SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
kes adik Nurin Jazlin Jazimin - Page 3 Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
kes adik Nurin Jazlin Jazimin - Page 3 Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 kes adik Nurin Jazlin Jazimin

View previous topic View next topic Go down 
Go to page : Previous  1, 2, 3
AuthorMessage
haibara
SUPERIOR
SUPERIOR


Female
Countries/State : Pahang
Age : 39
location : Klang
Website : http://maemorrie.ads4blog.net
Tag ID: : SFC 00444
Points : 12629
Reputation : -1
Number of posts : 2048

kes adik Nurin Jazlin Jazimin - Page 3 Empty
PostSubject: kes adik Nurin Jazlin Jazimin   kes adik Nurin Jazlin Jazimin - Page 3 Icon_minitime2/9/2007, 10:48 am

First topic message reminder :

Kehilangan Kak Ngah terus dirindui


kes adik Nurin Jazlin Jazimin - Page 3 2bm1b10

KUALA LUMPUR: Kehilangan Nurin Jazlin Jazimin, 8,
atau Kak Ngah yang masuk hari ke-12, memberi kesan emosi yang mendalam
terhadap tiga adik beradiknya terutama kakak sulungnya, Nurin Jazshira,
9, yang sering menangis dan termimpikannya.

Nurin Jazshira yang
paling rapat dan dianggap kembar Kak Ngah, Nurin Jazrina, 6 dan Nurin
Jazlisa berusia setahun setengah kelihatan muram sejak kehilangan Kak
Ngah.

Kakak sulungnya itu juga dikatakan mengalami mimpi sama setiap
malam, Kak Ngah dijaga satu keluarga termasuk seorang lelaki yang
dikatakan sering memarahi Kak Ngah.

Ibunya, Norazian Bistaman,
35, berkata berdasarkan mimpi itu Nurin Jazshira memberitahu adiknya
dijaga keluarga berkenaan selain dimarahi seorang lelaki jika Kak Ngah
sibuk menyuruh keluarga itu menghantarnya pulang.

“Situasi
itu menyebabkan saya lebih sedih dan tertanya-tanya kehilangan anak
saya kerana sehingga ini tiada petunjuk diperoleh. Mungkin itu hanya
mimpi, tapi jika mimpi itu benar saya berharap ‘keluarga’ yang menjaga
anak saya memulangkan Kak Ngah secepat mungkin,” katanya ketika ditemui
Berita Minggu di rumahnya di Wangsa Maju, di sini, semalam.


Nurin Jazlin, murid tahun dua Sekolah Kebangsaan Desa Setapak,
dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan ke pasar malam berhampiran
rumahnya kira-kira jam 8 malam, 20 Ogos lalu.








Bapa Nurin Jazlin, Jazimin Abd Jalil, 33, berkata kehilangan Kak Ngah
masih tidak diketahui datuknya di Perak yang kini sakit berikutan
bimbang kesihatan bapa mentuanya lebih terjejas.


“Kak Ngah antara cucu kesayangan dan jika datuknya mengetahui
kehilangan itu pasti dia bersedih. Sebenarnya kami berjanji untuk
pulang ke kampung melawat datuk pada Hari Merdeka kelmarin, tetapi
kehilangan Nurin Jazlin menghentikan rancangan itu.

“Seboleh
mungkin kami berusaha mencari Nurin Jazlin sebelum ‘kehilangannya’
dirasai bapa mentua saya,” katanya yang kini terpaksa menghentikan
sementara pekerjaannya sebagai pemandu teksi bagi mencari Nurin Jazlin.


Keluarga kanak-kanak itu begitu mengharapkan kepulangan
anaknya terutama menjelang tarikh kelahiran Nurin Jazlin pada 11
September ini.

Norazian berkata, terlalu banyak impian anak
keduanya itu untuk menyambut ulang tahun kelahiran kali ini. Sebelum
kehilangan Nurin Jazlin, dia pernah menyuarakan keinginan untuk
mengadakan sambutan ulang tahun berbeza dengan tahun sebelumnya .


“Dia sibuk meminta saya memasak laksa Penang dan menjemput rakan lain
untuk meraikan hari jadinya selain mengatakan dia sendiri akan memilih
kek yang akan dipotong pada majlis itu.

“Sebelum ini, kami
sekeluarga hanya meraikan sambutan hari lahir secara ringkas dengan
membeli kek dan makan bersama keluarga, tetapi kali ini Kak Ngah
berhasrat meraikannya bersama rakan lain.

Katanya, dia
sekeluarga dihujani ratusan khidmat pesanan ringkas (SMS) dan panggilan
yang mengutuk dirinya tidak pandai menjaga anak daripada individu tidak
bertanggungjawab yang mengambil kesempatan di atas kehilangan Kak Ngah.


“SMS terbaru yang saya terima ialah daripada seorang individu yang
mengaku seorang penyiasat persendirian yang menyatakan ingin membantu
mencari anak saya tetapi bertanyakan upah yang boleh diberikan jika
berjaya menemukan Nurin Jazlin,” katanya.

Sementara itu, Ketua
Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner K Kumaran, ketika dihubungi
berkata polis masih menjalankan siasatan berhubung kehilangan murid
tahun dua itu dan mengharapkan kerjasama semua pihak menyalurkan
maklumat.

“Bagaimanapun, polis memberi amaran kepada individu
yang mengambil kesempatan dengan kehilangan Nurin Jazlin dengan
memberikan SMS ugutan atau palsu kerana boleh menjejaskan siasatan
selain daripada mengganggu emosi keluarga terbabit,” katanya.
Back to top Go down
http://maemorrie.ads4mall.com

AuthorMessage
Intan Nuraini
SENIOR
SENIOR
Intan Nuraini

Female
Age : 33
location : labuan
Points : 12432
Reputation : 0
Number of posts : 592

kes adik Nurin Jazlin Jazimin - Page 3 Empty
PostSubject: Re: kes adik Nurin Jazlin Jazimin   kes adik Nurin Jazlin Jazimin - Page 3 Icon_minitime5/12/2007, 1:04 pm

al fatihah.....kalau pembunuhnya tidak d jumpai biarlah... tapi tunggulah mereka d akhirat begitu juga lah balasan yang akan di berikan.....
Back to top Go down
 

kes adik Nurin Jazlin Jazimin

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 3 of 3Go to page : Previous  1, 2, 3

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: