kejadian tetapi keadaannya memang menyayat
    hati.

    Kemalangan bas ekspres terburuk dalam sejarah negara itu mengorbankan 20 penumpang dan sembilan cedera, termasuk tiga parah.

    Kejadian berlaku kira-kira jam 4.30 pagi semalam di Kilometer 229 Lebuhraya Utara-Selatan di Bukit Gantang, dekat sini.


    Bas ekspres dalam perjalanan dari Melaka menuju ke Butterworth itu
    dikatakan menuruni laluan berbukit sebelum terbabas lalu merempuh
    penghadang jalan sebelah kiri dan terjunam dalam parit sedalam lima
    meter.

    Mazlan berkata, ketika tiba di tempat kejadian, dia
    melihat bas ekspres itu terbalik dalam parit selepas dipercayai
    merempuh satu batu besar di tebing sebelah kiri jalan.

    Katanya,
    dia dan 41 anggota dari tiga balai bomba termasuk Kuala Kangsar dan
    Sungai Siput melihat bumbung bas ekspres itu tercabut, manakala semua
    penumpang masih berada di kerusi masing-masing tetapi menghempap antara
    satu dengan lain akibat tekanan kuat ketika bas itu merempuh batu besar.


    “Kami menerima panggilan orang ramai kira-kira jam 4.45 pagi dan tiba
    15 minit kemudian bersama 41 anggota dan tiga jentera bomba serta terus
    memulakan kerja menyelamat dan mengeluarkan mangsa.

    “Malangnya,
    kami dapati lebih separuh daripada penumpang sudah meninggal dunia,
    manakala yang lain berada dalam keadaan tidak sedarkan diri,” katanya
    ketika ditemui di tempat kejadian di sini.

    Mazlan berkata,
    pemandu bas yang turut maut dalam nahas itu dipercayai mengantuk dan
    mungkin tidak perasan haluan bas yang dipandunya sebelum melanggar dua
    penghadang jalan serta merempuh sebuah batu besar lalu terjunam dalam
    parit itu.

    “Punca kejadian tidak dapat dipastikan, tapi
    berdasarkan saksi, bas itu dipandu secara tidak stabil kerana dilihat
    ke kiri dan kanan jalan beberapa kali sebelum terbalik apabila tayarnya
    termasuk dalam longkang kecil di tepi lebuh raya,” katanya.


    Sementara itu, Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Raja Musa
    Raja Razak, berkata semua mangsa yang terbunuh membabitkan 18 rakyat
    Malaysia dan dua warga Indonesia.

    Menurutnya, sembilan yang
    cedera ialah lima rakyat tempatan, dua warga Vietnam, seorang warga
    Nepal dan seorang warga Indonesia.

    “Kebanyakan penumpang maut
    berikutan bas ekspres itu remuk dan bumbungnya tercabut, mengakibatkan
    ada penumpang tercampak dan sebahagiannya tersepit dalam bas itu,”
    katanya.

    Penumpang yang cedera dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Taiping.

    retreived: harian metro
    Back to top Go down
    http://maemorrie.ads4mall.com
    save
    FRESHIE
    FRESHIE


    Male
    Points : 12742
    Reputation : 0
    Number of posts : 65

    kemalangan bas plg ngeri... Empty
    PostSubject: Re: kemalangan bas plg ngeri...   kemalangan bas plg ngeri... Icon_minitime15/8/2007, 2:53 pm

    al-fatihah buat mereka...
    semoga roh2 mereka dapat bersemadi dgn aman dan dicucuri rahmat...
    Back to top Go down
    DARKNESS88
    OBSERVER
    OBSERVER
    DARKNESS88

    Male
    Countries/State : Singapore
    location : WOODLAND
    Points : 12719
    Reputation : 0
    Number of posts : 1220

    kemalangan bas plg ngeri... Empty
    PostSubject: Re: kemalangan bas plg ngeri...   kemalangan bas plg ngeri... Icon_minitime15/8/2007, 4:47 pm

    bas driver binatang.......
    Back to top Go down
    haibara
    SUPERIOR
    SUPERIOR


    Female
    Countries/State : Pahang
    Age : 39
    location : Klang
    Website : http://maemorrie.ads4blog.net
    Tag ID: : SFC 00444
    Points : 12643
    Reputation : -1
    Number of posts : 2048

    kemalangan bas plg ngeri... Empty
    PostSubject: Re: kemalangan bas plg ngeri...   kemalangan bas plg ngeri... Icon_minitime15/8/2007, 7:04 pm

    DARKNESS88 wrote:
    bas driver b*******.......

    sile gunekan bahase yg lebih sopan..
    thanks..
    Back to top Go down
    http://maemorrie.ads4mall.com
    aLFFiaN
    ADMINISTRATOR
    ADMINISTRATOR
    aLFFiaN

    Male
    Countries/State : Malaysia
    Age : 41
    location : Borneo Island
    Website : www.sioloon.com
    Tag ID: : SFC00001
    Points : 15112
    Reputation : 101
    Number of posts : 7895

    kemalangan bas plg ngeri... Empty
    PostSubject: Re: kemalangan bas plg ngeri...   kemalangan bas plg ngeri... Icon_minitime19/8/2007, 7:27 pm

    aku paling kesian kes budak kena peluk ibu tu... kesian ngan budak tu... kena peluk ibu dah takde nyawa...
    Back to top Go down
    http://www.sioloon.com
    haibara
    SUPERIOR
    SUPERIOR


    Female
    Countries/State : Pahang
    Age : 39
    location : Klang
    Website : http://maemorrie.ads4blog.net
    Tag ID: : SFC 00444
    Points : 12643
    Reputation : -1
    Number of posts : 2048

    kemalangan bas plg ngeri... Empty
    PostSubject: Re: kemalangan bas plg ngeri...   kemalangan bas plg ngeri... Icon_minitime19/8/2007, 7:30 pm

    aLFFiaN wrote:
    aku paling kesian kes budak kena peluk ibu tu... kesian ngan budak tu... kena peluk ibu dah takde nyawa...

    mm..mak tuh bersungguh2 nak selamatkan ank die...
    pengorbanan seorang ibu...so sayangila ibu anda.....
    Back to top Go down
    http://maemorrie.ads4mall.com
    aLFFiaN
    ADMINISTRATOR
    ADMINISTRATOR
    aLFFiaN

    Male
    Countries/State : Malaysia
    Age : 41
    location : Borneo Island
    Website : www.sioloon.com
    Tag ID: : SFC00001
    Points : 15112
    Reputation : 101
    Number of posts : 7895

    kemalangan bas plg ngeri... Empty
    PostSubject: Re: kemalangan bas plg ngeri...   kemalangan bas plg ngeri... Icon_minitime19/8/2007, 7:37 pm

    haibara wrote:
    aLFFiaN wrote:
    aku paling kesian kes budak kena peluk ibu tu... kesian ngan budak tu... kena peluk ibu dah takde nyawa...

    mm..mak tuh bersungguh2 nak selamatkan ank die...
    pengorbanan seorang ibu...so sayangila ibu anda.....

    tak adil... mana ble sayangkan ibu je.. kena sayang kan kedua² sekali, jan lupa ayah tau!! huhhuhu...
    Back to top Go down
    http://www.sioloon.com
    haibara
    SUPERIOR
    SUPERIOR


    Female
    Countries/State : Pahang
    Age : 39
    location : Klang
    Website : http://maemorrie.ads4blog.net
    Tag ID: : SFC 00444
    Points : 12643
    Reputation : -1
    Number of posts : 2048

    kemalangan bas plg ngeri... Empty
    PostSubject: Re: kemalangan bas plg ngeri...   kemalangan bas plg ngeri... Icon_minitime19/8/2007, 7:59 pm

    aLFFiaN wrote:
    haibara wrote:
    aLFFiaN wrote:
    aku paling kesian kes budak kena peluk ibu tu... kesian ngan budak tu... kena peluk ibu dah takde nyawa...

    mm..mak tuh bersungguh2 nak selamatkan ank die...
    pengorbanan seorang ibu...so sayangila ibu anda.....

    tak adil... mana ble sayangkan ibu je.. kena sayang kan kedua² sekali, jan lupa ayah tau!! huhhuhu...

    yer la...yer la...syg mak ngan ayah yer... die nak gak gaduh tuh.... :roll:
    Back to top Go down
    http://maemorrie.ads4mall.com
    cherry_cutiey
    JUNIOR
    JUNIOR
    cherry_cutiey

    Female
    Age : 36
    location : KL
    Points : 12468
    Reputation : 0
    Number of posts : 215

    kemalangan bas plg ngeri... Empty
    PostSubject: Re: kemalangan bas plg ngeri...   kemalangan bas plg ngeri... Icon_minitime30/10/2007, 11:20 am

    al-fatihah....
    Back to top Go down
    http://cherrybunny.fotopages.com
    xiaomao
    MODERATOR
    xiaomao

    Male
    Countries/State : Sabah
    Age : 35
    location : Kota kinabalu,sabah
    Website : https://www.facebook.com/profile.php?id=100002328674361
    Tag ID: : 00735
    Points : 14149
    Reputation : 24
    Number of posts : 7994

    kemalangan bas plg ngeri... Empty
    PostSubject: Re: kemalangan bas plg ngeri...   kemalangan bas plg ngeri... Icon_minitime10/11/2007, 9:40 am

    huhu...kasian nia.....
    Back to top Go down
    Luis Garcia
    SENIOR
    SENIOR
    Luis Garcia

    Male
    Age : 38
    location : labuan/sandakan
    Tag ID: : 128
    Points : 12784
    Reputation : 0
    Number of posts : 536

    kemalangan bas plg ngeri... Empty
    PostSubject: Re: kemalangan bas plg ngeri...   kemalangan bas plg ngeri... Icon_minitime22/11/2007, 12:00 am

    mati sahid ka nie????????
    Back to top Go down
    Satria Neo84
    SENIOR
    SENIOR
    Satria Neo84

    Age : 40
    location : Labuan
    Points : 12664
    Reputation : 0
    Number of posts : 834

    kemalangan bas plg ngeri... Empty
    PostSubject: Re: kemalangan bas plg ngeri...   kemalangan bas plg ngeri... Icon_minitime24/11/2007, 1:58 am

    al-fatiha
    Back to top Go down
    Intan Nuraini
    SENIOR
    SENIOR
    Intan Nuraini

    Female
    Age : 33
    location : labuan
    Points : 12446
    Reputation : 0
    Number of posts : 592

    kemalangan bas plg ngeri... Empty
    PostSubject: Re: kemalangan bas plg ngeri...   kemalangan bas plg ngeri... Icon_minitime4/12/2007, 5:46 pm

    al fatihah
    Back to top Go down
    Luis Garcia
    SENIOR
    SENIOR
    Luis Garcia

    Male
    Age : 38
    location : labuan/sandakan
    Tag ID: : 128
    Points : 12784
    Reputation : 0
    Number of posts : 536

    kemalangan bas plg ngeri... Empty
    PostSubject: Re: kemalangan bas plg ngeri...   kemalangan bas plg ngeri... Icon_minitime4/12/2007, 11:24 pm

    elok la sgt 2 bca al-fatihah
    Back to top Go down
    Princess_Cutie01
    REGULAR
    REGULAR
    Princess_Cutie01

    Female
    Age : 34
    location : Sabah
    Points : 12452
    Reputation : 0
    Number of posts : 384

    kemalangan bas plg ngeri... Empty
    PostSubject: Re: kemalangan bas plg ngeri...   kemalangan bas plg ngeri... Icon_minitime24/2/2008, 4:07 pm

    sedihnye... rasa nak nangis je...
    Back to top Go down
    Leman81
    REGULAR
    REGULAR
    Leman81

    Male
    Countries/State : Sabah
    Age : 43
    location : TAWAU
    Points : 12088
    Reputation : 0
    Number of posts : 413

    kemalangan bas plg ngeri... Empty
    PostSubject: Re: kemalangan bas plg ngeri...   kemalangan bas plg ngeri... Icon_minitime4/6/2008, 12:38 pm

    alfatiha...
    Back to top Go down
    http://www.pipercross.nicebroad.net
    RBN76
    SUPERIOR
    SUPERIOR


    Male
    Age : 46
    location : ANYWHERE AND ANYTIME
    Points : 12127
    Reputation : 0
    Number of posts : 2142

    kemalangan bas plg ngeri... Empty
    PostSubject: Re: kemalangan bas plg ngeri...   kemalangan bas plg ngeri... Icon_minitime4/6/2008, 12:44 pm

    Malang tidak berbau yang telah disengajakan....
    Back to top Go down
    drakult
    SIFU
    SIFU


    Male
    Age : 47
    location : SU, SA, SB
    Points : 12380
    Reputation : -1
    Number of posts : 6286

    kemalangan bas plg ngeri... Empty
    PostSubject: Re: kemalangan bas plg ngeri...   kemalangan bas plg ngeri... Icon_minitime4/6/2008, 12:48 pm

    suma telah ditentukan..al- fatihah..
    Back to top Go down
    darrengt
    CONTRIBUTOR
    CONTRIBUTOR
    darrengt

    Male
    Countries/State : Brunei
    Age : 43
    location : kota kinabalu
    Points : 12223
    Reputation : 0
    Number of posts : 1246

    kemalangan bas plg ngeri... Empty
    PostSubject: Re: kemalangan bas plg ngeri...   kemalangan bas plg ngeri... Icon_minitime20/7/2008, 5:53 pm

    kesian mereka yg meninggal sedih
    Back to top Go down
    ha124m
    MODERATOR
    ha124m

    Male
    Countries/State : Sabah
    Age : 38
    location : sabah
    Tag ID: : sfc:03072
    Points : 12150
    Reputation : 3
    Number of posts : 1842

    kemalangan bas plg ngeri... Empty
    PostSubject: Re: kemalangan bas plg ngeri...   kemalangan bas plg ngeri... Icon_minitime21/7/2008, 12:22 pm

    masih juga bas2 bsar bw laju mcm pelesit.....x ingat nyawa org yg mnumpang....
    Back to top Go down
    csilusz
    CONTRIBUTOR
    CONTRIBUTOR


    Male
    Countries/State : Sabah
    Age : 41
    location : Tambunan-lahad datu
    Tag ID: : SFC 03201
    Points : 12014
    Reputation : 0
    Number of posts : 1494

    kemalangan bas plg ngeri... Empty
    PostSubject: Re: kemalangan bas plg ngeri...   kemalangan bas plg ngeri... Icon_minitime21/7/2008, 7:56 pm

    suma driver bas besar patut p krusus..
    Back to top Go down
    intrax
    ELITE
    ELITE
    intrax

    Male
    Countries/State : Australia
    Age : 38
    location : Kota belud-SaNdAkaN
    Website : http://dynastyclub.forumotion.net
    Tag ID: : SFC 03293
    Points : 12551
    Reputation : 9
    Number of posts : 3111

    kemalangan bas plg ngeri... Empty
    PostSubject: Re: kemalangan bas plg ngeri...   kemalangan bas plg ngeri... Icon_minitime30/11/2008, 6:41 pm

    ina lilah wailahirojiunn takziah kepada keluarga mangsa moga di cucuri rahamat
    Back to top Go down
    http://www.borneoforestheritage.org.my
    puteri_kiRaNa
    FRESHIE
    FRESHIE
    puteri_kiRaNa

    Female
    Age : 38
    location : sabah
    Points : 11780
    Reputation : 0
    Number of posts : 44

    kemalangan bas plg ngeri... Empty
    PostSubject: Re: kemalangan bas plg ngeri...   kemalangan bas plg ngeri... Icon_minitime30/11/2008, 9:29 pm

    takziah pada c family... aduhh sedih.. cry
    Back to top Go down
    thenone
    CONTRIBUTOR
    CONTRIBUTOR
    thenone

    Male
    Countries/State : Sabah
    Age : 38
    location : Kota Kinabalu
    Tag ID: : sfc 03675
    Points : 12525
    Reputation : 16
    Number of posts : 1587

    kemalangan bas plg ngeri... Empty
    PostSubject: Re: kemalangan bas plg ngeri...   kemalangan bas plg ngeri... Icon_minitime15/12/2008, 11:18 pm

    cian nya......ingat lah org tsayang....
    Back to top Go down
    Sponsored content




    kemalangan bas plg ngeri... Empty
    PostSubject: Re: kemalangan bas plg ngeri...   kemalangan bas plg ngeri... Icon_minitime

    Back to top Go down
     

    kemalangan bas plg ngeri...

    View previous topic View next topic Back to top 

     Similar topics

    +
    Page 1 of 2Go to page : 1, 2  Next

    Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
    SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: PHOTO COLLECTION :: Sympathy-
    Jump to: