|
| kes adik Nurin Jazlin Jazimin | |
| |
Author | Message |
---|
haibara SUPERIOR
Countries/State : Age : 39 location : Klang Website : http://maemorrie.ads4blog.net Tag ID: : SFC 00444 Points : 12629 Reputation : -1 Number of posts : 2048
| Subject: kes adik Nurin Jazlin Jazimin 2/9/2007, 10:48 am | |
| First topic message reminder :Kehilangan Kak Ngah terus dirinduiKUALA LUMPUR: Kehilangan Nurin Jazlin Jazimin, 8, atau Kak Ngah yang masuk hari ke-12, memberi kesan emosi yang mendalam terhadap tiga adik beradiknya terutama kakak sulungnya, Nurin Jazshira, 9, yang sering menangis dan termimpikannya. Nurin Jazshira yang paling rapat dan dianggap kembar Kak Ngah, Nurin Jazrina, 6 dan Nurin Jazlisa berusia setahun setengah kelihatan muram sejak kehilangan Kak Ngah. Kakak sulungnya itu juga dikatakan mengalami mimpi sama setiap malam, Kak Ngah dijaga satu keluarga termasuk seorang lelaki yang dikatakan sering memarahi Kak Ngah. Ibunya, Norazian Bistaman, 35, berkata berdasarkan mimpi itu Nurin Jazshira memberitahu adiknya dijaga keluarga berkenaan selain dimarahi seorang lelaki jika Kak Ngah sibuk menyuruh keluarga itu menghantarnya pulang. “Situasi itu menyebabkan saya lebih sedih dan tertanya-tanya kehilangan anak saya kerana sehingga ini tiada petunjuk diperoleh. Mungkin itu hanya mimpi, tapi jika mimpi itu benar saya berharap ‘keluarga’ yang menjaga anak saya memulangkan Kak Ngah secepat mungkin,” katanya ketika ditemui Berita Minggu di rumahnya di Wangsa Maju, di sini, semalam. Nurin Jazlin, murid tahun dua Sekolah Kebangsaan Desa Setapak, dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan ke pasar malam berhampiran rumahnya kira-kira jam 8 malam, 20 Ogos lalu.Bapa Nurin Jazlin, Jazimin Abd Jalil, 33, berkata kehilangan Kak Ngah masih tidak diketahui datuknya di Perak yang kini sakit berikutan bimbang kesihatan bapa mentuanya lebih terjejas. “Kak Ngah antara cucu kesayangan dan jika datuknya mengetahui kehilangan itu pasti dia bersedih. Sebenarnya kami berjanji untuk pulang ke kampung melawat datuk pada Hari Merdeka kelmarin, tetapi kehilangan Nurin Jazlin menghentikan rancangan itu. “Seboleh mungkin kami berusaha mencari Nurin Jazlin sebelum ‘kehilangannya’ dirasai bapa mentua saya,” katanya yang kini terpaksa menghentikan sementara pekerjaannya sebagai pemandu teksi bagi mencari Nurin Jazlin. Keluarga kanak-kanak itu begitu mengharapkan kepulangan anaknya terutama menjelang tarikh kelahiran Nurin Jazlin pada 11 September ini. Norazian berkata, terlalu banyak impian anak keduanya itu untuk menyambut ulang tahun kelahiran kali ini. Sebelum kehilangan Nurin Jazlin, dia pernah menyuarakan keinginan untuk mengadakan sambutan ulang tahun berbeza dengan tahun sebelumnya . “Dia sibuk meminta saya memasak laksa Penang dan menjemput rakan lain untuk meraikan hari jadinya selain mengatakan dia sendiri akan memilih kek yang akan dipotong pada majlis itu. “Sebelum ini, kami sekeluarga hanya meraikan sambutan hari lahir secara ringkas dengan membeli kek dan makan bersama keluarga, tetapi kali ini Kak Ngah berhasrat meraikannya bersama rakan lain. Katanya, dia sekeluarga dihujani ratusan khidmat pesanan ringkas (SMS) dan panggilan yang mengutuk dirinya tidak pandai menjaga anak daripada individu tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan di atas kehilangan Kak Ngah. “SMS terbaru yang saya terima ialah daripada seorang individu yang mengaku seorang penyiasat persendirian yang menyatakan ingin membantu mencari anak saya tetapi bertanyakan upah yang boleh diberikan jika berjaya menemukan Nurin Jazlin,” katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner K Kumaran, ketika dihubungi berkata polis masih menjalankan siasatan berhubung kehilangan murid tahun dua itu dan mengharapkan kerjasama semua pihak menyalurkan maklumat. “Bagaimanapun, polis memberi amaran kepada individu yang mengambil kesempatan dengan kehilangan Nurin Jazlin dengan memberikan SMS ugutan atau palsu kerana boleh menjejaskan siasatan selain daripada mengganggu emosi keluarga terbabit,” katanya. |
| | |
Author | Message |
---|
haibara SUPERIOR
Countries/State : Age : 39 location : Klang Website : http://maemorrie.ads4blog.net Tag ID: : SFC 00444 Points : 12629 Reputation : -1 Number of posts : 2048
| Subject: Re: kes adik Nurin Jazlin Jazimin 22/9/2007, 3:45 pm | |
| Pemergian Nurin ditangisiKeluarga terima keputusan ujian DNA, polis henti operasi mencariKUALA LUMPUR: Pilu, marah dan geram mengiringi pemergian Nurin Jazlin, yang mayatnya dituntut keluarga selepas mereka menerima hakikat sekujur tubuh budak perempuan yang ditemui dalam beg sukan di Petaling Jaya Isnin lalu, adalah anak mereka. Suasana pilu dan syahdu menyelubungi pekarangan Bilik Mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL) pagi semalam apabila bapanya, Jazimin Abd Jalil, 33, akhirnya mengalah kepada suratan takdir bahawa itulah 'Kak Ngah', anak kesayangan yang kepulangannya dinanti-nantikan mereka sekeluarga sejak sebulan lalu. Rasa marah dan geram turut terdetik di hati setiap orang yang mengikuti kes ini kerana perbuatan manusia berhati binatang terhadap kanak-kanak tidak berdosa itu. Bagi Norazian Bistaman, 35, tiada perkataan yang mampu diucapkan selain kucupan kerinduan dan linangan air mata ketika melihat jenazah anak keduanya dikafankan, didukung dan diturunkan ke liang lahad Tanah Perkuburan Islam Taman Ibu Kota, Danau Kota, Wangsa Maju, selepas solat Jumaat jam 2.20 petang semalam, Sebelum itu, pada jam 10 pagi, Jazimin yang sebelum ini berkeras mayat yang ditemui bukan anaknya terbuka hati dan menuntut jenazah Nurin Jazlin di bilik mayat HKL, diiringi tangisan ahli keluarga, kakitangan hospital dan orang ramai, tanpa mengira kaum, umur dan keturunan. Jenazah Allahyarham, yang siap dimandi dan dikafan, dibawa keluar dengan sebuah van jenazah dari HKL jam 11.20 pagi ke Madrasah Assa'Adah, Seksyen 1, Wangsa Maju, di mana Norazian serta ahli keluarga lain menunggu kepulangan puteri mereka yang tidak lagi bernyawa.Bagi Norazian Bistaman, 35, tiada perkataan yang mampu diucapkan selain kucupan kerinduan dan linangan air mata ketika melihat jenazah anak keduanya dikafankan, didukung dan diturunkan ke liang lahad Tanah Perkuburan Islam Taman Ibu Kota, Danau Kota, Wangsa Maju, selepas solat Jumaat jam 2.20 petang semalam, Sebelum itu, pada jam 10 pagi, Jazimin yang sebelum ini berkeras mayat yang ditemui bukan anaknya terbuka hati dan menuntut jenazah Nurin Jazlin di bilik mayat HKL, diiringi tangisan ahli keluarga, kakitangan hospital dan orang ramai, tanpa mengira kaum, umur dan keturunan. Jenazah Allahyarham, yang siap dimandi dan dikafan, dibawa keluar dengan sebuah van jenazah dari HKL jam 11.20 pagi ke Madrasah Assa'Adah, Seksyen 1, Wangsa Maju, di mana Norazian serta ahli keluarga lain menunggu kepulangan puteri mereka yang tidak lagi bernyawa. Norazian yang tidak dapat menahan perasaan dan menangis teresak-esak, terpaksa dipimpin ahli keluarga untuk mendekati jenazah anaknya dan terus mengucup dahinya buat kali terakhir. Perasaan sedih turut menyelubungi kira-kira 500 orang yang sejak awal membanjiri kawasan madrasah itu bagi memberi penghormatan terakhir kepada Nurin Jazlin sebelum jenazahnya disembahyangkan. Jenazah kemudian dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Taman Ibu Kota, diiringi ratusan kenalan, keluarga dan orang ramai yang bersimpati dengan nasib malang yang menimpa kanak-kanak itu. Jazimin yang ditemui sejurus selepas pengebumian selesai berkata, beliau reda dengan ketentuan Allah yang menguji keluarganya dengan ujian berat pada bulan Ramadan ini. "Apabila melihat jenazahnya selepas dimandi dan dikafankan, saya sedar itu anak saya. Ada banyak perbezaan berbanding sebelum ini (kelmarin) ketika saya dipanggil membuat pengecaman oleh polis. Saya terima hakikat pemergiannya walaupun hati saya hiba dan sedih. Tuhan lebih sayangkannya," katanya. Penerimaan Jazimin dan keluarga ke atas keputusan DNA mengenai siapa kanak-kanak yang ditemui bogel, kemaluannya ditusuk dengan terung dan timun serta kakinya dilipat sebelum mayatnya disumbat ke dalam beg itu, juga mengakhiri pencarian Nurin Nazrin, yang hilang ketika dalam perjalanan ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju di sini, pada 20 Ogos lalu. Bapa saudara Nurin Jazlin, Johari Abd Jalil, berkata Jazimin akur dengan keputusan ujian DNA selepas berbincang dengan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, malam kelmarin. "Wajah Nurin Jazlin mula terserlah selepas dimandi dan dikafankan menyebabkan semua ahli keluarga menerima kenyataan bahawa kanak-kanak itu adalah Nurin. Kami hanya dapat menitiskan air mata untuknya. Walaupun terdapat banyak kesan lebam di muka dan badan akibat diseksa tetapi wajahnya sangat tenang," katanya. Datuknya, Abdul Jalil Yahya, 74, pula berkata, beliau yang rapat dengan Nurin Jazlin pasti mayat berkenaan adalah cucunya. "Walaupun tadi (semalam) adalah kali pertama saya melihat mayat itu, saya yakin dia adalah Nurin berdasarkan bentuk dan iras wajahnya. Saya sangat sedih melihat kecederaan pada muka Nurin. Saya melihat jenazah Nurin sekejap saja kerana tidak sampai hati melihat keadaannya," katanya. dipetik: berita harian. 22 sept 2007 al- fatihah buat arwah nurin.. semoga rohnya dicucuri rahmat.. dan pembunuh kejam tersebut menerima balasan setimpal.. |
| | | haibara SUPERIOR
Countries/State : Age : 39 location : Klang Website : http://maemorrie.ads4blog.net Tag ID: : SFC 00444 Points : 12629 Reputation : -1 Number of posts : 2048
| Subject: Re: kes adik Nurin Jazlin Jazimin 22/9/2007, 3:47 pm | |
| Susulan pembunuhan Nurin Jazlin: Ayah luah rindu
Jazimin merintih di sisi isteri selepas pengebumian anak
KUALA LUMPUR: “Abang rindukan Kak Ngah...Abang rindukan Kak Ngah,” kata Jazimin Abd Jalil, 33, kepada isterinya, Norazian Bistaman, 35, selepas majlis pengebumian jenazah anak mereka, Nurin Jazlin, 8, (Kak Ngah) di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibu Kota, Gombak, petang semalam.
Ketika itu, Jazimin tidak dapat menahan sebak lantas memeluk erat isterinya, Norazian sambil menangis teresak-esak lalu berulang kali menyatakan “Abang rindukan Kak Ngah...Abang rindukan Kak Ngah’.
Suasana bertambah pilu apabila Norazian yang ditemani dua anaknya, Nurin Jazhira, 9, dan Nurin Jazrina 6, yang duduk beberapa meter dari pusara Nurin Jazlin, hanya mengalir air mata.
Dia sekadar berkata: “Saya sudah kering air mata dan tiada apa lagi yang mampu dinyatakan. Biarlah roh dia (Nurin Jazlin) bersemadi dengan aman,” katanya.
Pemandu teksi itu akhirnya menerima keputusan ujian deoksiribonukliek asid (DNA) mayat kanak-kanak perempuan yang dijumpai dalam beg pakaian sukan di Taman Petaling Utama, Petaling Jaya, Isnin lalu, anaknya.
Kelmarin, dia mempertikaikan keputusan DNA itu dengan menganggap keadaan luaran mayat kanak-kanak terbabit tidak sama dengan Nurin Jazlin ketika proses pengecaman.
Sementara itu, Jazimin yang ditemui di Madrasah Assa’adah, Seksyen 1, Wangsa Maju di sini, semalam, berulang kali menegaskan dia reda dengan keputusan itu (ketepatan 99.9 peratus ujian DNA) selepas ditanya beberapa kali oleh wartawan.
Katanya, pendiriannya berubah selepas memperoleh laporan penuh DNA yang diserahkan polis malam kelmarin ketika pergi ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya bersama dua abangnya.
“Saya reda dengan keputusan 9999 yang diterima itu. Masa itu (ketika pengecaman kali pertama) memang terdapat banyak perbezaan, malah isteri saya sendiri sukar mengenal pasti sama ada mayat yang ditunjukkan itu anak saya.
“Malah, jawapan sama tetap diberi ketika pengecaman kali kedua sebelum mayat itu disahkan sebagai Nurin Jazlin melalui ujian DNA. Apa boleh saya kata?,” katanya yang lebih 10 kali menyatakan dia reda dengan keputusan DNA itu.
Menurutnya, ujian DNA itu membabitkan darah dan gigi dengan jelas menunjukkan mayat kanak-kanak itu adalah Nurin Jazlin.
Oleh itu, dia reda dengan keputusan DNA itu dan bertanggungjawab menguruskan jenazah berkenaan.
Dalam nada geram, Jazimin turut meminta polis meneruskan siasatan memburu penjenayah yang bertanggungjawab membunuh anaknya.
“Binatang, orang yang buat anak saya begitu. Dia berhati haiwan. Perbuatan membunuh itu lebih keji daripada binatang.
“Ini bukan kesalahan ibu bapa tetapi pembunuh yang tidak berhati perut. Dia perlu dihapus dari muka bumi dan dihukum,” katanya.
Bagi menenangkan jiwanya, Jazimin sebaik tiba di madrasah berkenaan tengah hari semalam dari Hospital Kuala Lumpur bersama jenazah anaknya tiba-tiba membayar zakat fitrah RM28.20 bagi enam keluarganya, termasuk Nurin Jazlin, di kaunter zakat di situ.
Norazian pula kelihatan tidak mampu berkata-kata dan setiap pertanyaan pemberita hanya disambut dengan tangisan.
dipetik: harian metro. 22 sept 2007 |
| | | haibara SUPERIOR
Countries/State : Age : 39 location : Klang Website : http://maemorrie.ads4blog.net Tag ID: : SFC 00444 Points : 12629 Reputation : -1 Number of posts : 2048
| Subject: Re: kes adik Nurin Jazlin Jazimin 22/9/2007, 3:54 pm | |
| Nurin tragedy: Blurred image of 'Kampung Baru molester' captured on film
PETALING JAYA: A man was seen getting off a motorcycle and walking with a sports bag into the building where the body of Nurul Jazlin Jazimin was found.
Police now believe they have a strong description of the 'Kampung Baru molester' who is now linked to Nurin's abduction and murder.
The image of the man was captured on a closed-circuit camera in a neighbouring building along PJS 1/48 in Petaling Jaya Utama.
Although the image is said to be blurred, this is the first time police have a description of the suspect. Police are now enhancing the image digitally. The suspect is said to be in his 30s.
Police are also looking for a couple in a silver Perodua Kenari who were also captured by the CCTV at the scene.
Witnesses had seen the Malay woman in her 20s seated on the staircase with a "Diadora" bag next to her, but the CCTV footage did not show the woman walking into the building with the bag.
She was later seen leaving the place in the Perodua Kenari.
The "Kampung Baru molester" is wanted in connection with the molest case of two girls, aged five and six.
The suspect had taken the girls away on his motorcycle after asking them to help to locate his missing cat. Both girls were promised an ice-cream treat if they helped him.
But the girls were molested and had brinjals forced into their private parts before they were released several hours later.
In Nurin's case, she was held captive for almost a month before her body turned up in a sports bag which was left at the foot of a staircase in a building at PJS1/48 on Monday.
A post mortem revealed that Nurin was also molested and had a brinjal and a cucumber forced into her private parts.
The modus operandi in all three cases appeared to be the same, except that in Nurin's case, she was not released alive.
The other similarity in the three cases is the lone suspect on a motorcycle.
Federal CID director Datuk Christopher Wan Soo Kee yesterday confirmed that they were relooking the earlier cases involving the "Kampung Baru molester" in their investigation into Nurin's case.
Short of saying that Nurin's murder could have been the work of a serial molester, Wan said they were trying to ascertain if there was a link in all three cases.
The New Straits Times learnt that police had interviewed the two earlier victims several times but they had been giving contradictory evidence.
Sources said the victims who are toddlers could not provide police with a photofit of the suspect. They also could not tell police where they were taken to and attacked.
Yesterday afternoon, Wan visited the scene where Nurin's body was found.
Accompanied by several police officers from Selangor, Wan spent about an hour interviewing tenants of the three-storey building.
It is learnt that Wan is now overseeing investigations into Nurin's abduction and murder.
The eight-year-old went missing on Aug 20 after going to a night market near her house in Section 1, Wangsa Maju.
dipetik: the new straits times |
| | | andypeterh ELITE
Age : 44 location : Kota Kinabalu (Kepayan & Putatan) & Ranau Points : 12537 Reputation : 1 Number of posts : 4411
| Subject: Re: kes adik Nurin Jazlin Jazimin 22/9/2007, 9:48 pm | |
| sedekah al-fatihah kpd arwah adik nurin.. takziah kpd kluarga jazimin.. |
| | | aLFFiaN ADMINISTRATOR
Countries/State : Age : 41 location : Borneo Island Website : www.sioloon.com Tag ID: : SFC00001 Points : 15098 Reputation : 101 Number of posts : 7895
| Subject: Re: kes adik Nurin Jazlin Jazimin 23/9/2007, 7:31 pm | |
| Kes Nurin: Ganjaran RM35,000Oleh Jalal Ali Abdul Rahim dan Nahar Tajri MOHON DOA: Bapa Nurin, Jazimin Abdul Jalil (dua dari kanan) bersama jemaah Madrasah Assa'adah Seksyen 1 Wangsa Maju membaca Yasin pada majlis tahlil dekat rumahnya, malam tadi.Hadiah diharap bantu usaha tangkap pembunuh kejam KUALA LUMPUR: Ganjaran kepada pemberi maklumat sehingga tertangkapnya pembunuh kejam Nurin Jazlin Jazimin, 8, yang menjadi mangsa penderaan seksual meningkat kepada RM35,000 semalam. Rakyat yang marah dengan tragedi yang menggemparkan negara itu, berharap ganjaran berkenaan akan membantu usaha menangkap pembunuh sadis itu. Terbaru, Pengerusi Jawatankuasa Kejiranan Selamat yang juga Exco Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (YPJM), Tan Sri Robert Pang menyerahkan sumbangan peribadi RM5,000 bagi tujuan itu. "Saya berharap dengan ganjaran ini masyarakat akan tampil menyalurkan maklumat supaya pembunuh Nurin Jazlin, binatang yang bertopengkan manusia itu dapat ditangkap dan dihukum sekeras-kerasnya. "Kami mengutuk pembunuhan sebegini kejam dan kita perlu memastikan pembunuh yang tidak berhati perut ini menerima hukuman setimpal dengan perbuatannya. "Saya melihat kes jenayah seksual kanak-kanak ini seperti satu trend dan kita perlu mengenal pasti bagaimana untuk membasmi perbuatan kejam ini. "Kami tidak sanggup lagi dengar pembunuhan kanak-kanak tidak berdosa berlaku lagi, biarlah peristiwa ini yang terakhir dan tidak berulang lagi," katanya pada sidang akhbar di pejabat YPJM, di sini, semalam. Sebelum ini, Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Micheal Chong turut mengumumkan seorang individu yang tidak mahu namanya didedahkan menawarkan RM20,000. Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Restoran Ali Maju kelmarin masing-masing menukar ganjaran RM5,000 untuk mencari Nurin Jazlin kepada tawaran kepada pemberi maklumat sehingga tertangkapnya pembunuh kanak-kanak itu. Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, berkata polis bekerja keras untuk menyelesaikan siasatan kes ini berdasarkan petunjuk yang ada. "Polis sudah ada sedikit petunjuk yang boleh membantu tetapi ketika ini siasatan sedang dijalankan, kita tidak mahu mengganggu proses itu kerana khuatir memberi ruang kepada penjenayah melarikan diri," katanya ketika dihubungi Berita Minggu, semalam. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Christopher Wan Soo Kee, berkata polis akan menggunakan semua sumber bagi memburu pembunuh Nurin Jazlin. Wan berkata, ketika polis meningkatkan profesionalisme bagi menangani pelbagai kes jenayah, polis sedar penjenayah juga semakin licik termasuk menghapuskan bukti bagi mengelak mereka dikesan. Katanya, polis meminta kerjasama semua pihak yang mempunyai maklumat mengenai beg sukan yang memuatkan mayat Nurin Jazlin di Taman Petaling Utama supaya tampil membantu polis. Polis sebelum ini meneliti maklumat mengenai seorang wanita yang dilihat berada di kawasan beg berkenaan ditemui. Kelibat wanita itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) milik premis bersebelahan beg berkenaan ditemui, Isnin lalu. Sebuah akhbar berbahasa Inggeris sebelum ini turut melaporkan rakaman CCTV juga menunjukkan seorang lelaki bermotosikal membawa beg sukan dan meninggalkannya di Taman Petaling Utama, dipercayai mempunyai kaitan dengan kes Nurin Jazlin. Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang diminta mengulas kelibat lelaki itu meminta pihak media tidak mengganggu siasatan polis. "Polis sedang siasat, jangan ganggu siasatan," katanya ketika dihubungi semalam. Nurin dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Seksyen 1 wangsa Maju pada 20 Ogos lalu. Pada Isnin lalu, negara digemparkan dengan penemuan mayat seorang budak perempuan yang disumbat dalam sebuah beg yang ditinggalkan di premis di Taman Petaling Utama. Berikutan penemuan mayat itu, polis melakukan ujian DNA dan hasilnya, sampel diambil pada mayat itu dan ibu bapa Nurin, 99.99 peratus sepadan. |
| | | aLFFiaN ADMINISTRATOR
Countries/State : Age : 41 location : Borneo Island Website : www.sioloon.com Tag ID: : SFC00001 Points : 15098 Reputation : 101 Number of posts : 7895
| Subject: Re: kes adik Nurin Jazlin Jazimin 23/9/2007, 7:38 pm | |
| Fikirkan semula nilai kita
Oleh MARHAINI KAMARUDDIN (WARTAWAN UTUSAN)
PENANTIAN ibu bapa Nurin Jazlin Jazimin agar anak kesayangan yang hilang genap sebulan hari ini, hanya secebis kisah duka daripada banyak lagi cerita sengsara ibu bapa lain yang tidak dihebahkan melalui media.
Mengikut rekod polis, terdapat sekurang-kurangnya 16 ibu bapa di luar sana yang masih menanti penuh harap malah mungkin sudah bergolok-bergadai menjejaki anak masing-masing - kesemuanya hilang dalam usia mentah iaitu di bawah 9 tahun.
Mereka yang terdiri daripada 10 lelaki dan enam perempuan tidak termasuk Nurin Jazlin dilaporkan ‘ghaib’ dalam tempoh Januari hingga Julai tahun ini sahaja. Ini bermakna secara puratanya dua kanak-kanak di bawah umur 9 tahun hilang setiap bulan, atau seorang hilang setiap dua minggu sepanjang tujuh bulan lalu.
Angka ini cukup membimbangkan. Bukan sahaja bagi yang mempunyai anak bahkan setiap anggota masyarakat yang ada keluarga, adik-beradik dan saudara-mara malah sahabat-handai.
Apatah lagi fakta yang Nurin Jazlin hilang berhampiran rumahnya sendiri umpama igauan ngeri kerana ia memberi gambaran bahawa kawasan kediaman kini sudah tidak selamat lagi.
Dalam hal ini, pandangan Ketua Wanita MCA, Datuk Dr. Ng Yen Yen mengenai perubahan masa, menarik untuk dijadikan renungan.
Katanya: ‘‘Kita perlu melihat semula nilai dalam masyarakat. Perbandaran dan kemajuan bukan sahaja membawa pembangunan bahkan menjadikan masyarakat lebih rumit.
“Kita mempunyai pelbagai jenis ‘orang yang tidak dikenali’ di sekeliling kita dan anak-anak kita.’’
Sebagai kanak-kanak, tentu sahaja mereka tidak mampu membezakan di antara baik dan buruk, orang baik dan orang jahat apatah lagi senyuman baik dengan yang ada niat jahat.
Modus operandi ‘abang kucing’ yang setakat ini difahamkan telah mencabul dua kanak-kanak perempuan ialah ‘mengumpan’ mangsa menggunakan cerita kucing hilang sambil membuat muka kasihan. Mustahil bagi kanak-kanak ‘membaca’ niat seseorang itu sama ada benar-benar memerlukan pertolongan atau tidak.
Persoalannya perlukah sebagai ibu bapa, kita ‘mengurung’ anak-anak di dalam rumah dan tidak membenarkan mereka keluar sendiri walaupun hanya ke kedai runcit berhampiran - untuk menjamin keselamatan mereka.
Walaupun agak kasar bunyinya, perlukah ibu bapa mengajar anak-anak agar bukan setakat tidak mempercayai orang yang tidak dikenali bahkan jiran, guru mahupun saudara sendiri?
Benarlah masa telah berubah. Tidak cukup dengan memperturunkan nilai-nilai yang dipelajari dan diwarisi daripada ibu bapa dan nenek moyang selama ini, peranan ibu bapa kini semakin rumit dan mencabar.
Ibu bapa kini perlu juga membuat keputusan nilai mana yang hendak diterapkan kepada anak-anak dan yang mana pula patut dibuang kerana tidak lagi sesuai dan boleh mengundang bahaya.
- Utusan Malaysia |
| | | aLFFiaN ADMINISTRATOR
Countries/State : Age : 41 location : Borneo Island Website : www.sioloon.com Tag ID: : SFC00001 Points : 15098 Reputation : 101 Number of posts : 7895
| Subject: Re: kes adik Nurin Jazlin Jazimin 23/9/2007, 7:41 pm | |
| Cari pembunuh sampai dapat
KUALA LUMPUR 21 Sept. – Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini memberi komitmen untuk membantu mengesan pembunuh Nurin Jazlin Jazimin dan mengharapkan kerjasama segenap lapisan rakyat sehingga tertangkapnya penjenayah itu.
Menurut mereka, tidak cukup dengan menunjukkan simpati, perasaan sedih dan marah atas pembunuhan tragis kanak-kanak comel itu perlu diterjemahkan dengan usaha menjejak pembunuhnya yang tidak berhati perut itu.
Ketua Biro Pengaduan MCA, Datuk Michael Chong berkata, pembunuh Nurin Jazlin tidak patut dibiarkan terus hidup dan mencari ‘korban’ lain.
“Episod kehilangan Nurin Jazlin sudah selesai dengan penemuan mayatnya dalam keadaan yang menyedihkan.
“Sekarang kita sudah masuk bab baru iaitu mencari pembunuh yang tidak berhati perut itu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau yakin dengan kemampuan pihak polis untuk memburu pembunuh Nurin Jazlin.
Semalam, keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ke atas mayat kanak-kanak perempuan yang disumbat dalam sebuah beg pakaian di Taman Petaling Utama, Petaling Jaya dekat sini Isnin lalu mendapati mangsa itu ialah Nurin Jazlin Jazimin, 8 yang hilang sejak 20 Ogos lalu.
Exco Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Datuk Kamarudin Ali pula berkata, orang ramai perlu memastikan keselamatan anak-anak mereka ketika berada di tempat awam.
“Kes demi kes yang berakhir dengan kematian menunjukkan seolah-olah rakyat negara ini tidak pernah mengambil iktibar ke atas apa yang telah terjadi.
“Cukuplah... orang ramai kini perlu bersama-sama memburu pembunuh ini agar dia mendapat pengadilan setimpal,” tegasnya.
Dalam pada itu, Pegawai Komunikasi dan Perhubungan Awam (PPIM), Noor Nirwandy Mat Noordin berharap polis dengan dibantu oleh orang awam dapat segera mengesan pembunuh yang disifatkannya lebih kejam daripada haiwan.
“Doa dan solat hajat juga perlu dibuat untuk meminta setiap usaha yang dilakukan mendapat pertolongan Tuhan,” katanya.
Sementara itu, seorang budayawan, Prof. Dr. Siti Zainun Ismail menyifatkan pembunuh Nurin Jazlin sebagai seorang yang tidak berakal.
“Sembelih sahaja orang sebegini. Dia tidak layak untuk hidup kerana hanya menyusahkan orang sahaja,” katanya. |
| | | aLFFiaN ADMINISTRATOR
Countries/State : Age : 41 location : Borneo Island Website : www.sioloon.com Tag ID: : SFC00001 Points : 15098 Reputation : 101 Number of posts : 7895
| Subject: Re: kes adik Nurin Jazlin Jazimin 23/9/2007, 7:41 pm | |
| Polis tidak tolak penglibatan ‘Pencabul Kampung Baru’
KUALA LUMPUR 21 Sept. – Polis tidak menolak kemungkinan wujudnya pembabitan ‘Pencabul Kampung Baru’ dalam kes kematian Nurin Jazlin Jazimin, 8, yang mayatnya ditemui dalam keadaan menyedihkan Isnin lalu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Christoper Wan Soo Kee berkata, siasatan polis juga bertumpu kepada pelbagai aspek termasuk terhadap ‘Pencabul Kampung Baru’ yang diburu pihak berkuasa sejak tiga bulan lepas.
‘‘Polis akan menyiasat kes kematian Nurin Jazlin dan mencari pembunuh kanak-kanak malang itu.
‘‘Orang ramai diminta tidak membuat spekulasi yang bukan-bukan berkenaan kes ini. Saya harap orang ramai bersabar menunggu keputusan siasatan polis,’’ katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis taklimat Bahagian Siasatan Seksual, Penderaan dan Kanak-kanak kepada para pemimpin MCA di Auditorium Bukit Aman di sini.
Utusan Malaysia difahamkan, modus operandi ‘Pencabul Kampung Baru’ itu yang turut dipanggil ‘Abang Kucing’ ialah dengan menculik kanak-kanak perempuan menggunakan cerita kucing hilang dan berpura-pura menunjukkan muka sedih.
Penjenayah itu dipercayai menggunakan taktik memujuk mangsa supaya mengikutnya untuk mencari kucing miliknya yang kononnya hilang. Selepas diculik, kanak-kanak perempuan itu dicabul.
Suspek itu juga dipercayai menggunakan dialog:
‘‘Adik, nampak kucing abang tak?’’
‘‘Boleh tolong abang carikan kucing itu?’’
- Utusan Malaysia |
| | | MiRA_TaSHa ADMINISTRATOR
Countries/State : Age : 39 location : Kota Kinabalu Tag ID: : SFC 00002 Points : 13012 Reputation : 0 Number of posts : 2047
| Subject: Re: kes adik Nurin Jazlin Jazimin 23/9/2007, 9:02 pm | |
| |
| | | aLFFiaN ADMINISTRATOR
Countries/State : Age : 41 location : Borneo Island Website : www.sioloon.com Tag ID: : SFC00001 Points : 15098 Reputation : 101 Number of posts : 7895
| Subject: Re: kes adik Nurin Jazlin Jazimin 24/9/2007, 9:20 am | |
| Suspek mungkin mahu mayat ditemui supaya ibu bapa Nurin Jazlin derita, tertekan
KUALA LUMPUR: Jenazah Nurin Jazlin Jazimin, 8, selamat dikebumikan Jumaat lalu, namun persoalan mengenai motif mangsa disimpan hampir sebulan sebelum dibunuh serta mayatnya ditinggalkan di tempat yang mudah ditemui, masih belum terjawab.
Sehingga kini, polis dikatakan sedang mengkaji beberapa faktor yang berkemungkinan menjadi motif pembunuhan kejam itu, antaranya dendam terhadap keluarga mangsa. Menurut sumber, berdasarkan keadaan mayat Nurin Jazlin yang teruk diseksa secara seksual serta mengambil kira lokasi mangsa ditinggalkan, suspek mungkin berdendam terhadap ibu bapa kanak-kanak itu.
"Mangsa diseksa secara seksual dengan dahsyat dan ngeri. Ia mungkin bertujuan membuatkan ibu bapa mangsa berasa sangat sedih dan marah," katanya ketika dihubungi Berita Harian.
Mayat Nurin Jazlin, pelajar Tahun Dua Sekolah Rendah Kebangsaan Desa Setapak, yang disumbat dalam beg pakaian, ditemui ditinggalkan di sebuah premis syarikat penerbitan di Taman Petaling Utama, Petaling Jaya dekat sini, Isnin lalu. Mangsa yang dilaporkan hilang selepas keluar seorang diri ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1 Wangsa Maju, kira-kira jam 8 malam, 20 Ogos lalu, disahkan mati akibat jangkitan pada usus perut selepas kemaluannya ditusuk dengan terung dan timun.
Mengenai tindakan suspek menyumbat mayat mangsa ke dalam beg dan ditinggalkan di tempat awam, beliau berkata, suspek mungkin memang mahu mayat itu segera ditemui dan mendapat liputan meluas supaya ibu bapa Nurin lebih menderita dan tertekan.
"Kita juga tidak menolak kemungkinan Nurin menjadi mangsa keadaan. Suspek mungkin menghadapi masalah mental yang kronik dan tidak berpuas hati terhadap keadaan sekelilingnya.
"Suspek marah dan berdendam dengan semua yang berada di sekelilingnya. Namun dia takut untuk meluahkannya kepada orang dewasa," katanya.
Ditanya sama ada suspek mahu mencabar polis dengan meninggalkan beg mengandungi mayat mangsa di tempat terbuka, beliau menolak kemungkinan itu tetapi berkata:
"Suspek akan meninggalkan lebih banyak kesan yang akan membawa siasatan ke tahap lain. Dalam kes ini, petunjuk yang ditinggalkan adalah secara tidak sengaja."
Sementara itu, Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar, ketika dihubungi enggan mengulas motif dan perkembangan siasatan kes itu.
"Polis masih menyiasat dengan serius kes ini dan kita tidak mahu terjadi apa-apa perkara yang akan mengganggu siasatan," katanya sambil meminta semua pihak bersabar dan bekerjasama dengan polis.
Dalam pada itu, sumber memberitahu Berita Harian, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang merakamkan imej seorang wanita berada berdekatan tempat beg berkenaan diletakkan, akan dihantar kepada pakar luar negara untuk dipertingkatkan kualitinya. |
| | | budaknakal66 REGULAR
Age : 40 location : Kajang Points : 12597 Reputation : 0 Number of posts : 429
| Subject: Re: kes adik Nurin Jazlin Jazimin 24/9/2007, 9:51 am | |
| xptot tol la dowg nih.... |
| | | aLFFiaN ADMINISTRATOR
Countries/State : Age : 41 location : Borneo Island Website : www.sioloon.com Tag ID: : SFC00001 Points : 15098 Reputation : 101 Number of posts : 7895
| Subject: Re: kes adik Nurin Jazlin Jazimin 24/9/2007, 9:59 am | |
| ni dah aku jangka dari awal memang kes DENDAM ni!! sebab tak patut dia sembunyikan budak tu hampir sebulan.. lepas tu bunuh gitu je... takkan penculik nak simpan budak tu lama² pastu nak bunuh! mesti ada udang sebalik batu ni... |
| | | MiRA_TaSHa ADMINISTRATOR
Countries/State : Age : 39 location : Kota Kinabalu Tag ID: : SFC 00002 Points : 13012 Reputation : 0 Number of posts : 2047
| Subject: Re: kes adik Nurin Jazlin Jazimin 24/9/2007, 10:28 am | |
| nahhhh kannnn.... KES DENDAM!!!! |
| | | haibara SUPERIOR
Countries/State : Age : 39 location : Klang Website : http://maemorrie.ads4blog.net Tag ID: : SFC 00444 Points : 12629 Reputation : -1 Number of posts : 2048
| Subject: Re: kes adik Nurin Jazlin Jazimin 24/9/2007, 12:00 pm | |
| dendam sekalipun.... kesian la kat budak tuh.. kejam sangat!!!!! |
| | | aLFFiaN ADMINISTRATOR
Countries/State : Age : 41 location : Borneo Island Website : www.sioloon.com Tag ID: : SFC00001 Points : 15098 Reputation : 101 Number of posts : 7895
| Subject: Re: kes adik Nurin Jazlin Jazimin 24/9/2007, 1:10 pm | |
| apa apa pun kesahihan arwah adik nurin ini blum tahu motif pembunuhan dan penculikan lagi... ini cuma tanggapan pihak berkuasa. lagi satu yg menarik.. beg yang disimpan mayat adik nurin tersebut diletak oleh wanita? hasil daripada rakaman CCTV tersembunyi... so penglibatan kes ini mungkin bukan dari seorang sahaja... mungkin ada dari 2 3 pihak.. so kita tunggu sahaja siasatan seterusnya |
| | | aLFFiaN ADMINISTRATOR
Countries/State : Age : 41 location : Borneo Island Website : www.sioloon.com Tag ID: : SFC00001 Points : 15098 Reputation : 101 Number of posts : 7895
| Subject: Re: kes adik Nurin Jazlin Jazimin 24/9/2007, 1:48 pm | |
| Tumpuan kepada wanita linkungan 20-an POLIS kini memperhebatkan gerakan mencari seorang wanita berusia dalam lingkungan 20-an yang terdapat pada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah rumah kedai ditempat penemuan mayat seorang kanak-kanak dalam beg pakaian yang disahkan Nurin Jazlin Jazimin
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed berkata, berdasa rkan rakaman CCTV itu, seorang wanita dengan ketinggian antara 155sm dan 160sm dikesan mundar-mandir di kawasan tersebut kira-kira jam 2 petang pada hari berkenaan . "Wanita itu memakai baju kemeja-T bewarna merah dan berseluar jeans biru serta berambut hit am paras bahu. Tidak lama kemudian, wanita tersebut dijemput sebuah Perodua Kenari berwarna Perak yang dipandu oleh seorang lelaki, oleh kerana kualiti rakaman CCTV itu kabur, polis tidak dapat mengesan nombor pendaftaran kereta tersebut.
"Kami merayu kepada wanita ini supaya menghubungi kami dengan segera kerana kami percaya dia boleh membantu siasatan dalam kes pembunuhan mangsa kanak-kanak itu,” katanya.
Terdahulu itu, polis telah menjemput media untuk menonton pita CCTV serta menyiarkan gambar wanita misteri itu dalam media cetak dan elektronik. Bagaimanapun, ia tidak berhasil berikutan masalah teknikal.
Dalam pada itu, Arjunaidi menafikan laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris yang menyatakan bahawa imej seorang pemandu kereta meletakkan sebuah beg sukan di premis itu dirakam dalam pita CCTV itu .
Sumber: klpos |
| | | MiRA_TaSHa ADMINISTRATOR
Countries/State : Age : 39 location : Kota Kinabalu Tag ID: : SFC 00002 Points : 13012 Reputation : 0 Number of posts : 2047
| Subject: Re: kes adik Nurin Jazlin Jazimin 24/9/2007, 7:15 pm | |
| org pompuan lak jd suspek ek..... mcm2 |
| | | aLFFiaN ADMINISTRATOR
Countries/State : Age : 41 location : Borneo Island Website : www.sioloon.com Tag ID: : SFC00001 Points : 15098 Reputation : 101 Number of posts : 7895
| Subject: Re: kes adik Nurin Jazlin Jazimin 26/9/2007, 1:17 pm | |
| Kes Nurin: Bapa kesal kematian anak dikaitkan along Oleh Norliza Wasilan MASIH BERSEDIH: Jazimin bersama anaknya Nurin Jaslina (kiri) dan anak saudara, Roslina Yaakup dan Norzulaila Zulkifli di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibukota, semalam. Jazimin mahu ambil tindakan undang-undang demi maruah KUALA LUMPUR: Bapa Nurin Jazlin, Jazimin Abdul Jalil, kesal dengan pihak yang mengaitkan kematian tragik anaknya dengan masalah yang dikaitkan dengan along. Kesal dengan laporan tidak bertanggungjawab sehingga mendatangkan keaiban menyebabkan beliau mahu mengambil tindakan undang-undang demi menjaga nama baik dan maruah keluarganya yang terjejas. "Saya baru saja mengebumikan anak saya dan mereka berani membuat spekulasi bahawa saya tahu siapa yang bunuh Nurin dan kenapa. "Sekarang keluarga saya sedang mengumpul semua artikel membabitkan Nurin sejak berita kehilangannya disiarkan dalam akhbar dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang mencemarkan maruah keluarga saya," katanya selepas menziarahi pusara anaknya di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibu Kota, Gombak, di sini semalam. Jazimin bersama anak ketiganya, Nurin Jazrina, 6, tiba di pusara Nurin jam 10.30 pagi tanpa ditemani isterinya, Norazian Bistaman, 35, yang masih sedih dan terkejut dengan tragedi itu. Nurin, pelajar Tahun Dua Sekolah Kebangsaan Desa Setapak, dilaporkan hilang pada 20 Ogos lalu ketika keluar bersendirian ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen Satu, Wangsa Maju, kira-kira jam 8 malam untuk membeli penyepit rambut. Jazimin menyifatkan laporan media mengaitkan tragedi berpunca daripadanya sebagai tidak bertanggungjawab dan cuai dan menegaskan beliau tidak mempunyai kaitan langsung dengan along. "Saya mungkin seorang pemandu teksi tetapi kami sekeluarga tidak mempunyai masalah kewangan, malah kawan-kawan juga tahu latar belakang keluarga saya. Saya sendiri yang memilih mahu menjadi pemandu teksi supaya lebih mudah mengambil cuti apabila Nurin sakit. "Mereka langsung tidak memikirkan mengenai apa yang ditulis dan apa yang mereka katakan. Selain itu, mereka tidak memikirkan kesan laporan itu kepada keluarga saya dan tidak pernah menghubungi saya untuk mendapatkan penjelasan," katanya. Pasangan suami isteri itu mempunyai tiga lagi anak perempuan iaitu, Nurin Jazshira, 9, Nurin Jazrina, 6, dan Nurin Jazlisa, setahun setengah. |
| | | aLFFiaN ADMINISTRATOR
Countries/State : Age : 41 location : Borneo Island Website : www.sioloon.com Tag ID: : SFC00001 Points : 15098 Reputation : 101 Number of posts : 7895
| Subject: Re: kes adik Nurin Jazlin Jazimin 27/9/2007, 10:29 am | |
| Polis kenal pasti suspek bunuh Nurin Oleh Hardi Effendi Yaacob
KUALA LUMPUR: Polis mengenal pasti seorang suspek yang dipercayai terbabit dalam kes pembunuhan kejam Nurin Jazlin Jazimin, 8, kanak-kanak yang dilaporkan hilang hampir sebulan sebelum mayatnya ditemui disumbat dalam beg pakaian pada 17 September lalu.
Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, berkata suspek dikenal pasti berdasarkan lakaran wajah hasil maklumat awam, termasuk daripada seorang pemilik rumah sewa di Petaling Jaya yang dikatakan menemui suspek, kira-kira dua minggu sebelum mayat Nurin ditemui.
"Kami sedang memeriksa maklumat mengenai suspek dengan Ibu pejabat Polis Kontingen (IPK) Kuala Lumpur. Malah, kami akan membuat perbandingan lakaran gambar suspek di Selangor dan KL dalam usaha memburu pembunuh Nurin," katanya kepada Berita Harian
Sementara itu, Bernama melaporkan polis menahan seorang lelaki berusia 41 tahun yang disyaki terbabit dalam kes pembunuhan Nurin.
Suspek yang bekerja sebagai 'orang tengah' di sebuah agensi pelancongan di ibu kota, dikatakan ditahan di sebuah kedai kopi di sini, kira-kira jam 2 petang semalam, hasil maklumat rakannya yang mengesyaki lelaki itu mempunyai kaitan dengan kes pembunuhan kejam Nurin.
Lelaki itu juga dikatakan mungkin terbabit dengan kes pencabulan dua kanak-kanak yang dilaporkan di Kampung Baru dengan menggunakan terung.
Menurut Bernama, lelaki itu yang berasal dari Segamat dan sudah bertunang dengan seorang penyambut tetamu di sebuah hotel di sini, dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya untuk siasatan lanjut.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang ditemui pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama IPD Petaling Jaya, malam tadi, bagaimanapun menafikan laporan Bernama dan menyifatkannya khabar angin.
"Jangan percaya khabar angin. Bagaimana saya mahu mengesahkannya sedangkan belum ada tangkapan dibuat berkaitan kes Nurin setakat ini. Siasatan masih diteruskan dan kita akan memanggil wartawan terbabit untuk mengetahui dari sumber mana maklumat itu diperoleh," katanya. Terdahulu, Khalid yang dihubungi Berita Harian mengesahkan hanya ada seorang suspek dalam kes pembunuhan Nurin dan identitinya sudah dikenal pasti. Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner II Ku Chin Wah, berkata lakaran wajah suspek kes mencabul seorang kanak-kanak perempuan di Setapak, Ogos lalu dan 'Lelaki Kucing' di Kampung Baru, akan dihantar ke IPK Selangor bagi mengenal pasti sama ada kedua-duanya mempunyai kaitan dengan pembunuhan Nurin. Katanya, IPK KL sedang menyiapkan lakaran yang lebih jelas, termasuk untuk diedarkan kepada media bagi membantu mengesan kedua-dua suspek terbabit. |
| | | aLFFiaN ADMINISTRATOR
Countries/State : Age : 41 location : Borneo Island Website : www.sioloon.com Tag ID: : SFC00001 Points : 15098 Reputation : 101 Number of posts : 7895
| Subject: Re: kes adik Nurin Jazlin Jazimin 28/9/2007, 7:58 pm | |
| PDRM hantar rakaman CCTV suspek ke makmal di Amerika
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapatkan bantuan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat (AS) bagi meningkatkan kualiti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang mengandungi imej suspek pembunuh Nurin Jazlin Jazimin, 8.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, berkata pihaknya akan menghantar rakaman CCTV itu ke makmal FBI di AS, tidak lama lagi.
Difahamkan, inilah pertama kali PDRM mendapatkan bantuan teknikal daripada FBI bagi meningkatkan kualiti rakaman CCTV dalam kes pembunuhan.
"Gambar CCTV yang kita ada sekarang ini agak kabur. Jadi pegawai saya akan membawa rakaman itu ke sana (Amerika Syarikat) tidak lama lagi bagi mendapatkan bantuan teknikal FBI," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan bungkusan kuih raya PDRM 2007 di Mes Pegawai Kanan Bukit Aman di sini, semalam.
Musa berkata, seorang pakar FBI juga akan dihantar ke sini bagi membantu aspek teknikal siasatan kes pembunuhan itu.
Beliau berkata, sebelum ini pihaknya juga meminta kerjasama seorang pegawai FBI yang ditempatkan di Pejabat Kedutaan Amerika Syarikat di sini bagi membantu aspek teknikal siasatan kes itu.
"Saya tegaskan (kes Nurin) siasatan kita, kita hanya minta bantuan teknikal saja," katanya.
Musa bagaimanapun enggan mengulas sama ada imej dalam CCTV itu adalah seorang wanita atau tiga lelaki termasuk seorang dikatakan membawa beg sukan seperti yang digunakan untuk memuatkan mayat Nurin.
Polis sebelum ini mendedahkan kelibat seorang wanita berbadan kecil berusia lingkungan 20-an yang dirakam CCTV yang ditempatkan di sebuah bengkel kereta bersebelahan lokasi mayat Nurin ditemui di Taman Petaling Utama, pada 17 September lalu.
Wanita berkenaan dilihat menaiki kereta Kenari berwarna perak yang dipandu seorang lelaki.
Sebuah akhbar berbahasa Inggeris sebelum ini turut melaporkan CCTV itu merakamkan seorang penunggang motosikal yang dikatakan ada kaitan dengan beg sukan berkenaan.
Musa bagaimanapun enggan mengulas mengenai kemungkinan 'lelaki kucing' atau pencabul Kampung Baru yang melakukan penderaan seksual ke atas dua budak perempuan berusia lima dan enam tahun, mempunyai kaitan dengan kes Nurin.
"Kita masih berusaha sedaya upaya, Insya-Allah kita akan dapat tangkap suspek tidak lama lagi," katanya.
Musa berkata, beliau tidak boleh memaklumkan perkembangan siasatan kes Nurin kepada media setiap hari kerana tidak mahu siasatan terjejas.
Beliau turut mengingatkan media supaya tidak membuat pelbagai spekulasi mengenai kes berkenaan untuk mengelak timbul masalah apabila kes itu didengar di mahkamah.
Kelmarin, Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, dilaporkan berkata polis mengenal pasti seorang suspek yang dipercayai terbabit dengan kes Nurin.
Beliau berkata, suspek dikenal pasti berdasarkan lakaran wajah hasil maklumat awam, termasuk daripada seorang pemilik rumah sewa di Petaling Jaya yang dikatakan menemui suspek, kira-kira dua minggu sebelum mayat Nurin ditemui. |
| | | haibara SUPERIOR
Countries/State : Age : 39 location : Klang Website : http://maemorrie.ads4blog.net Tag ID: : SFC 00444 Points : 12629 Reputation : -1 Number of posts : 2048
| Subject: Re: kes adik Nurin Jazlin Jazimin 29/9/2007, 3:25 am | |
| BREAKING NEWS: NURIN'S MURDER - Four main remanded for seven days
Police obtained a seven-day remand order for the four male suspects to facilitate investigations. The four suspects, aged between 27 and 33, were picked up by members of a task force at various locations in Shah Alam to facilitate investigations into Nurin’s brutal death.
The fifth suspect, a pregnant woman, has been released after police recorded her statement.
The four main were earlier taken to the Kuala Lumpur Hospital where they underwent physical check-up before being taken to the Petaling Jaya Magistrate Court.
The Criminal Scene Investigation (CSI) team also went to a single-storey terrace house in Taman Kampung Kuantan in Klang, before proceeding to a double-storey shophouse in Section 7 in Shah Alam.
The Klang address belongs to the couple detained while the shophouse is where they run their textile business. |
| | | aLFFiaN ADMINISTRATOR
Countries/State : Age : 41 location : Borneo Island Website : www.sioloon.com Tag ID: : SFC00001 Points : 15098 Reputation : 101 Number of posts : 7895
| Subject: Re: kes adik Nurin Jazlin Jazimin 30/9/2007, 9:56 pm | |
| Kes Nurin: 'Penjaga' ditahanOleh Anwar Hussin dan Hardi Effendi Yaacob KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang wanita warga Indonesia berusia 23 tahun dipercayai terbabit mengurung mangsa penderaan seksual dan pembunuhan kejam, Nurin Jazlin Jazimin, 8, di sebuah pasar raya di Bandar Baru Nilai, tengah malam kelmarin. Suspek juga dipercayai menjaga makan minum Nurin Jazlin sepanjang tempoh kehilangannya selama 27 hari, sebelum ditemui mati dalam beg pakaian sukan berhampiran pejabat sebuah syarikat di Petaling Jaya, 17 September lalu. Sumber memberitahu Berita Minggu, wanita yang bekerja di premis menjual pakaian di pasar raya itu dipercayai mempunyai hubungan dengan suspek utama kes berkenaan yang ditahan bersama tiga lagi lelaki, termasuk abang iparnya dalam tiga serbuan berasingan di Shah Alam, kelmarin. "Wanita itu dipercayai pernah beberapa kali menghantar SMS (khidmat pesanan ringkas) kepada Rakan Cop mengkritik cara polis mengendalikan kes kehilangan Nurin dari empat nombor telefon bimbitnya, yang turut dirampas selepas penahanan dibuat. "Satu lagi nombor telefon dikenal pasti digunakan wanita itu untuk menghubungi ibu bapa mangsa bagi memaklumkan kanak-kanak itu dalam jagaannya selepas berita kehilangannya mendapat liputan meluas," katanya. Difahamkan, ketika ditahan, wanita itu menelan sekeping kad sim telefon bimbit, dipercayai digunakan untuk menghubungi keluarga mangsa sebelum ini bagi menghapuskan bukti yang boleh mengaitkannya dengan kes berkenaan. Usaha mengeluarkan kad sim berkenaan dijalankan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya sebelum suspek dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk ujian DNA. Selain kad sim, turut dirampas dalam serbuan itu ialah dua telefon bimbit, beg tangan dan wang tunai milik suspek. Wanita itu yang ditahan sepasukan polis dari Bahagian Jenayah Berat Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur bersama polis Daerah Petaling Jaya jam 12 tengah malam kelmarin dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya, tengah hari semalam untuk mendapatkan perintah tahanan reman. Suspek yang berseluar panjang dan berkemeja kuning tiba di mahkamah kira-kira jam 12 tengah hari dengan kawalan ketat polis. Suasana di luar mahkamah bagaimanapun kecoh seketika apabila wanita itu tiba-tiba pengsan di hadapan kumpulan jurugambar hingga terpaksa diusung dua anggota polis dan seorang wartawan wanita ke dalam bilik mahkamah. Majistret Maimunah Aid kemudian memerintahkan wanita itu direman selama enam hari sehingga 4 Oktober ini. Sumber berkata, polis sedang mengenal pasti sama ada wanita itu sama dengan wanita dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhampiran lokasi beg berisi mayat mangsa ditemui sebelum ini. Katanya, seorang pegawai forensik dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) berlepas ke Amerika Syarikat, kelmarin membawa bersama salinan imej berkenaan untuk dianalisis di Makmal Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI). "Kita berharap FBI dapat membantu mendapatkan gambaran jelas imej wanita ini. Hasilnya diharap dapat diperoleh secepat mungkin bagi membantu siasatan, selain mengesahkan sama ada kedua-dua wanita ini orang yang sama," katanya. Sumber juga berkata, siasatan sedang diperincikan bagi membantu polis mengenal pasti motif sebenar mangsa didera dan dicabul dengan teruk, sebelum dibunuh. "Suspek utama kes ini pernah ditahan di Masai, Johor tahun lalu selepas didakwa terbabit dalam kes rogol. Kita akan semak semula kes itu sekiranya ada maklumat yang boleh membantu siasatan kes cabul dan bunuh Nurin," katanya. Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Christopher Wan Soo Kee, berkata suspek terbaru yang ditahan semalam dipercayai mempunyai banyak maklumat yang boleh membantu siasatan kes berkenaan. Bagaimanapun, katanya, polis belum menganggap siasatan kes pembunuhan itu sudah selesai dengan penahanan suspek wanita itu. "Siasatan masih dijalankan. Banyak lagi kerja yang perlu dibuat... semuanya masih dalam siasatan,� katanya ketika dihubungi, di sini semalam. Kelmarin, polis menahan lima orang termasuk sepasang suami isteri hasil tiga serbuan berasingan di Shah Alam melalui 'Ops Sunti' hasil pemantauan rapi polis terhadap beberapa SMS yang dihantar kepada bapa Nurin, Jazimin Abd Jalil, 33, sejak kehilangannya. Bagaimanapun, wanita itu dibebaskan selepas keterangannya diambil. Lima suspek, termasuk seorang wanita Indonesia yang ditahan malam tadi disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan. |
| | | aLFFiaN ADMINISTRATOR
Countries/State : Age : 41 location : Borneo Island Website : www.sioloon.com Tag ID: : SFC00001 Points : 15098 Reputation : 101 Number of posts : 7895
| Subject: Re: kes adik Nurin Jazlin Jazimin 1/10/2007, 11:43 am | |
| Kes Nurin: 'Penjaga' simpan petunjukSuspek wanita warga Indonesia kerap pengsan masih ditahan di hospital KUALA LUMPUR: Rumah sewa wanita Indonesia yang ditahan kelmarin bagi membantu siasatan kes penculikan dan pembunuhan Nurin Jazlin Jazimin, 8, dipercayai menyimpan petunjuk penting untuk polis menyelesaikan kes berkenaan. Difahamkan, polis sedang berusaha mencari lokasi rumah sewa wanita itu tetapi percaya ia terletak tidak jauh dari sebuah pasar raya besar di Bandar Baru Nilai, tempat wanita berkenaan bekerja dan ditahan. Sumber memberitahu Berita Harian, polis yakin maklumat dan bukti yang diperoleh di rumah suspek itu nanti dapat membuka rahsia kepada misteri dan motif penahanan serta pembunuhan kejam kanak-kanak itu. Beliau yakin alamat rumah wanita itu dapat diketahui sebaik saja suspek terbabit, yang kini ditahan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) tetapi kini masih belum sedarkan diri, beransur pulih. “Dia masih ditahan di PPUM dengan kawalan ketat polis. Seperti di mahkamah semalam, suspek selalu pengsan dan kita tidak pasti sama ada itu helahnya untuk mengelak daripada disoal siasat atau benar-benar sakit “Pegawai perubatan sedang memeriksa keadaannya untuk membolehkan polis menyoal siasatnya. Kita percaya dia mempunyai maklumat mengenai kes pembunuhan Nurin Jazlin, malah mengenali suspek utama yang ditahan di Shah Alam, sebelum ini,” katanya. Wanita Indonesia berusia 23 tahun itu ditahan di sebuah pasar raya di Bandar Baru Nilai, kelmarin. Polis percaya dia bersubahat mengurung mangsa di rumahnya. Suspek juga dipercayai menjaga makan minum Nurin Jazlin sepanjang tempoh kehilangannya selama 27 hari, iaitu sejak 20 Ogos lalu sebelum mayatnya ditemui dalam beg pakaian sukan berhampiran pejabat sebuah syarikat di Petaling Jaya, 17 September. Wanita itu yang bekerja sebagai jurujual pakaian di pasar raya besar berkenaan, dipercayai mempunyai hubungan dengan suspek utama yang ditahan bersama tiga lagi lelaki yang berusia 27 hingga 33 tahun, termasuk abang iparnya, dalam tiga serbuan di Shah Alam, Khamis dan Jumaat lalu. Sumber itu memberitahu, siasatan awal menunjukkan wanita terbabit tinggal berseorangan di rumah sewanya tetapi sering dikunjungi beberapa lelaki, namun tidak dipastikan sama ada meraka adalah suspek yang ditahan. “Usaha mengeluarkan kad SIM telefon bimbit yang ditelan wanita itu juga sedang dilakukan petugas perubatan hospital. Kita mahu mendapatkan kad itu bagi membantu siasatan kerana dia disyaki menggunakan nombor berkenaan untuk menghubungi bapa mangsa sebelum ini. “Sebaik proses ini berjaya, wanita itu akan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk ujian DNA,” katanya. Sementara itu, Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dijangka memperoleh hasil analisis imej wanita dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di rumah kedai, tempat beg berisi mayat Nurin Jazlin ditemui, minggu ini. Sumber berkata, salinan imej itu sedang dianalisis di Makmal Forensik Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat di Washington, bagi mendapatkan gambaran lebih jelas identiti wanita yang dirakam dalam CCTV terbabit. “Kita juga yakin ujian terhadap tiga helai rambut yang ditemui pada mayat Nurin Jazlin juga akan dapat diketahui dalam minggu ini. Ujian Jabatan Kimia itu akan menentukan sama ada ia milik mangsa atau pembunuhnya,” katanya. Dalam perkembangan berkaitan, bapa Nurin, Jazimin Abdul Jalil, 33, berkata beliau sekeluarga masih belum dimaklumkan mengenai perkembangan siasatan kes itu termasuk tempat dia dibunuh. “Saya tidak kisah di mana anak saya dibunuh tetapi saya mahu berjumpa dengan pembunuhnya. Saya mahu tahu mengapa dia bertindak kejam... di luar batas sebagai seorang manusia, mendera dan membunuh seorang kanak-kanak yang tidak berdaya,” katanya. Pada masa sama, beliau sekeluarga berhasrat untuk berpindah ke rumah baru bagi melupakan segala kenangan pahit berkaitan pembunuhan anak perempuannya itu. “Memang kami mahu pindah tetapi tidaklah dalam waktu terdekat. Biarlah kami mulakan hidup baru. Isteri saya selalu terbayang-bayang Nurin jazlin menjaga adik-adiknya,” katanya sambil memberitahu tidak mengenali suspek terbabit, termasuk wanita yang ditahan kelmarin. soirce.www.bharian.com.my |
| | | madperak OBSERVER
Countries/State : location : penang 'n' perak Points : 12861 Reputation : 2 Number of posts : 351
| Subject: Re: kes adik Nurin Jazlin Jazimin 2/10/2007, 9:41 pm | |
| Apa2 pun kita yg jadi pemerhati nie, jgn buat sebarang andaian. Sbb setiap org ada hak dia. Selagi xder bukti. Cuma kita bole buat, hanya berdoa, bukan mencerca. Kita doakan kesejahteraan keluarga simati dan simati. Kita berdoa jugak utk pesalah supaya dia insaf. Sebab balasan tu, biar TUHAN jer tentukan. |
| | | haibara SUPERIOR
Countries/State : Age : 39 location : Klang Website : http://maemorrie.ads4blog.net Tag ID: : SFC 00444 Points : 12629 Reputation : -1 Number of posts : 2048
| Subject: Re: kes adik Nurin Jazlin Jazimin 3/10/2007, 6:18 pm | |
| Dua suspek kes Nurin diburu Oleh Jalal Ali Abdul Rahim BANTU SIASATAN: Lakaran wajah lelaki dan wanita yang dipercayai dapat membantu siasatan kes penderaan seksual dan pembunuhan kejam Nurin Jazlin. Polis edar lakaran wajah lelaki, wanita yang dilihat berhampiran beg mayat ditemuiKUALA LUMPUR: Polis semalam mengedar lakaran wajah seorang lelaki dan wanita yang dipercayai dapat membantu siasatan kes penderaan seksual dan pembunuhan kejam Nurin Jazlin Jazimin, 8. Pada masa yang sama, Bukit Aman turut membuat laporan polis kelmarin berhubung pelbagai laporan akhbar mengenai kes Nurin yang didakwa tidak benar. Ketika mengedarkan lakaran wajah itu pada sidang media di sini, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Christopher Wan Soo Kee, berkata pihaknya kecewa kerana banyak perkara mengenai kes itu dilaporkan media walaupun tidak didedahkan secara rasmi oleh polis hingga boleh menjejaskan siasatan. Mengenai lakaran yang diedarkan semalam, beliau berkata, ia disediakan polis hasil maklumat dan gambaran orang awam mengenai suspek kes berkenaan. Wan berkata, lelaki itu mempunyai ketinggian kira-kira 168 sentimeter (sm) dan berusia antara 35 hingga 40 tahun, manakala wanita terbabit berumur dalam lingkungan 20-an dengan ketinggian 153sm. Beliau berkata, lelaki terbabit dikatakan mencari bilik sewa sekitar Bangsar untuk dihuni bersama anak perempuannya, beberapa hari sebelum mayat Nurin ditemui dalam sebuah beg di Taman Petaling Utama, Petaling Jaya pada 17 September lalu. "Wanita terbabit pula dilihat berdekatan beg Diadora bersaiz 35sm yang mengandungi mayat mangsa pada petang Ahad (sehari sebelum mayat mangsa ditemui). Ketika itu dia berpakaian baju merah," katanya pada sidang media di Bukit Aman di sini, semalam. Wan berharap lelaki dan wanita berkenaan atau pihak yang mengenali mereka, tampil ke balai polis terdekat atau menghubungi Pegawai Penyiasat kes itu, Asisten Superintendan Loh Pei Pei menerusi talian 019-3577008 bagi membantu siasatan. Khamis lalu, polis menahan empat lelaki dalam serbuan berasingan di Shah Alam dan sehari selepas itu, seorang wanita Indonesia ditahan di Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan bagi membantu siasatan berhubung kes Nurin. Bagaimanapun, empat lelaki berusia 27 hingga 33 tahun itu dibebaskan tanpa syarat kelmarin selepas polis berpuas hati mereka tidak terbabit dalam kes berkenaan. Wanita Indonesia berusia 23 tahun itu pula masih direman dan kini ditahan di wad Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini selepas menelan kad SIM telefon bimbit yang dipercayai mengandungi maklumat yang dapat membantu siasatan kes pembunuhan Nurin. Wan berkata, usaha mengeluarkan objek asing dalam perut wanita itu, yang dipercayai kad SIM berkenaan, sedang dibuat pihak hospital. Beliau bagaimanapun enggan mengulas maklumat yang dipercayai terkandung dalam kad SIM berkenaan serta sama ada wanita itu adalah suspek utama kes pembunuhan Nurin. "Saya hanya sahkan wanita ini berada di negara ini secara haram," katanya yang juga enggan mengulas kaitan antara wanita Indonesia terbabit dengan lelaki serta wanita dalam lakaran itu. Wan berkata, polis membuat tangkapan bagi membantu siasatan berdasarkan maklumat yang diterima polis termasuk melalui Rakan Cop. Mengenai empat lelaki yang dibebaskan tanpa syarat kelmarin, beliau berkata, polis berpuas hati mereka tidak terbabit dengan kes pembunuhan Nurin, selain semuanya memberi kerjasama penuh sepanjang siasatan. Beliau berkata, seorang pegawai Bukit Aman juga masih berada di pejabat Biro Siasatan Persekutuan (FBI), Washington, bagi meningkatkan kualiti imej rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang diambil dari premis bersebelahan lokasi mayat Nurin ditemui. Wan tidak menolak kemungkinan imej individu yang dirakam CCTV berkenaan akan didedahkan kepada umum selepas kualiti rakaman itu ditingkatkan. Berdasarkan maklumat polis sebelum ini, CCTV itu merakamkan kelibat seorang wanita berbadan kecil berusia lingkungan 20-an yang dilihat menaiki kereta berwarna perak dipandu seorang lelaki. Mengenai kaitan kes Nurin dengan pencabul Kampung Baru yang turut membabitkan jenayah seksual mangsa kanak-kanak, Wan berkata, pasukan khas yang ditubuhkan bagi menyiasat kes itu akan membuat perbandingan antara kedua-duanya. Sehubungan itu, Wan meminta media tidak menyiarkan maklumat yang tidak dikeluarkan secara rasmi oleh polis. "Kes ini (Nurin) sangat berprofil tinggi, siasatan akan terjejas jika laporan tak betul. Polis sedaya upaya akan menggunakan semua sumber yang ada bagi menyiasat dan menyelesaikannya. Siasatan menjurus kepada semua sudut, kita siasat semua aspek," katanya. Beliau juga menegaskan, polis tidak menyiasat ibu bapa Nurin seperti didakwa sesetengah pihak, sebaliknya hanya mengambil maklumat mereka bagi membantu siasatan. INFO
Fotofit suspek
- Lakaran hasil maklumat dan gambaran orang awam
- Tinggi lelaki kira-kira 168 sentimeter (sm); berusia antara 35 hingga 40 tahun.
- Tinggi wanita 153sm; berusia lingkungan 20-an.
- Lelaki terbabit dikatakan mencari bilik sewa sekitar
Bangsar untuk dihuni bersama anak perempuannya, beberapa hari sebelum mayat Nurin ditemui.
- Wanita terbabit pula dilihat berdekatan beg Diadora
bersaiz 35sm yang mengandungi mayat Nurin pada petang Ahad (sehari sebelum mayat mangsa ditemui).
- Lelaki dan wanita berkenaan atau pihak yang mengenali
mereka diminta tampil ke balai polis terdekat atau menghubungi Pegawai Penyiasat kes, Asisten Superintendan Loh Pei Pei menerusi talian 019-3577008.
|
| | | Sponsored content
| Subject: Re: kes adik Nurin Jazlin Jazimin | |
| |
| | | | kes adik Nurin Jazlin Jazimin | |
|
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
Page 2 of 3 | Go to page : 1, 2, 3 | |
| Permissions in this forum: | You cannot reply to topics in this forum
| |
| |
| Main view | Â Â Apa Yang Anda Mahu?
  Mahu Bincang Tentang?
  Aktiviti Kelab Sioloon?
  Mencari Yang Menarik?
|
|