Alkisahnya di suatu kampung ada seorang pemuda bernama Abu. Dia baru pulang dari melanjutkan pelajaran di Mesir. Maka orang kampung pun ingin mengetest ilmu yg Abu dapat di sana.
Orang2 kampung pun memilih 1 hari untuk mengetest Abu dengan memberikan tajuk ceramah tersebut. Selepas mendengar berita itu Abu pun terus jadi gabra sebab dia ni jenis yg tak berani nak ceramah2 ni.
Tiba hari tersebut Abu pun memulakan ucapan aluan seperti yg selalu ustaz2 baca sebelum mula ceramah. Selesai ucapan aluan tersebut Abu pun bertanya pada orang2 kampung.
Abu : Pakcik2 & makcik2 tahu tak apa yang saya nak cerita arini??
Org2 kg : Tahuuu.....(sbb diorang dah tau tajuk ceramah, so diorang jawab la cam tu)
Abu : Ermm...kalau dah tau senang la...tak payah susah2 saya nak cerita...Ok. kita bersurai.
Orang kampung pun terkebil2...tak sangka pulak jadi mcm ni. Tapi mereka tak berputus asa dan mereka pilih 1 lagi hari untuk menjemput Abu mengadakan ceramah lagi. Tapi kali ini mereka sudah berbincang jawapan yang akan diberi kpd Abu.
Tiba hari tersebut seperti biasa Abu memulakan ucapan aluan. Kemudian dia pun bertanya.
Abu : Pakcik2 dan makcik2 tau tak apa yang saya nak cerita arini??
Org2 kg : Tak tahuuu...!!!
Abu : Oh! Kalau mcm tu susah la saya nak cerita sbb semua tak tahu...
Abu pun menyuraikan majlis.
Orang kampung terus terpinga-pinga lagi dengan jawapan Abu.
Org Kg 1 : Tak boleh jadi ni...Kita mesti test Abu jugak!!
Maka mereka pun jemput Abu lagi sekali dan mereka telah berbincang jawapan yang akan diberi.
Tiba hari tersebut Abu dengan muka slamber telah memulakan ucapan aluan macam biasa. Tibalah soalan favourite Abu dan orang2kampung pun tersenyum2 menunggu soalan dari Abu.
Abu : Ok lah!! Pakcik2 dan makcik2 tahu tak apa yang saya nak cerita arini???
Separuh org2 kg : Tahuuuu...!!!
Separuh org2 kg lg: Tak tahuuuu...!!!
Abu : Ermmm...kalau mcm ni lagi senang... yang tak tahu boleh tanya pada yang tahu...