|
|
Author | Message |
---|
jeff SENIOR
Age : 52 location : Kolombong,Tuaran, n Sandakan Points : 12417 Reputation : 0 Number of posts : 737
| Subject: 'Real penuhi hajat saya' 23/6/2008, 11:34 pm | |
| 'Real penuhi hajat saya'RONALDO percaya dia akan dinobatkan selaku Pemain Terbaik Dunia bersama kelab Real Madrid.
LONDON - Cristiano Ronaldo mengakui bahawa Manchester United mampu memberikan segalanya. Namun, bintang sensasi Portugal itu menjelaskan, hanya kelab Real Madrid yang akan memberikan satu-satunya hadiah yang menjadi idamannya iaitu gela- ran Pemain Terbaik Dunia. "Sudah pasti sasaran saya adalah untuk menjadi yang terbaik di dunia. Saya mahu memenangi anugerah itu dan sebab itulah saya sentiasa berusaha setiap hari," jelas Ronaldo yang dilaporkan semakin hampir untuk berhijrah ke kelab Sepanyol itu. "Begitupun, hanya Tuhan yang tahu bila saya akan dapat gelaran itu yang me- rupakan anugerah tertinggi bagi pemain bola sepak." Ronaldo juga melihat kepada senarai pemenang terdahulu dan keyakinannya semakin kuat untuk berhijrah ke Madrid dalam usaha mengukuhkan peluangnya menjadi Pemain Terbaik Dunia. Sejak anugerah itu diperkenalkan pada tahun 1991, tiada seorangpun pemain yang berpangkalan di England berjaya memenangi gelaran tersebut. Namun, sembilan daripada pemenang sebelum ini adalah pemain yang beraksi dalam kempen Liga Sepanyol termasuk empat pemain Real Madrid iaitu Luis Figo, Ronaldo, Zinedine Zidane dan Fabio Cannavaro. "Ini adalah masalah peribadi dan sesuatu yang saya inginkan," jelas Ronaldo. "Sebelum ini, saya enggan mengulas mengenai perkara ini kerana saya mahu memberi tumpuan kepada pasukan kebangsaan. Kini, semuanya sudah berakhir dan saya berhak untuk mengatakannya. "Apapun, ia akan menjadi sesuatu yang sukar untuk meninggalkan United dan ia selalunya berat untuk dilakukan. Ini sebenarnya bukan keputusan saya sendiri, tetapi melibatkan ramai pihak. "Ini juga adalah peluang terhebat untuk saya dan Luiz Felipe Scolari (jurulatih Portugal) ada berkata bahawa peluang hanya datang sekali dan saya perlu mengambilnya." Untuk rekod, Ronaldo berjaya memenangi dua gelaran berprestij bersama United iaitu trofi Liga Perdana England (2007, 2008) dan Liga Juara-Juara (2008). Dia juga dipilih menerima anugerah Pemain Terbaik PFA (2007, 2008) dan Pemain Muda Terbaik PFA (2007). - Agensi |
|
| |
arep CONTRIBUTOR
Age : 39 location : Malaysia Points : 12639 Reputation : 0 Number of posts : 1160
| Subject: Re: 'Real penuhi hajat saya' 24/6/2008, 1:15 am | |
| hehehheheheheheheh............ sudah berhajat tue pegi je lah...... |
|
| |
drakult SIFU
Age : 47 location : SU, SA, SB Points : 12366 Reputation : -1 Number of posts : 6286
| Subject: Re: 'Real penuhi hajat saya' 24/6/2008, 6:46 am | |
| mana sudah penyokong MAN U nie?? napa senyap jak.. |
|
| |
iealza JUNIOR
Age : 43 location : kota kinabalu Points : 12289 Reputation : 0 Number of posts : 155
| Subject: Re: 'Real penuhi hajat saya' 24/6/2008, 9:01 am | |
| lekss ko bro drakult..dia pg ka x..kompom MAN U da best jg..hihihi |
|
| |
jeff SENIOR
Age : 52 location : Kolombong,Tuaran, n Sandakan Points : 12417 Reputation : 0 Number of posts : 737
| Subject: Re: 'Real penuhi hajat saya' 24/6/2008, 10:10 am | |
| Tiada siapa mampu menghalang
| RONALDO dilapor berminat menyertai Real musim depan.
|
SEPANYOL - Legenda bola sepak Perancis, Zinedine Zidane meramalkan tiada apa yang mampu menghalang Real Madrid daripada mendapatkan Cristiano Ronaldo sekiranya pemain sensasi Manchester United tersebut benar-benar berhasrat menyertai kelab gergasi Sepanyol itu. Walaupun United berkali-kali menegaskan mereka tidak akan menjual Ronaldo yang masih mempunyai kontrak untuk tempoh empat tahun lagi, Zidane percaya tiada sesiapa yang mampu menghalang pemain Portugal berusia 23 tahun itu daripada meninggalkan Old Trafford. "Ia bergantung terhadap keinginan dirinya sendiri," kata Zidane yang bersara selepas Piala Dunia 2006 lalu. "Jika Ronaldo ingin berpindah ke Madrid, dia pasti akan lakukannya. "Real Madrid sendiri telah membuktikan sekiranya mereka inginkan seseorang pemain, mereka pasti akan mendapatkannya. "Kelab tersebut (Real) tidak takut untuk mengeluarkan wang untuk pemain yang mereka minat." Ronaldo sebelum ini telah memberikan petanda bahawa dia memang berhasrat untuk menyertai Real. Selepas Portugal tersingkir pada pusingan suku akhir Kejuaraan Eropah (Euro) 2008 Jumaat lalu, Ronaldo sekali lagi mengeluarkan kenyataan bahawa impiannya untuk menyertai Real akan menjadi kenyataan tidak lama lagi. Sementara itu, Zidane juga percaya, rekod perpindahan AS$65 juta (RM212 juta) yang dipegangnya ketika meninggalkan Real untuk menyertai Juventus pada tahun 2001, pasti akan lebur sekiranya Ronaldo tiba di Santiago Bernabeu. "Real Madrid bersedia untuk membayar jumlah yang lebih besar untuk mendapatkan Ronaldo," kata Zidane. "Jika dia (Ronaldo) datang ke Sepanyol, saya yakin dia pasti menerima bayaran yang cukup lumayan." Jurulatih Real, Bernd Schuster sendiri mengakui pasukannya sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan Ronaldo dan bersedia menjadikan Ronaldo sebagai pemain termahal di dunia meskipun terpaksa membayar sebanyak AS$155 juta (RM505.7 juta). - AP |
|
| |
bumbek MODERATOR
Countries/State : Age : 48 location : Tawau/Kudat/ Tuaran Tag ID: : SFC 02666 Points : 14023 Reputation : 10 Number of posts : 2993
| Subject: Re: 'Real penuhi hajat saya' 24/6/2008, 10:20 am | |
| tenggelam aksinya nanti di real tu.... seperti kebanyakan bintang yang ke sana.... memanaskan bangku simpanan jak. bagus lagi di MU kalu dah ke Real tak syok tengok MU......... |
|
| |
fizul03 REGULAR
Countries/State : Age : 39 location : ~Sandakan~KK~UMS Points : 12079 Reputation : 0 Number of posts : 320
| Subject: Re: 'Real penuhi hajat saya' 24/6/2008, 2:01 pm | |
| |
|
| |
Nieto ADMINISTRATOR
Countries/State : Age : 36 location : Kota Kinabalu Tag ID: : SFC 01287 Points : 13971 Reputation : 34 Number of posts : 5595
| Subject: Re: 'Real penuhi hajat saya' 24/6/2008, 7:35 pm | |
| saya rasa dia pun jadi mangsa macam:
bechkham michael owen V.Nistelroy t.henry
pemain yang kuat di english, menjadi teruk di spanyol. kalau itu team sudah ngam, tak perlu pindah-pindah, nanti padah akibat... |
|
| |
arep CONTRIBUTOR
Age : 39 location : Malaysia Points : 12639 Reputation : 0 Number of posts : 1160
| Subject: Re: 'Real penuhi hajat saya' 24/6/2008, 10:46 pm | |
| - Nieto wrote:
- saya rasa dia pun jadi mangsa macam:
bechkham michael owen V.Nistelroy t.henry
pemain yang kuat di english, menjadi teruk di spanyol. kalau itu team sudah ngam, tak perlu pindah-pindah, nanti padah akibat... kita mane tau permainan kar sane mane tau dier lebih terer dr sekarang come on lah bukan sorang dua playe portugal yg main kat spain cth nye pepe ngan deco ok jer main... kalo playe england aku confom lah mmg tak layak main kat spain |
|
| |
drakult SIFU
Age : 47 location : SU, SA, SB Points : 12366 Reputation : -1 Number of posts : 6286
| Subject: Re: 'Real penuhi hajat saya' 24/6/2008, 11:35 pm | |
| MAN U bakal kecundang musim depan..percayalah..wakakaka..patah penyokong MAN U suma..wakakakaa.. |
|
| |
LoLLiPoP SENIOR
Age : 45 location : kk-kb-kl-putatan Points : 12267 Reputation : 0 Number of posts : 656
| Subject: Re: 'Real penuhi hajat saya' 25/6/2008, 2:45 am | |
| - arep wrote:
- Nieto wrote:
- saya rasa dia pun jadi mangsa macam:
bechkham michael owen V.Nistelroy t.henry
pemain yang kuat di english, menjadi teruk di spanyol. kalau itu team sudah ngam, tak perlu pindah-pindah, nanti padah akibat... kita mane tau permainan kar sane mane tau dier lebih terer dr sekarang come on lah bukan sorang dua playe portugal yg main kat spain cth nye pepe ngan deco ok jer main... kalo playe england aku confom lah mmg tak layak main kat spain tul jugak.. tapi napa player mcm diego forlan boleh jadi god scorer kat villareal? nak MU ni bagus tak jugak.. klu dia bagus tiap2 season dia juara EPL kan... mamat ni tau dia makin lama makin drop menan dia.. tgk euro apa yg dia dah buat? takda apapun... klu tgk value dia 100juta paun tu tak berbaloi lah banding dgn lionel messi.. david villa.. mungkn juga bebaloi klu duit zaman2 wyg pramlee lah beli org pun pakai pound sterling... hahahaha... utk peminat MU jgn kecewalah klu mamat ni pindah.. sbb mmg ramai jugak yg talented kat MU p/s aku minat liverpool jak.. len dari tu tak hendak aku... |
|
| |
fizul03 REGULAR
Countries/State : Age : 39 location : ~Sandakan~KK~UMS Points : 12079 Reputation : 0 Number of posts : 320
| Subject: Re: 'Real penuhi hajat saya' 25/6/2008, 7:21 am | |
| betul tu pjayk..ramai yg talented kat MU tu...baca artikel di web, real mo beli ronaldo dalam anggaran 80 million pound..bagi aku laa yang die hard fans till die Manchester ni..bagus jual jak c ronaldo tu..beli pemain yg hebat2 cam messi, david villa , sneijder kaa.. naa tabaliak tu c ronaldo kalau Manchester United Menang season depan..Harap2 kalau dia jadi pindah ..jersi No 7 kasi sama orang yang hebat2 |
|
| |
codeng SUPERIOR
Age : 40 Points : 12393 Reputation : 0 Number of posts : 2370
| Subject: Re: 'Real penuhi hajat saya' 25/6/2008, 10:44 am | |
| - drakult wrote:
- mana sudah penyokong MAN U nie??
napa senyap jak.. senyap??wakakakakak c.ronaldo?? wakakakaka rmai lg yg da best dri dia nie, Man Utd xpena pun resau.... 8) contohnya harun laban, mohd jaya kassim n matlan marjan..... |
|
| |
Fadzliey MODERATOR
Age : 45 location : Beaufort Points : 12580 Reputation : 0 Number of posts : 1268
| Subject: Re: 'Real penuhi hajat saya' 25/6/2008, 11:15 am | |
| |
|
| |
codeng SUPERIOR
Age : 40 Points : 12393 Reputation : 0 Number of posts : 2370
| Subject: Re: 'Real penuhi hajat saya' 25/6/2008, 3:08 pm | |
| |
|
| |
LoLLiPoP SENIOR
Age : 45 location : kk-kb-kl-putatan Points : 12267 Reputation : 0 Number of posts : 656
| Subject: Re: 'Real penuhi hajat saya' 25/6/2008, 6:20 pm | |
| |
|
| |
LoLLiPoP SENIOR
Age : 45 location : kk-kb-kl-putatan Points : 12267 Reputation : 0 Number of posts : 656
| Subject: Re: 'Real penuhi hajat saya' 25/6/2008, 6:24 pm | |
| - fizul03 wrote:
- betul tu pjayk..ramai yg talented kat MU tu...baca artikel di web, real mo beli ronaldo dalam anggaran 80 million pound..bagi aku laa yang die hard fans till die Manchester ni..bagus jual jak c ronaldo tu..beli pemain yg hebat2 cam messi, david villa , sneijder kaa.. naa tabaliak tu c ronaldo kalau Manchester United Menang season depan..Harap2 kalau dia jadi pindah ..jersi No 7 kasi sama orang yang hebat2
klu akulah kan... bagus aku jual jak 80juta pound tu mamat ni.. pastu beli karim benzema.. david villa.. messi.. bojan kircic... aguerro.. aduh punya byk yg lagi best dari dia ni...ronaldinho pun lagi gila gelecek dia.. free kick pun swirling habis.. torres jgn ceritalah sbb men kat team favourite aku.. jual jaklah harap muka jak hensem wat apa simpan... jual jak sementara masih ada value... kang dah hancur karang 8juta pound pun org beli jugak tapi ccm 5tahun... hehehehe |
|
| |
rynjeff MODERATOR
Age : 50 location : Sandakan Points : 12517 Reputation : 3 Number of posts : 2079
| Subject: Re: 'Real penuhi hajat saya' 27/6/2008, 9:59 am | |
| Real sedia rumah mewah buat Ronaldo [url=mailto://][/url]MADRID: Pemain Manchester United, Cristiano Ronaldo - subjek kepada spekulasi bertiup kencang mengenai perpindahan ke kelab Real Madrid, disediakan sebuah rumah buatnya di ibu kota Sepanyol, menurut akhbar sukan Sepanyol kelmarin. Akhbar harian, Marca berkata penyerang Portugal itu akan menetap di kawasan mewah, Morajela musim depan, tidak jauh daripada rumah presiden Real, Ramon Calderon dan jurulatih Jerman, Bernd Schuster. Marca dan sebuah lagi akhbar sukan, AS berkata Ronaldo, yang sedang bercuti di Sardinia dengan tunangnya yang berasal dari Sepanyol, Nereida Gallardo selepas mewakili Portugal di Euro 2008, berkemungkinan akan kembali ke Manchester minggu depan untuk memaklumkan pengarah kelab bahawa dia mahu pulang ke Real. Manchester United dilaporkan berkata pemain itu - yang memiliki kontrak sehingga 2012 - tidak akan dijual. Calderon memberitahu stesen radio Madrid, semalam bahawa kelab itu tidak akan membuat tawaran rasmi sehingga Ronaldo mengumumkan secara rasmi untuk berhenti dari Manchester United, yang menyaksikannya memenangi gelaran Liga Perdana Inggeris dan Liga Juara-Juara musim lalu. “Jika dia menegaskan untuk terus datang (ke Real) dan jika Manchester membiarkannya, baru kami akan tanya” apakah harganya, katanya. Calderon minggu lalu menafikan juara Sepanyol itu bersedia membayar 100 juta euro (RM420 juta) bagi pemain berusia 23 tahun. - AFP |
|
| |
LoLLiPoP SENIOR
Age : 45 location : kk-kb-kl-putatan Points : 12267 Reputation : 0 Number of posts : 656
| Subject: Re: 'Real penuhi hajat saya' 27/6/2008, 5:46 pm | |
| jual jaklah.. nasib aku bukan alex ferguson... hahahaha |
|
| |
Yakuza MODERATOR
Countries/State : Age : 39 location : penampang,beringgis,papar Points : 12608 Reputation : 3 Number of posts : 1457
| Subject: Re: 'Real penuhi hajat saya' 30/6/2008, 2:47 pm | |
| hahahahahahahhahahaha nada udah ayam tambatan MU...... |
|
| |
bumbek MODERATOR
Countries/State : Age : 48 location : Tawau/Kudat/ Tuaran Tag ID: : SFC 02666 Points : 14023 Reputation : 10 Number of posts : 2993
| Subject: Re: 'Real penuhi hajat saya' 1/7/2008, 10:10 am | |
| jadi ke ronaldo ke REAL? .... kawannya DECO dah ke Chelsea... |
|
| |
codeng SUPERIOR
Age : 40 Points : 12393 Reputation : 0 Number of posts : 2370
| Subject: Re: 'Real penuhi hajat saya' 2/7/2008, 1:53 am | |
| - Yakuza wrote:
- hahahahahahahhahahaha
nada udah ayam tambatan MU...... ayam tambatan??huhuhu ryan giggs, paul schools gary neville nie 3la ayam tambatan man utd.... |
|
| |
drakult SIFU
Age : 47 location : SU, SA, SB Points : 12366 Reputation : -1 Number of posts : 6286
| Subject: Re: 'Real penuhi hajat saya' 2/7/2008, 6:56 pm | |
| baru tau MAN U..patah lah nie kali..wakakakaaa.. Sir Alex aku dgr mo pindah Chealsea juga..wakakkaaa..berganding bahu sama scolari..wakaakakakaaaa |
|
| |
codeng SUPERIOR
Age : 40 Points : 12393 Reputation : 0 Number of posts : 2370
| Subject: Re: 'Real penuhi hajat saya' 2/7/2008, 7:15 pm | |
| - drakult wrote:
- baru tau MAN U..patah lah nie kali..wakakakaaa..
Sir Alex aku dgr mo pindah Chealsea juga..wakakkaaa..berganding bahu sama scolari..wakaakakakaaaa m.ballack yg mau pindah Man utd, dia ckp kempunanla mau pgang poala klu d Chelsea..wakakakak |
|
| |
LoLLiPoP SENIOR
Age : 45 location : kk-kb-kl-putatan Points : 12267 Reputation : 0 Number of posts : 656
| Subject: Re: 'Real penuhi hajat saya' 2/7/2008, 9:00 pm | |
| aku dgr Ronaldo ke AC Milan swap tambah duit sikit rm4 sama Kaka.. aku dgr tadi pakistan jual kain pi umah mentua aku tadi cerita.. ndatau plak klu pakistan tu guni2... |
|
| |
Sponsored content
| Subject: Re: 'Real penuhi hajat saya' | |
| |
|
| |
|