VIVAnews - Pakar astronomi Amerika syarikat (US) telah mengaku dan menemui planet di luar galaksi serupa dengan bumi.
kedudukan planet tersebut berjarak 120 trilion mile atau sekitar 1,932 trilion kilometer. persoalannya bagaimana mereka menemui planet tersebut?
Pengkaji dari Universiti California di Santa Cruz , Steven Vogt dan R Paul Butler, astronomi dari Institut Carnegie di washington mengatakan bahawa mereka menggunakan teleskop canggih untuk menjejaki plabet tersebut , namun masih gagal.
Para cendiakawan telah mengamati planet ini dengan suatu bintang yang dikenali sebagai Gliese 581 selama sebelas tahun . bintang tersebutlah menjadi panduan untuk dijadikan orbit bagi menjejaki planet mirip bumi tersebut
Planet ini merupakan planet yang keenam ditemui oleh para pengkaji yang mengeliling Gliese 581. menurut Vogt , dua planet lain dijangka sesuai untuk dihuni namun yg lainya tidak kerana terlalu panas
Sebelum ini planet kelima yang ditemui juga tidak sesuai untuk dihuni oleh manusia kerana suhunya terlalu sejuk. Namun planet yg terbaru ditemui ini iaitu planet keenam dalam kajian adalah kelihatan lebih mirip dengan cuaca planet bumi. kemungkinan besarnya bersesuaian dengan hidupan bumi kerana koordinasinya tidak terlalu dekat dan tidak terlalu jauh dari bintang
Planet ini dinamakan Gliese 581g sempena nama bintang yang menjadi pusat putaran disebut Gliese 581a. Namun, Vogt tidak setuju dengan penamaan planet tersebut kerana nama tersebut tidak bersesuai dengan keadaan planet yang ditemui.beliau lebih suka menamakan planet tersebut sempena nama isterinya Zarmina.
Gliese 581 dianggap "bintang cebol" besarnya hanya satu per tiga dari matahari. Oleh demikian ianya tidak boleh dilihat melalui teleskop dari bumi walaupun menggunakan peralatan teleskop canggih.
Penemuan para astronomi ini telah diumumkan di media Astrophysical Journal dan juga di National science Foundation, Rabu 29 September 2010