| Hajat Rooney tidak kesampaian | |
|
Author | Message |
---|
Viero MODERATOR
Countries/State : Age : 105 location : Melbourne Website : https://www.facebook.com/Vieros Points : 12799 Reputation : 18 Number of posts : 2464
| Subject: Hajat Rooney tidak kesampaian 26/10/2008, 9:06 pm | |
| Dia dikeluarkan, gagal gegar jaring untuk gol ke-100 di Goodison Park Berita Minggu - (26/oktober/2008)
LONDON: Manchester United mempersia-siakan peluang untuk merapatkan pungutan mata dengan pendahulu Liga Perdana Inggeris selepas aksi hambar pada separuh masa kedua membolehkan Everton mengikat perlawanan 1-1, malam tadi.
United kelihatan semakin hampir untuk merapatkan jurang dengan Chelsea yang memimpin liga kepada tiga mata apabila pemain tengah United, Darren Fletcher, meletakkan juara bertahan itu di depan pada minit ke-22.
Namun tandukan Maroune Fellaini pada minit ke-63 membolehkan Everton meraih satu mata barharga, mata kedua untuk kelab itu pada musim ini di gelanggang sendiri serta menamatkan lima kemenangan berturut-turut United.
Dengan Chelsea dijadual berdepan dengan Liverpool di Stamford Bridge 24 jam selepas perlawanan itu, perlawanan semalam menjadi peluang terbaik untuk United meningkatkan tekanan ke atas dua pasukan itu yang berkongsi tempat teratas liga.
Bagaimanapun, dengan Wayne Rooney yang serba tidak menjadi dalam perlawanan menentang kelab lamanya itu, menyaksikan dia dibawa keluar dan menangguhkan harapannya untuk menjaringkan gol ke-100 bagi dirinya.
Pasukan pelawat nyata terpaksa membayar harga yang mahal kerana gagal memastikan kemenangan dalam perlawanan yang dikuasai sepenuhnya mereka selepas tuan rumah, berjaya meningkatkan permainan mereka pada separuh masa kedua.
United pada separuh masa pertama kelihatan hampir pasti meraih kemenangan rutin mereka dengan aksi cemerlang Ryan Giggs mengemudi jentera serangan.
Dengan Fletcher memberikan sokongan hebat bersama dengan kapten pasukannya, Everton kelihatan hilang arah menyaksikan Giggs dan Cristiano Ronaldo berjaya mengucar kacirkan pertahanan Everton.
Bagaimanapun, anak buah David Moyes nyata mampu menyerap asakan United pada separuh masa kedua dan Fellaini bertindak cemerlang apabila menanduk cantik melepasi jangkauan Edwin van der Sar selepas menerima hantaran silang daripada bekas pemain United, Phil Neville.
Keputusan seri menyaksikan United sekadar menduduki tempat kelima, tercicir lima mata berbanding Chelsea dan Liverpool. - AFP |
|
| |
froneTier ADMINISTRATOR
Countries/State : Age : 41 location : Jesselton Tag ID: : SFC 03082 Points : 12680 Reputation : 11 Number of posts : 2208
| Subject: Re: Hajat Rooney tidak kesampaian 28/10/2008, 6:30 pm | |
| TIme Man U lawan Everton ni Si W.rooney kena kasi keluar oleh si Ferguson,sbb takut pengadil kasi layang red card sama Rooney.huhuhu..panas baran si Rooney ni,.kena Boo ja dia oleh Everton punya supporters.. |
|
| |
Ben507 CONTRIBUTOR
Countries/State : Age : 41 location : SANDAKAN,BUNDU TUHAN,PUTATAN Tag ID: : SFC 2357 Points : 12334 Reputation : 0 Number of posts : 1557
| Subject: Re: Hajat Rooney tidak kesampaian 30/10/2008, 10:45 pm | |
| Apa2 pun Liverpool tetap 1st rank... |
|
| |
MieY_kItTy SUPERIOR
Countries/State : Age : 40 Tag ID: : SFC 3398 Points : 12456 Reputation : 4 Number of posts : 1858
| Subject: Re: Hajat Rooney tidak kesampaian 31/10/2008, 11:24 am | |
| MU mmg gitu mula2 ja lembap...lma2 enjin sudah panas...smua pun dipotong.... |
|
| |
zhariffz ELITE
Countries/State : Age : 36 location : Kota Kinabalu Tag ID: : SFC 04040 Points : 12801 Reputation : 7 Number of posts : 3450
| Subject: Re: Hajat Rooney tidak kesampaian 18/11/2008, 3:53 pm | |
| walau apapun, tatap Liverpool ja, You'll Never Walk Alone...hehe |
|
| |
Yakuza MODERATOR
Countries/State : Age : 39 location : penampang,beringgis,papar Points : 12620 Reputation : 3 Number of posts : 1457
| Subject: Re: Hajat Rooney tidak kesampaian 19/11/2008, 12:02 pm | |
| - Ben507 wrote:
- Apa2 pun Liverpool tetap 1st rank...
bila masa liverpool 1st rank.. hidup chelsea |
|
| |
Yakuza MODERATOR
Countries/State : Age : 39 location : penampang,beringgis,papar Points : 12620 Reputation : 3 Number of posts : 1457
| Subject: Re: Hajat Rooney tidak kesampaian 19/11/2008, 12:04 pm | |
| - MieY_kItTy wrote:
- MU mmg gitu mula2 ja lembap...lma2 enjin sudah panas...smua pun dipotong....
enjin deasel ba tu... tapi aku tengok tahun ni enjin MU kompom blow huhuhuhuhu |
|
| |
under18crew SIFU
Countries/State : Age : 33 location : Kota Belud Tag ID: : SFC 02544 Points : 13066 Reputation : 13 Number of posts : 16246
| Subject: Re: Hajat Rooney tidak kesampaian 20/11/2008, 9:15 am | |
| - Yakuza wrote:
- MieY_kItTy wrote:
- MU mmg gitu mula2 ja lembap...lma2 enjin sudah panas...smua pun dipotong....
enjin deasel ba tu... tapi aku tengok tahun ni enjin MU kompom blow huhuhuhuhu mau kna overhauled bha 2 blk..hihi. |
|
| |
Sponsored content
| Subject: Re: Hajat Rooney tidak kesampaian | |
| |
|
| |
| Hajat Rooney tidak kesampaian | |
|