Planet Baru Ditemui Pada Data Lama Teleskop Hubble
Saintis baru-baru telah membuat satu penemuan terbaru dalam bidang astronomi. Penemuan tersebut mendedahkan sebuah planet luar sistem suria (exoplanet) yang terletak pada jarak 130 juta tahun cahaya dari Bumi. Lebih menarik lagi, data penemuan planet ini sebenarnya merupakan data lama oleh teleskop hubble yang diambil sekitar 11 tahun dahulu.
Menurut NASA, penggunaan teknik terbaru yang dikenali sebagai Near Infrared Camera and Multi-Object Spectrometer (NICMOS) membolehkan ahli astronomi melihat semula imej-imej exoplanet yang mungkin tersembunyi akibat pertindahan cahaya oleh bintang-bintang.
Planet tersebut dikenalpasti berada dalam sistem bintang HR 8799 dan dianggarkan mempunyai jisim 7 kali lebih tumpat berbanding Planet Jupiter. Turut dikenal pasti terdapat dua lagi planet gergasi yang mengorbit bintang yang sama.
Sehingga hari, saintis telah menemui mengenalpasti sejumlah 300 buah exoplanet di dalam galaksi Bima Sakti.