SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Merdeka 50 tahunersamamu malaysia Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Merdeka 50 tahunersamamu malaysia Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Merdeka 50 tahunersamamu malaysia

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
aLFFiaN
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR
aLFFiaN

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 41
location : Borneo Island
Website : www.sioloon.com
Tag ID: : SFC00001
Points : 15112
Reputation : 101
Number of posts : 7895

Merdeka 50 tahunersamamu malaysia Empty
PostSubject: Merdeka 50 tahunersamamu malaysia   Merdeka 50 tahunersamamu malaysia Icon_minitime31/8/2007, 8:23 pm

Jangan biar hasad dengki, tamak jajah minda Kita


HARI ini genaplah 50 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan dan kita bersyukur kerana sekali lagi rakyat pelbagai kaum di negara ini dapat menyambut tarikh keramat 31 Ogos dalam suasana aman, makmur dan gemilang. Berkat permuafakatan dan kebijaksanaan pemimpin serta kegigihan dan sikap bertolak ansur kita sebagai rakyat, banyak kejayaan dan pencapaian yang boleh dibanggakan dalam setengah abad ini. Sebagai rakyat Malaysia, kita boleh berbangga bahawa semua kejayaan ini hasil titik peluh kita sendiri, dirintis generasi terdahulu.

Apakah kita sebagai individu, sudah benar-benar merdeka daripada belenggu pemikiran, sikap dan tindak tanduk yang pernah menyebabkan tanah air ini dijajah 500 tahun lalu? Melaka sebelum dijajah Portugis, sebuah empayar disegani dan pusat perdagangan dunia.

Bagaimanapun, kerana hasad dengki, tamak, fitnah dan amalan buruk pemimpin dan rakyatnya, bukan saja Kesultanan Melayu Melaka berkubur, malah anak cucunya menjadi bangsa jajahan lima abad. Justeru, ketika merayakan pencapaian negara selama ini, kita harus mengimbau sejarah untuk tidak mengulangi kesilapan agar melangkah megah 50 tahun akan datang. Harga sebuah kemerdekaan bagi generasi sebelum merdeka, terutama pejuang pembebasan, berbeza dengan generasi selepas merdeka.

Bukan saja penghayatan kemerdekaan dua generasi ini berbeza, kita khuatir semangat patriotik generasi selepas merdeka semakin menipis. Hakikat bahawa sebahagian besar sambutan ulang tahun kali ini digerakkan oleh kerajaan, cukup untuk menggambarkan keadaan itu. Penyertaan swasta, walaupun ketara, lebih didorong kepentingan perniagaan dan bukan sukarela. Begitu juga pengibaran Jalur Gemilang, langkah paling asas untuk menunjukkan semangat patriotik, semuanya perlu digerakkan. Lebih menyedihkan lagi, di kawasan kalangan menengah dan mewah, golongan yang paling beruntung hasil kemerdekaan negara, yang sepi dengan kibaran bendera dan keceriaan sambutan.

Namun, kita tidak boleh menyalahkan generasi selepas merdeka apabila mereka tidak menghayati erti perjuangan sebenar. Mereka tidak pernah mengenal erti keperitan hidup. Mereka adalah produk zaman moden yang lengkap dengan kemudahan sehingga ada menganggap kemerdekaan hanya satu perayaan sekadar mengingati satu detik sejarah. Mereka hanya melihat dari segi luaran, bukan dalaman. Kita percaya pendedahan mengenai sejarah perlu lebih berkesan, terutama pada peringkat sekolah. Subjek Sejarah seharusnya diberi keutamaan sama dengan Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris. Jika penguasaan dalam bidang sains, matematik dan bahasa Inggeris dapat melahirkan generasi mampu bersaing pada peringkat global, pemahaman mengenai sejarah tanah air memberikan mereka jati diri dan semangat patriotik yang kental tanpa mengira keturunan. Kita percaya modal insan mampu mempertahankan kemerdekaan negara selamanya. Dirgahayu Malaysia Gemilang.




source:www.bharian.com
Back to top Go down
http://www.sioloon.com
 

Merdeka 50 tahunersamamu malaysia

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: