| PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD) | |
|
Author | Message |
---|
deeyan MODERATOR
Countries/State : Age : 44 location : Putatan - KK - Nabawan Tag ID: : SFC 03516 Points : 12508 Reputation : 4 Number of posts : 1780
| Subject: PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD) 18/12/2008, 12:39 am | |
| Pengenalan Penyakit tangan, kaki dan mulut ialah sejenis jangkitan virus yang disebabkan oleh beberapa kumpulan virus termasuklah enterovirus (setakat ini terdapat 66 jenis telah dikenalpasti).
Deskripsi Jangkitan ini menyebabkan timbulnya ruam berserta lepuh di tekak, tonsil, tangan (tapak tangan), kaki (pada tapak kaki) dan di sekitar kawasan lampin. Biasanya penyakit ini hanya sekadar sakit ringan dan ruam yang timbul itu akan hilang dalam tempuh 5 hingga 7 hari.
Penyebab Terdapat beberapa jenis virus yang menyebabkan penyakit tangan, kaki dan mulut. Virus yang biasa yang menjadi penyebab penyakit ini ialah virus Coxsackie A16. Kadang-kala terdapat jenis kuman virus lain seperti virus Coxsackie A atau enterovirus 71 yang boleh mencetuskan penyakit ini. Virus Coxsackie merupakan salah satu dari jenis virus yang terdapat di dalam kelompok virus yang dikenali sebagai enterovirus seperti virus Polio, virus Coxsackie dan Echovirus.
Di Malaysia, kuman Echovirus 7 atau Echo7 telah dikenalpasti sebagai virus yang menjadi punca kematian seorang kanak-kanak dan mungkin juga tiga kanak-kanak yang lain, baru-baru ini. Wabak penyakit HFM yang berlaku tempoh hari (Sarawak 1997) adalah disebabkan oleh virus Coxsackie dan Enterovirus 71 (EV71). EV71 telah disah menyebabkan 4 dari 31 kematian akibat penyakit ini di Sarawak pada 1997.
Cara penyakit ini merebak Penyakit tangan, kaki dan mulut ialah penyaki berjangkit yang sederhana. Ia merebak melalui sentuhan atau kontak secara langsung dengan lelehan yang keluar dari hidung dan tekak atau najis mereka yang telah dijangkiti kuman ini. Penyakit ini amat mudah berjangkit pada minggu pertama pesakit menghidapinya. Penyakit tangan, kaki dan mulut tidak boleh merebak kepada atau daripada binatang peliharaan ataupun binatang-binatang lain.
Tempoh pengeraman dan peringkat bagi penyakit HFM. Selepas seseorang itu dijangkiti kuman virus ini tempoh pengeramannya adalah di antara 2 hingga 6 hari. Gejala seperti demam dan ketidakselesaan pada mulut biasanya akan hilang pada hari ketiga atau keempat. Ulser mulut akan hilang pada hari ke 5 hingga 7 tetapi lepuh dan bintik-bintik merah di tangan, kaki akan hanya hilang dalam tempuh 10 hari. Demam berkemungkinan mencapai panas sehingga 39 C.
Faktor-Faktor Risiko Kanak-kanak yang berumur di bawah 5 tahun amat mudah dijangkiti penyakit tangan, kaki dan mulut. Walau bagaimanapun, penyakit ini boleh menjangkiti sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat umur. Jangkitan ini akan menghasilkan daya tahan (imuniti) terhadap virus tertentu tetapi serangan atau episod yang kedua mungkin akan berlaku berikutan jangkitan dari beberapa jenis virus yang lain dalam kelompok enterovirus.
Insidens Biasanya penyakit ini menjangkiti kanak-kanak yang berumur di antara 2 minggu hingga 3 tahun. Virus Coxsackie 16A ialah agen penyakit tangan, kaki dan mulut yang mencetuskan endemik di Malaysia dan biasanya berlaku pada tahap yang sederhana. Pada bulan September 2000, lebih daripada 1000 kanak-kanak di Singapura telah didiagnoskan mengidap penyakit tangan, kaki dan mulut. Di Malaysia, pada bulan Oktober 2000, sebanyak 137 kes telah dilaporkan di negeri Johor sahaja yang merupakan 40% dari keseluruhan jumlah kes (362) yang dilaporkan sepanjang tahun 2000.
Tanda-Tanda Dan Gejala Di antara gejala jangkitan ialah: • Demam • Sakit tekak • Ulser pada tekak dan mulut • Sakit kepala • Ruam bersama lepuh terdapat di tangan, kaki dan di kawasan lampin • Hilang selera makan
Komplikasi Kemungkinan berlakunya sawan berikutan deman panas.
• Kemungkinan berlakunya jangkitan pada sistem saraf (seperti Meningitis virus atau Ensefalitis).
• Kemungkinan terdapatnya keradangan pada otot jantung (Myocarditis).
Komplikasinya sangat merbahaya dan boleh membawa maut.
Ujian-Ujian Diagnosis penyakit tangan, kaki dan mulut boleh dilakukan berasaskan sejarah penyakit dan pemeriksaan fizikal. Biasanya pengesahan diagnosis melibatkan ujian darah yang dilakukan di makmal khas yang akan menentukan jenis virus yang terlibat.
Pemantauan Sila hubungi doktor jika :- • Anak anda tidak membuang air kecil lebih dari 8 jam
• Anak anda kelihatan begitu tidak sihat (kelihatan kusut, mengantuk, pucat atau berbelak-belak, resah atau meragam dan tidak dapat tidur atau berpeluh dingin)
• Demam yang berpanjangan sehingga lebih daripada 3 hari.
• Kesakitan pada mulut semakin teruk.
• Anak anda mengalami lemah otot kaki dan tangan atau diserang sawan.
Jika anak anda ada menunjukkan simptom seperti di atas, dapat rawatan doktor segera. Jangan bersikap sambil lewa. Sebarang kelewatan untuk mendapatkan rawatan mungkin boleh menyebabkan kematian.
Prognosis Kebanyakkan kes penyakit HFM adalah yang ringan dan sembuh sepenuhnya dalam masa 5 hingga 7 hari. Malangnya, sehingga hari ini kita tidak boleh menjangka siapa yang boleh sembuh dan siapa yang akan mengalami komplikasi yang menjurus kepada kematian.
Pencegahan Kawasan di Malaysia yang mempunyai populasi terbesar terutamanya kawasan luar bandar, tidak digalakkan menggunakan ubat-ubatan tradisional dan merawat sendiri penyakit HFM jika telah disyaki. Penyakit HFM boleh menjangkiti mana-mana kanak-kanak dan di mana saja tanpa mengira kawasan geografi. Pengawalan penyakit daripada merebak mestilah diberikan keutamaan. Secara amnya, orang awam hendaklah mengikuti langkah-langkah berikut :-
• Berhati-hati dan tumpukan perhatian kepada nasihat yang diberikan.
• Kanak-kanak yang mempunyai tanda-tanda dan gejala penyakit HFM mestilah dibawa berjumpa doktor secepat mungkin. Jangan terlambat dalam mendapatkan rawatan.
• Jangan bawa anak anda ke tempat awam seperti pasaraya, pusat membeli-belah, kolam renang awam, sekolah-sekolah, pusat penjagaan kanak-kanak dan lain-lain.
• Anda mestilah lebih berhati-hati dari segi kebersihan semasa menyediakan makanan dan selepas keluar dari tandas. Basuhlah tangan sebelum dan selepas menyediakan makanan dan sebelum dan selepas ke tandas.
• Basuhlah tangan anda selalu terutamanya selepas menyalin lampin. • Permukaan yang telah tercemar hendaklah dibasmi kuman dengan menggunakan pencuci.
• Basuh pakaian yang terkena kotoran secepat mungkin.
• Jangan berkongsi barang kegunaan seperti tuala mandi, berus gigi, pakaian dan sebagainya.
• Elakkan diri daripada mengikuti aktiviti luar rumah sehingga pihak berkuasa telah mengesahkan selamat untuk menjalani kegiatan harian.
• Elakkan diri daripada mendekati pesakit penyakit HFM.
• Pihak kesihatan hendaklah memeriksa tahap kebersihan di tempat di mana terdapat ramai kanak-kanak tinggal (contohnya tadika dan pusat penjagaan kanak-kanak) dan arahkan supaya tempat itu ditutup jika tahap kesihatannya tidak mencapai tahap kebersihan yang sepatutnya.
Kanak-kanak yang dijangkiti penyakit HFM tidak dibenarkan mengikuti program di pusat penjagaan kanak-kanak, sekolah atau aktiviti berkumpulan yang lain.
Langkah berikut adalah cara lain untuk pencegah yang boleh diambil:- 1. Berikan rawatan di rumah untuk kes yang tidak disyaki penyakit HFM tetapi jika anda nampak tanda-tanda komplikasi seperti sakit pada leher atau pada tangan dan kaki, segera dapatkan rawatan doktor.
2. Jika demam anak anda masih tidak berubah selepas diberi ubat, segera berjumpa doktor semula.
3. Jika terdapat tanda-tanda dehidrasi (kulit dan membran mucus kering, turun berat badan, meragam, keletihan, kurang air kencingl atau air kencing berwarna gelap), segera berjumpa doktor.
|
|
| |
deeyan MODERATOR
Countries/State : Age : 44 location : Putatan - KK - Nabawan Tag ID: : SFC 03516 Points : 12508 Reputation : 4 Number of posts : 1780
| |
| |
MieY_kItTy SUPERIOR
Countries/State : Age : 40 Tag ID: : SFC 3398 Points : 12444 Reputation : 4 Number of posts : 1858
| Subject: Re: PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD) 7/1/2009, 10:17 am | |
| selama ari ni dok tngok kt news jer...la ni bru tau...good info |
|
| |
deeyan MODERATOR
Countries/State : Age : 44 location : Putatan - KK - Nabawan Tag ID: : SFC 03516 Points : 12508 Reputation : 4 Number of posts : 1780
| Subject: Re: PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD) 9/1/2009, 3:05 pm | |
| - MieY_kItTy wrote:
- selama ari ni dok tngok kt news jer...la ni bru tau...good info
kta sama2 kongsi ilmu bro... |
|
| |
Trankz FRESHIE
Age : 43 location : Kudat Points : 11555 Reputation : 0 Number of posts : 15
| Subject: Re: PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD) 23/2/2009, 2:09 pm | |
| Bole tahan jua info 2 pula....tp sumber dr mana pula 2? so nak tny sikit mbe agak bodoh, kalau org ber kiss 2 boleh kena penyakit 2 tak???? sekirany salah seorang da terjankit???? |
|
| |
deeyan MODERATOR
Countries/State : Age : 44 location : Putatan - KK - Nabawan Tag ID: : SFC 03516 Points : 12508 Reputation : 4 Number of posts : 1780
| Subject: Re: PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD) 24/2/2009, 5:56 pm | |
| mmg blh bjgkt sbb ada kontek kulit kan...jan ckp bcium, kongsi tuala n pakaian pun blh jg 2...2 sebab la pesakit akan diasingkn (kuarantin) dr org yg sihat...
p/s : semua sumber di perolehi dr buku rujukan, garispanduan dan website kementerian kesihatan malaysia |
|
| |
lisa da greto MODERATOR
Countries/State : Age : 37 location : kota kinabalu Tag ID: : sfc 03860 Points : 12028 Reputation : 2 Number of posts : 443
| Subject: Re: PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD) 1/3/2009, 3:33 am | |
| itu ka tanda 2..pyakit..bjngkit?cam na boleh blaku ar?kalu urg yg ad pykit tue? takuutt..gli nya.. |
|
| |
deeyan MODERATOR
Countries/State : Age : 44 location : Putatan - KK - Nabawan Tag ID: : SFC 03516 Points : 12508 Reputation : 4 Number of posts : 1780
| Subject: Re: PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD) 2/3/2009, 12:29 am | |
| - lisa da greto wrote:
- itu ka tanda 2..pyakit..bjngkit?cam na boleh blaku ar?kalu urg yg ad pykit tue?
takuutt..gli nya.. ya ...mcm 2 la tanda2 dia 2...kt atas ada info cara merebak n pencegahan penyakit ni... besa nya kita ambil remeh kebersihan kita 2 yg senang dijgkti penyakit |
|
| |
vampienell JUNIOR
Age : 45 location : Tamparuli-Tambunan-Tenom Tag ID: : SFC 04047 Points : 11695 Reputation : 0 Number of posts : 173
| Subject: Re: PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD) 5/3/2009, 7:08 pm | |
| bukan budak2 sekolah rendah ka yg slalu kena tu?besanya org dewasa jarang kena disebabkan antibodi kuat berbanding budak2...right me if i'm wrong ah..hehehe |
|
| |
intrax ELITE
Countries/State : Age : 38 location : Kota belud-SaNdAkaN Website : http://dynastyclub.forumotion.net Tag ID: : SFC 03293 Points : 12537 Reputation : 9 Number of posts : 3111
| Subject: Re: PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD) 10/3/2009, 7:28 pm | |
| o begini pula jadi dah taulah.. penyakit ni .. thanks for the info |
|
| |
deeyan MODERATOR
Countries/State : Age : 44 location : Putatan - KK - Nabawan Tag ID: : SFC 03516 Points : 12508 Reputation : 4 Number of posts : 1780
| Subject: Re: PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD) 11/3/2009, 1:54 pm | |
| - intrax wrote:
- o begini pula jadi dah taulah.. penyakit ni .. thanks for the info
u r welcome |
|
| |
vampienell JUNIOR
Age : 45 location : Tamparuli-Tambunan-Tenom Tag ID: : SFC 04047 Points : 11695 Reputation : 0 Number of posts : 173
| Subject: Re: PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD) 13/3/2009, 12:04 pm | |
| wei bro klu penyakit gigi putih cam avatar ko tu bahaya ka tu ah?hehehe |
|
| |
sasukey CONTRIBUTOR
Countries/State : Age : 74 location : Lb. Ft. @$. k�t�b�$ Tag ID: : SFC ziro Points : 12501 Reputation : -6 Number of posts : 1063
| Subject: Re: PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD) 27/4/2009, 8:11 am | |
| |
|
| |
deeyan MODERATOR
Countries/State : Age : 44 location : Putatan - KK - Nabawan Tag ID: : SFC 03516 Points : 12508 Reputation : 4 Number of posts : 1780
| Subject: Re: PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD) 28/4/2009, 12:39 am | |
| |
|
| |
sasukey CONTRIBUTOR
Countries/State : Age : 74 location : Lb. Ft. @$. k�t�b�$ Tag ID: : SFC ziro Points : 12501 Reputation : -6 Number of posts : 1063
| Subject: Re: PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD) 29/4/2009, 8:36 am | |
| ada jua la org tua yg kena cari ubt pun bnyak yg inda ngam |
|
| |
doe MODERATOR
Age : 37 location : kota kinabalu sabah bah.... Tag ID: : sfc 03138 Points : 12493 Reputation : 4 Number of posts : 1458
| |
| |
sasukey CONTRIBUTOR
Countries/State : Age : 74 location : Lb. Ft. @$. k�t�b�$ Tag ID: : SFC ziro Points : 12501 Reputation : -6 Number of posts : 1063
| Subject: Re: PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD) 2/5/2009, 10:21 am | |
| |
|
| |
Trankz FRESHIE
Age : 43 location : Kudat Points : 11555 Reputation : 0 Number of posts : 15
| Subject: Re: PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD) 11/6/2009, 4:47 pm | |
| mmg blh bjgkt sbb ada kontek kulit kan...jan cakap bcium, kongsi tuala n pakaian pun blh jg 2...2 sebab la pesakit akan diasingkn (kuarantin) dr org yg sihat... p/s : semua sumber di perolehi dr buku rujukan, garispanduan dan website kementerian kesihatan malaysia so amcm lah crny tuk elak coz kadang kalau da berdua 2 konfem berkiss 2 kan..tak caya lah kalau orang cakap dia tak akn berkiss kalau da berdua ngan aweknya...takkan jena quarintin jua awek sendiri.. ... well info ne mmg lah berguna... |
|
| |
deeyan MODERATOR
Countries/State : Age : 44 location : Putatan - KK - Nabawan Tag ID: : SFC 03516 Points : 12508 Reputation : 4 Number of posts : 1780
| Subject: Re: PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD) 11/6/2009, 5:34 pm | |
| |
|
| |
bod_supersperm SUPERIOR
Countries/State : Age : 43 location : kota kinabalu sabah Tag ID: : SFC 03551 Points : 14147 Reputation : 6 Number of posts : 2276
| Subject: Re: PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD) 12/6/2009, 2:57 pm | |
| bah..kalau sudah dapat awek tu, kena tahu latar belakang sejarah kesihatannya la tu..suruh cek kahak untuk elak TiBi, darah utk HIV dan Hepatitis serta kuman jadah lain seperti Herpes,Kulat Siflis, Gonorrhoe..adeh.. P/S : jgn sebarang Kizz orang.. kepada lelaki, kepada perempuan..waspada setiap masa.. nasib baik la kita semua umat sioloon alim2 semua..ahaks |
|
| |
darede4n FRESHIE
Countries/State : Age : 44 location : Sandakan-->Tawau-->Penang Points : 11226 Reputation : 1 Number of posts : 19
| Subject: Re: PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD) 15/7/2009, 10:46 pm | |
| good info... takut jg penyakit ni... tengkiu... |
|
| |
Sponsored content
| Subject: Re: PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD) | |
| |
|
| |
| PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD) | |
|