| Minyak Masak sebagai Minyak Pelincir | |
|
Author | Message |
---|
abglang FRESHIE
Countries/State : Age : 48 location : Sabahan.NET Points : 11820 Reputation : 0 Number of posts : 19
| Subject: Minyak Masak sebagai Minyak Pelincir 27/11/2008, 9:53 am | |
| Isu lama... saya cuba buka dlm Sabahan.NET tapi tidak ada sambutan untuk perbincangan. Tapi menarik.. INI Saya petik dari Sabahan.NET http://www.sabahan.net/forum/minyak-masak-sebagai-minyak-pelincir-t-1052.html Sesiapa ada pengalaman menggunakan minyak masak kelapa sawit, boleh kongsi bersama forumer di sini.KOSMO Jumaat 14 November 2008 - Quote :
- Dipetik dari
PERCAYAKAH anda bahawa minyak masak berasaskan minyak kelapa sawit boleh digunakan sebagai minyak pelincir untuk kenderaan anda?
Malahan sudah terdapat segelintir penduduk di Negeri Sembilan menggunakan minyak masak sebagai minyak pelincir atau minyak hitam untuk kereta mereka tanpa menghadapi sebarang masalah.
Pengurus Pemasaran Sekolah Golf Michael Ismail, Nik Safian Afzani Omar berkata, beliau telah menggunakan minyak masak yang dibeli pada harga RM2.50 sepaket untuk enjin kereta Kancilnya.
"Kancil saya menggunakan tiga liter minyak hitam. Jadi, saya tuang dua paket setengah minyak masak untuk menyamai kuantiti itu. Dahulu, kalau servis minyak hitam, saya berhabis sehingga RM130, tetapi sekarang kurang RM10," katanya.
Jika dahulu beliau menggunakan minyak hitam semi sentitik jenama Castrol, kini Nik Safian Afzani menggunakan 'minyak hitam' yang dibelinya dari sebuah pasar raya.
Menurutnya, selepas menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam, suhu enjinnya sangat rendah dan meter suhu tidak pernah lebih dari satu takuk.
Nik Safian berkata, ketika menghantar kereta ke sebuah bengkel kenderaan untuk ditukar penapis minyak, pekerja bengkel tersebut terkejut apabila mendapati keretanya menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam tetapi mengakui ini merupakan alternatif terbaik sebab harga minyak pelincir pada hari ini sudah naik.
Sementara itu, pencipta alat penjimat minyak kereta berasaskan gas hidrogen dan air, Hisham Abdullah, 43, turut menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam untuk kereta Proton Iswaranya.
Beliau sudah menggunakan bahan itu setahun yang lepas dan mendapati tidak ada kesan negatif menimpa keretanya.
Bekas jurutera sebuah syarikat Jepun serta graduan dalam bidang ekonomi dan kejuruteraan dari Universiti Arkansas, Amerika Syarikat itu berkata: "Minyak kelapa sawit merupakan minyak paling sentitik, tetapi kita tidak tahu mengenainya."
Mekanik kereta, Mohd Tajuddin Jalil pula, mula mengetahui mengenai rahsia minyak masak sebagai ganti minyak hitam kira-kira dua tahun lalu selepas bertemu dengan seorang pakar minyak dari luar negara.
Sejak itu, beliau menggunakan minyak masak berasaskan kelapa sawit sebagai minyak hitam keretanya, malahan beliau mengenali 67 pengguna kereta di Negeri Sembilan yang menggunakan minyak masak sebagai pelincir enjin kereta mereka.
"Hanya minyak masak berasaskan kelapa sawit sahaja boleh digunakan sebagai minyak hitam. Jangan pakai minyak masak berasaskan jagung, sayuran atau kacang kerana minyak ini pada suhu sejuk akan menjadi beku," katanya.
Katanya, harga minyak hitam keluaran pelbagai syarikat kini meningkat dengan sebotol empat liter minyak hitam semi sentitik kini berharga RM160 dan minyak sentitik sepenuhnya, mencecah RM200.
Bagaimanapun, beliau menasihatkan orang ramai supaya menukar gasket kereta mereka kepada jenama yang lebih baik sebelum menggunakan minyak masak sebagai pelincir enjin kereta.
Kepada mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai rahsia minyak masak boleh melayari http://ilmurahsia.name.my
Bernama
|
|
| |
scrypto REGULAR
Countries/State : Age : 40 location : Kota Kinabalu Tag ID: : SFC 03719 Points : 11971 Reputation : 0 Number of posts : 385
| Subject: Re: Minyak Masak sebagai Minyak Pelincir 3/12/2008, 1:31 pm | |
| boleh ka jadi minyak pelincir tu? |
|
| |
shalina7981 SUPERIOR
Age : 45 location : papar-putatan-tg aru-asia city kk Points : 12371 Reputation : 0 Number of posts : 2041
| Subject: Re: Minyak Masak sebagai Minyak Pelincir 5/12/2008, 3:21 pm | |
| |
|
| |
najim CONTRIBUTOR
Countries/State : Age : 43 location : somewhere Points : 11918 Reputation : 0 Number of posts : 1068
| Subject: Re: Minyak Masak sebagai Minyak Pelincir 5/12/2008, 3:32 pm | |
| PERINGATAN HANYA MINYAK SAWIT JAK YG DI BENARKAN.....Testimonial ni terbukti oleh salah satu member aku kt JOHOR....
p/s: aku x berani cuba oh.....hehehehehe |
|
| |
shalina7981 SUPERIOR
Age : 45 location : papar-putatan-tg aru-asia city kk Points : 12371 Reputation : 0 Number of posts : 2041
| Subject: Re: Minyak Masak sebagai Minyak Pelincir 5/12/2008, 3:52 pm | |
| tak berani aku mencubanya... |
|
| |
zul@LA SUPERIOR
Countries/State : Age : 42 location : kapayan Tag ID: : 03519 Points : 12773 Reputation : 12 Number of posts : 2259
| Subject: Re: Minyak Masak sebagai Minyak Pelincir 5/12/2008, 4:02 pm | |
| klu bikin minyak pelincir x penah la,tpi pakai untk 2T moto penah la,e2pun time2 trdesak,bau asap betul2 mcm asap ikan kna goreng,mati la siapa follow time 2 kahkahkah |
|
| |
najim CONTRIBUTOR
Countries/State : Age : 43 location : somewhere Points : 11918 Reputation : 0 Number of posts : 1068
| Subject: Re: Minyak Masak sebagai Minyak Pelincir 5/12/2008, 4:08 pm | |
| |
|
| |
ProjectD ADMINISTRATOR
Countries/State : Age : 36 location : Kk-Keningau-Beaufort-Kuching Tag ID: : SFC02081 Points : 14366 Reputation : 10 Number of posts : 6723
| Subject: Re: Minyak Masak sebagai Minyak Pelincir 5/12/2008, 9:47 pm | |
| bah try lah...siolonerz buat testi lgi... |
|
| |
abglang FRESHIE
Countries/State : Age : 48 location : Sabahan.NET Points : 11820 Reputation : 0 Number of posts : 19
| Subject: Re: Minyak Masak sebagai Minyak Pelincir 5/12/2008, 10:55 pm | |
| - zul@LA wrote:
- klu bikin minyak pelincir x penah la,tpi pakai untk 2T moto penah la,e2pun time2 trdesak,bau asap betul2 mcm asap ikan kna goreng,mati la siapa follow time 2 kahkahkah
Bah.. macamana dgn moto kau.. ada masalah kah selepas itu? Yg saya baca2 dlm forum.. org pakai KIA, Merc semua sudah cuba.... diorg rekemenkan Minyak masak Sri Murni (2 kali suling) dan tu filter kena tukar yg bagus punyaa.. |
|
| |
ProjectD ADMINISTRATOR
Countries/State : Age : 36 location : Kk-Keningau-Beaufort-Kuching Tag ID: : SFC02081 Points : 14366 Reputation : 10 Number of posts : 6723
| Subject: Re: Minyak Masak sebagai Minyak Pelincir 6/12/2008, 7:05 am | |
| hehehe,kasi spec minyak masak dulu bro... aku bkn pa,tkut kalau pakai minyak sri murni nnti,telebih masak piston tue bah |
|
| |
blugu ADMINISTRATOR
Countries/State : Age : 46 location : Kota Kinabalu-Putatan Tag ID: : SFC02202 Points : 12593 Reputation : 10 Number of posts : 2945
| Subject: Re: Minyak Masak sebagai Minyak Pelincir 20/12/2008, 9:11 pm | |
| berminat juga mau try oo... baru nie sy pakai minyak Semi - syn cap Idemitsu, super touring, 10w-40, terkejut apabila menuang minyak tersebut kedlm enjin, kecairannya lebih kurang minyak masak oo..... |
|
| |
aku_alli CONTRIBUTOR
Countries/State : Age : 41 location : WP Labuan Website : nebiula.blogspot.com Tag ID: : SFC 04520
Points : 13226 Reputation : 10 Number of posts : 1680
| Subject: Re: Minyak Masak sebagai Minyak Pelincir 31/12/2008, 8:21 am | |
| aku servis minyak hitam RM108 ja pun. nada jua la mahal sebab aku guna semi sintetik.kohkohkohkohkoh. |
|
| |
napster MODERATOR
Countries/State : Age : 40 location : KLIA (hometown papar) Tag ID: : SFC 03920 Points : 17614 Reputation : 116 Number of posts : 6364
| Subject: Re: Minyak Masak sebagai Minyak Pelincir 2/2/2009, 2:22 pm | |
| nyaman juga bunyi nyak.... tp cm takut juga mau try... |
|
| |
Nieto ADMINISTRATOR
Countries/State : Age : 36 location : Kota Kinabalu Tag ID: : SFC 01287 Points : 13983 Reputation : 34 Number of posts : 5595
| Subject: Re: Minyak Masak sebagai Minyak Pelincir 6/2/2009, 11:58 pm | |
| hehe kawan saya punya kereta dulu leaking engine oil... time itu di kampung ada kedai runcit jual minyak masak saja. jadi dia pakailah itu minyak masak sampai jumpa workshop. kereta tiada masalah, buang minyak flush sikit boleh pakai sudah sampai sekarang. hehehe |
|
| |
winner REGULAR
Countries/State : Age : 42 location : Tawau - KK Tag ID: : SFC 04327 Points : 11752 Reputation : 0 Number of posts : 364
| Subject: Re: Minyak Masak sebagai Minyak Pelincir 12/2/2009, 12:42 pm | |
| mcm ok ni.. siapa suda try? |
|
| |
bbr 193 REGULAR
Age : 112 location : SELURUH SABAH Points : 11986 Reputation : 0 Number of posts : 291
| Subject: Re: Minyak Masak sebagai Minyak Pelincir 12/2/2009, 12:56 pm | |
| NANTI AKU TRY D WIRA AKU....
SAMA2 KT TENGOK RESULT DIA...SABAR KAMU GENG....
KEBETULAN KETA AKU DUE FOR SERVICE...HE HE HE
BELUN CUBAA BELUM TAU KAN..MANA TAU KETA AKU TETIBAH NAIK HORSEPOWER...........NDA PAYA PASANG EMANGE...HAHAHAHHA |
|
| |
napster MODERATOR
Countries/State : Age : 40 location : KLIA (hometown papar) Tag ID: : SFC 03920 Points : 17614 Reputation : 116 Number of posts : 6364
| Subject: Re: Minyak Masak sebagai Minyak Pelincir 23/2/2009, 3:27 pm | |
| jd.. kalau minyak masak boleh digunakan sebagai minyak pelincir... mcmn pula kalau minyak pelincir dijadikan minyak masak? |
|
| |
QMB5181 FRESHIE
Countries/State : Age : 43 location : kk Tag ID: : Proton Points : 11458 Reputation : 1 Number of posts : 46
| Subject: Re: Minyak Masak sebagai Minyak Pelincir 27/4/2009, 10:58 am | |
| ni kalau minyak pelincir jadi minyak masak sedap kali ikan yg kena gorengkan... tp mahal lah pulak.... tapi tidak dinafikan bahawa minyak sawit adalah minyak yg paling stabil....tapi awas minyak sawit boleh menyalahkan api..... kalau nak pangang ikan guna biji sawit tu untuk menyalakan arang lagi bagus tak payah susah2 nak tiup2 hingga muka jadi arang wkwkwkwkwkwww... |
|
| |
bod_supersperm SUPERIOR
Countries/State : Age : 43 location : kota kinabalu sabah Tag ID: : SFC 03551 Points : 14159 Reputation : 6 Number of posts : 2276
| Subject: Re: Minyak Masak sebagai Minyak Pelincir 5/5/2009, 11:41 am | |
| try la...semi sentitik masak ikan..wahahaha.. pakai minyak mask guna ni engine...siapa yang dah try tu..siolooners...bagi info..hehehe |
|
| |
Sponsored content
| Subject: Re: Minyak Masak sebagai Minyak Pelincir | |
| |
|
| |
| Minyak Masak sebagai Minyak Pelincir | |
|