|
| Kenapa Harus Berhenti Merokok | |
| Author | Message |
---|
AnDee REGULAR
Countries/State : Age : 34 location : TAMPARULI-TUARAN-KK Tag ID: : SFC07473 Points : 11542 Reputation : 1 Number of posts : 306
| Subject: Kenapa Harus Berhenti Merokok 24/1/2010, 8:41 pm | |
| Kenapa Harus Berhenti Merokok
Rokok Oh Rokok...
Hanya mereka yang lemah berhenti mencuba Tiada siapa berkata berhenti merokok adalah mudah. Ia seperti mana-mana ketagihan, langkah pertama ialah untuk mengakui kepada diri anda sendiri di mana anda mempunyai satu ketagihan. Langkah kedua ialah mahu melakukan sesuatu mengenainya. Sekiranya anda mahu hidup baru anda bebas dari rokok, anda harus bermula dengan cara yang lebih baik, anda perlu berhenti membuat alasan dan melakukannya! Merokok adalah buruk untuk kesihatan. Itu satu fakta. Merokok juga boleh menjejaskan mereka di sekeliling anda, meletakkan orang yang anda sayangi dalam risiko serangan penyakit paru-paru dan jantung. Itu satu fakta. Jadi anda tahu tentang semua ini, tetapi anda masih melangkah ke luar rumah selepas makan tengahari untuk menghisap rokok. Anda mungkin meyakinkan diri anda di mana rokok mempunyai faedah seperti membantu anda terus kurus dan melegakan ketegangan. Beberapa perokok juga membuat pertikaian di mana mereka tidak ketagih dan boleh berhenti bila-bila masa. Apa yang pasti, bukti menunjukkan bahawa semua alasan-alasan ini biasanya tidak benar sama sekali, dan sudah semestinya tidak berbaloi untuk mengambil risiko terhadap kesihatan anda. Sentiasa ingat di mana nikotin adalah satu ketagihan, jadi ia adalah sukar untuk ‘melarikan’ diri darinya. Tetapi kesukaran itu tidak bermakna ia mustahil, dan kesihatan anda dan kesihatan orang di sekeliling anda hanya mendapat faedah sebaik saja anda membuat tabiat untuk selama-lamanya. Kerosakannya sudah pun dibuat. Ramai orang merasainya kerana mereka adalah perokok, mereka sudah meningkatkan peluang mereka untuk mendapatkan penyakit barah atau penyakit yang mempunyai pertalian dengan rokok, dan berhenti merokok tidak memberikan sebarang perbezaan. Hakikatnya, bukti menunjukkan bahawa semakin lama anda merokok, semakin tinggi risiko yang anda bawa – jadi lebih cepat anda berhenti merokok, lebih sihat diri anda dan orang di sekeliling anda. Sebaik saja anda berhenti, badan anda mula membaiki dirinya sendiri. Anda akan mengesan pembaharuan kepada pernafasan anda dan deria rasa dan bau hanya beberapa hari selepas anda berhenti merokok. Anda juga meningkatkan kesihatan keluarga dan sahabat anda dengan tidak mendedahkan mereka kepada asap kedua (passive smoking).
Bertambah Berat dan Bertambah Tekanan
Bukti perubatan menunjukkan di mana nikotin tidak menghalang anda untuk berasa lapar dan mengurangkan rasa cemas anda. Nikotin menjadikan anda membakar kalori dengan cepat, tetapi selagi anda ingat di mana anda memerlukan kurang makanan bertenaga, berhenti merokok sebenarnya tidak menyebabkan anda bertambah berat.Cuba makan makanan rendah lemah dan lakukan satu aktiviti berbanding menggantikan rokok dengan makanan.Menginginkan nikotin semasa merokok menyebabkan anda berasa tertekan dan cemas, jadi apabila sudah menghisap sebatang, anda akan berasa tenang. Anda sebenarnya berasa kurang tertekan sebaik saja anda berhenti dan tidak berasa ketagihan. Sekiranya anda mahu sebatang rokok, tunggu selama sepuluh minit dan keinginan itu biasanya hilang, dan anda akan berasa lebih baik. Cuma tarik nafas dalam-dalam beberapa kali atau berjalan-jalan untuk mengalih perhatian anda terhadap keinginan dan menghilangkan rasa tertekan itu.
Ia Bukan Masa Yang Sesuai Walaupun ia benar di mana anda seharusnya cuba mengelak berhenti merokok semasa masa-masa yang menekankan, tetapi jangan gunakan alasan ini untuk mengelak daripada mencuba.Ia sememangnya baik untuk memilih tarikh tertentu, seperti permulaan hari cuti atau permulaan minggu bekerja. Fikirkan perkara yang menyebabkan anda mahu merokok, seperti meminum secawan kopi atau pergi ke pub, dan cuba memilih satu hari apabila anda boleh mengelak cetusan (trigger) ini. Beritahu ramai orang di mana anda mahu berhenti merokok dan ia akan memudahkan lagi untuk anda berhenti merokok. Anda tidak mahu mengecewakan mereka dan boleh meminta sahabat yang merokok untuk tidak menawarkan anda rokok.
Bagaimana Dengan Kehidupan Sosial Saya? Bagi kebanyakkan perokok, rokok seperti salah satu kunci utama di dalam kehidupan sosial. Anda mungkin meletakkan diri anda sebagai perokok sosial, yang hanya menghisap rokok apabila bersama rakan-rakan yang merokok, atau sekiranya anda keluar berhibur. Anda mungkin juga berkawan dengan rakan-rakan sekerja yang merokok semasa rehat untuk merokok. Walaupun anda mungkin memberitahu diri anda di mana ia lebih baik berbanding satu tabiat satu batang rokok dalam 40 hari; mana-mana batang rokok yang anda hisap akan tetap ‘mengurangkan’ kesihatan anda.
'Saya Nampak Hebat' Bagi sesetengah orang, memegang sesuatu yang dianggap batang barah seperti sesuatu yang menarik dan hebat untuk dilakukan. Remaja mungkin memikirkan ia menjadikan mereka kelihatan lebih dewasa atau matang, lebih bijak dan hebat di mata orang lain. Tetapi salah. Ramai orang sebenarnya mendapati aksi perokok tidak menarik perhatian. Kuku jari berwarna kekuningan, jari kehitaman dan lidah kotor. Ia sememangnya tidak menarik. Merokok juga menggelapkan kulit dan menyebabkan ia cepat tua. Jadi sekiranya anda tidak mahu kelihatan seperti anda sudah melangkaui usia veteran sebelum masanya, mungkin ia adalah masa yang baik untuk berfikir semula tentang tabiat anda. Dan semua ini belum termasuk bau. Asap rokok melekat pada rambut dan pakaian anda dan akan terus melekat untuk tempoh yang lama sehingga anda menghabiskan rokok terakhir anda hari ini. Sesetengah orang memikirkan mencium seorang perokok sama seperti ‘mencium tempat abu rokok’ (kissing an ashtray). Sekiranya anda lebih suka bau seperti bunga ros atau minyak wangi yang mahal-mahal, maka anda boleh mula berhenti sekarang. Tiada guna membeli minyak wangi yang mahal tetapi tetap berbau rokok!
Saya Tidak Dapat Berhenti, Saya Ketagihan Ya, terdapat beberapa kebenaran mengenai pengakuan ini. Merokok adalah satu ketagihan, dan tiada siapa akan menafikan di mana ia sememangnya sangat sukar untuk berhenti merokok. Tetapi ia tidak mustahil dan sekiranya anda sudah menetapkan sasaran dan kesungguhan kepadanya, anda boleh melakukannya.Untuk berhenti merokok dengan jayanya, anda harus menangani kedua-dua ketagihan kepada nikotin dan hakikat di mana merokok sudah menjadi sebahagian daripada rutin kehidupan anda. Ketagihan nikotin menyebabkan simptom-simptom fizikal apabila anda berhenti merokok, seperti cepat letih, perasaan tidak menentu dan kesukaran memberikan tumpuan. Doktor anda boleh memberikan ubat tertentu untuk menggantikan nikotin dan kumpulan sokongan dan kaunseling boleh menambahkan lagi motivasi anda untuk menangani ketagihan itu. Anda seharusnya juga cuba untuk mengubah rutin seharian anda. Menggantikan rokok dengan benda lain seperti meminum air atau mengunyah gula-gula getah. Atau lakukan sesuatu perkara yang lain seperti membersih rumah, bersenam, membaca atau mengambil hoki yang baru. Akhir kata, semua orang akan berkata, lebih mudah untuk berkata daripada melaksanakannya. Itu juga satu fakta. Tetapi kalau kita sendiri tidak mahu ‘menginsafi’ diri kita untuk kesihatan diri kita sendiri, kita perlu fikirkan tentang kesihatan orang di sekeliling yang kita sayangi, seperti isteri dan anak-anak. Anak-anak tidak harus didedahkan dengan asap rokok terlalu awal kerana anak-anak paling cepat belajar dengan melihat tingkah laku ibu bapanya. Semuanya perlu dimulakan dengan langkah pertama yang sangat sukar itu. Apabila anda sudah berjalan melakukan langkahan pertama itu, maka anda sudah boleh meneruskan usaha anda untuk berhenti merokok.
http://aiszone.blogspot.com/search/label/Fikir-Fikirlah
|
| | | bod_supersperm SUPERIOR
Countries/State : Age : 43 location : kota kinabalu sabah Tag ID: : SFC 03551 Points : 14147 Reputation : 6 Number of posts : 2276
| Subject: Re: Kenapa Harus Berhenti Merokok 27/1/2010, 8:57 am | |
| best artikel..good info sesapa yang merokok, kalau umur panjang, jumpa juga kita di hospital, masa tu, baru mereka2 akan menyesal..sepanjang pesakit COPD,Kanser Paru-Paru yang dijumpa rata2 menyesal menghisap rokok...jadi penesalan mereka tidak berbaloi dengan mengahadapi hari tua yang akan menghabiskan aktiviti kluar masuk hospital, cucuk sana, lubang sana sini, test sana sini...berbanding dengan si Tua yang gagah sihat yang sedang melancong dan enjoy bersama anak cucu..sihat sentiasa..kasihan pada perokok....orang dah warning, tinggal diri sendiri lagi bermotivasi untuk meninggalkannya... |
| | | why SENIOR
Countries/State : Age : 47 location : labuan~tenom~labuan Tag ID: : SFC : 05059 Points : 12087 Reputation : 3 Number of posts : 633
| Subject: Re: Kenapa Harus Berhenti Merokok 27/1/2010, 9:19 am | |
| waaa.....stu topik yg menarik tpkan yg aku heran kenapa rokok saja yg di basmi habis2an arak n akohol x pun d sebut2 atau d basmi habis2an makin byk pengeluaran adala kanapa risiko lg tgi yg kita nampak dan yg xnampak......kenapa ? |
| | | zhariffz ELITE
Countries/State : Age : 36 location : Kota Kinabalu Tag ID: : SFC 04040 Points : 12789 Reputation : 7 Number of posts : 3450
| Subject: Re: Kenapa Harus Berhenti Merokok 27/1/2010, 9:36 am | |
| mngkin sbb rokok ni melibatkan org kedua.....klu org merokok, bkn sahaja perokok yg tlibat dgn risiko penyakit, tp org yg x mrokok yg duduk bsebelahan dgn c perokok mempunyai risiko yg lg tggi utk mendapat pnyakit dr hembusan asap c perokok........ |
| | | swordfishxox WEBMASTER
Countries/State : Age : 44 location : Putrajaya, Perak Tag ID: : SFC 04219 Points : 16591 Reputation : 35 Number of posts : 4825
| Subject: Re: Kenapa Harus Berhenti Merokok 27/1/2010, 10:10 am | |
| DERANG DENGKI SGT NGAN ROKOK NI... ARAK KAN MENJANA PENDAPATAN NEGARA.... TUL X? |
| | | bod_supersperm SUPERIOR
Countries/State : Age : 43 location : kota kinabalu sabah Tag ID: : SFC 03551 Points : 14147 Reputation : 6 Number of posts : 2276
| Subject: Re: Kenapa Harus Berhenti Merokok 27/1/2010, 10:37 am | |
| yup...dorang ada side bisnes...cukai rokok..setinggi mana cukai, org sanggup beli..tapi mufti mana yang fatwa Haram rokok tu?Pahang ka?bagus...tapi pelan2..kasi faham budak rokok semua..hehe..
perokok Pasif : adalah mereka yang mnghirup udara asap dari rokok perokok serta +hembusan asap perokok..so.double troble la..huhu.. perokok ni kalau di rumah mayat, kita boleh tahu dengan membelah paru2 mereka..hitam pekat dengan Tar....sedih juga tengok...hehe |
| | | black_v CONTRIBUTOR
Countries/State : Age : 49 location : B4u-Kuch1ng-P4p4r-K4y K4y Tag ID: : SFC 07973 Points : 13013 Reputation : 6 Number of posts : 1723
| Subject: Re: Kenapa Harus Berhenti Merokok 29/1/2010, 4:40 pm | |
| Aku pun tak tau la mcmana nak berhenti ni.Byk kali try,tapi setakat sehari,2 hari jak.Paling lama pun seminggu.. Takut,takut juga la bila tgk gambar,dgr cerita..tp ntah..Betul cakap bro bod tu,aku pernah juga ke hospital melawat sedara yg kanser kerana rokok ni.Kesian.. Kalau boleh,biarlah aku nanti mati bukan kerana rokok huhu.. |
| | | khunshikang FRESHIE
Countries/State : Age : 43 location : Malaysia Website : http://khunshikang.wordpress.com Tag ID: : http://khunshikang.wordpress.com Points : 10880 Reputation : -2 Number of posts : 30
| Subject: Re: Kenapa Harus Berhenti Merokok 29/1/2010, 4:49 pm | |
| Kalau korang merokok hati2 skit,jan merokok di kwsn larangan merokok...nanti kena cekup oleh geng2 dari KKM yg ada kat siolooner ni...ramai juga pulak dorang tu. kekeke |
| | | silis SENIOR
Countries/State : Age : 35 location : k9' v3n0n! p@p4R Website : ag89_silis@yahoo.com Tag ID: : SFC 011015 Points : 11697 Reputation : 4 Number of posts : 794
| Subject: Re: Kenapa Harus Berhenti Merokok 11/2/2010, 7:49 pm | |
| aku hairanlah...napa rokok ja di suruh berhenti...semua minuman2 berakhol x ada masalah pula.....erm... |
| | | Sponsored content
| Subject: Re: Kenapa Harus Berhenti Merokok | |
| |
| | | | Kenapa Harus Berhenti Merokok | |
|
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
Page 1 of 1 | |
| Permissions in this forum: | You cannot reply to topics in this forum
| |
| |
| Main view | Â Â Apa Yang Anda Mahu?
  Mahu Bincang Tentang?
  Aktiviti Kelab Sioloon?
  Mencari Yang Menarik?
|
|